Sunday, May 24, 2009

Rahsia Khusyuk dalam Solat


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat saya berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian saya pergi ke masjid. Saya kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Saya berdiri dengan penuh kewaspadaan dan saya bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan saya bayangkan pula bahawa saya seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan saya menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian saya berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian saya rukun dan sujud dengan tawadhu', saya bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan saya memberi salam dengan ikhlas. Beginilah saya bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Wednesday, May 20, 2009

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT




Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang? Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."


Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda: "Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati".

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampau batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang? Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Friday, May 15, 2009

Khas Untuk 'Junior Anta : Hal Ehwal Lompat Parti

Salam. Selepas tamat exam paper pertama hari ni, sempat saya meninjau blog. Saya tertarik dengan ulasan 'Junior Anta' dlm artikel 'Rampasan Kuasa Perak Ikut Undang2 : Bukti Najib Tak Ikut Tahu Undang2', maka bersemangat plak nak balas komen beliau. Walaupun yg beliau sanggah adlah cuma kata2 sampingan, bukan pd idea usul (idea pokok), namun perlu diperjelas juga apa yg dikatakan beliau. Walaubagaimana pun, bila Junior Anta ni tidak menyanggah main point yang saya nak sampaikan dalam artikel tu, nampaknya Junior Anta ni setuju la bahawa Rampasan Kuasa di Perak adalah tidak mengikut undang-undang! Tak gitu? :-)

Apa pun, saya kemukakan di sini komen beliau untuk penilaian semua :

junior anta May 15, 2009 3:28 PM
salam ,sorry la nak tegur sikit sape punye angkara bab lompat sikatak lompat ni kalau x pembangkang(PKR)jadi jgn nak main serang je .lepastu kalau nak dapat berite yg adil bacelah semua.utusan akhbar melayu sape lagi nak bace kalau x orang melayu jgn lah memijak sendiri org melayu

Saya akan membalas komen ini dengan membahaskan isu yang dibangkitkan satu persatu. Pertamanya adalah isu lompat parti. Adus, payah nak bahaskan ni, panjang sangat! Tapi xpe, saya cuba mana yang mampu. Saya huraikan hukum lompat parti dari tiga sudut pandangan. Pertamanya :

Lompat Parti Di Sisi Perlembagaan

Dalam perlembagaan sekular Malaysia, lompat parti adalah dibenarkan berdasarkan salah satu peruntukan yang memberi kebebasan berpersatuan kepada semua rakyat Malaysia. Setiap rakyat Malaysia berhak untuk menyertai mana-mana persatuan, parti politik, NGO dan mana-mana pertubuhan berkanun. Adapun kata-kata yang mengatakan bahawa jika sudah sertai UMNO tidak boleh sertai PAS, itu hanyalah larangan dalam perlembagaan pari tersebut, bukannya tertakluk bawah akta persatuan dan pertubuhan.

Maka, disebabkan itulah seruan ahli politik yang ingin menguatkuasakan undang-undang anti lompat parti sukar ingin dilaksanakan kerana ia memerlukan pindaan akta pertubuhan itu sendiri. Lagi merumitkan usaha tersebut apabila BN tidak dapat menguasai majoriti 2/3 dalam Parlimen yang menyebabkan mereka tidak boleh meminda perlembagaan sesuka hati. Menggubal perlembagaan memerlukan sokongan 2/3, bukan seperti usul biasa yang hanya memerlukan sokongan majoriti sahaja.

Contoh yang saya ingin berikan untuk kita menyakini akta ini adalah macam mana kuat seorang guru memberi sokongan terhadap parti pembangkang, selagi tidak melanggar Aku Janji yang wajib ditandatangani oleh kakitangan awam, maka kerajaan tidak berhak membuang guru tersebut dari jawatannya. Paling koman pun, mereka akan turunkan pangkat atau pindahkan tempat kerja. Ini disebabkan akta di atas menjamin kebebasan berpolitik dan berpersatuan.

Begitu juga apa yang berlaku di Perak, mengikut perlembagaan tidak salah 3 Adun Lompat Katak tu melompat kepada Bebas dan menyokong Be End. Disebabkan itulah, apa yang diperbahaskan di mahkamah bukanlah pada isu lompat parti, tapi samada Nizar bernar-benar terlucut jawatan atau tidak. Dalam sebutan kes, tidak ada sidebutkan langsung tentang lompat parti.

Adapun kes mahkamah yang melibatkan isu perletakan jawatan secara paksa 3 Adun Lompat Katak tu, itu adalah kes yang memfokuskan adakah surat perletakkan jawatan yang mereka tandatangani sebelum Pakatan menubuhkan kerajaan pada Mac tahun lepas sah atau tidak, bukan membicarakan adakah boleh atau tidak mereka lompat parti. Maka, berdasarkan perlembagaan lompat parti adalah dibenarkan.

Lompat Parti Di Sisi Moral Masyarakat

Yang menjadi kecoh dan haru-biru adalah lompat parti pada pandangan masyarakat. Masyarakat melihat lompat parti sebagai satu perkara jijik yang mengkhianati amanah rakyat. Baik Be End atau Pakatan, mereka telah memenangi kerusi Dun atau Parlimen berdasarkan parti yang mereka wakili, maka sentimen rakyat yang memilih adalah berdasarkan parti.

Adapun di sisi undand-undang, kerusi Adun dan Parlimen diwakili oleh 'orang' bukannya 'parti'. Disebabkan itu apabila berlaku kekosongan parti samada kerana kematian atau meletak jawatan, maka perlu diadakan pilihan raya semula bagi memilih 'orang' yang akan menggantikan kerusi yang kosong itu. Parti tidak boleh menggantikan terus kerusi yang kosong itu dengan orang lain daripada parti mereka melainkan mereka perlu memenangi pilihanraya kecil yang akan dijalankan.

Maka, disebabkan ketidakfahaman ini, berlaku konflik apabila 'orang' yang memduduki kerusi Adun atau Parlimen yang mereka menangi atas tiket parti tertentu, bertukar kepada parti lain. Masyarakat rasa tertipu kerana mereka menyokong wakil rakyat itu berdasarkan parti mereka. Tambahan lagi 'kelompatkatakan' itu menyebabkan tumbang sebuah kerajaan.

Itu yang berlaku di Perak. Walaupun Be End puas dok sembang bahawa rakyat Perak gembira dan ketawa bergolek-golek kegembiraan kerana depa dapat tumbangkan kerajaan Pakatan, namun sentimen rakyat adalah sebaliknya. Rakyat marah dan akan terus menerus rasa dikhianati oleh pihak yang melompat katak. Maka kesimpulannya lompat parti adalah salah dan dipandang hina oleh masyarakat.

Lompat Parti Di Sisi Islam

Adapun di sisi Islam, tidak ada nas qat'ii tentang lompat parti. Amalan demokrasi berparlimen di Malaysia diperkenalkan oleh penjajah. Namun, infak ulama membenarkan sistem ini dilaksanakan kerana menghampiri konsep syuro walaupun tidak sepenuhnya iaitu keputusan berdasdarkan suara majoriti.

Maka, perkara ini tiada petunjuk tetap adakah lompat pari haram atau tidak. Tiada ulama di Malaysia yang telah menggariskan fatwa berkenaan ini. Mungkin ada dan saya tidak tahu, maka jika ada hukum yang telah digariskan, mohon sahabat-sahabat memaklumkan pada saya yang jahil ini.

Apapun, pada pandangan saya, hukumnya kembali seperti hukum aktiviti harian kita iaitu berdasarkan sesuatu yang disandarkan kepadanya. Seperti contoh, makan. Makan jadi wajib jika memberi mudharat jika tidak makan. Tapi boleh juga jadi haram jika terlebih makan sampat kene kencing manis dan darah tinggi!

Begitu juga lompat parti, ia kembali kepada tujuan dan kesan lompat parti. Kita sedia maklum bahwa UMNO-BN adalah parti sekular yang berjuang berdasarkan bangsa dan menjunjung perlembagaan sekular! Kita juga sedia maklum bahawa PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam tertegak di bumi Malaysia ni. Jika masih tak jelas tentang ni dan tidak berpuas hati dengan kenyataan saya ni, rujuk pada artikel ni dan fahami betul-betul!

Maka, saya berani katakan bahawa lompat parti dari PAS ke UMNO adalah HARAM akan tetapi lompat parti dari UMNO ke PAS adalah terpuji dan dibenarkan! Saya bicarakan dari sudut dua parti ini sahaja, adapun berkenaan fenomena lompat parti di kalangan parti lain adalah amat rumit dan panjang untuk dibahaskan. Saya xsanggup untuk menulis kerana ketiadaan masa, sesiapa yang berminat boleh kita bertemu dan bertukar pandangan secara lisan.

Berhijrah daripada sesuatu tempat yang kurang baik kepada tempat lebih baik adalah dituntut. Ibarat orang demam menukarkan minumannya daripada air biasa kepada air Cap Badak. Maka, adalah lebih dituntut untuk berhijrah daripada kepompong sekular kebangsaan kepada perjuangan Islam! Malah haram pula berhijrah daripada perjuangan Islam kepada perjuangan sekular yang rosak lagi mem'virus'kan!

Ini adalah fakta. Siapa yang bertanggungjawab melaksanakan Islam secara total dalam kerajaan? Pastinya parti yang memerintah iaitu UMNO-BN. Maka apa yang kita lihat, adakah puak-puak ni melaksanakan Islam sepenuhnya? TIDAK. Mereka meninggalkan hukum Islam yang tidak selari dengan nafsunya tetapi melaksanakan Islam yang sepadan dengan nafsunya. Apa yang saya maksudkan dengan melaksanakan Islam mengikut nafsu? Mereka melaksanakan hukum Islam yang boleh beri keuntungan kepada mereka seperti zakat tetapi menolak hukum Islam yang tidak selari dengan nafsu mereka seperti hukum Hudud. Perlaksanaan Islamkah begini??!!

Ini yang menjadi perbezaan terbesar antara kedua pihak ini iaitu perbezaan ketaatan kepada Allah. Maka melompat parti daripada parti yang derhaka pada Allah kepada parti Islam adalah dituntut dan berhijrah daripada parti Islam kepada parti sekular adalah berdosa! Maka kesimpulannya, lompat parti menurut Islam adalah berdasarkan tujuan dan kesannya, tiada hukum putus yang mengatakan haram atau halal. Apapun, ini adalah pandangan saya sahaja, sila tunjuk ajar jika saya tersilap dengan memberikan pendapat yang ilmiah.

Lompat Parti Pada Pandangan Saya

Pada pandangan saya pula, sudah pastinya saya menerima pakai konsep yang Islam gariskan, ada apa dengan perlembagaan yang sekular dan pendapat masayrakat yang tidak berpandangan mengikut Islam. Apapun, saya memilih untuk menyusunkan antara pendapat masyarakat dan Islam supaya lebih meraikan semua pihak. Ini sekadar pandangan saya, sahabat-sahabat boleh menyanggah jika pada sahabat-sahabat ada pendapat yang lebih tepat.

Saya bersetuju bagi sesiapa wakil rakyat yang insaf dan ingin kembali kepada perjuangan Islam, adalah lebih baik mereka meletak jawatan dan memberi laluan kepada pilihan raya kecil untuk memberi semula mandat kepada rakyat. Pada pendapat saya, ini lebih meraikan masyarakat dan dapat memberi peluang kepada wakil rakyat tersebut untuk kembali kepada perjuangan Islam. Rakyat tidak akan rasa tertipu dan wakil rakyat itu juga boleh memilih wadah perjuangannya yang baru.

Iai seperti yang dilakukan oleh bekas wakil rakyat Bukit Selambau, V Arumugam. Beliau sanggup untuk meletak jawatan Adun dan Exco negeri Kedah kerana tidak mahu mengkhianati kerajaan PAS Kedah. Walaupun diugut, diancam dan ditawarkan wang ringgit, beliau lebih memilih cara terhormat itu demi meraikan rakyat dan tidak mengkhianati kerajaan PAS Kedah.

Maka, kesimpulannya, pada pandangan saya, saya tidak setuju lompat parti terutama daripada PAS kepada UMNO kerana sesiapa yang berbuat demikian mereka telah mengkhianati perjuangan Islam. Adapun bagi yang ingin melompat kepada PAS, adalah lebih elok meletak jawatan dan memberi laluan kepada rakyat untuk memilih wakil mereka. Jika benar niat kita, IsnyaAllah, parti yang mendaulatkan Islam akan menang.

Tentang DSAI yang memulakan lompat parti ni, saya akan mengulas lagi akan datang. Termasuk juga dengan isu PAS juga menyokong lompat parti terutama plan 16 Sept dan isu lompat parti di Perak. Letih plak nak menaip panjang-panjang. Lagipun ada kawan dok komen, artikel saya panjang-panjang. Hui, pendek salah, panjang pun salah.

Tapi nak ulas skit kata Junior Anta ni yang dok kata nak dapat berita yang adil maka hendaklah baca semua. Eiss enta ni, salah tu. Saya anologikan, nak dapatkan berita adil sama macam memilih makanan. Nak dapatkan makanan yang baik, kene pilih makanan seimbang. Mesti cukup semua jenis zat makanan seperti sayur, karbohidrat, air, zat besi dan jangan lupakan pisang untuk elak sembelit!

Begitu juga macam nak dapatkan berita, kene dapatkan dari sumber yang ada keseimbangan 'zat' dalam berita tu. Jika nak dapatkan makanan seimbang tapi memilih untuk campurkan racun dengan Nestle Honey Star, maka itu akan membunuh diri! Nak dapatkan berita adil tapi memilih untuk mendapatkannya dari sumber yang memang jelas-jelas pembohoong, itu meracun fikiran namanya!

Semua sedia maklum betapa berat sebelah dan pembohongnya 2 akhbar utama UMNO tu dalam melaporkan berita politik. 2 akhbar tu secara terang-terang menipu rakyat dengan menyampaikan berita-berita yang bohong dalam isu politik. Mengapi2kan isu perkauman untuk kepentingan UMNO! Semua sedia maklum hinggakan 2 akhbar itu tidak lagi efektif dalam menyampaikan berita politik. Kebenarannya diragui. Akibat dok selalu dan biasa berbohong, maka rakyat kita sudah tidak percaya.

Saya akui Harakah juga berat sebelah dan condong melaporkan berita yang menguntungkan PAS. Disebabkan itulah saya lebih sukakan berita politik daripada Malaysiakini yang lebih neutral dan adil. Jika nak dapatkan berita tentang parti dan perkembangan politik PAS, saya kan baca Harakahdaily, jika nak tahu sukan bacalah 2 ahkbar tu.

Adapun kata Junior Anta bahawa Utusan adalah akhbar orang melayu, eisy..nak betulkan sedikit. Utusan adalah akhbar milik UMNO dan melaksanakan kerja dan pengkhabaran politik UMNO!

Minta maaf saya katakan pada Junior Anta, saya benci dengan perkataan yang yang bersifat kebangsaan. Malah saya tidak kisah jika kepala melayu dipijak jika melayu yang dipijak itu adalah melayu yang tolak Islam! Namun saya amat cintakan melayu yang mendaulatkan Islam. Melayu mulia kerana Islam dan akan dipijak jika tinggalkan Islam! Jangan apikan perkauman bila melayu tidak dapat sokongan, jangan salahkan bangsa lain bila melayu kalah, tapi salahkan kenapa melayu tolak Islam di saat orang cina dan India terima Islam.

Cintaku berlapik dengan Islam, jika tiada lapik itu, maka busuklah semua makhluk yang tidak dilapikkan dengan Islam. Melayu yang diwangikan oleh pelapik Islam, akan ku sanjung dan sayangi, malah begitu juga dengan cina dan india yang dilapikkan Islam termasuk Eskimo yang mendaulatkan Islam! Adapun bagi melayu yang tidak faham Islam, akan cuba ku dakwahkan meraka. Tetapi bagi Melayu yang tolak Islam setelah diperingat, aku akan tentang habis habisan!

Dakwah Islam Masa Kini



Perbezaan antara dakwah Islam di masa kini dengan masa dahulu; antara lain adanya tentangan yang lebih kompleks dan pemahaman ummat terhadap Islam berada pada titik terlemah. Dulu Rasul SAW dan para sahabat hanya menghadapi kaum musyrikin Quraisy, ahli kitab (Yahudi Madinah, Nasrani Najran, dan Nasrani Rumawi), dan Majusi Persia. Kini, di samping berbagai agama di atas, telah berkembang isme-isme atau ideologi yang beragam banyaknya yang intinya sama iaitu faham-faham yang bertolak dari kekufuran terhadap agama secara umum. Celakanya isme-isme tersebut sempat menipu sebahagian kaum muslimin di berbagai dunia Islam dan menyebabkan mereka berkelompok-berkelompok serta berpecah belah dan bermusuhan atas nama isme-isme tersebut, sedangkan mereka sama-sama mengaku muslim. Isme-Isme yang telah menyebar di seluruh dunia saat ini adalah memisahkan agama dari kehidupan – konsekuensinya memisahkan agama dari negara. Fahaman yang muncul dari ketidakpuasan mesyarakat Barat terhadap gereja, yang menyengsarakan masarakat itu kemudin melahirkan fahaman-fahaman Barat lainnya seperti nasionalisme, liberalisme, kapitalisme, demokrasi, fasisme, totalisterianisme, dan anarkihisme (Dr M. Manzoor Alam, Perana Pemuda Muslim Menata dunia masa kini, hal 19). Para pemuda wajib mempersiapkan diri dengan pemahaman Islam yang jernih secara mendalam agar mampu menampilkan Islam sebagai sistem hidup yang komprehensif. Sistem Barat yang sedang memimpin dunia kini telah terbukti tak mampu menjamin kesejahteraan dan ketenteraman serta kebahagian umat manusia, bahkan untuk masyarakat mereka sendiri pun tidak. Komunisme telah dikubur masyarakatnya sendiri pada tahun 1991. Kapitalisme nampaknya akan segera pula berakhir. Dua orang ahli dan praktis ekonomi AS, Harry Fifi dan Gerald Swanson, dalam bukunya yang terbit awal 1994 memperkirakan negaranya akan mengalami kebangkrutan ekonomi pada tahun 1995. Mereka meramalkan, As takkan mampu melunaskan hutangnya yang mencapai 6.56 trilion dolar pada tahun tersebut! Jadi Islamlah yang berhak memimpin dunia ini seperti dulu pernah terjadi. Rasulullah SAW bersabda:

"Perkara ini (iaitu Islam) akan merebak ke segenap penjuru yang ditembus malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumahpun, baik gedung maupun gubuk melainkan Islam akan memasukinya sehingga dapat memuliakan agama yang mulia dan menghinakan agama yang hina. Yang dimuliakan adalah Islam dan yang dihinakan adalah kekufuran." (HR ibnuHibban no. 1631-1632)

Inilah misi dan tanggung jawab generasi Islam di masa kini, iaitu mengembang dakwah Islam di tengah-tengah masyarakat kaum muslimin untuk menghidupkan Islam kembali. Hanya pemuda-pemuda Islamlah yang mampu menjayakan rencana tersebut. Banyak di antara pemuda sekarang yang telah bangkit, sedar dan bangun dari tidurnya bahawa Islamlah satu-satunya pandangan hidup mereka. Timbul dorongan besar dalam diri mereka untuk memperjuangkan islam, bersama gerakan-gerakan Islam yang saat ini sudah ada di seluruh dunia Islam yang jumlahnya sudah mencapai ribuan dan anggotanya kebanyakan adalah dari kalangan pemuda. Inilah masa kebangkitan pemuda Islam. Persatuan dunia Islam dan tegaknya kembali panji Laa Ilaha Illallaah Muhammadur Rasululllah ada di hadapan mereka.
Masa Depan Di Tangan Islam

Berdasarkan dalil-dalil yang kuat, diyakini Islam akan melingkupi seluruh dunia dimasa depan.

"Dialah yang mengutuskan rasulnya (dengan membawa ) petunjuk yang benar dan agama yang hak untuk dimenangkanNya diatas seluruh agama walaupun orang-orang musyrik membencinya " (At-Taubah: 33)

Bila kejayaan Islam masa lalu muncul akibat dakwah Islam yang banyak ditunjangi oleh para pemuda pemudi Islam yang memiliki sifat dan sikap perjuangan yang gigih yang sanggup tanpa mengira siang dan malam demi kepentingan Islam. Maka demikian juga masa depan Islam. Sunnahtullah tidak pernah berubah. Siapa yang unggul dialah pemimpin ummat Islam masa lalu, terutamanya para pemuda-pemudi unggul kerana mereka benar-benar memeluk Islam secara Kaffah, lurus aqidahnya dan penuh ketaatannya pada syariatnya. Bagaimana dengan pemuda-pemudi Islam sekarang?

Pemuda-pemudi Islam sekarang hidup dalam lingkungan jahiliah disekitarnya berlaku tentangan kehidupan tidak Islam dalam hampir semua aspek kehidupan, disertai dengan proses melenyapkan islam melalui media massa yang semakin berleluasa. Dari satu sudut mereka tetap muslim tetapi dari sudut yang lain, pemikiran, perasaan dan tingkah laku dalam berpakaian, bergaul, bermuamalah telah banyak dicemari oleh pemikiran, perasan dan tingkah laku tidak islami yang kebanyakan bersumberkan dari khazanah pemikiran kafir Barat. Kafir Barat bersungguh sungguh melakukan proses pembaratan (westernisasi). Melalui racun sesat pemikiran Barat (westoxciation), mereka berusaha mempengaruhi dan membelokkan pemahaman kaum muslimin terutamanya kaum mudanya agar jauh dari nilai-nilai Islam yang murni. Di bidang ekonomi mereka mengembangkan kapitalisme yang berintikan asas manfaat. Menurut mereka, apa saja boleh dilakukan bila menguntungkan secara material, tidak peduli sekalipun ia bertentangan dengan aturan agama. Di bidang budaya menyebarkan westernisme yang berintikan amoralisme jahilliah. Bagi mereka tidak ada pantang larang, termasuk seks bebas, pakaian tidak senonoh, pelagi tidak menggangu kepentingan orang lain.

Di bidang politik, penyebaran nasionalisme yang menyebabkan kaum muslimin terpecah belah. Bila tidak waspada, pemuda-pemudi Islam masa kini akan dengan mudah terasing dari deennya. Ajaran-ajaran Islam tentang pakaian, makanan politik dan sebagainya, ditanggapinya sebagai fikiran dan seruan yang asing. Bila demikian keadaan pemuda-pemudi Islam sekarang, bagaimana akan dapat diharapkan kejayaan Islam di masa depan sebagaimana telah dijanjikan Allah?

Dahulu, (Imam) Syafii telah hafal Al Quran pada usia sekitar 9 tahun dan mulai diminta ijtihadnya pada usia kira-kira 13 tahun, akhirnya ia menjadi mujtahid, imam madzhab yang terkemuka. Hassan Al Banna mendirikan gerakan Ikhwanul Muslimin pada usia 23 tahun. Usamah bin Zaid pada usia 18 tahun telah memimpin pasukan perang Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam pada usia 8 tahun telah terlibat dalam perjuangan. Kini, apakah yang sedang dilakukan dan difikirkan oleh remaja berusia 8 hingga 18 tahun dan pemuda-pemudi berusia 23 tahunan ? Remaja dan pemuda-pemudi sekarang lebih banyak aktif untuk memuaskan nafsu remaja semata-mata. Lihatlah cara berpakaian mereka, cara bergaul, kreativiti dan sejenisnya. Gambaran remaja dan pemuda-pemudi yang tampil di berbagai media, tak ada bezanya antara mereka (yang mengaku Muslim) dengan artis-artis yang jelas menyebarkan kekufuran dan kesesatannya, realiti inilah yang terpampang di depan mata dan telinga kita.

Jelas, dan sangatlah jelas, perlunya kebangkitan umat, khususnya dari kaum mudanya, bila kita semua menginginkan kejayaan Islam kembali. Diperlukan pemuda-pemudi Islam sekualiti para sahabat yang memiliki komitmen tauhid yang lurus, keberanian menegak kebenaran. Akhirul Qalam marilah bersama bergerak dengan ayunan dan rentak yang sama. Semoga Daulah Khilafah tertegak di atas usaha kita.

Wallahua'lam

Rampasan Kuasa Perak Ikut Undang-undang : Bukti Najib Tak Tahu Undang-undang!

Salam. Hari ni selepas solat Jumaat, saya berkesempatan untuk membaca Malaysiakini yang merupakan akbar rasmi politik saya. Sejak rampasan kuasa Perak, saya sudah tolak 'qaul' berita politik dari 2 akhbar pembohong iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia. Ini bukan taksub tapi lindungi fikiran daripada diperbodohkan oleh depa.

Dalam nak mencari berita yang adil, saya lebih gemar dapatkannya dari Malaysiakini berbanding Harakah. Bagi saya Harakah terlalu condong kepada PAS. Jika mahu dapatkan berita terbaru parti, barulah saya akan menjenguk ke Harakahdaily. Kalau jenguk ke BH dan UM pun, just nak tahu,apa yang depa nak bohong hari ini!

Hari ni, PMR kita (Perdana Menteri Rakyat) Tok Jib dok sembang, jangan salahkan dia dengan apa yang berlaku di Perak. Katanya, Be End berhak tubuh kerajaan di Perak selepas mendapat majoriti sokongan dalam Dun setelah 3 Adun Katak melompat dan mengisytiharkan menyokong Be End. Katanya apa yang berlaku adalah mengikut lunas undang-undang dan semangat perlembagaan! Cewah Tok Jiibbb... Sudah gaharu cendana pula, sudah garu sembunyikan kurap pulak dia..

Katanya dia mendokong undang-undang dan tegaskan apa yang berlaku adalah ikut undang-undang. Jadi, yang diputuskan oleh mahkamah bahawa YAB Dato Seri Nizar masih MB dan apa yang berlaku menyalahi Undang2 Tubuh Perak, hakim yang wat keputusan tu tak ikut undang2 ke? Atau hakim tu bodoh undang2? Ataupun undang2 yang hakim tu pakai adalah undang2 Venezuela, bukan undang2 Malaysia?

Pelik la Tok Jib ni.. Sapa yang tak ikut undang2? Syarat MB ditukar adalah perlu ada undi tidak percaya atau MB letak jawatan atau ada pembubaran Dun. Kita jelas bahawa ketiga2 ni tak berlaku, maka apa yang Be End lakukan tu adalah haram la..tak kan tu pn payah nak faham Tok Jib oii...

Secara moralnya, memang Nizar kehilangan sokongan, tapi kehilangan sokongan tu mesti diterjemahkan dalam Dewan dgn mengemukakan usul undi tidak percaya. Alahai PMRku.. Budak sekolah pun bleh faham!

Kata Tok Jib, Be End ikut semangat undang2. Alahai Tok Jib, jangan sembang la... Yang mu dok culik YB Pakatan dan me'murtad'kan depa kpd Bebas tu ikut semangat perlembagaan ke? Dok wat kaco dalam Dun, ikut suka hati lantik Speaker sendiri, dok syok sendiri Zambry bertugas sebagai MB haram, dok usung n nyorokkan Speaker yang sah, ikut semangat demokrasi ke? Jangan dok berkokok tapi ekor terpalit tahi!

Satu lagi kata PMR kita ni yang amt memalukan dirinya slaku PMR yg sepatutnya arif undang2. Dia kata sepatutnya selepas 8 Mac, Be End yang sepatutnya jadi kerajaan Perak kerana depa diiktiraf sebagai gabungan parti kompenen yg mendapat 28 kerusi sedangkan DAP 18 kerusi, PKR 7 dan PAS 6. Katanya masa tu Pakatan tidak wujud dang 3 parti pakatan itu adalah parti yg berlainan. Maka disebabkan Be End ada jumlah kerusi terbanyak, maka Be End yang patut jadi MB.

Isy, malunya ada PMR macam Tok Jib! Tak tahukah dia dalam Perlembagaan Persekutuan dan semua Perlembagaan Negeri, parti yang akan menubuhkan kerajaan adalah parti yang MENDAPAT MAJORITI MUDAH dalam Parlimen atau Dun bukannya parti yang mendapat kerusi terbanyak. Walaupun Be End dapat 28 kerusi iaitu yang tertinggi, tapi majoriti mudah dalam Dun Perak adalah 30 kerusi! Tak faham ke Tok Jib oii... Gabungan Pakatan ada 31 kerusi, maka depa la yang layak tubuh kerajaan.

Alahai Tok Jib ku yang nak dekati rakyat, kalau hang betui nak jadi PMR, mu dengaq la suara rakyat Perak.. Jangan dok ketegaq nak menegakkan benang reput yg basah. Tak kan PMR takut rakyat kot.. Bubar Dun, kita serah kt rakyat. Kalau mu xnak, elok la kalau digelar PMR (Perdana Menteri Rompak)!!

Monday, May 11, 2009

Membetulkan Kesilapan : Moga Allah Ampunkan!

Salam. Saya pernah menerbitkan post dalam blog ini tentang komen terhadap ucapan wakil Kelab UMNO Luar Negara dalam Perhimpunan Agong Umno pada Mac lepas. Saya forwardkan post tersebut melalui email kepada orang yang memeberi ucapan itu iaitu seorang pelajar PhD di salah sebuah universiti di UK. Alamat emailnya saya temui dalam website Kelab UMNO Luar Negara Southampton. Kemudian pada petang ini saya berkesempatan melihat inbox email saya dan mendapati ada balasan dari pelajar tersebut. Saya forwardkan dalam blog ini untuk bacaan semua....


Assalamulaikum wbt.

Terima kasih di atas segala penjelasan saudara. sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu datang dari kesilapan saya sebagai hamba Allah yang kerdil ini. Adalah kesilapan saya kerana tidak meyelidik dengan terperinci akan isu ini memandangkan saya hanya menjalankan tugas sebagai WAKIL dari 70 buah kelab seluruh dunia dan menyediakan teks ucapan dalam mase 3 hari berhadapan pula dengan pelbagai isu dan masalah yang di bawa oleh wakil-wakli kelab dari seluruh dunia. terlepas pandang akan isu yang sangat kritikal ini jadi sekali lagi saya memohon maaf sekiranya kata-kata saya sedikit menyentap perasaan saya. ramai orang yang mempunyai pendapat yang sama dengan saudara. Pada hemat saya, sekiranya isu yang saya bawakan itu bukan satu kenyataan maka tidak ada masalah bagi PMRAM untuk berbakti kepada mahasiswa di sana.

Kami di Kelab UMNO juga menjalankan tanggungjawab yang sama sebagai satu badan NGO membantu pelajar di luar negara dan adalah baiknya jika kita sama-sama bergerak sebagai satu kumpulan dengan tujuan membuat kebajikan. sekiranya kebanyakan ahli PMRAM belajar menggunakan wang zakat, maka seharusnya kita sama-sama menggunakan kemudahan ini sebaik-baiknya. Sekali lagi saya memohon maaf kerana tidak sedar akan perkara ini. Kewujudan kami di dalam UMNO hanyalah sekadar membantu dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar di luar negara sekali gus menjadi mata dan telinga untuk segala permasalahan di laur negara. Maka segala kesilapan kami harapnya dapatlah di maaf kan. mungkin ade yang terlepas pandang atau tersalah anggap.

Kepada yang terasa hati atau tersentap diharapkan dapatlah memaafkan saya kerana sekiranya mereka ini berada di dalam kumpulan yang benar sesungguhnya tidak ape yang perlu dirisaukan kerana segala tindakan dari kerajaan akan berdasarkan siasatan dan bukannya secara membuta tuli.oleh itu tidak perlu takut atau menghamburkan kata-kata yang kurang enak di dengar. saudara seorang yang matang dan berfikiran terbuka dan saya percaya sudah tentu punya perilaku yang baik dan berkarisma tinggi. jangan biarkan amarah menguasai diri sehingga lupa bahawa saya ini manusia yang serba kekurangan.

Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan
Transport Research Group (TRG)~(http://www.trg.soton.ac.uk/)
Faculty of Civil Engineering and Envirn'mental Sciences
University of Southampton
University Road
Southampton
SO17 1BJ United Kingdom
England


Saya kemudiannya membalas email beliau dan saya forwardkan juga untuk penilaian semua...


Assalamualaikum
Terima kasih akan respon yang diberikan. Saya akui saya memang marah dengan apa yang saudara ucapkan di dalam perhimpunan agong UMNO. Apapun dalam Islam, marah juga akan jadi ibadah jika kene pada tempatnya. Apa yang saudara ucapkan dalam perhimpunan agong UMNO sangat memberi kesan kepada sahabat PMRAM yang berjuang ikhlas membantu pelajar di sini. Saya sudah cukup bertapis akan kata-kata saya itu dan saya lafazkan semuanya atas dasar menentang kezaliman yang berlaku.

Dalam Islam, kezaliman ditakrifkan sebagai meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Maka apa yang saudara ucapkan itu, memang tidak meletakkan pada tempat yang betul. Terdapat beberapa tindakan mengejut yang berlaku terhadap mereka yang bergerak aktif dalam PMRAM di sini kesan daripada ucapan saudara. Baru-baru ini, sahabat baik saya ditendang keluar daripada asrama melayu milik kementerian pengajian tinggi di Kaherah. Tiada bukti kukuh yang dinyatakan tetapi umum mengetahui ia adalah kerana beliau pernah menjemput presiden PMRAM untuk berucap dalam satu majlis yang diadakan di asrama itu. Namun menjadi persoalan, majlis yang dilaksanakan Disember 2008 itu hanya dikenakan tindakan pada awal Mei, 3 minggu sebelum kami exam? Saya bimbang ucapan saudara itu menjadi pemangkin akan tindakan yang pegawai Jabatan Penuntut laksanakan itu.

Ini baru satu kejadian yang berlaku yang di dalam pengetahuan saya, sedangkan banyak lagi kejadian yang berlaku yang saya tidak tahu kesan daripada ucapan saudara. Saya hormati perbezaan pendapat politik remaja kini, dan saya juga menghormati sahabat saya dalam UMNO yang ikhlas berjuang seperti saudara. Namun jika berlaku sesuatu yang zalim, saya wajib untuk mengatakan yang benar dan membela yang dizalimi walaupun terpaksa menggunakan perkataan yang keras.

Memang ada terdetik juga rasa kesal di hati bila baca coretan saudara, kesal kerana menggunakan perkataan yang agak kasar. Tapi saudara juga perlu faham akan persaan saya dan sahabat di sini yang amat terluka dengan kenyatan saudara itu. Maka saya pohon maaf pada saudara dengan perkataan yang digunakan dan minta halal kerana apa yang saya coretkan pada saudara sebelum ini saya fowardkan juga dalam blog saya. Tapi saya berniat lakukan semua ni untuk menjelaskan kebenaran dan memadamkan kekeliruan, sama sekali tidak berniat untuk menghina saudara. Saya akui kesilapan ini dan bimbang amarah saya bercampur dengan nafsu dan ghairah menghina oranglain. Saya amat kesal jika ini berlaku dan amat memohon maaf kepada saudara. Maafkan saya. Saya juga adalah apa yang Allah berikan, tiada kemuliaan malah hina kerana sering bertopengkan kebaikan tetapi masih melakukan kejahatan.

Saya hormati saudara, jika saudara mengaku salah maka saya berharap saudara terima coretan saya sebagai peringatan dan teguran agar saudara lebih berhati-hati kelak. Saya amat menyarankan jika saudara benar-benar mengaku silap, maka hubungilah pimpinan PMRAM di sini dan jelaskan apa yang berlaku serta memohon maaf dari mereka. Mereka yang lebih terkesan dengan ucapan saudara, saya hanyalah terusik sebagai seorang ahli PMRAM. Jika saudara bersetuju, tuliskan satu coretan dan saya akan sampaikan kepada mereka secara peribadi. Mungkin jika saudara lakukan secara terbuka akan memberi kesan kepada pengajian saudara, maka saya tawarkan untuk menjadi orang tengah dalam hal ini demi menjernihkan semula apa yang berlaku agar antara kita tidak 'berhutang' di Padang Mahsyar nanti.

Saya harap apa yang saya katakan yang mengguris perasaan saudara tidak menjadi permusuhan malah bertukar menjadi pengajaran berguna sesama kita. Saya berharap kita terus bersahabat dalam menjayakan impian masing-masing dan berjuang membangunkan Islam dan negara kita walaupun berlainan jalan dan wasilah. Politik bukan pergeseran tetapi penyatuan demi kebaikan rakyat dan Islam. Saya amat memohon maaf dan saya memaafkan apa yang terguris dalam hati saya. Terima kasih, jazakallah.


Maka, saya dengan rasa insaf menyesali akan apa yang telah saya ungkapkan kepada beliau dan menyedari saya agak emosi semasa menulis artikel tersebut. Disebabkan artikel itu telah dibaca oleh ramai orang, saya bimbang segala kata-kata keras yang berkemungkinan menghina beliau dan mengguris hati beliau akan terbawa-bawa dan menjadi ikutan orang lain. Maka saya bimbang ini akan menjadi satu umpatan jika saya segala yang saya tulis itu tidak didasari dengan keihklasan malah bercampur dengan geram dan nafsu. Saya dengan rasmi menarik segala kata-kata saya itu dan telah memohon maaf kepada beliau. Maka jika ada sesiapa yang berterusan memburukkan beliau kesan daripada membaca artikel saya, maka saya pohon agar dihentikan dan nilailah sendiri jawapan yang beliau berikan diatas.

Saya menganggap beliau tidak mengetahui keadaan sebenar dan hanya menjalankan tugas untuk membacakan teks ucapan tersebut. Maka hendaklah kita husnuzon terhadap beliau akan tetapi dalam masa yang sama turut tidak bersetuju dengan kezaliman yang terjadi kesan daripada ucapan beliau dan memohon beliau untuk meminta maaf.

Saya pohon pada Allah agar mengingatkan saya agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memberi apa jua pendapat agar ianya didasari dengan keimanan dan bertepatan dengan syarak. Segala kesilapan yang berlaku bukti lemahnya saya dan agungnya kuasaNya. Syukur padaMu Ya Allah kerana mengingatkan hamba ini. Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri agar lebih berakhlak dengan akhlak seorang pejuang Islam sebenar!

Sunday, May 10, 2009

Al Azhar, Universiti 'Terburuk' dan TERHEBAT Dunia!

Sebelum datang ke Bumi Anbia ni, aku selalu terfikir macam mana sebenarnya rupa Universiti Al Azhar, universiti terkemuka dunia Islam dan tertua di dunia ni. Adakah macam UIA tu, atau macam UMS ke, mesti unik bangunannya, cantik lanskap dan bersih menyejukkan mata.

Bila tanya kat uztaz-uztaz di Malaysia yang merupakan bekas pelajar Al Azhar, depa selalu bagi perumpamaan standard pejabat Ketua Kuliah Azhar sama macam asrama Sek Men A Darul Falah (sekolah masa aku menengah rendah dulu. Loh, betul ke gitu...Aku melopong xdapat nak bayangkan..Ish, teruknya Al Azhar..

Sejak tu, aku dah melupakan hasrat nak masuk Azhar. Setelah disapa angin kemajuan, aku mengubah arah tuju hidup aku untuk ambil bidang sains. Dari Al Falah, aku 'transit' jap kat SMK Tun Perak selama 5 minggu yang banyak memberikan aku persediaan sebelum melangkah ke sekolah idaman aku, Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Bila masuk ke KISAS, maka bermulalah aku dalam era mengejar impain yang kononnya macam dah jelas. Aku pulun habis-habis belajar sains dan menumpukan lebih perhatian kepada Fizik. Aku memang 'giler' Fizik. Masa tu rasa xnak dok asrama, nak pindah dok ngan cikgu Wong yang banyak bagi tunjuk ajar berguna pada aku dalam Fizik.

Bila naik Form5, dunia aku makin sibuk. Aku pulun apa yang ada untuk mencari pengalaman baru sebagai persediaan untuk mendalami ilmu sains. Namun, dipertengahan tahun, aku merasa kosong... "Apa yang aku kejar ni??" Aku mula melihat dunia yang aku nampak ketika itu. Aku sedang mengejar apa yang aku katakan 'impian', tapi jiwa aku kosong.. Hinggakan aku pernah menyuarakan pada kawan baik aku, Pian bahawa aku macam minat nak sambung STAM.

Aku xendah apa yang aku rasa. Aku pulun sampai tamat SPM. Sepanjang Form4 dan Form5, aku tukar bermacam-macam cita-cita. Dari doktor kepada Aeroneotik. Selepas disapa angin 'Think Positive' oleh Pak Anjang, rasa macam nak ambil psyco plak. Tapi yang terakhirnya aku kembali nak ambil aeroneotik.

Namun, rancangan Allah lebih menarik untuk aku. Selepas istikarah, aku diberi petunjuk paling jelas, paling menenangkan aku dan paling membuatkan hidup aku jadi penuh dan terarah.. Bila aku terkenang ni, aku jadi sedar bahawa betapa bodohnya aku akan hala tuju aku sendiri.

Aku ambil kelas STAM di KISAS. Walaupun ada gak kawan-kawan yang kenal aku pelik ngan pilihan aku, aku lebih memilih jalan yang Dia tunjukkan. Tapi, saat itu aku sedar, dengan mengambil STAM maka secara rasminya sebelah kaki aku dah berada di Universiti Azhar, universiti paling 'teruk' di dunia!!

Aku xkisah dengan semua tu, biarlah orang lain berbangga dengan universiti diorang yang bertaraf dunia. Aku dipandu oleh ustazku agar mengikhlaskan diri dalam pengajian agama. Yang lebih dilihat adalah lubuk ilmu yang ada di Azhar tu. Bila lihat friendster kawan-kawan lain yang depa letak gambar universiti depa, aku jadi cemburu gak. Yela, depa berada di universiti yang hebat dan bertaburan di serata dunia. Ah, biarkan depa, aku nakkan ilmu, bukan title universiti..

Tapi, pagi ni setelah aku tamat ujian syafawi, aku berhadapan dengan satu keistimewaan Al Azhar yang aku sering dengar sebelum ni. Selepas berkejar naik bas 945 palang, aku ternampak sorang doktor/pensyarah aku naik bas yang sama..Bila pandang dia, aku teringat akan pengalaman belajar dengan doktor yang mesra 'wafidin' ni (pelajar asing)..

Dr ni terkenal dengan mesra wafidin, aku xkenal namanya tapi aku panggil die Dr Wafid je..haha..Bila dia ngajar, dia sangat alu-alukan budak wafid. Budak-budak Malaysia suka masuk kuliah die.

"Fahimtum?" "Aiyua!!" balas budak Arab. "Fahimtum wafidin??" "Aiyua!!" balas kitorang. "Wallahi??" "Wallahi!!"...Ni la dialog popular bagi sapa2 yang masuk kuliah die. Keprihatinan die pada budak wafid buatkan bebudak Arab jadi jeles.

Pernah sekali die kata, pelajar paling mulia adalah wafidin ghairu arab (pelajar asing bukan Arab) sebab datang dari jauh dan belajar Bahasa Arab, kedua adalah wafidin arab (pelajar asing Arab) coz datang dari jauh je dan yang ketiga barulah bebudak Mesir coz dah la dekat, bahasa pun bahasa sendiri (bahasa Arab)..Kitorang gelak je..Bebudak Arab jadi tensen la..

Kembali kepada cerita tadi, doktor ni naik bas yang sama ngan aku. Hangpa jangan fikir bas di Mesir macam bas Intrakota kat KL tu. Tapi lebih teruk dari bas mini kat Klang! Die sebagai seorang doktor universiti, pergi dan balik kerja naik bas, xde pengiring, bersesak2 dengan penumpang lain, keadaan tadi plak die berdiri sebelah aku, sama macam penumpang lain. Tiada penghormatan dan tidak minta dihormat!

Aku cuba nak tangkap gambar die dalam bas tadi, tapi ada Arab kat belakang ni plak wat hal..Die nampak aku buka lens camera HP aku, die nak tengok gambar apa yang aku tangkap. Mungkin die fikir aku nak tangkap gambar awek Arab la tu. Hmm, xsempat nak tangkap gambar doktor, die pulak menyibuk. Aku simpan je HP aku, malas nak gaduh ngan budak Arab ni..

Aku perhatikan muka doktor. Muka tenang, xde mengeluh walaupun berpeluh! Wajah ikhlas dalam menyampaikan ilmu dan tidak memandang pada kemuliaan dunia. Tidak berharap kepada gaji yang besar dan penghormatan yang tinggi.

Dari sini aku dapat kenal pasti keistimewaan Azhar berbanding dengan mana-mana universiti di dalam dunia. IKHLAS. Keikhlasan pengajarnya jadi tulang belakang kehebatan Azhar dan membuatkan Al Azhar terus utuh setelah lebih 1000 tahun penubuhannya. Tidak lekang dek panas keberkatannya walaupun berhabuk bangunannya. Tidak tercemar kesucian ilmunya walaupun dikotori dengan sikap sesetengah Arab Mesir yang tidak berakhlak.

Syeikh dan doktor Azhar memang hidup susah tidak seperti pensyarah di Malaysia. Mereka dihimpit dengan kemiskinan dan tekanan pemerintah si celaka Husni Mubarak. Gaji rendah, kenderaan pun tidak hebat. Ramai syeikh Azhar yang berkerja seperti pegawai bank dan pakar bedah, namun mereka sanggup datang dari jauh, dengan menaiki bas dan berjalan kaki untuk mengajar di universiti dan MAsjid Azhar tanpa rasa jemu dan tanpa meminta bayaran sesen pun..

Ikhlas, yang kita ketahui sebagai faktor utama kejayaan umat Islam sekian lama. Jika tiada ikhlas, tiadalah yang berani mati sayhid di jalan Allah. Jika tiada ikhlas, tiadalah pemimpin sehebat sahabat Rasulullah. Jika tiada ikhlas Islam tidak akan tersebar ke seluruh alam!

Inilah kehebatan Azhar. Kehebatan ini barangkali tidak dapat ditandingi oleh mana-mana universiti di dunia. Keihlasan para ulamanya dalam menjaga agama amat disanjungi walaupun di negara kita peranan ulama dalam gerakan Islam sendiri dipertikaikan! Ulama ikhlas penyuluh akhirat, siapa yang merendahkan ulama ibarat memadamkan lampu suluh untuk memandu mereka ke akhirat. Orang bodoh dan kerja bodoh bagi orang yang menyamakan ulama seperti orang lain yang bertuhankan nafsu!

Aku kini merasa insaf dan bangga. Insaf kerana Allah telah membuktikan bahawa aku bodoh dalam menentukan hala tuju hidup aku sendiri sedangkan Dia maha bijak mengatur sesuatu yang dulunya aku anggap buruk bagiku tetapi ianya terbaik bagiku disisi Allah. Bangga kerana kini aku berada di Universiti Al Azhar, unversiti TERHEBAT DI DUNIA!

Saturday, May 2, 2009

Apa??!! Doktor Hidup Semula!!!

Assalamualaikum semua. Dah lama mendiamkan diri daripada menulis blog ni, malam ni Alhamdulillah dapat meluangkan masa di sebalik kesempitan masa dok mentelaah buku akibat ribut taufat exam yang makin menggila...

Namun, di sebalik kesibukan tu, terdengar satu berita yang gempak! "Apa??? Dr Sami Afifi meninggal dunia???"... Berita mengejut yang aku dengar dari mulut kawanku ketika study group 2 minggu lepas.. "Iye, aku tengok sendiri ada pengumuman bertulis kat board tepi pejabat Syuun". "Patut la dua tiga hari aku tunggu kuliah die, die tak masuk...Adoi, tak sempat nak minta muqarar.." kata sorang kawan kaki minta muqarar.

Maka, study group untuk madah Tasauf (madah yang diajar oleh Dr Sami Afifi) pada pagi itu dijalankan dengan perasaan terkilan..Terkilan kerana kehilangan seorang ulama besar, dan juga kehilangan peluang nak dapat muqarar..hehehe.. "Sebelum kita mulakan study group ni, mari kita sedekahakn Al Fatihah untuk doktor kita..Al Faaatihaaah!!" kata Si Pak Li..

Di bilik, Abg Lokman datang dengan tergesa-gesanya..."Wei, betul ke Dr Sami Afifi meninggal dunia?" "Ye, kompom punye...Kitorang tengok pengumuman kat Syuun." Dengan sedihnya Ang Lokman terdiam. Katanya baru dua hari lepas Dr Sami Afifi ngajar die.."Korang nak tau, masa die nak keluar kelas die 'kata ni kelas terakhir aku'..tak sangka, memang kelas terakhir die..." Abg Lokman berlalu dengan sedihnya..Semua pilu, terdiam seribu bahasa..

Dua hari selepas tu, kawan saya Si Mohsin pergi ke kuliah seperti biasa. Hari itu selepas kelas Hadith, semua budak Malaysia tahun Satu Usuluddin bercadang nak berangkat balik coz selepas itu adalah kelas Allahyarham Dr Sami Afifi.."Sedih terkenang kat die..Jom balik la..ada nangis aku nanti.."

Ketika mereka melangkah keluar dewan kuliah, mereka ternampak susuk tubuh ynag biasa mereka lihat..."Macam bisa saja aku lihat orang ni, tapi di mana ya..?".. Semua tercengang n terkejut beruk ala-ala beruk Malaya.."Betul ke apa yang aku nampak ni? Dr Sami Afifi HIDUP BALIK!!!!"

Di bilik, ketika saya sedang berehat baring, datang la Si Pak Cad bercerita.."Wei Rol, tadi Ketua Persatuan Pelajar Azhar, masuk dewan. Die bawa 7 biji Dragon Ball. Katanya bleh mintak satu je permintaan..Jadi kami semua sepakat minta biar Dr Sami Afifi hidup balik...hahahaha.." Saya tercengang, apa la budak ni ngarut..

"Bodoh punye keje la..dok kata orang hidup dah mati..Dr hidup lagi la..sapa la dok bawa citer bohong ni..." kata Pak Cad. "Aku nak tergolek gelak tadi..Pengumuman tu kata anak buah die yang meninggal..bukan die..Tadi die sihat je masuk kuliah, ngajar cam biasa.." sampuk Kemal.

Sama-sama kitorang gelak pecah perut..Kes Dr Sami Afifi 'hidup balik' ni, budak Usul tahun Satu je yang tau..Yang lain tak tau langsung tentang berita palsu yang dok kata Dr dah mati..Nasib baik saya tak hebahkan berita bodoh ni.

Esoknya, semua semangat nak pergi kelas Tasauf..Semangat coz nak tengok Dr yang mati hidup semula, mana la tau dia ada nak cerita kisah dari 'Alam Barzakh' ke..hehehehe..Tambah semangat lagi depa pergi kelas coz nak dapatkan muqarar sebelum Dr 'mati' semula..hahaha..Inilah cerita budak-budak zaman sekarang...