Wednesday, December 10, 2008

Terkenang Hijrah Rasulullah SAW

Petang tadi, setelah penat memasak, hilang mood nak baca buku selepas Asar. Bila belek2 dokumen dalam external hard disk aku, aku berkesempatan menonton kembali cerita 'Muhammad Utusan Terakhir' yang pernah dipopularkan masa aku di KISAS dulu. Walaupun sekadar cerita kartun, tapi jalan ceritanya benar2 menyentuh hati jika dihayati bersama. Tambahan lagi, jika lama dah xtengok cerita ni.

Aku amat tertarik untuk mengulas tentang peristiwa besar yang berlaku iaitu Hijrah. Kemuncak perjuangan Nabi ini terlalu banyak pengajaran yang menginsafkan jika dihayati dengan hati yang ikhlas. Peristiwa yang menggambarkan pengorbanan Nabi dan umat Islam yang sanggup meninggalkan kampung halaman demi memperjuangkan Islam. Kita x terasa sangat kerana xdapat gambaran akan realiti orang yang berhijrah. Hijrah Nabi xsama macam hijrah penduduk di Bukit Antarabangsa yang berpindah akibat tanah runtuh. Tidak juga boleh disamakan dengan orang yang berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana berpindah tempat kerja. Hijrah Nabi adalah teragung kerana :

1) Hijrah Nabi meninggalkan semua harta benda. Yang dibawa hanya diri sendiri sehelai sepinggang. Hijrah kita membawa semua harta benda dari rumah lama ke rumah baru.
2) Hijrah Nabi untuk menyebarkan Islam. Tetapi hijrah kita disebabkan faktor lain samada berpindah tempat kerja, pindah ke rumah baru dan sebagainya.
3) Hijrah Nabi dengan berjalan kaki, berhati-hati, berstrategi dan dalam keadaan bimbang diketahui musuh. Hijrah kita pula dengan naik lori, kereta, dalam keadaan selesa dan mendapat pertolongan jiran-jiran.
4) Hijrah Nabi mempertaruhkan nyawa demi menyebarkan Islam. Hijrah kita mempertaruhkan wang demi kelangsungan hidup.

Banyak lagi perbezaannya yang jika kita hayati, boleh mengalirkan air mata. Hijrah juga mengajar kita untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam dakwah dan menyerahkan kejayaan dakwah kepada Allah SWT. Ketika Hijrah, Rasulullah SAW melakukan dengan bersungguh2 dan berstrategi demi memastikan kelancaran hijrah. Penyebaran arahan Allah tentang hijrah dilakukan ketika waktu panas terik matahari iaitu tengahhari. Ini kerana waktu itu tidak ramai orang Arab keluar rumah disebabkan cuaca panas. Umat Islam berhijrah berasingan mengikut keluarga agar tidak disedari oleh Musyrikin Mekah. Rasullulah SAW dan Abu Bakar adalah orang terakhir yang berhijrah setelah memastikan semua umat Islam telah berhijrah dengan selamat. Rasulullah meminta Saidina Ali RA menggantikan tempat tidurnya untuk mengelirukan pembunuh yang menunggu di luar rumah. Nabi melalui jalan selatan yang berbatu dan berbukit sedangkan jalan ke Madinah adalah jalan ke utara. Ini untuk mengelirukan Musyrikin agar mengejar baginda melalui jalan utara. Menyuruh seorang sahabat (aku lupa namanya) untuk mengekori jalan baginda dengan kambingnya agar tapak kaki baginda dipadamkan. Nabi menyorok di Gua Thur selama tiga hari kerana waktu kebiasaan perjalanan ke Madinah dari Mekah adalah 3hari.

Banyak lagi yang dilakukan Rasulullah SAW untuk memastikan hijrah berjalan dengan baik. Namun, Allah menentukan walaupun Rasulullah SAW sudah berusaha dengan gigih, kaum Musyrikin tetap dapat mengekori baginda sehingga ke Gua Thur. Di sinilah bukti bahwa kita hanya berusaha dan yang memastikan kemenangan adalah Allah SWT. Allah SWT jua dengan rahmatNya menyelamatkan Rasulullah SAW dan Abu Bakar dengan mengilhamkan kepada sang labah2 dan burung merpati untuk membuat sarang dipintu gua. Kegighan sang labah2 harus dicontohi kerana kualiti sarang yang dibuatnya adalah sarang 'model lama' sehinggakan ketika Musyrikin Mekah menghampiri gua, berkata salah seorang mereka "Mengapa engkau ingin mencari Muhammad di situ kerana dipintu gua itu ada sarang labah2 yang usianya lebih tua daripada umur Muhammad". Subhanallah!! Begitulah gigihnya sang binatang membantu Rasulullah SAW.

Satu lagi cerita yang boleh menginsafkan kita adalah kesetiaan Saidina Abu Bakar Al Siddiq RA yang begitu mencintai Rasulullah SAW melebihi dirinya sendiri. Ketika Musyrikin sudah menghampiri pintu gua, Abu Bakar berkata "Ya Rasulullah, jika mereka menjengok sedikit ke dalam gua, sudah pasti mereka akan nampak kita". Lalu Abu Bakar menangis. Rasulullah SAW bertanya "Adakah engkau takut?" Abu Bakar menjawab dengan jawapan yang sangat menyentuh hati, "Jika mereka membunuh aku, aku hanya seorang lelaki. Tetapi jika mereka membunuh engkau wahai Rasulullah, maka celakalah umat" Tidak sampai di situ sahaja pengorbanan Abu Bakar. Ketika Rasulullah SAW sedang tidur di dalam gua, Abu Bakar berusaha menutup semua lubang binatang berbisa yang ada di dalam gua dengan batu. Namun ada satu lubang yang tidak dapat ditutup dengan batu, maka Abu Bakar menutupnya dengan memijak lubang tersebut dengan kakinya sehingga kakinya dipatuk ular. Ada riwayat lainmengatakan disengat dengan kala jengking.

Bila aku memikirkan dan menggambarkan keadaan Rasulullah SAW dan Abu Bakar di dalam Gua Thur, aku jadi sebak. Sampai ke tahap itu sekali perjuangan baginda untuk memastikan kita umat akhir zaman mengecapi Iman dan Islam. Tambah sebak aku bila menilai diri ini, sejauh mana yang telah aku lakukan untuk membalas jasamu Ya Rasulullah. Andaikata jika engkau masih hidup dan engkau melihat kehidupanku kini, pasti engkau menangis melihat aku dan umat Islam hari ini yang mana sangat jauh dari sunnahmu dan sangat tidak menghargai perjuanganmu seolah2 apa yang berlaku antara engkau dan Abu Bakar di Gua Thur adalah sia2!!

Kami memohon padaMu Ya Allah, sematkanlah cinta yang mendalam di hati kami terhadap Rasulullah SAW agar kami dapat mengekori jalannya dan bersungguh2 menuntut ilmu demi memenuhkan bekalan untuk memperjuangkan agamaMu dan perjuangan Rasulullah SAW. Sesungguhnya kami lalai dalam tugas menyambung perjuangan RasulMu dan hanya padaMu kami memohon kekuatan dan hidayah agar kami kembali ke jalan yang benar.

Kawan-kawan, Islam sedang disengat oleh ular kebatilan di zaman ini. Tidak mahukah kita menjadi Abu Bakar untuk memijak lubangnya agar ular kebatilan itu akan terbenam dan tertimbus selama-lamanya?

1 comment:

Anonymous said...

boleh tak share kartun tu.unchemet