Sunday, December 7, 2008

HIPOKRIT

PEMBUKA BICARA

Tulisan ini cuba untuk membicarakan impak kalimah 'HIPOKRIT' dalam suasana "DAKWAH" dan unsur-unsurnya[1].

HIPOKRIT lawannya JUJUR

Suasana Si Dai'e dan Mad'u:

ð Setelah Si Dai'e selesai menyampaikan syarahannya terhadap Maudhuk Dakwah (yakni Islam) kepada para mad'u dalam pelagai kategori, maka situasi berikut mungkin akan berlaku:

1) Mad'u 1: Ust anjurkan kepada saya menutup aurat, saya tahu itu wajib, tapi saya tak mau hipokrit lagi lah ust. Setakat ni saya tak bersedia nak tutup semua aurat saya lagi, Saya hanya mau berlaku jujur pada diri saya…

2) Mad'u 2: Ust suruh saya aktif dalam gerakan Islam. Saya tahu saya perlu memberi sumbangan kepada Islam, tapi saya tau mau hipokrit lah ust. Sekarang ni saya sibuk sangat. Jujurnya, saya memang tidak bersedia lagi….

3) Mad'u 3: Saya memang macam ni ust. Ust suruh saya berhemah dalam berbicara…tetapi inilah realiti saya. Saya tidak hipokrit dengan sesiapa,,,terimalah keadaan saya seadanya…

HIPOKRIT dianggap negatif…maka JUJUR dianggap positif. Oleh itu..bagi mengelakan berlakunya HIPOKRIT, seseorang akan berkekalan dengan sikapnya itu dengan alasan untuk berlaku JUJUR pada diri.

Antara HIPOKRIT dan MUNAFIQ

Dari satu sudut pandang; HIPOKRIT adalah MUNAFIQ, tetapi impaknya berbeza. Perbezaannya adalah sama dengan perbezaan antara kalimah AKHLAK dan MORAL. Jika kita tukar perkataan HIPOKRIT itu dengan kalimah MUNAFIQ; maka dialognya akan jadi begini:

1) Mad'u 1: Ust anjurkan kepada saya menutup aurat, saya tahu itu wajib, tapi saya tak mau MUNAFIQ lagi lah ust. Setakat ni saya tak bersedia nak tutup semua aurat saya lagi, Saya hanya mau berlaku jujur pada diri saya…

2) Mad'u 2: Ust suruh saya aktif dalam gerakan Islam. Saya tahu saya perlu memberi sumbangan kepada Islam, tapi saya tau mau MUNAFIQ lah ust. Sekarang ni saya sibuk sangat. Jujurnya, saya memang tidak bersedia lagi….

3) Mad'u 3: Saya memang macam ni ust. Ust suruh saya berhemah dalam berbicara…tetapi inilah realiti saya. Saya tidak MUNAFIQ dengan sesiapa,,,terimalah keadaan saya seadanya…

Semacam ada yang tidak kena dengan dialog di atas. Kelihatan seolah2 bercanggah. Namun, jika kita tahu membezakan impak @ penghayatan kalimah MUNAFIQ dan HIPOKRIT itu, maka barangkali dialognya akan jadi begini:

1) Mad'u 1: Ust anjurkan kepada saya menutup aurat, walaupun setakat ini saya sebenarnya tidak bersedia lagi nak menutup semua aurat saya. Jadi…saya perlu MUJAHADAH untuk menutup aurat saya ini.

2) Mad'u 2: Ust suruh saya aktif dalam gerakan Islam. Jujurnya, saya memang tidak bersedia lagi…. Sekarang ni saya sibuk sangat. Tetapi saya akan MUJAHADAH juga utk melaksanakan tanggungjawab ini…insya-Allah.

3) Mad'u 3: Saya memang macam ni ust. Ust suruh saya berhemah dalam berbicara…tetapi inilah realiti saya. Saya akan berMUJAHADAH juga utk menyelami dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW,,,maka, terimalah keadaan saya seadanya kerana saya telah, sedang, dan akan sentiasa berMUJAHADAH ke arah itu…

Kesimpulannya; jika kita memahami HIPOKRIT itu sebagai HIPOKRIT; maka kita akan berlaku JUJUR; maka kita berkekalan dengan sikap kita itu, yang sepatutnya kita ubah. Sebaliknya, jika kita memahami HIPOKRIT itu sebagai MUNAFIQ, maka kita melaksanakan MUJAHADAH supaya dapat membuang sifat MUNAFIQ dan juga mengubah sifat yang perlu kita ubah tersebut.

Sifirnya mungkin begini:

- Kita nak jadi HIPOKRIT @ JUJUR ?? => JUJUR – tiada perubahan yang berlaku.

- Kita nak jadi MUNAFIQ @ IKHLAS ?? => MUJAHADAH untuk mendapatkan IKHLAS melalui ISTIKHLAS – pasti akan ada perubahan ke arah yang lebih baik.

MUNAFIQ , ISTIKHLAS dan IKHLAS

Adakah apabila kita terasa malas nak solat, maka utk tidak menjadi MUNAFIQ, kita tinggalkan solat itu..? ATAU kita akan bersolat juga, cuba untuk IKHLAS melalui ISTIKHLAS (buat-buat ikhlas) sehinggalah kita mencapai maqam IKHLAS itu..?

Adakah apabila kita terasa tak mau melaksanakan kewajipan berjuang utk Islam, maka untuk tidak menjadi MUNAFIQ, kita tinggalkan kewajipan perjangan kita itu...? ATAU kita akan berjuang juga, cuba untuk IKHLAS melalui ISTIKHLAS (buat-buat ikhlas) sehinggalah kita mencapai maqam IKHLAS itu..?

Adakah apabila kita tahu sifat dan sikap kita boleh diperindahkan lagi, maka untuk tidak menjadi MUNAFIQ, kita berkekalan dengan sifat dan sikap kita yang lama...? ATAU kita akan ubah juga sikap kita, cuba untuk IKHLAS melalui ISTIKHLAS (buat-buat ikhlas) sehinggalah kita mencapai maqam IKHLAS itu..?

Begitulah seterusnya....contoh-contoh di atas hanya sekadar contoh secara konseptual. Mungkin ada yang beralasan, kewajipan SOLAT itu disepakati WAJIB...memanglah dia kena solat juga....

Mungkin ada yang beralasan, nak berjuang ni...tengoklah suasana kita juga...tidak semestinya jatuh hukum wajib...bla ...bla....bla...

Mungkin ada yang berasalan, sikap aku sekarang ni,,,bukannya berdosa pun...biasalah tu...cara adik-beradik; cara bersahabat, cara bertafahum sesama ahli jemaah.....inilah realiti dalam perjuangan ini,,,bla..bla...bla

Maka pada pendapat ana:

Allah tidak memandang buruk kepada hamba-hamba-Nya. Allah memandang hamba-hamba-Nya dengan pandangan yang HASAN (baik) tetapi Allah tetapkan mahukan yang AHSAN (lebih baik dari baik). Sama-samalah kita amati dan mengambil ibrah daripada kalimah 'AHSAN' yang disebutkan beberapa kali dalam Al-Quran. Dalam ertikata lain, asal sahaja kita ada ISLAM (yakni menganut ISLAM) Allah telah memandang kita sebagai BAIK (yakni BAIK berbanding kafir). Seterusnya, Allah inginkan kita menjadi LEBIH BAIK daripada keadaan kita yang sedia BAIK. Ini bermakna…

- menjadi MUSLIM yang hanya pada nama itu lebih baik daripada menjadi KAFIR

- menjadi MUSLIM yang melaksanakan KEWAJIPAN lebih baik daripada hanya menjadi MUSLIM hanya pada nama.

- Menjadi MUSLIM hanya melaksanakan KEWAJIPAN dan meninggalkan LARANGAN lebih baik daripada menjadi MUSLIM yang hanya melaksanakan KEWAJIPAN sahaja.

Begitulah seterusnya…sehingga tiada penghujung kerana sentiasa ada cara yang lebih baik …dan yang lebih baik itulah yang Allah mahukan (bukannya manusia)…maka kalau kita cuba jadi yang lebih baik dari sekarang…bukannya untuk menarik perhatian manusia..tetapi hanyalah semata-mata sebagai MUJAHADAH kita dalam 'menyambut' motivasi yang 'dilontarkan' oleh Allah melalui Kalam-Nya dalam Al-Quran.

Dari sudut pandang yang lain pula, Allah SWT begitu 'berhemah' dan 'menjaga hati' hamba-hamba-Nya…sehingga tidak menyifatkan kepada hamba-hamba-Nya dengan sifat Qabih (buruk)…sebaliknya…Allah menggunakan kalimah Ahsan[2] bagi memberi gambaran bahawa pandangan Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah sentiasa BAIK….dalam keadaan Allah inginkan YANG TERBAIK. Oleh itu, sayugialah kita sebagai hamba untuk mencuba cuba sedaya-upaya untuk berhemah dalam interaksi kita sesama hamba. Iktibarnya ialah…kita sama-sama HAMBA. Tidaklah seharusnya HAMBA itu berasa lebih mulia dari HAMBA yang lain…melainkan ALLAH jualah YANG MAHA MULIA. Kita memuliakan manusia atas kedudukannya sebagai HAMBA kepada ALLAH….maka hakikatnya…bukan si manusia itu yang kita isbatkan kemuliaan, sebaliknya MULIA itu diisbatkan kepada ALLAH.

Kembali kepada kalimah HIPOKRIT

Kalimah HIPOKRIT begitu jauh dari unsur Tauhid kepada Allah - sama perihalnya dengan kalimah MORAL - Barangkali, dengan kalimah HOPOKRIT ini, seseorang boleh berfikir begini:

"Ajaran Islam penuh dengan tanggungjawab dan amanah. Terdapat banyak kewajipan yang perlu dilaksanakan, terdapat banyak larangan yang perlu ditinggalkan. Diriku tidak sebaik mana untuk melaksanakan semua ini. Aku perlu jujur dan menerima seadanya keadaan diriku. Mengapa perlu hipokrit. Maka,,,untuk berlaku jujur,,,biarlah aku keluar dari Islam aku ini...kerana aku rasa aku tak mampu untuk menjadi Muslim yang diinginkan Allah. Tunggulah sehingga aku rasa aku mampu untuk menjadi MUSLIM SEJATI, akan aku masuk Islam semula...."

Contoh di atas adalah contoh yang begitu ekstrim, barangkali tidak berpijak di alam nyata,,,tetapi kemungkinan untuk berlaku pasti ada,,,terutamanya dalam Dakwah kita kepada orang kafir supaya mereka memeluk Islam.

Ana berikan lagi beberapa contoh yang lebih hampir dengan kehidupan seharian:

1) Dalam konteks hubungan suami isteri. Si Isteri merajuk kepada si suami. Untuk tidak menjadi hipokrit, maka si isteri tidak melayani suami.

2) Dalam konteks hubungan dengan ibu bapa: Si anak berasa tidak puas hati dengan bapanya yang tidak membenarnya keluar malam. Untuk tidak hipokrit, si anak bersikap kurang ajar kepada si bapa sebagai tanda protes.

3) Dalam konteks pekerjaan: Si pekerja kadang-kala berasa malas utk bekerja. Untuk tidak hipokrit, dia ponteng kerja.

4) Dalam konteks belajar: Si pelajar tiba-tiba berasa malas untuk belajar. Untuk tidak hipokrit, dia tidak mengulang-kaji pelajarannya.

Namun, berlaku sedikit kepelikan dalam contoh 3 & 4. Biasanya…si pekerja pasti akan pergi kerja juga (dalam keadaan yang hipokrasi kerana dia sebenarnya pada ketika itu malas untuk bekerja). Si pelajar juga sanggup berada dalam hipokrasi…dia akan mengulangkaji juga walaupun sebenarnya dia malas.

Kenapa begitu???

Ini kerana, si pekerja ada kepentingan dalam pekerjaannya,,,dia ingin dapatkan gaji bulanan dan tidak mahu dibuang pekerjaan.

Ini kerana si pelajar juga ada kepentingan,,dia ingin mendapatkan sijil yang dia anggap sebagai masa depan rezekinya.

Maka, jika kita ada kepentingan peribadi…kita sanggup untuk berada dalam keadaan HIPOKRASI demi menjayakan kepentingan peribadi tersebut. Sebaliknya,,,jika kita tiada kepentingan…maka kita akan menjadikan "Aku tidak mau hipokrit" sebagai alasan unggul untuk kita 'mengelak' daripada melakukan sesuatu perkara.

Di sini timbul satu persoalan bagi mereka yang suka melaksanakan sesuatu berdasarkan kepada kepentingan dan keperluan diri; Adakah kita berkepentingan untuk sentiasa menjaga hemah kita apabila berinteraksi sesama manusia???

Jika kita memandang manusia itu sebagai manusia; memang kita tiada kepentingan untuk 'berhemah' kepadanya. Maka, apabila kita dianjurkan supaya lebih berhemah, kita akan memberikan alasan begitu dan begini...dan kemuncak kepada alasan tersebut adalah "Aku tidak mahu HIPOKRIT" dan "Inilah realiti..."

Jika memandang manusia sebagai HAMBA....kita pasti akan tertanya-tanya...siapakah TUAN kepada HAMBA ini...maka jawapannya adalah : ALLAH itulah TUAN kepada si HAMBA. Kemudian kita memandang jauh di sudut hati sendiri seraya bertafakkur,

"Bukankah aku ini bertuhankan Allah, dan sentiasa mengharapkan KASIH SAYANG ALLAH? Maka, adakah aku akan disayangi ALLAH kalau aku tidak menyayangi HAMBA-HAMBA ALLAH yang lain? Adakah aku akan diambil peduli oleh ALLAH kalau aku mengambil sikap tidak peduli kepada HAMBA-HAMBA ALLAH yang lain? HAMBA ini ALLAH yang punya. ALLAH itu juga yang sentiasa aku harapkan. Maka, aku akan cuba untuk menjaga HAMBA ini...mudah-mudahan aku dijaga oleh ALLAH dalam keadaan aku ini juga adalah HAMBA ALLAH..."

Ya, kita memang begitu berkepentingan untuk menjaga adab dalam berinteraksi sesama kita kerana kita semua adalah HAMBA ALLAH yang sama-sama mengharapkan RAHMAT ALLAH.

Jika demi kepentingan wang ringgit dan keduniaan...kita sanggup berHIPOKRIT dengan bekerja walaupun culas; dengan belajar walaupun malas; maka apa pula tindakan kita untuk mendapatkan "KEPENTINGAN RAHMAT ALLAH" ??

Kalau kita kata; "Baiklah...aku sedia untuk berHIPOKRIT demi untuk mendapatkan RAHMAT ALLAH.." Maka ungkapan ini dilihat sebagai bertentangan dan tidak selari dengan SYARIAT ALLAH. Bagaimana mungkin kita memperolehi RAHMAT ALLAH tatkala tindakan kita tidak berdasarkan SYARIAT ALLAH?

Apa yang kita perlu lakukan...? BerHIPOKRIT atau berMUJAHADAH ??

Lupakan HIPOKRIT, pasakkan MUJAHADAH

HIPOKRIT banyak mengundang konflik dalam kehidupan. Impaknya begitu buruk dalam segenap keadaan, lebih lagi keadaan kita yang mengaku beriman dan TAUHID kepada Ar-Rahman. Sebagai penyelesaian, padamkan sahaja kalimah HIPOKRIT dalam kamus kehidupan kita. Sebenarnya, tiadapun yang diistilahkan sebagai HIPOKRIT dalam Syariat Islam yang kita anuti dan yakini kemuliaannya ini.

Kalimah HIPOKRIT tidak dapat menempati kalimah MUNAFIQ sebagaimana kalimah MORALITI tidak dapat menempati kalimah AKHLAK.

Maka, lupakanlah istilah HIPOKRIT, fokuskan kepada MUJAHADAH, ISTIKHLAS, IKHLAS, MUNAFIQ, . Untuk itu, mudah-mudahan tiada lagi sebarang halangan untuk kita menyambut seruan Allah untuk menjadi yang 'AHSAN'[3] daripada HASAN.

Apa pula selepas MUJAHADAH???

Sekarang, kita sudah 'tidak mengetahui' kalimah HIPOKRIT, yang kita faham hanyalah MUJAHADAH. Tiada lagi PURA-PURA, yang ada hanyalah ISTIKHLAS. Tidak timbul lagi soal untuk JUJUR DENGAN DIRI, sebaliknya tumpuan kita hanyalah untuk menuju IKHLAS KEPADA ALLAH.

Dengan andaian semua kita dalam suasana di atas, dan inilah IKLIM yang kita bina sesama kita, maka itulahlah titik tolak kepada Husnuzzon dan Salamatussodri sesama sahabat. Barulah kita mampu `menahan perasaan` terhadap sahabat-sahabat...kerana kita memahami bahawa dia sekarang sedang BERMUJAHADAH, adakalanya dia berjaya,,,mungkin kadang-kala dia gagal. Jika dia berjaya, kita turut sama bersyukur[4] sebaliknya jika dia gagal, kita mampu bersabar untuk berhadapan dengannya seraya berdoa kepadanya agar beroleh kejayaan semula dalam MUJAHADAHnya.[5]

Dengan Husnozzan dan Salamatussodri sebegini, barulah membibitkan kembang bunga dalam persahabatan. Sama-sama dapat saling mengingatkan dan mempertahankan mujahadah masing-masing menuju maqam IKHLAS kepada ALLAH. Barulah kemanisan madu dalam bunga persahabatan dapat dirasai bersama. Maka...mekarlah bunga-bunga kita dalam jemaah (baca: taman) .... seraya menghasilkan suasana yang begitu menarik minat sekalian manusia dan sekalian makhluk lantas semuanya singgah dan menetap di taman (baca:jemaah) yang kita berintima' dengannya ini.

Itulah hakikatnya 'Dakwah Bil Hal' yang dimulakan dengan Ukhwah Fillah, yang diasaskan dengan Husnuzzon dan Salamatussodri, yang lahir daripada sikap SALING BERMUJAHADAH, yang diasaskan dengan PENGHAPUSAN KEPADA KALIMAH HIPOKRIT.

Penutup Bicara Sebelum 'Mata Terlena'

Menyedari betapa besarnya impak negatif daripada kalimah HIPOKRIT ini, adalah dicadangkan supaya istilah ini dijadikan sebagai pembuka tirai sebelum memulakan tajuk-tajuk lain dalam kita berdakwah dan menjalankan usrah serta proses tarbiyah samada di kalangan ahli jemaah, persatuan, perkumpulan, sahabat2 serumah dan sebagainya.

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم Kita mulakan/perbaharui MUJAHADAH kita sekarang...!

Allah SWT rahmati dan berkati MUJAHADAH kita ini,,,amin. AL-FATIHAH !!!

Cetusan rasa oleh:

Razyana Abu Amir a.k.a. Subulussalam

G9



[1] Unsur dakwah: Daie, Mad'u, Maudhuk Dakwah (Islam), Muassasah Dakwah (Tanzim.

[2] {الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ }الملك2

[3] Kalimah 'AHSAN' dalam pelbagai sighah disebutkan sebanyak 53 kali dalam Al-Quran. Ana masih tidak berkesempatan untuk mengkaji konteks dalam setiap ayat tersebut. Mungkin ada 'rahsia' atau 'Latoif' yang tersembunyi . Insya-Allah, akan diusahakan pada masa hadapan untuk dikongsi. Doakan .

[4] Bukannya mengatakan bahawa sahabat kita ni 'macam bagus' dan seumpamanya.

[5] Bukannya mengatakan bahawa sahabat kita ni 'cakap tak serupa bikin' dan seumpamanya.

No comments: