Wednesday, December 31, 2008

Palestin : AS-SYAHID 'IMAD AQAL (24/11/1993)

Di awal tahun 70-an, Mukhayyam Jabaliyya sering dihiburkan dengan suara azan daripada seorang bapa yang mempunyai dua orang anak. Hasan Ibrahim Aqal adalah muazzin Masjid As Syuhada'.

Tanggal 9/6/1971 adalah tarikh bertuah baginya kerana isterinya melahirkan bayi lelaki yang comel. Beliau sangat berharap agar anak ketiganya ini akan mengikuti jejak perjuangan para mujahid terdahulu dalam berjihad membela agama Allah. Hassan menamakan anaknya 'Imad, mengambil sempena nama panglima Islam yang menentang tentera salib, 'Imaduddin Zanky.

Ketika semua pemimpin umat Islam mendiamkan diri dan tidak mengendahkan ancaman tentera salib, 'Imaduddin Zanky bangkit menghidupkan sunnah jihad. Hassan mahu anaknya mencontohi panglima ini dan menjadi seorang panglima jihad yang menentang penjajahan Yahudi di bumi Palestin. Lebih dari itu dia mahu anaknya mati syahid, mati sebagai seorang pejuang. Sekurang-kurangnya beliau boleh menumpang tuah di akhirat kelak hasil syafaat anaknya.

Untuk tujuan tersebut, 'Imad dilatih dan dididik sejak kecil lagi supaya beriltizam mengamalkan amalan Islam secara sempurna. Masjid An Nur adalah medan terbiah kedua selepas rumahnya sendiri. Tidak sukar mendidik kanak-kanak sepertinya yang terkenal dengan kepintaran di dalam pelajaran.

Dalam usia seawal 12 tahun, 'Imad sudah didedahkan dengan perjuangan Ikhwanul Muslimin. Apabila tercetusnya Intifadhah (1987), dia mula melibatkan diri terjun ke medan perjuangan bersama rakan-rakannya melastik dan melontarkan batu kearah pasukan tentera Israel yang lengkap bersenjata. Usia muda tidak menjadikannya geryn melihat kedatangan tentera pengganas berkenaan.

Setelah tamat pengajian di peringkat menengah, 'Imad memohon untuk belajar di Maahad Al Amal dalam bidang perubatan. Namun cita-citanya tidak kesampaian kera beliau ditangkap pada 23/9/1988. Abangnya 'Adil turut ditahan. Makhamah tentera yang membicarakannya menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan kerana 'kesalahan' terlibat dengan gerakan Hamas menentang rejim Israel.

Beliau kemudiannya dibebaskan pada bulan Mac 1990. Tetapi tidak lama. Beberapa ketika selepas itu beliau ditahan lagi keran dituduh merekrut seorang pemuda untuk menjadi mujahid.

Selepas dibebaskan, 'Imad menjadi lebih bersemangat. Dengan siapa saja dia berbual, pasti perbincangannya tidak akan lari dari topik jihad dan syahid. Kisah-kisah Khalid Al Walid, Saifuddin Qutuz, Salahuddin Al-Ayyubi dan Abu Ubaidah Al-Jarrah sentiasa bermain di bibirnya.

Kini beliau bukan lagi remaja yang hanya melontar batu dan melastik jip tentera Yahudi. Baginya, penggunaan lastik dan batu secara berterusan tidak membawa apa-apa makna bagi perjuangan umat Islam Palestin. Mereka perlu meningkatkan keupayaan untuk berhadapan dengan kecanggihan senjata pihak Yahudi. Mereka perlu melangkah lebih jauh. Mencari, mengumpul dan mencipta senjata serta bahan letupan yang dapat menyaingi apa yang ada pada pengganas Yahudi.

Untuk tujuan itu, beliau secara rasminya menyertai Kata'ib Al Qassam. Banyak masa dihabiskan olehnya bersama kumpulan berkenaan dan beliau benar-benar serius dalam perjuangannya. Melihat kesungguhannya, pihak pimpinan memberikan amanah kepadanya untuk memimpin operasi di utara Ghaza. Kumpulannya dinamakan Majmu'ah As Syuhada'.

'Imad dilantik sebagai komander walaupun ada mujahid yang lebih senior daripadanya. Pimpinan Kata'ib Al Qassam mengenali kebolehan dan kelebihan yang ada padanya. Beliau bagaikan seorang inteligent. Atau mungkin juga seorang komandor. Tugasnya ialah menangkap para munafik yang mempunyai buruan atau upahan rejim Yahudi. Mereka yang ditangkap akan disoal siasat dan setiap siasatan akan dirakam.

Setelah berjaya dalam berpuluh-puluih siri serangan keatas kedudukan tentera Yahudi, memadailah peranan mujahid yang seorang ini sebagai pembalasan ke atas tindakan ganas rejim Zionis yang melakukan pembunuhan kejam dan penyembelihan ke atas umat Islam. Kini tibalah masanya untuk pejuang ini menerima anugerah Allah sebagai salah seorang syuhada'. Perjuangan seterusnya pula perlu disambung oleh generasi lain.

Saat yang ditunggu-tunggu dalam hidupnya sudah begitu hampir. Tarikh 24 November adalah tarikh keramat bagi umat Islam Palestin. Pada tanggal itulah Doktor Abdullah Azam dibunuh di Peshawar (1989). 4 hari sebelumnya pula adalah ulang tahun pemergian Syeikh 'Izzuddin Al Qassam (1935). Maka pada 24/11/1993, 'Imad dijemput oleh Allah sebagai seorang syuhada'.

Pada petang berkenaan beliau yang berpuasa sunat menerima pelawaan sahabatnya. Farhat untuk berbuka puasa bersama. Rumah Farhat terletak bersebalahan dengan Pasar Jumaat dan Masjid Al Islah di Hayyus-Syuja'ah, Ghaza. Mereka gembira sekali menikmati juadah yang disediakan.

Selepas setengah jam menjamu selera, lebih kurang pukul 5.15 malam mereka dikejutkan dengan kehadiran beratus-ratus tentera Yahudi yang melingkungi rumah berkenaan. Keadaan menjadi cemas. Jumlah sebenar tentera Yahudi tidak dapat dipastikan tetapi kenderaan yang mengepung rumah itu ialah sebanyak 60 buah terdiri daripada jip, trak dan sebagainya. Jika purata sebuah trak membawa sepuluh orang askar, bererti mereka datang dengan 600 orang askar untuk membunuh seorang pejuang!

Ketika ratusan tentera mengpung rumah berkenaan, berpuluh-puluh yang lain memanjat rumah-rumah berdekatan dan bersedia melancarkan serangan dari atas. Helikopter juga didapati berlegar-legar di udara. Seluruh kawas Hayyus-Syuja'ah dan Pasar Jumaat diisytihar perintah berkurung. Tidak ada sesiapapun dibenarkan keluar.

Ketika itulah terpantun kalimah dari mulut 'Imad "Inilah masanya untuk aku mati syahid!" Beliau segaera naik ke atas sutuh rumah berkenaan dan menunaikan sembahyang dua rakaat. Beliau sujud menyembah Allah dengan harapan dapat bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan beliau sempat menunaikan sembahyang.

Belumpun sempat menyempurnakan sembahyangnya sebutir bom anti kereta kebal dilepaskan oleh helikopter ke atas rumah keluarga Farhat menyebabkan berlakunya gegaran yang amat dahsyat. Serentak dengan itu tembakan dari segenap penjuru kedengaran dan 'Imad tercedara.

Namun kecederaan yang dialami tidak manghalang beliau untuk membalas serangan. Beliau bingkas bangun dan lompat ke tingkat bawah dan menembak balas ke arah musuh. Tidak diketahui samada tembakannya itu menepati sasaran dalam suasana yang samar-samar itu. Tembakan demi tembakan terus berlaku terus berlaku dan pihak musuh menggunkan segala kekuatan yang ada pada mereka. Mereka menggunakan pelbagai senjata berat dan ringan untuk menewaskan hanya seorang manusia.

Setelah beberapa ketika, akhirnya 'Imad gugur syahid. Kepalanya hancur terkena tembakan. Setelah itu tiada lagi tembakan balas kedengaran. Tembakan hanya berlaku dari satu arah saja.

Setelah mengetahui 'Imad telah terbunuh, pihak Yahudi menghentikan serangan. Namun mereka masih takut untuk menyerbu masuk kerumah berkenaan. Mereka bimbang kalau-kalau itu hanyalah taktik 'Imad. Mereka saling bertolak-tolakan sesama sendiri bagi mengelak diri daripada manjadi orang yang mula-mula manghampiri rumah berkenaan. Ketakutan jelas tergambar di wajah mereka.

Akhirnya mereka mengarahkan seorang jiran untuk masuk. Setelah jiran berkenaan keluar, dia memberitahu bahawa sasaran mereka sudahpun terbunuh. Tetapi pihak tentera masih belum yakin dan mereka masih belum berani untuk masuk rapat ke kawasan rumah berkenaan dan meminta orang ynag masih berlindung di dalamnya supaya membawa keluar mayat 'Imad jika benar beliau telah syahid.

Seketika kemudian kelihatan Nidhal Farhat, 24 tahun, mengusung keluar jenazah 'Imad dan ketika itu barulah mereka yakin. Serentak dengan itu juga mereka melepaskan tembakan ke arah mayat yang sudah terbujur kaku. Tidak kurang daripada 70 butir peluru bersarang dalam tubuhnya. Tidak cukup dengan itu, mereka mencincang jasad berkenaan dengan pisau.

Operasi berkahir pada jam 10 malam. Keluarga Farhat ditangkap dan diikat dengan tali selepas baju mereka ditanggalkan. Sebahagian askar yang lain mengeledah rumah. Beberapa ketika kemudian mereka meninggalkan tempat berkenaan dengan melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda gembira dapat membunuh seorang pejuang sambil melaung-laungkan nama " 'Imad, 'Imad........."

Berita serangan berkenaan disiarkan menerusi akhbar Israel, Palestin dan kebanyakan media antarabangsa utama. Seorang penulis berbangsa Yahudi, Amira Has mencatatkan di dalam akhbar Heart, "......(selepas serangan berkenaan) roh 'Imad Aqal, komander Kata'ib Al Qassam masih lagi beroperasi dan menguasai semenanjung Ghaza dan bukan hanya Mukhayam Jabaliya. Ketika tentera berada disana mereka dilontarkan dengan batu oleh kanak-kanak sambil menjerit: kami adalah 'Imad......kami adalah 'Imad......."

No comments: