Sunday, November 29, 2009

Antara Doa Kemusnahan Dan Sekular, Yang Mana Lebih Hina?

Salam. Hasrat ingin tidur terhenti seketika setelah membaca laporan buletin yang terkenal dengan berita yang penuh kehairanan, Berita Harian. Tertulis di situ bahawa tokoh agama di Malaysia mengkritik Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) berkenaan kenyataan TGNA berkenaan doanya agar masa depan PM dan kerajaan UMNO-BN musnah.

Dengan memetik kenyataan dari tokoh agama yang kita kira boleh dibaca apa yang akan dikomen oleh mereka itu, kenyataan TGNA itu dianggap seperti satu dosa besar yang menyamai syirik serta boleh terbatal iman TGNA. Bagi orang yang mudah ditipu dan kurang berfikir berlandaskan ilmu, maka tertipulah mereka dulu kini dan selamanya.

Saya ingin komen isu ini dari beberapa perkara. Berkenaan komen seorang tokoh agama bahawa tidak boleh mendoakan kemusnahan bagi orang Islam hatta orang kafir kecuali kafir harbi. Saya berdoa semoga beliau membuat satu kenyataan panjang yang jelas cuma tidak disiarkan sepenuhnya agar menjaga kepentingan orang tertentu.

Orang Zalim Layak Didoakan Kemusnahan

Saya rasa kurang tepat jika dihukumkan bahawa semua umat Islam tidak dibenarkan mendoakan kemusnahan kepada orang Islam lain. Ini kerana dalam Islam, ada keadaan kita berhak mendoakan kemusnahan kepada orang lain walaupun orang Islam dan tindakan mendoakan kemusnahan itu adalah berhak!

Keadaan yang dimaksudkan adalah doa orang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya. Ia ada dua pilihan terhadap yang dizalimi. Pertama adalah orang yang dizalimi memaafkan dan mendoakan kebaikan kepada pihak yang zalim. Ini adalah terpuji dan afdhal daripada fadhilat yang lain berdasarkan mafhum hadith.

Namun, adakah ini bermaksud tidak boleh mendoakan kemusnahan kepada si zalim? Tidak sama sekali. Ini termasuk dalam pilihan kedua iaitu yang dizalimi berhak mendoakan kemusnahan kepada si zalim. Hak ini bukan sifat yang hina kerana ia dibenarkan syarak.

Ini adalah kerana yang menanggung sensara adalah dia dan hanya dia yang tahu betapa pedihnya kezaliman itu. Maka Allah memberikan hak yang penuh kepada mereka untuk mendoakan apa sahaja terhadap si zalim dan doa itu pasti akan dimakbulkan Allah berdasarkan banyak dalil syarie.

Rampas Royalti, Tidak Zalimkah?

Persoalan yang membuatkan terpacul doa itu dari TGNA adalah masalah royalti. Adakah berhak atau tidak Kelantan menerima royalti atau tidak, saya tidak mahu mengulasnya kerana prosesnya masih berjalan. Yang jelas, pihak kerajaan Kelantan masih memperjuangkannya dan kerajaan pusat pula menukarkannya kepada Wang Ihsan.

Cuma apa yang boleh saya komen, pelbagai usaha dan bukti yang diutarakan oleh kerajaan Kelantan, mengapa takut untuk dijawab dan diselidik oleh Pusat? Kaukus yang dicadangkan oleh pihak pembangkang yang akan dipengerusikan oleh orang UMNO sendiri pun tidak dilayan oleh Pusat. Mengapa? Jika anda benar, sahut cabaran dan kemukakan bukti untuk membela diri. Ataupun sahut cabaran Kelantan untuk bawa ke mahkamah.

Seperti selalu, kita tidak pelik dengan keadaan ini. Bukan pertama kali mereka melakukan begini. Tahun 2000 dulu pun mereka sudah merompak hak rakyat Terengganu, kini giliran Kelantan pula hanya kerana rakyat Kelantan berdosa besar memilih PAS sebagai kerajaan mereka.

Menafikan hak rakyat sekian lama, adakah itu tidak zalim? Membiarkan rakyat Kelantan sensara dengan kemiskinan sedangkan mereka juga mencanang PAS tidak pandai urus negeri, padahal mereka yang sekat hak rakyat Kelantan, ini tidak zalim? Andaikata kita dirompak, tidakkah perompak itu dikira zalim?

Perkara ini amat mudah difahami. Maka jika itu asbab dan punca doa TGNA itu dilafazkan, itu adalah haknya kerana ia dizalimi. Dia dicerca kononnya tidak pandai jaga negeri, sedangkan dalam masa yang sama dipencerca itu sendiri yang rompak wang rakyat, adakah TGNA tidak berhak mendoakan kemusnahan kepada si zalim. TGNA sebagai ketua negeri telah membuat pelbagai ikhtiar untuk menuntut hak rakyat Kelantan namun tinafikan oleh Pusat, maka adalah layak untuk TGNA berdoa apa sahaja dan itu dibenarkan syarak.

Wang Ihsan Bukan Royalti?

Timbul hujah kononnya Pusat sudah beri wang ihsan. Ada dua persoalan yang ingin saya bangkitkan. Pertama ia berkaitan maruah. Kerajaan Kelantan bukan meminta sedekah dari Pusat, kita menuntut hak! Dalam Islam, ada konsep yang dinamakan 'Al Mannun' iaitu keadaan yang mana kita dibenarkan menolak suatu sedekah jika sedekah itu boleh menjatuhkan maruah kita.

Sebagai contoh, dalam kitab Hasyiah Baijuri ada membangkitkan masalah solat tanpa pakaian. Jika kita di dalam keadaan darurat yang membuatkan kita tidak mempunyai pakaian untuk solat. Kemudian datang seseorang mensedekahkan kita pakaian untuk dipakai dalam solat.

Maka, jika kita yakin bahawa memerima sedekah itu boleh menjatuhkan maruah kita, atau orang yang sedekahkan kepada kita itu akan mengungkit tentang pertolongannya itu di masa depan, maka syarak mengaulakan kita solat tanpa pakaian daripada menerima pakaian sedekah itu kerana dalam masalah ini, menjaga maruah itu lebih diutamakan dalam Islam.

Soal maruah adalah sangat besar dalam Islam. Ia sangat dititikberatkan sehinggakan kita dihukumkan wajib untuk menjaga maruah dan nama baik. Dalam isu ini, boleh dianalogikan seperti perompak yang merompak rumah kita. Kita pergi ke balai polis untuk menuntut hak kita yang telah dirompak. Kemudian si perompak memulangkan kepada kita dengan berkata "Aku sedekahkan ini kepada engkau."

Adakah kita akan terimanya? Mungkin kita akan terimanya bersama balasan hadiah penampar ke mukanya. Royalti adalah hak rakyat, milik mereka yang termaktub dalam Perlembagaan. Maka apabila PM menukarkannya kepada Wang Ehsan, ini bukannya bantuan tapi satu penghinaan.

Tindakan TGNA menolak wang ehsan itu adalah patut dan selaras dengan syarak. Walaupun disifatkan sebagai tidak bersyukur oleh orang yang berakal sekular, namun tindakan menolak wang itu adalah betul kerana kita bukan makan budi mereka. Yang kita inginkan adalah hak kita. Patutkah kita ucap syukur kepada perompak?

Kerajaan Kelantan Atau JPP?

Persoalan kedua yang sudah saya fikirkan sejak mendengar berita wang ehsan ini. Kemanakah dan melalui apakah wang itu akan disalurkan? Adakah ia benar-benar milik rakyat atau akan jadi santapan UMNO Kelantan? Apa yang saya persoalkan ini bukan fitnah semata-mata, kita sudah melalui perkara ini sekian lama.

Saya jakin, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang akan menjadi salurannya. JPP adalah badan yang ditubuhkan oleh Pusat untuk menyalurkan peruntukan daripada Pusat kepada negeri yang diperintah pembangkang. Bunyinya macam menarik, namun melalui JPP lah berjuta wang rakyat pernah dighaibkan.

Siapa lupa wang PPRT yang pernah digelapkan? Sehingga kini kes itu dipencilkan dan mereka yang bersalah dilepaskan. Maka, wang ehsan ini juga akan menerima nasib yang sama, bukan akan sampai kepada rakyat, namun akan sampai ke poket-poket orang tertentu.

Tidak Wajar Seorang Ulama Mendoakan Kemusnahan?

Ada pula mulut yang mengatakan bahawa tidak wajar ulama seperti TGNA mendoakan seperti itu walau apa jua salah PM dan konconya. Bagi saya kata-kata ini tidak berlandaskan panduan ilmu yang betul. Benar, seorang ulama perlu bersabar, namun apa yang TGNA doakan itu adakah untuk kepentingan dirinya?

Perlu diingatkan, TGNA buat semua itu adalah untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat, tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah di hari akhirat. Apa yang TGNA pertahankan adalah perintah Allah yang mewajibkan pemimpin untuk memelihara hak rakyatnya. Maka, marah dan doa TGNA itu adalah berhak demi maruah, rakyat Kelantan dan mentaati perintah Allah.

Dalam syarak juga, tidak mengehadkan doa mazlum (orang yang dizalimi) terhadap Zholim (si zalim) kepada jenis-jenis orang. Tidak ada dinyatakan bahawa jika seorang yang dizalimi itu ulama, maka haram doakan kemusnahan kepada zholim. Yang tepat adalah Allah membuka ruang kepada mazlum untuk berdoa apa sahaja kepada zholim kerana doa itu bukan hak sesiapa, tetapi hak mazlum yang Allah berjanji akan ditunaikan.

Satu lagi yang ingin saya ulas, mengenai perkataan 'musnah' yang dilafazkan oleh TGNA. Saya membaca dengan teliti kata TGNA itu dan amat memahami maksud perkataan itu. TGNA melafazkan perkataan 'musnah' itu adalah menurut pandangan dan kata politik. Turut di'atafkan di belakang perkataan 'PM' adalah 'UMNO dan konco-konconya'.

Maka jelaslah apa yang dimaksudkan oleh TGNA bukanlah kemusnahan hidup PM dari sudut peribadinya seperti mati cacat, muflis atau terkena musibah besar, tetapi apa yang dimaksudkan adalah kemusnahan PM sebagai pemimpin UMNO dan kedudukannya sebagai PM. Juga yang dimaksudkan adalah kemusnahan parti UMNO itu sendiri.

Jika Doa Kemusnahan Itu Dosa, Sekular Pula Tidak Dosa?

Persoalan yang sudah terlalu lama yang ingin saya dengar jawapannya daripada tokoh agama yang pantas memberikan apa jua 'fatwa' terhadap PAS. PAS sering digambarkan bahawa telah melakukan 'dosa besar' seperti doa kemusnahan, isu undi untuk pahala, isu bai'ah talak tiga dan macam-macam lagi 'dosa' yang sebenarnya tidak sama sekali jika ditimbang dengan ilmu Islam yang tepat.

Namun, tidak pernah terulas oleh mereka akan hukum dan apa jenis parti UMNO ni dengan segala kemungkaran yang dipelihara dan dicambahkan oleh mereka. Tidak pernah mereka mengulas akan tindakan UMNO yang membuang peranan Allah Rabbul Jalil sebagai pengatur peraturan dunia dan menggantikannya dengan kitab sekular.

Seperti dalam ayat Al Quran, surah Al Baqarah ayat 217 bermaksud "Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan haram, Katakanlah : Berperang dalam bulan haram itu adalah berdosa besar, tetapi menghalang (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (mengahalang masuk) Masjid Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya lebih besar dosanya di sisi Allah"

Dalam ayat ini, Rasulullah dipertikaikan oleh golongan munafiq akan tindakan berperang dalam bulan Haram (bulan Muharram) yang diharamkan Allah. Mereka membuat pertikaian kononnya itu untuk menampakkan bahwa mereka mentaati Allah hinggakan mereka tidak mahu pergi berperang. Namun Allah menemplak mereka dengan mengatakan bahawa tindakan mereka meninggalkan jihad dan kufur kepada Allah itu jauh lebih besar dosanya.

Maka saya ingin bertanya kepada UMNO dan juak-juaknya, antum pantas memfatwakan bahawa PAS berdosa itu dan ini (walaupun tidak jika berpandukan syarak), namun adakah semua dakwaan itu boleh menutup dosa akbar kamu yang sanggup menolak panduan Allah dan mengantikannya dengan sekular?

Maka saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat, jangan sesekali tertipu dengan tindakan UMNO yang mempergunakan agama dan ulama untuk memperlihatkan topeng Islam mereka. Apa yang berlaku iaitu UMNO sering menggambarkan PAS sebagai melanggar ajaran Islam dengan isu picisan yang diulas dengan penuh motif politik dan tanpa panduan ilmu yang betul, semuanya ini hanya cara mereka untuk menutup dosa akbar UMNO iaitu menolak Islam dan mengambil kitab sekular sebagai panduan.

Jika berlaku apa jua isu yang melibatkan tuduhan PAS melanggar syariat, maka rujuklah kepada mereka yang ahli dan nilailah dengan kaca mata ilmu Islam yang benar. Jika benar PAS salah, maka janganlah disuarakan secara melulu kepada khalayak ramai. Suarakanlah teguran melalui cara yang betul iaitu kepada pimpinan untuk disampaikan kepada pihak yang lebih tinggi.

Kita berdoa agar PM dan UMNO berfikiran waras untuk mengembalikan hak rakyat Kelantan. Jika tidak, maka kita serah kepada Allah untuk menentukan bila kerajaan UMNO-BN jatuh tersungkur menyembah bumi.


Mohd Azrul Azuan bin Idris
29 November 2011, 10.07 pm.

Thursday, November 26, 2009

Profesional Tidak Boleh Bercakap Tentang Agama?


Salam. Timbul sekarang situasi yang mana lahir begitu ramai golongan professional yang menguasai juga bidang agama di samping pakar dalam bidang professional mereka. Sesungguhnya perkembangan ini adalah perkembangan yang sihat dan semoga ianya menjadi ‘bertambah baik’.

Namun, kita kedengaran juga timbul komen dan nasihat dari golongan pengajian agama agar golongan yang dipanggil Profesional Ustaz (Protaz) ini berhati-hati dan berwaspada apabila bercakap mengenai agama terhadap orang ramai.

Mengapa perkara ini timbul? Pasti ada sebab yang menyebabkan timbul nasihat daripada golongan agama ini. Perkara ini seharusnya mempunyai penjelasan yang kukuh agar golongan agama ini tidak difitnah sebagai menyekat pengaruh golongan protaz dan juga niat murni protaz juga dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Ada Pemisahan Profesional Dan Ustaz?

Saya sebenarnya tidak berapa suka menggelarkan dengan apa-apa nama bagi golongan-golongan ini. Kehidupan bersama-sama masyaeikh di Mesir telah memecahkan pemikiran saya dan memberi contoh praktikal yang jelas akan apa yang dimaksudkan dengan penggabungan dua golongan ini.

Kehidupan di Malaysia yang kurang biah ilmu Islamaiyah telah mengajar dan memasakkan ke dalam fikiran kita bahawa ustaz adalah ustaz dan professional adalah professional. Maka apabila berlaku keadaan golongan professional yang sudah mula pandai bercakap berkenaan agama, maka berlakulah konflik yang menyebabkan berlaku salah faham.

Saya tidak mengatakan bahawa golongan agama ini memandang rendah golongan protaz di Malaysia. Tidak sama sekali. Saya yang asalnya pengkhususan sains kemudian terjun ke bidang agama ini amat memahami apa yang sebenarnya berlaku.

Mendalami Agama Dengan Apa?

Ketika mengambil bidang Sains, saya juga amat inginkan untuk menjadi seorang professional yang alim berkenaan agama. Saya mencari dan terus mencari bidang yang boleh memberikan peluang yang luas kepada saya untuk menguasai ilmu dunia dan ilmu akhirat ini. Namun sehinggalah ke akhir SPM, saya masih buntu dalam memilih cita-cita yang sesuai dengan hasrat saya ini.

Alhamdulillah, saya dipandu Allah apabila saya ditemukan dengan seorang murabbi yang telah menunjukkan saya jalan yang saya cari. Saya dapat memahami dengan jelas akan cara yang terbaik malah dapat memberikan saya ruang yang luas untuk mendalami agama.

Ilmu agama berkembang dengan cara yang sama yang diwarisii turun temurun oleh pada ulama mukhlisin. Cara yang paling berkesan tidak lain adalah cara bertalaqqi iaitu belajar berdepan dengan guru agama yang alim. Setelah yakin dengan apa yang Allah telah tunjukkan kepada saya, maka saya memutuskan untuk terjun ke dalam bidang agama ini sehinggalah Allah mencampakkan saya di tempat yang penuh berkat ini.

Ulama Al Azhar Contoh Terbaik


Walaupun saya sudah berada dalam bidang agama ini, namun cinta kepada ilmu sains dan ilmu profesional yang lain masih kuat mencengkam di dada. Jauh di lubuk hati, saya seolah-olah masih lagi berharap dapat mendalami ilmu lain setelah tamat pengajian ilmu agama di Mesir.

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Maha Tahu akan apa yang terbaik buat hambanya, di Mesir saya ditemukan dan disajikan dengan praktikal kehidupan insan yang selama ini saya impikan untuk jadi sepertinya. Para ulama Azhar As Syarif yang terkenal dengan keikhlasan menyampaikan ilmu telah memberikan contoh yang terbaik yang bagi saya patut diperhatikan dan diselidiki kehidupan mereka oleh golongan professional di Malaysia yang mengimpikan untuk menjadi profesional yang fakih agama.

Ulama Al Azhar bukan calang orang. Tidak dinafikan lagi bahawa mereka memiliki ilimu agama yang bertahap Al-‘Allamah (Yang sangat berilmu), Al Muhaddith (Fakih hadith) dan pelbagai lagi tahap ilmu yang hebat.

Ada di kalangan mereka yang menghafaz bukan sekadar Al Quran, malah Kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Menguasai 4 Mazgab Fiqh, pakar dalam pelbagai ilmu agama seperti Tasauf, Tauhid, Hadith, Tafsir dan pelbagai lagi.

Namun, apa yang lebih menginsafkan adalah mereka juga arif dan berasal dari bidang professional. Saya yang pada mulanya menganggap mereka sekadar ulama yang mengajar di Azhar telah dimaklumkan bahawa mereka juga menjawat jawatan professional yang hebat!

Syeikh Ahmad Al Hajain


Sebagai contoh, guru saya Al ‘Allamah Maulana Syeikh Ahmad Al Hajain. Beliau merupakan seorang pakar Fiqh yang menguasai dengan baik fiqh dan qawaid fiqh Syafie dan Maliki. Selain hafaz Al Quran, saya pernah diberitahu (semoga ianya benar) syeikh maulana juga menghafaz kedua-dua kitab Sahih iaitu Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

Ketika mengajar, beliau bukan sahaja menerangkan demi untuk menghabiskan kitab. Malah matlamat utamanya adalah pelajar faham apa yang diajarnya. Jika beliau mengajar Fiqh, kita bukan sahaja mendapat ilmu fiqh malah otak kita juga disajikan dengan ilmu lain yang berkaitan dengan apa yang diajar seperti Ulum Hadith, Nahu Sarf, Tafsir, Qawaid Fiqh dan macam-macam lagi.

Sesuai dengan tahapnya yang mencapai tahap murabbi, disamping beliau mengajar ilmu, teladan dan akhlak yang ditunjukkan juga membuatkan seolah-olah kita juga belajar adab dan akhlak secara praktikal. Diri terasa berubah dan terkesan dengan tingkah laku syeikh yang penuh dengan adab dan sunnah.

Namun, yang lebih menginsafkan adalah apabila saya dimaklumkan bahawa syeikh maulana juga berkerja sebagai sebagai pegawai bank di Kaherah. Patutlah ketika mengajar dalam kelas pada hari Ahad dan Rabu, syeikh akan berpakaian pejabat. Sememangnya syeikh telah menunjukkan teladan dan contoh terbaik sebagai insan yang menguasai ilmu agama dan professional serta menjadi ulama yang diakui dan pula mengajar pelajar agama di Mesir.

Syeikh Yusri Al Hasani

Contoh kedua adalah Al ‘Allamah Maulana Syeikh Yusri Al Hassani. Syeikh maulana yang mempunyai masjid di Muqattam juga seorang pakar Fiqh dan Hadith. Syeikh mengajar di masjidnya setiap Subuh dengan menggunakan kitab-kitab Hadith dan Fiqh yang muktabar. Di Masjid Azhar, syeikh mengajar juga Kitab Sahih Bukhari yang mana setiap kali kelasnya, pelajar yang hadir pastinya ramai hingga melimpah ke luar kelas.

Apa yang mengujakan adalah pada suatu hari ketika sedang mengajar Sahih Muslim, syeikh maulana memaklumkan bahawa syeikh terpaksa menangguhkan kelas kerana mendapat panggilan kecemasan untuk melakukan pembedahan! Subhanallah, syeikh maulana juga bekerja sebagai seorang pakar bedah!!

Syeikh Ali Jumaah


Contoh terakhir yang ingin saya kongsikan ialah Al ‘Allamah Maulana Syeikhul Masyaeikh Ali Jumaah. Syeikh merupakan Mufti Mesir yang juga rakan seperguruan dengan Syeikh Nuruddin Al Banjari iaitu guru mereka Syeikh Yassin Al Fadani. Syeikh digelar dengan syeikhul masyaeikh kerana Syeikh Ahmad, Syeikh Yusri juga masyaeikh yang lain merupakan anak murid kepada syeikh maulana.

Melihat syeikh maulana yang memilki ilmu yang hebat, tidak terfikir langsung bahawa syeikh juga berasal dari bidang ekonomi! Terdapat banyak lagi contoh yang boleh saya berikan di sini, semuanya menunjukkan teladan dan perjalanan hidup yang sepatutnya diikuti oleh sesiapa yang ingin menjadi professional yang alim seperti mereka.

Adakah Mereka Belajar Dengan Waktu Yang Singkat?

Syeikhuna Imam Syafie telah menggariskan antara syarat untuk menuntut ilmu adalah ‘Tuluz Zaman’ iaitu mengambil masa yang panjang. Maka, adakah masyaiekh yang saya sebutkan di atas menjadi hebat begitu dengan melalui tempoh menuntut ilmu yang pendek? Adakah mereka menjadi Al ‘Allamah dengan hanya sekadar membaca kitab secara individu?

Tidak sama sekali! Syeikh Ahmad pada mulanya mengambil bidang ekonomi dan setelah tamat syeikh kembali ke kuliah untuk belajar agama. Begitu juga dengan syeikh yang lain yang mana samada mereka mendalami bidang professional dahulu dan kemudian bidang agama ataupun sebaliknya. Pokok pangkalnya, mereka menghabiskan separuh dari umur mereka untuk menuntuk ilmu.

Kebanyakan ulama Azhar yang mengajar di Azhar kini baru diizinkan mengajar oleh syeikhul masyaeikh Ali Jumaah sekitar 3-5tahun yang lepas. Ketika itu pun mereka sudah menjangkau umur atas 50 tahun. Lihat, mereka menuruti thariq yang benar iaitu belajar talaqqi berguru dengan masa yang lama untuk mendalami ilmu agama, kemudian barulah dibenarkan mengajar dan menyebarkan ilmu.

Islam Milik Ulama?

Melihat kepada contoh ulama di atas, kita dapat melihat betapa bezanya mereka dengan protaz di Malaysia dalam tertib mereka menuntut ilmu dan menyebarkannya. Menjadi trend pelajar di Malaysia untuk mengaji agama dengan sekadar membaca kitab. Persoalannya, adakah ini cara yang betul?

Bagi saya, apa yang ditegur oleh golongan agama kepada protaz itu ada asasnya. Niat protaz itu adalah baik dan sepatutnya disokong. Niat golongan agama juga baik iaitu untuk menegur dan menunjukkan jalan yang betul dalam mendalami ilmu agama. Namun, disebabkan ego telah berlaku salah faham sehinggkan ada yang menyebut bahawa ulama menganggap bahawa Islam itu adalah milik mereka sahaja sehinggakan orang lain tidak boleh bercakap tentang agama.

Situasi ini mirip kepada apa yang berlaku kepada agama kristian di zaman gelap di Eropah. Kristian telah dicop sebagai milik paderi semata-mata maka berlakulah perpecahan di kalangan mereka sehingga timbullah pelbagai version agama Ktistian. Adakah kita ingin menjadi seperti mereka?

Ulama Islam tidak seperti paderi Kristian yang mentafsir dan mengubah ajaran mereka mengikut nafsu. Ulama yang nabi ‘itiraf sebagai waris nabi bertindak sebagai penjaga dan penegur kepada kita yang jahil agar menuruti jalan yang betul dalam kehidupan beragama termasuklah dalam menuntut ilmu.

Bolehkah Seorang Posmen Membedah Pesakit Di Hospital?

Ayat di atas adalah soalan mudah untuk kita memahami persoalan ini. Ada sesiapa yang menjawab persoalan di atas ini dengan jawapan ‘boleh’? Pasti orang yang hilang akal sahaja yang akan menjawab begitu. Sedangkan dalam persoalan dunia pun kita akal kita sudah menolak bahawa mustahil seorang posmen dapat membedah dengan selamat seoarang pesakit, apatah lagi dalam persoalan agama yang jauh lebih utama.

Adakah professional tidak boleh bercakap tentang agama? Siapa kata tidak boleh. Syeikh Ali Jumaah yang professional juga menjadi syeikhul masyaeikh, adakah professional di Malaysia tidak boleh? Semestinya boleh cuma dengan satu syarat mudah. Jadilah orang yang faqih agama dengan melalui jalan yang betul.

Jika seseorang professional itu sudah faqih ilmu agama setelah menuruti thariq ilmu yang betul, belajar berguru dan berterusan dalam belajar agama, maka saya juga teringin sangat ingin mengaji dari mereka.

Cukupkah Menjadi Faqih Dengan Sekadar Membaca?

Menjadi trend kini orang belajar agama dengan sekadar membaca kitab. Adakah ianya mencukupi? Ada juga yang menggariskan boleh mengaji agama dengan sekadar membaca kitab dengan syarat ikhlas. Bolehkah begitu? Sedangkan ilmu sains pun wajib berguru, inikan pula ilmu agama.

Sebagai contoh, siapa yang sedari semasa mereka di tingkatan 4 bahawa rumus tenaga keupayaan berubah kepada tenaga kinetik bagi penyelesaian masalah bola yang jatuh dari satu ketinggian iaitu mgh=(1/2)mv^2 adalah teori yang tidak tepat? Jika mereka yang belajar sekadar melalui buku sahaja, sudah pastinya mereka tertipu dengan rumus ini.

Saya diterangkan oleh guru saya En Wong Kiat Hi bahawa rumus ini sekadar betul dalam kertas SPM namun salah di dalam dunia sains. Ini adalah kerana adalah mustahil tenaga keupayaan pada bola pada satu ketinggian itu akan berubah sepenuhnya kepada tenaga kinetic yang menggerakkan bola itu jatuh.

Ini adalah kerana semasa bola itu jatuh, tenaga keupayaan itu juga berubah kepada tenaga haba hasil pergeseran bola dengan udara dan juga tenaga kinetic pada bola yang kemungkinan berpusing-pusing ketika jatuh. Teori mgh=(1/2)mv^2 hanya tepat ketika dalam keadaan vakum sahaja.

Sedangkan dalam ilmu sains kita boleh salah faham yang besar jika sekadar belajar dengan buku, inikan pula dalam ilmu agama. Contohnya, dalam hadith mafhumnya “Barangsiapa yang menyebut Lailaha Illallah, terpeliharalah dariku harta dan diri mereka kecuali apa yang boleh diancam dengan hak.

Jika sesiapa yang sekadar membaca hadith ini akan berlaku fitnah dan salah faham kepada Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A dengan tindakan baginda yang melancarkan perang kepada mereka yang tidak membayar zakat selepas kewafatan nabi sedangkan mereka masih Islam. Hadith ini hanya akan difahami dengan kita belajar secara berguru yang akan menerangkan kepada kita perbahasan hadith ini mengikut sirah dan usul fiqh yang tepat.

Lebih Suka Jalan Mudah

Namun, kita dapati mereka yang ingin menjadi professional ulama ini lebih suka mengambil jalan mudah. Membaca kitab dan memahami isi kandungan kitab secara zahir dan mengikut kefahaman sendiri adalah tindakan yang sangat tidak bertanggugjawab. Kesannya, akan berlaku salah faham yang besar yang menyebabkan berlaku kekeliruan dalam memahami agama.

Perkara ini akan bertukar menjadi perkara yang merosakkan lagi apabila kefahaman yang salah ini disebarkan kepada masyarakat atas nama ‘sesiapa pun berhak menyebarkan agama Islam’ ataupun ‘dakwah milik semua’

Tidak dinafikan bahawa ilmu agama boleh juga didapati dengan bacaan, namun perlu diistisna’kan di sini pada perkara dan ilmu usul dalam Islam. Ilmu sejarah yang asas dan juga ilmu-ilmu furu’ lain memang boleh didapati dengan bacaan. Begitu juga membaca untuk mengulangkaji ataupun sekadar untuk mendapatkan tasawur awal sebelum pengajian. Namun, jika bacaan itu dijadikan asas untuk mendalami ilmu agama, ia adalah salah. Ilmu-ilmu yang lebih mendalam terutama yang melibatkan fatwa dan ijtihad waqiei adalah terlalu bahaya jika kita semberono mendapatkannya sekadar melalui bacaan tanpa melalui proses talaqqi berguru.

Ilmu Dan Fatwa, Adakah Sama?

Lebih mengawatkan keadaan apabila ilmu yang difahami secara salah ini disebarkan kepada masyarakat. Ramai yang menganggap bahawa bila kita sudah ada ilmu hatta yang kita dapati dari bacaan semata-mata boleh disebarkan dan dijadikan asas untuk kita berfatwa dan berjidal. Budaya ini hanya akan merosakkan ilmu.

Ya, setiap orang boleh berdakwah. Namun, jika tiada ilmu maka pendakwah itu sepatutnya berdakwah kepada perkara-perkara asas sahaja seperti seruan ibadah dan amar makruf nahi mungkar, tidak sampai kepada menyebarkan ilmu yang dia pun tidak tahu. Setiap orang boleh menyebarkan ilmu, ya benar. Namun biarlah dia menjadi ahli dan faqih dalam ilmu Islam sebelum berani menyebarkannya.

Setiap yang sedar dan ikhlas dalam menuntut ilmu akan menyedari hakikat ini. Mereka tidak akan mudah untuk menyampaikan ilmu dan memberi fatwa sewenang-wenangnya selagi tidak mendapat kebenaran dari gurunya. Mereka amat berhati-hati kerana mereka sedar jika apa yang disampaikan itu berlawanan dengan ajaran Islam, maka ancaman neraka menanti mereka. Setiap orang yang ada ilmu, tidak semestinya dia boleh mengeluarkan ijtihad dan fatwa.

Saya boleh berlapang dada dan bersetuju jika mereka yang mendapat ilmu sekadar melalui bacaan ini menyebarkan ilmu pada perkara furu’ yang tidak memerlukan penelitian ilmu yang mendalam. Namun bila golongan ini berani menggunakan ilmu yang difahami secara salah itu untuk berjidal dan mengeluarkan fatwa malah mereka juga menyalahkan ulama dan mujtahid terdahulu dengan menggunakan hujah akal mereka yang dangkal, perkara ini adalah serius dan boleh merosakkan agama dan perpaduan umat Islam.

Sudah keluar pendapat bahawa ilmu Usul Fiqh itu sesat, tidak perlu belajar Bahasa Arab jika mahu faqih agama, hadith dhaif menyamai hadith maudhu dan banyak lagi dari mulut mereka. Perkara ini adalah amat merbahaya dan mereka perlu sedar akan apa yang mereka akan tanggung sekiranya apa yang mereka katakan ini menyalahi ilmu Islam.

Belajarlah Agama Sebelum Menyebarkannya

Kesimpulannya, sesiapapun boleh menyebarkan agama Islam yang suci ini selagi mana apa yang disebarkan itu berdasarkan kefahaman ilmu yang mantap dan benar. Bagi golongan professional, saya seru untuk antum terjun juga ke lembah ilmu Islam dan pelajarinya dengan thariq yang betul agar antum menjadi seorang umat Islam yang hebat.

Akan tetapi, jika ego kuasai diri, memperuntukkan masa untuk berguru dan mempelajari ilmu itu dianggap sebagai membazir masa dan memendekkan masa untuk berjuang, maka dia sendiri sudah menafikan sunnah orang menuntut ilmu, inginkan ilmu dengan jalan mudah dan bertentangan sama sekali dengan syarat menuntut ilmu seperti yang dikatakan oleh imam Syafie, maka dia ini samalah seperti seorang posmen yang ingin membedah pesakit di hospital.

Tuesday, November 10, 2009

Untuk Pelajar KISAS : Amanat Ust Syeikh



Assalamualaikum.. Saya uploadkan rakaman amanat Ust Syeikh Salim kepada pelajar KISAS di Mesir. Maaf kerana lewat upload kerana amanat ini dirakamkan pada awal Oktober lepas. Moga kita mendapat manfaat..Amin

Monday, October 19, 2009

Sorotan EGM Umno : Benarkah Pendukung Sekular Sama Taraf Seperti Haiwan?

Salam. Dikesempatan ini, saya ingin mengulas berkenaan satu isu lama yang tercetus di fikiran saya malam tadi untuk mencoretkannya di dalam blog saya. Isunya adalah berkenaan pihak sekular di negara kita yang sering dilabelkan dengan pelbagai jenis haiwan oleh sesetengah pihak.

Minggu lalu UMNO selamat mengadakan EGMnya yang dijalankan khusus untuk meminda perlembagaan UMNO demi menjadikan parti itu bertambah demokratik dan merefomasi UMNO agar menjadi parti yang kuat dan diterima rakyat.

Saban tahun saya ikuti perkembangan perhimpunan agong UMNO dan menantikan satu harapan iaitu penyelesaian muktamad yang boleh dijadikan ubat kuat buat UMNO yang dilihat kini semakin dimamah usia dan hampir-hampir ditalqinkan pada PRU12 lalu.

Namun, setiap tahun itulah saya kecewa melihat parti Melayu ini yang seolah-olah buta dan tidak pandai dalam menilai maajun yang mujarab untuk penyakit tuanya itu. Penantian saya hanya sia-sia pada tahun ini apabila UMNO dalam EGMnya langsung tidak terlafaz usul berkenaan ubat mujarab ini.

Yang kedengaran hanya usul-usul berkenaan cara pemilihan dan penghapusan kouta, laungan retorik yang menggegarkan tiang PWTC, laungan gagasan 1Malaysia dan pelbagai lagi gagasan yang tidak tahulah adakah ia sekadar manis di mulut atau benar-benar ikhlas.

Antara yang disebut Tok Jib kita adalah UMNO merupakan parti yang haq dan menepati perjuangan sebenar. Ini bukan kata-kata baru, lafaz ini juga pernah dilafazkan oleh Presiden UMNO sebelum ini. Namun, di sebalik kata-kata seperti ini, UMNO masih ditakuk lama, masih tidak berubah malah masih tidak lalu untuk mengambil tonik yang paling mujarab yang disediakan oleh 'Tabib' yang Maha Hebat.

Bagi saya, pindaan perlembagaan UMNO itu hanya pindaan pada perkara yang picisan, perkara ranting yang sama sekali tidak akan mengubah nasib UMNO di masa akan datang. Ibarat UMNO sebuah kereta sorong yang di'welding'kan lambang Mercedes di hadapannya dan dicanangkan kepada oarang ramai, "ini kereta Mercedes".

Ubat mujarab yang saya maksudkan ialah 'Buang sekular, beralih kepada Islam sebagai penyelesaian'. Perkara ini bukan baru. Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) berulang kali menyebutnya terutama di sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN). "Kalau UMNO nak Kelantan, tidak perlu bergaduh atau berperang. Tukar otak dari kebangsaan kepada Islam, kami serah terus Kelantan kepada UMNO".

Amat mudah untuk UMNO melakukannya. Hanya dengan mengusulkan usul menggantikan asas perjuangan UMNO daripada kebangsaan kepada Islam. Kemudian diserapkan perlaksanaan dasar itu dalam pentadbiran negara melalui kementerian-kementerian. Mentarbiyah rakyat sedikit demi sedikit sebagai persediaan melaksanaan hukum Allah secara menyeluruh di Malaysia.

Namun, EGM UMNO pada tahun ini, masih memperlihatkan UMNO masih lagi bongkak dengan sikapnya yang menolak Islam. Kita melihat kesannya pada negara kita setelah UMNO memerintah Malaysia selama 50 tahun dengan berpandukan kitab sekular yang diwasiatkan oleh sang penjajah.

Pembangunan di Malaysia saya lihat tidak banyak bezanya dengan tamadun lama Rom dan Parsi. Memang hebat dari segi infrastuktur dan ekonomi. Namun, isinya tiada. Isi mentauhidkan Allah, menjalankan syariat Islam dan pengamalan akhlak Islam amatlah kurang. Formula 'Amar Makruf Amar Mungkar' yang dipegang UMNO benar-benar racun yang merosakkan rakyat yang dapat kita lihat dengan mata kepala sendiri.

Tidak perlulah saya menyenaraikan kerosakan yang dimaksudkan. Anda sendiri mampu untuk memikirkan dan merenungkannya dengan ikhlas. Bagi pembaca yang memandang dan menilai politik UMNO dengan rasa taksub dan fanatik, saya yakin mereka akan menafikan apa yang saya katakan, namun saya terlebih yakin bahwa hati nurani mereka akan mengiakan semua ini.

Maka, saya tidak menolak kemungkinan bahawa ajal UMNO semakin tiba. Tandanya semakin jelas. Si tua yang mengidap penyakit kronik masih sombong menolak ubat yang diberikan oleh 'Tabib' yang Maha Berkuasa. Apakah lagi kesudahannya menurut uruf adat kita melainkan Izrail akan datang menjemputnya tidak lama lagi?

Saya tetap menyeru perkara yang sama. Saya melawan UMNO bukan kerana ia UMNO, tapi kerana UMNO tolak Islam. Formula mudah agar UMNO kembali kuat dan diterima rakyat hanyalah dengan mengubah dasar sekular kepada Islam. Jika ini berlaku, saya juga akan tampil mempertahankan UMNO.

TNGA dahulunya pernah menyamakan perjuangan UMNO dengan Orang Utan dan macam-macam lagi gelaran. Maka, bangunlah pendekar keris UMNO dan juak-juaknya menafikan dan bertempik di luar istana marahkan TNGA. Namun, bila dibuka pintu dan dijemput dengan penuh hormat ke dalam istana untuk bertikam hujah, tiada pula pendekar yang tampil.

Ada yang bertanyakan saya, wajarkah TNGA yang bertaraf ulama melafazkan kata-kata begitu? Saya tidak berhak untuk mengulas kata-kata TNGA kerana saya tidak tahu prkataan asal yang dilafazkannya. Namun, saya ingin mengulas dari beberapa sudut. Saya ingin jelaskan terlebih dahulu bahawa dalam penulisan saya, bila saya sebut UMNO, bukan bermakna UMNO secara keseluruhannya. Tapi, UMNO yang dimaksudkan adalah parti UMNO itu sendiri, para pemimpin dan mereka yang mendokong sekular dalam UMNO.

Dalam Al Quran, Allah ada menjelaskan dan menggelar golongan yang ada mata tapi tidak mlihat, ada telinga tapi tidak mendengar sebagai binatang dan lebih teruk dari itu. Golongan yang dimaksudkan adalah golongan yang diberikan akal, pancaindera yang sihat, namun tidak menggunakan semua nikmat itu untuk taat kepada Allah, malah mencari dasar lain sebagai ganti kepada Islam.

Maka, manusia ini sememangnya diberikan kemudahan dan nikmat akal yang mampu untuk berfikir baik dan buruk. Nikmat besar ini dikurniakan agar manusia dapat menerima segala aturan dan undang-undang yang Allah tetapkan kepada mereka dan taat dengan segala perintahnya.

Tambahan lagi, Islam ini adalah agama yang jelas dan mudah. Dalam surah Al Baqarah ada menyebut "Tiada paksaan dalam beragama (memeluk Islam), sesungguhnya telah jelas perbezaan antara yang benar dan sesat".

Jelaslah bahawa Islam ini amat mudah dan menepati fitrah hinggakan Allah mensyariatkan jangan ada paksaan terhadap orang kafir untuk memeluk Islam kerana Islam agama yang jelas dan manusia juga telah dikurniakan akal yang boleh memikirkannya.

Inikan pula terhadap orang Islam yang sedia mendapat hidayah dan mengetahui akan kebenaran Islam. Mereka telah melafazkan taat dan syahadah setiap hari dalam solat mereka, diberikan panduan AL Quran bersama para ulama sebagai ganti para Rasul dalam menerangkan agama kepada mereka. Maka, apakah gelaran agaknya yang paling layak untuk mereka yang telah pun bergelar Islam tapi masih mengambil sekular sebagai ganti kepada Islam?

Tepatlah isi Al Quran yang menggelar golongan ini sebagai binatang malah lebih teruk dari itu! Maka, adakah UMNO turut termasuk dalam golongan itu? Saya kembalikan soalan ini kepada persepsi pembaca. Jika pembaca menganggap UMNO adalah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam, maka UMNO bukanlah tergolong dalam golongan yang dimaksudkan.

Namun realitinya, masing-masing akan tersenyum untuk memikirkannya. Hati nurani anda ada jawapannya. Mulut boleh berbohong, tapi kata hati dan iman tetap mengatakan yang benar. Bak kata Nabil "Lu fikirlah sendiri..."

Thursday, October 1, 2009

Melaka Ku Indah, Tapi.....


Setelah pulang ke Malaysia, saya berkesempatan berjalan dan bersiar sekitar Bandar Melaka yang telah setahun ditinggalkan. Walaupun tidak lama, namun Bandar Melaka ini telah bertukar wajah dengan drastik sekali, menepati identitinya sekarang yang bergelar Bandar Warisan Dunia.

Seminggu selepas tiba di Malaysia, sahabat baik saya Mohd Amin yang juga pulang ke Malaysia dari Texas telah datang ke Melaka. Niatnya untuk melawat saya dan yang paling penting nak makan ikan bakar Melaka. Hehe.. Kawan punya pasal, xde hal punye..Saya ambil kesempatan ini untuk turut sama jalan-jalan di sekitar Bandar Melaka.

Siapa sahaja yang melawat Melaka kini, pastinya akan terbit rasa kagum dengan pembangunannya terutama dari sudut kecantikan perancangan pembangunan pelancongannya. Melaka kini mempunyai pelbagai mercu tanda baru, saya akan ceritakan selepas ini.

Tempat pertama yang kami pergi adalah Menara Taming Sari yang bernilai RM 10 juta yang siap awal tahun 2009. Menara yang tingginya 100 meter ini adalah menara tinjau berputar yang membolehkan sesiapa yang menaikinya boleh melihat panorama seluruh Bandar Melaka yang kelihatan cantik terutamanya sebelah malam.

Dalam hatiku terdetik, "Indahnya bandar ni, tapi...." Kawan saya tidak henti2 memuji kecantikan Bandar Melaka ini. Saya hanya mampu tersenyum. Adik saya pula tidak kelip mata melihat pemandangan dari atas menara ini. Maklumlah, dia pun baru pertama kali naik.

Dari atas menara ini, kelihatan jelas kawasan Kompleks Dataran Pahlawan yang sudah setahun siap bagi menggantikan Padang Pahlawan yang menjadi tempat Tunku Abd Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu setelah pulang dari England pada tahun 1956. "Cantiknya Dataran Pahlawan, tapi...."


Juga kelihatan buaian yang terbesar di Malaysia, Eye On Malaysia yang tersergam di Muara Sungai Melaka, berdekatan dengan Pulau Melaka, pulau buatan yang menempatkan Masjid Selat, masjid terapung. Jika dulu Kerajaan Malaysia menyewa buaian ini untuk diletakkan di Tasik Titiwangsa sempena sambutan 50 tahun merdeka, Kerajaan Melaka membelinya terus untuk dijadiakn tarikan baru pelancongan di Melaka. "Hebatnya pemikiran pimpinan Kerajaan Melaka, tapi...."

Setelah itu, kelihatan juga Sungai Melaka yang dulunya kotor, penuh sampah dan bangkai haiwan, tapi kini berubah wajah, cantik dan menawan hati. Terdapat pelbagai pemandangan dan juga ada pertunjukan air pancut berima disepanjang sungai itu yang boleh dilihat dan disusuri dengan menaiki Malacca River Cruise. "Cantiknya sungai ni, tapi...."

Dari kejauhan, kelihatan juga kawasan Peringgit yang menempatkan Hypermarket Tesco, Melaka Sentral, dan juga Masjid Negeri. Nampak tersusun dan cantik pembangunan di sekitar kawasan Peringgit, tapi....


Setelah turun dari menara itu, saya bersama kawan dan adik berjalan kaki di sekitar Muzium Samudera iaitu muzium berbentuk kapal ala-ala kapal Belanda yang mempamerkan di dalamnya artifak lama berkaitan kegiatan maritim di zamana kesultanan Melayu Melaka dahulu. Cantik kelihatan muzium ini dengan limpahan cahaya lampu yang berwarna-warni, tapi....

Saya berjalan lagi ke kawasan replika binaan kota A Famosa yang dibina di sebelah Sungai Melaka. Disebelahnya terdapat tapak gali arkeologi kota asal A Famosa lama yang ditemui tahun lepas. Begitu hebat sejarah lama Melaka, tapi....


Kami teruskan berjalan di tepi Sungai Melaka. Dari situ, kelihatan cruise yang membawa pelancong menyusuri sepanjang Sungai Melaka hingga ke Pengakalan Rama. Kami tidak sempat menaikinya kerana kesuntukan masa. Tentu seronok jika dapat menaiki cruise itu, tapi....


Perjalanan diteruskan ke kawasan Kota A Famosa dan Muzium Melaka. Dari jauh, kedengaran kuat lagu nyanyian Zainal Abidin. Rupanya, memang Zainal sedang menyanyikan lagu 'Hijau' sempena perasmian Feista Pelancongan yang kebetulan diadakan pada malam itu juga di hadapan Memorial Kemerdekaan. Ramai juga yang datang walaupun tidak luas penghebahan majlis ini.

Sambil mendengarnya dari jauh, saya memandang sekeliling kawasan itu. Sangat meriah dengan kehadiran ramai orang tidak kira bangsa dan lapisan masyarakat. Tiba-tiba bunyi dentuman kedengaran. Rupanya ada pertunjukan bunga api juga malam ni. Saya berbisik pada kawan saya "macam menyambut kau datang je malam ni..hehe" Indah dan permai malam ini, tapi....

Dalam perjalanan balik, saya berbual dengan kawan saya berkenaan keadaan negeri Melaka sekarang. Dia memuji kecantikan bandar Melaka dan kebijaksanaan pemimpin kerajaan negeri dalam membangunkan negeri Melaka. Sedikit sebanyak saya merasa bangga, tapi...

Ya, Melaka kini sudah berubah. Cantik dan menawan hati sesiapa sahaja untuk melawat Melaka. Tidak hairanlah jika Melaka mendapat hasil sebanyak 80% dari KDNKnya hasil daripada pelancongan. Tapi...

Adakah saya tidak bersyukur? Saya bersyukur berada di Negeri Melaka yang cantik ini. Adakah pemimpin negeri ini tidak bijak dalam membawa pembangunan ekonomi negeri? Bagi saya, mereka sangat bijak dan cerdik dalam usaha membangunkan negeri.

Adakah saya tidak berterima kasih kepada mereka? Islam pastinya mengajar kita untuk berterima kasih kepada orang seperti mereka. Adakah mereka tidak berjasa kepada Melaka? Pastinya mereka banyak berjasa kepada negeri Melaka ini sehinggakan kawan saya memuji apa yang telah dialkukan mereka. Bukan kawan saya sahaja, semua yang pernah dan akan melihat wajah Bandar Melaka sekarang.

TAPI....semua ini bagi saya tidak bermakna selagi pemimpin yang diamanahkan oleh Allah dan rakyat Melaka ini tidak menjadikan Islam sebagai asas dan rujukan dalam pembangunan negara. UMNO tidak pernah memandang agama sebagai penyelesaian masalah manusia. UMNO juga tidak menjadikan Islam sebagai matlamat utama ayang perlu ditegakkan.

Walau berjuta jasa yang dibuat mereka, semuanya tidak bernilai disisi Allah selagi sekular menjadi anutan mereka. Walaupun berjuta pelancong yang dibawa mereka ke Melaka, semuanya itu hanya mengundang kemurkaan Allah selagi asas Islam dan Tauhid tidak menjadi tunjang dalam pentadbiran.

Walaupun berbilion wang masuk setiap tahun, semuanya itu tidak mendapat keberkatan selagi maksiat juga disuburkan hanya dengan beralasan bahwa pelancong memerlukan semua itu. Walaupun saya berterima kasih kepada pimpinan kerajaan negeri kerana memajukan infrastruktur negeri, namun saya tetap akan menentang mereka selagi mereka tidak menukarkan panduan sekular kepada Islam, agama semesta alam!!

Adakah disebabkan mereka membuat jasa yang sedikit (jasa pembangunan), maka pengkhianatan besar (meninggalkan Islam, mengambil sekular sebagai penyelesaian) perlu dilupakan? Adakah kerana mereka memajukan negeri dengan pelbagai kemajuan, maka kita perlu sujud syukur kepada mereka dan melupakan kekufuran besar mereka meninggalkan Islam sebagai panduan pentadbiran negeri?

Seperti kisah Nabi Ibrahim dengan ayahnya. Walaupun ayahnya membesarkan baginda, namun baginda tetap melawan dengan ayahnya kerana ayahnya tidak mahu meninggalkan penyembahan berhala. Begitu juga berlaku kepada Nabi Nuh dan anaknya, Nabi Luth dan isterinya dan juga Nabi Muhammad SAW dengan bapa saudaranya, Abu Jahal.

Tanda berterima kasih kita kepada mereka bukan dalam bentuk menyokong segala perbuatan mereka, bukan juga membodek dan mengampu setiap masa, juga bukan diam seribu bahasa.

Tapi kita berterima kasih dengan berdakwah, menentang tindakan mereka yang mengurung agama di dalam masjid sahaja dan melawan segala tindakannya yang mengasingkan agama dari kehidupan. Tanda terima kasih kita adalah menegur dan melawan mereka agar mereka menghentikan segala kefasiqan mereka dan kembali kepada jaran Islam sebenar!

Adalah bodoh bagi orang yang mengatakan sayang kepada pemimpin sekular ini, tapi terus menerus menyokong tindakannya. Cinta kepada mereka, tapi tidak habis membodek dan mengampu setiap masa. Sayang pada mereka, adalah menghentikan mereka dari terus melakukan kekufuran mereka yang menggantikan agama dengan sekular sebagai panduan pentadbiran negeri.

Saya menentang mereka, bukan kerana mereka UMNO. Tetapi kerana mereka mengkhianati amanah Allah dengan mentadbir negeri menggunakan kitab sekular. Saya melawan mereka bukan kerana mereka Barisan Nasional, tetapi kerana mereka mengasingkan agama dari kehidupan.

Sampai bila nak melawan mereka? Jawapannya ada dua. Pertama, mereka terima Islam sebagai dasar, gunakan Islam sebagai panduan mentadbir negeri, menggunakan Islam sebagai penyelesaian semua masalah manusia. Jika ini berlaku, saya akan jadi penyokong kuat kepada mereka.

Kedua, jika mereka masih berdegil dan terus dengan dasar sekular yang menzalimi sekalian manusia ini, maka penentangan akan berterusan dan bertambah hebat, walaupun terpaksa mengambil masa yang lama, mengorbankan banyak nyawa, mengorbankan masa dan harta, walaupun hingga matahari terbit dari barat sekalipun, penentangan tetap akan diteruskan selamanya, hingga Islam menang bergaya!

Monday, September 21, 2009

Jahilnya Aku Si Penulis

Salam. Setelah lama tidak menulis, saya sempat melapangkan sedikit masa malam ni utk mencoretkan sedikit luahan yang sudah terpendam sekian lama.

Saya kurang berminat utk menulis sejak akhir2 ni disebabkan banyak faktor. Tapi faktor terkuat adalah disebabkan timbulnya rasa malu teramat sangat terhadap seorang senior saya di Mesir.

Sebelum pulang ke Malaysia, saya sempat rapat dengan senior ini disebabkan ada tugasan yang saya jalankan melibatkan beliau. Satu hari saya ingin berjumpa dengannya dan pergi ke biliknya. Sampai sahaja di biliknya, saya terpaku dan merasa sangat insaf.

Ketika itu, beliau sedang menulis post terbaru utk blognya, berkisar tentang isu politik di Malaysia. Yang membuatkan saya rasa terharu dan malu apabila dia menulis artikel di dalam blognya itu dalam keadaan tiga buat kitab tulisan ulama muktabar terbuyka di sisinya.

Antara kitab yang saya ingat yang dibukanya adalah kitab Majmuk, sebuah kitab fiqh terkenal yang membahaskan hukum dalam mazhab Syafie dengan detail beserta nas dan dalil, juga disertakan dalam kitab tersebut pendapat mazhab lain beserta nasakh dan mansukhnya.

Terdetik di hati saya, senior saya ini yang sememangnya terkenal dengan alim dan wara'nya di Mesir, namun ketika menulis hatta isu politik, beliau sangat berhati-hati dan tetap merujuk kepada kitab-kitab karangan ulama muktabar agar segala yang dilontarkan itu benar dan berdasarkan sandaran yang kuat dan tepat.

Mungkin di dalam fikirannya, perasaan takut sentiasa ada. Takut jika apa yang ditulisnya itu tidak tepat, atau lebih bergantung kepada akal semata-mata, ataupun terpesong daripada adab dan syariat Islam. Kitab ulama sentiasa dijadikan rujukan, bukan bersandarkan kepada akalnya sendiri.

Pelbagai perkara boleh saya tafsirkan di sini. Inilah contoh orang yang benar-benar menuntut ilmu. Sentiasa menganggap dirinya tidak tahu daripada mendabik dada bahawa 'Aku Tahu!'. Sentiasa hormat dan tunduk hati kepada para ulama yang tentunya lebih layak dirujuk daripada dirinya yang masih kekurangan.

Ini juga menggambarkan rasa tanggungjawabnya utk memastikan bahawa setiap yang ditulisnya itu benar, tepat dan tidak terdapat walau satu pun sentimen nafsu yang lebih suka bertempik, mendabik dada dan memfitnah orang lain.

Selain itu, beliau juga menunjukkan contoh matlamat dan niat sebenar dalam menulis terutama di laman blog. Yang terfikir dalam fikiran beliau, hanyalah ingin sampaikan kebenaran, bukan untuk melonjakkan nama atau merendahkan orang lain. Matlamatnya jelas, inginkan blognya dapat memberi manfaat dan ilmu kepada pembaca, bukan sekadar matlamat keduniaan semata-mata.

Saya lihat dan renungkan pada diri saya. Bila baca semula post yang saya tulis dalam blog ini, terasa malu yang teramat sangat. Diri ini masih lagi jahil, namun sudah teramat berani menulis dengan sesuka hati, tanpa dilapik dengan adab dan moral dalam dunia penulisan.

Saya berdoa semoga Allah memimpin saya dan sahabat-sahabat agar menjadi seperti beliau. Terbit azam di hati agar apa yang akan saya buat selepas ini, benar-benar mencerminkan sikap sebagai seorang Islam dan penuntut ilmu. Moga Allah merahmati saya, beliau dan sahabat semua.

p/s : Beliau yang dimaksudkan adalah Ust Mohd Nazrul bin Abd Nasir. Boleh lawati laman blognya di nazrulnasir.blogspot.com

Sunday, July 12, 2009

Penderitaan Natrah : Bukti Sialnya Perlembagaan Sekular!


Salam. Baru2 ni saya dikejutkan dengan berita kematian Natrah atau nama asalnya Maria Hertogh, insan yang pernah memahatkan sejarah hitam kedukaan umat Islam di rantau Tanah Melayu pada tahun 1950 dahulu. Kisah yang memaparkan konflik perebutan antara dua pihak iaitu Mak Minah yang merupakan ibu angkat kepada Natrah dan juga kerajaan Belanda iaitu negara asal usul Natrah.

Ramai memandang isu ini sebagai isu perebutan hak penjagaan seorang gadis Belanda, namun hakikatnya peristiwa itu merupakan perebutan antara iman dan syirik, aqidah dan kufur serta syurga dan neraka! Peristiwa itu juga berjaya mencetuskan gelombang kebangkitan umat Islam yang pada ketika itu belum merdeka, namun mereka memiliki kesedaran aqidah yang mantap, berbeza dengan kita di zaman kini.

Rentetan Peristiwa Natrah

Peristiwa Natrah bermula apabila Natrah yang ketika itu berumur 13 tahun bersama Mak Minah telah diperdaya untuk pergi ke Singapura. Natrah juga dikatakan telah berkahwin pada masa itu dengan seorang guru bernama Cikgu Mansor Adabi. Setibanya di sana, Natrah telah dipisahkan dari Mak Minah dan dikurung oleh pihak keselamatan Singapura. Bermula saat itu telah tersebar dan tercetus rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Melayu Islam.

Dalam diam, kerajaan Belanda telah memfailkan kes tuntutan di mahkamah Singapura. Apa yang difailkan sebenarnya bukanlah berkaitan dengan isu agama. Mereka memfailkan kes tuntutan hak penjagaan terhadap Natrah @ Maria Hertogh kerana mereka berpendapat bahawa mereka berhak mendapat hak penjagaan itu sesuai dengan asal usul kelahiran Natrah sendiri.

Dalam mana2 mahkamah, apabila dibicarakan berkenaan tuntutan hak penjagaan terhadap kanak-kanak, maka aspek yang akan menjadi penentuan adalah kebajikan kanak-kanak tersebut. Ini menjadi asas setiap keputusan berkaitan dengan kes ini iaitu mahkamah akan memilih pihak yang dapat menjaga kebajikan kanak-kanak tersebut sebagai pihak yang akan mendapat hak penjagaan.

Bagaimana Berubah Kepada Isu Agama?

Dalam penentuan pihak mana yang dapat memenuhi penjagaan kebajikan kanak-kanak, maka pihak mahkamah melihat pada agama apakah yang dianuti oleh kanak-kanak itu. Ini disebabkan agama sangat berkaitan dengan kebajikan manusia di mana segala kebajikan manusia akan diurus berdasarkan amalan agama yang dianutinya.

Dalam kes Natrah, mahkamah memutuskan untuk mengetahui apakah agama Natrah untuk menyelesaikan kes ini. Atau dengan ayat mudah, jika Natrah beragama Islam, maka Mak Minahlah yang akan menjaganya dan begitulah sebaliknya. Dalam hal ini, beberapa pihak telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Antaranya adalah Natrah sendiri. Dalam keteranganya, Natrah mengatakan bahawa dia sudah memeluk Islam dan beliau juga melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan hakim. Beliau juga membuat pengakuan bahawa dia rela dan sedar ketika berkahwin dengan suaminya.

Kemudian, seorang ulama (saya terlupa samada beliau ulama biasa atau kadi Singapura) yang dipanggil ke mahkamah untuk mengesahkan adakah Natrah benar sudah menganut agama Islam dan adakah perkahwinannya sah. Dalam keterangannya, beliau menjelaskan Natrah adalah beragama Islam kerana sudah akil baligh dan dia telah memilih agamanya sendiri. Perkahwinannya juga sah di sisi Islam. Maka, dari sudut penilaian Islam, amatlah jelas Natrah adalah seorang yang beragama Islam.

Sialnya Sekular!

Jika kes ini dibicarakan di mahkamah syariah (ketika itu belum wujud sama sekali mahkamah syariah) maka kes akan tamat. Segalanya telah jelas dan pastinya Natrah akan diserahkan kepada Mak Minah. Namun, peguam yang mewakili kerajaan Belanda berhujah, adakah sah semua keterangan itu di sisi mahkamah Singapura?

Katanya, tidak dinafikan bahawa Natrah sah Islamnya di sisi agama Islam, namun undang-undang yang digunakan di dalam mahkamah Singapura mengatakan sebaliknya. Ketika itu, kes itu telah dirujuk kepada Ordinan Penjagaan Kana-kanak di mana ordinan tersebut pastinya tidak berpandukan syariat Islam.

Di dalam ordinan itu, dengan jelas telah ditetapkan bahawa kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun tidak boleh berbuat sesuatu yang boleh mengubah status asalnya. Di dalam kes Natrah ini, disebabkan Natrah baru berumur 13 tahun ketika itu secara automatik tertakluk di bawah ordinan tersebut. Maka, mahkamah Singapura memutuskan bahawa Islam Natrah tidak sah dan perkahwinannya juga dibatalkan!

Natrah dianggap tidak beragama selepas pembatalan pengIslamannya itu. Maka mahkamah sekali lagi ingin memutuskan status agama Natrah untuk menetukan pihak yang akan menjaganya. Maka sekali lagi juga mahkamah merujuk kepada ordinan tersebut yang mana di dalamnya telah ditetapkan bahawa agama kanak-kanak adalah tertakluk kepada agama ibu bapanya ketika dia dilahirkan.

Maka, mahkamah mengarahkan Natrah untuk kembali kepada agama Kristian dan hak penjagaan Natrah telah diberikan kepada kerajaan Belanda. Terkorban aqidah seorang gadis kerana perlembagaan dan undang2 sial!


Selepas itu, berlakulah rusuhan atau perang mempertahankan aqidah di Singapura. 8 orang telah terbunuh dan beratus orang telah ditangkap. Ada di kalangan mereka datang ke Singapura dengan menumpang lori, berbasikal dan ada juga yang berjalan kaki. Semuanya bukan untuk wang dan harta, tapi demi untuk mempertahankan aqidah seorang gadis yang dicabut aqidahnya oleh perlembagaan sekular yang sial! Kita doakan mereka yang terkorban dianugerahkan mati syahid oleh Allah. Amin.

Natrah Menderita

Natrah telah dirampas dengan cara yang sangat zalim oleh pihak syaitan Barat yang mengaku memperjuangkan hak asasi manusia. Natrah selepas itu dikatakan berkahwin dengan ramai lelaki Belanda namun semuanya tidak kekal. Beliau sangat tertekan dan masih tidak dapat menerima bahawa beliau telah dipisahkan dari Mak Minah kesayangannya.

Natrah akhirnya meninggalkan segalanya termasuk suami dan anaknya. Beliau melarikan diri, membawa diri sendiri ke merata tempat dikatakan pernah bekerja dengan pelbagai jenis pekerjaan. Hidupnya yang dahulu bahagia telah musnah disebabkan dasar sekular yang telah dipaksakan ke atasnya.

Peristiwa hitam ini menghantui hidupnya dan membuatkannya tidak lagi bahagia walau di mana pun beliau berada. Hinggalah ke akhir hayatnya kini, dia pergi bersama air mata darahnya dan kepiluan yang perpanjangan. Tidak dapat dipastikan samada beliau sempat untuk kembali kepada Islam atau tidak, semuanya kita serahkan kepada Allah.

Sopankah Perkataan SIAL?

Saya menggunakan perkataan SIAL pada tajuk post ini. Mungkin ada yang mengatakan saya tidak sopan atau mungkin tersilap pilih perkataan. Tidak, saya memang memilih perkataan tersebut kerana SIAL amat sesuai untuk disinonimkan dengan sekular seperti najis disinonimkan dengan dadah!

Perkataan yang kita lihat tidak sopan, adakalanya menjadi mulia jika ditempatkan di suasana yang tepat. Ibarat menghebahkan kejahatan orang lain, ia akan jadi mulia malah menjadi kewajipan jika kejahatan yang dihebahkan itu adalah orang zalim yang menzalimi manusia lain.

Dalam Al Quran, terdapat banyak ayat dan uslub Al Quran yang kita pandang secara zahirnya dalah ayat yang tidak sopan, namun menjadi mulia kerana ia digunakan terhadap pihak yang sesuai dengan ayat itu. Sebagai contoh, dalam Al Quran Allah menyamakan manusia yang tidak menggunakan mata, akal dan telinga untuk mendapatkan kebenaran sebagai 'binatang dan lebih teruk dari itu'.

Perkataan ini sangat mulia kerana Allah yang memilihnya, maka tidak salah jika orang yang membuang Islam dan ambil kebangsaan sebagai dasar perjuangan, kita menyamakan mereka dengan binatang! Jadi, saya juga merasakan tidak salah jika saya menggunakan perkataan SIAL ini untuk dipalitkan kepada sekular yang sememangnya membawa sial kepada kehidupan manusia seluruhnya!

Sekular Menggadai Aqidah

Kita sering mendengar kes murtad di negara kita berkenaan permohonan seseorang untuk menjadi murtad. Namun dalam kes Natrah, ia adalah sebaliknya. Natrah telah dimurtadkan oleh satu sistem dan dasar perundangan yang menjadikan sekular sebagai penduan utamanya! Kita tidak terasa betapa sialnya perlembagaan sekular ini kerana tidak merasa kesannya terhadap kita. Mungkin juga bila berlaku kes murtad di kalangan keluarga terdekat kita seperti dalam kes Aisyah Bukhari, barulah kita akan terpekik menangis macam orang gila.

Perlembagaan sial yang telah memurtadkan Natrah masih lagi kekal dalam negaraku, Malaysia. Mungkin wajahnya tidak sama, tetapi sialnya telap sama, telah meresap jauh ke dalam sistem kehidupan masyarakat kita hingga kita jadi lalai dan terleka.

Dalam perlembagan kita dengan jelas masih menggunakan Artikel 11 berbunyi "Setiap orang yang berumur 18 tahun ke atas berhak untuk menganuti agama pilihannya". Dari sudut ayatnya, nampak macam tiada apa2 kesan seperti kes Natrah. Namun, setiap baris perkataan dalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat disebaliknya dua makna lain iaitu makna berlawanan dengan artikel tersebut dan juga pentafsiran perkataan yang digunakan.

Makna lain yang terselindung di sebalik Artikel 11 tersebut adalah pada perkataan "setiap orang yang berumur 18 tahun ke atas berhak untuk menganuti...". Jika kita perhatikan, makna lain yang bertentangan dengan ayat ini adalah "Setiap orang yang berumur 18 tahun ke bawah tidak berhak untuk menganuti agama pilihannya". Maka, saya ingin bertanya, adakah perbezaan artikel ini dengan ordinan yang telah memurtadkan Natrah?

Artikel ini hampir meragut aqidah seorang gadis bernama Naraini Abdullah @ Suzy Teow pada tahun 1980-an dahulu. Saya pernah mencoretkan penerangan berkenaan kes ini dalam artikel yang lepas. Sesiapa yang berminat boleh rujuk semula pada artikel ini.

Banyak lagi artikel dan peruntukan dalam perlembagaan kita yang menghalalkan penggadaian aqidah ini. Ia amatlah merbahaya kepada aqidah kita dan jika kita tidak berjaga2, maka aqidah kita boleh tergadai. Apa yang saya kemukakan ini hanya sebahagian bukti sialnya sekular dalam pentadbiran dan perlembagaan kita, bagaimanakah pula keadaan dan pengaruh sekular dalam bidang kehidupan kita yang lain. Demi Allah, sekular telah merosakkan setiap bucu dan sudut lapangan kehidupan umat Islam!

Sialnya Pihak Yang Mempertahankan Sekular!

Bagaimana sekular dalam negara kita masih bertahan dan berkembang hingga ke hari ini? Ini adalah kerana pihak yang kita amanahkan untuk menjaga negara kita, menggubal perlembagaan dan undang2 negara kita tidak melaksanakan semua itu berpandukan panduan Al Quran dan Sunnah, tetapi berpandukan pemikiran sekular yang telah diwariskan oleh sang penjajah!

Ada pengomen dalam artikel yang lepas (lupa artikel yang mana) bertanya kepada saya, sejauh manakah kebenaran mengenai UMNO itu sekular dan tidak mahu melaksanakan Islam? Apakah tidak ada langsung atau tidak mencukupi? Berapakah peratusan yg saya akan letakkan berkenaan Islam dalam UMNO? Dan akhir sekali adakah ruang untuk UMNO dibaiki atau menumbangkannya adalah penyelesaian?

Sekular paling jelas dalam kerajaan yang mentadbir hari ini adalah mengasingkan agama dari pentadbiran negara. Ditambah lagi mereka berpandukan perlembagaan yang jelas bertentangan dengan Isalm dan tidak menjaga aqidah umat Islam.

Saya tidak dapat meletakkan peratusan perlaksanaan Islam oleh UMNO, namun kita boleh berfikir dengan akal yang waras berkenaan ini. Lihat sahaja perlaksaan Islam dalam negara kita. Walaupun berapa banyak kebaikan yang dibuat, namun disebabkan usul agama itu sendiri diabaikan seperti perlembagaan Islam, persoalan hukum hakam, persoalan ibadah dan persoalan nahi mungkar, maka tidak berguna sedikit pun segala kemajuan dan pembangunan yang kita capai di sisi Allah.

Bagi saya, bukan persoalan UMNO perlu diganti atau tidak, yang lebih penting adakah UMNO sedia untuk melaksanakan Islam, ubah perlembagaan sekular kepada Islam, menjaga negara dan aqidah umat Islam. Jika UMNO sedia melakukan semua ini, maka bertakhtalah UMNO selama mana pun, saya sendiri akan menyokongnya.

Namun, kita melihat UMNO seolah-olah dunggu dalam perkara ini. Tidak pernah memandang agama sebagai penyelesaian. Tidak berusaha menggunakan kuasanya untuk menggubal perlembagaan yang berteraskan Islam dan mampu menjaga aqidah umat Islam walaupun UMNO sudah berkuasa lebih 50 tahun. Maka, saya ingin bertanya semula, perlukah kita mempertahankan UMNO? Jika mereka tidak sedia bernaung bawah Islam, maka penentangan habis-habisan hinggalah UMNO dikuburkan perlulah kita laksanakan!

Tiada Maaf Untuk Sekular

Aqidah adalah harta yang paling bernilai dalam kehidupan umat Islam. Selagi mana kita beraqidah dengan aqidah yang betul, maka sebanyak mana maksiat kita lakukan pun, kita tetap akan mendapat nikmat syurga setelah direndam dalam neraka selama mana mengikut kadar maksiat yang dilakukan.

Perlulah diingatkan, sekular ini menyerang secara terus kepada aqidah kita. Jika kita tidak berjaga-jaga dengan sekular, silap-silap kita akan jadi penganut fahaman ini yang bertopengkan dengan pelbagai istilah lunak yang sebenarnya berisi racun! Sekular adalah virus mungkar paling merbahaya. Sekular dan puak yang mempertahankannya perlu dan wajib dijatuhkan demi perjuangan mempertahankan aqidah kita.

Jika ada sesiapa masih memandang enteng persoalan sekular ini, jangan menangis jika akan datang saudara amara kita atau keluarga kita sendiri tergadai aqidahnya kerana terpedaya dengan fahaman pemisahan agama dari kehidupan ini. Lebih teruk, kita pula akan ditetapkan sebagai kufur di hadapan Allah di mahkamah mahsyar nanti akibat sikap dunggu kita terhadap fahaman menyesatkan ini. Na'uzubillah!

Tuesday, June 30, 2009

Jemaah Islam : Ilmu Haraki VS Ilmu Asasi Islami

Salam. Sempat juga di Alexanderia ini saya mencuri masa untuk mencoretkan sedikit persoalan yang saya dan kawan2 bualkan malam tadi. Sambil berbual berkenaan situsai jemaah PAS sekarang yang kelihatan agak gundah gulana sejak kebelakangan ini, muncul persoalan bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah kesatuan antara ahli jemaah PAS hari ini.

Kita akui, PAS kini berada di kemuncak kemahsyuran yang tertinggi semenjak parti ini ditubuhkan setengah dekat yang lalu. Keadaan sekarang adalah rahmat kesabaran para pejuang Islam yang ikhlas ingin melihat negara tercinta kita ini dapat dilaksanakan pentadbirannya dengan mengikut panduan yang Maha Benar dan Maha Mengetahui.

PAS berjaya memecahkan blog pemikiran pemisahan agama dari kehidupan ynag dipelopori oleh UMNO. PAS juga dapat mengebom hancur sempadan perkauman yang dijadikan asas pemerintahan Be End selama 50 tahun. Be End yang mengamalkan konsep 'Pecah dan Perintah' mengikut pecahan kaum di Malaysia kini mula sedar bahawa konsep salah yang mereka amalkan sekian lama akhirnya terburai dan akan berkubur!

Kini, PAS terutama para pemuda dan pemudinya perlu bersedia untuk mengisi diri dengan persiapan yang mantap sebagai bekalan untuk berkerja dengan lebih kuat di zaman era kemenangan dan yang lebih penting selepas kemenangan itu sendiri. Maka saya ingin lontarkan di sini, sejauh manakah kita sebagai rijal dakwah sudah mempersiapkan diri dengan ilmu unutk berhadapan dengan perjuangan yang tanggungjawabnya kian bertambah?

Dalam politik, rijal kita amat rajin dan bersungguh dalam memahami ilmu haraki dan kepimpinan sebagai asas membentuk fikrah yang mantap. Fikrah yang mantap amat penting agar kita tidak 'terpeliot' ketika diasak dengan cabaran menggunung sebagai rijal dakwah. Fikrah yang mantap juga dapat memberi ketahanan mental kepada para rijal dakwah agar tidak terpengaruh dengan kefahaman meolak jiha dpolitik yang dipelopori oleh sebilangan jemaah protes yang lain.

Di peringkat pemuda dan pemudi terutama yang berumur antara 18-30 tahun dalam PAS, mereka amat cemerlang dalam fikrah mereka hinggakan tidak akan tergugat hatta ditimpakan ujian seberat gunung Everest. Saya amat mengagumi kesungguhan mereka dan kehebatan mereka dalam membahaskan ilmu haraki dalam mana2 program. Cuma, terbit kerisauan dan persoalan di hati, sejauh mana pula rijal harapan agama ini sudah menguasai ilmu asasi Islami yang sebenarnya jauh lebih asas dan penting berbanding ilmu haraki dan kepimpinan?

Dalam kitab Jundullah Thaqafatan Wa Akhlakan karangan Ust Sadi Hawa, tokoh Ikhwanul Muslimin yang kita semua kagumi, ada menggariskan 10 jenis ilmu yang perlu dikuasai oleh rijal dakwah. Ia adalah Tafsir, Hadith, Fiqh, Tauhid, Tasauf, Ususl Fiqh, Bahasa Arab, Sirah, Tayyarat (aliran pemikiran zaman moden) dan Fiqh Dakwah. Semua ini perlu dihadam oleh para rijal, hatta sekadar asas bagi setiap jenis ilmu, sebagai bekalan untuk berjuang.

Jika kita lihat, ilmu haraki dan kepimpinan hanya memenuhi 2 atau 3 daripada 10 ilmu tersebut iaitu Sirah, Tayyarat dan Fiqh Dakwah. Maka, adakah kita sudah ada asas ilmu untuk baki 7 lagi ilmu itu? Setiap dari 10 ilmu tersebut memainkan peranan penting dalam menghadapi segala cabaran dan halangan dalam berdakwah.

Ada yang mengatakan dalam mendalami ilmu haraki dan kepimpinan, kita tidak secara langsung akan mendalami ilmu yang lain itu. Atau ada juga yang mengatakan ilmu haraki lebih asas dan yang bakinya itu sekadar furu' dalam keperluan perjuangan siasah masa kini.

Saya ingin memperbetulkan pandangan ini dengan mengatakan bahawadaripada 10 ilmu tersebut, 5 yang pertama (Tafsir, Hadith, Tauhid, Fiqh dan Tasauf) adalah lebih asas manakala 3 yang kemudian adalah ilmu alat (Bahasa Arab, Usul Fiqh dan SIrah) manakala 2 yang terakhir (Tayyarat dan Fiqh Dakwah) adalah hasil implikasi dari 5 ilmu yang lebih asas.

Ilmu haraki dan kepimpinan adalah lahir dari 5 ilmu tersebut. Sebagai contoh ilmu haraki berkenaan kewajipan berpegang dengan pengamalan Islam adalah termasuk dalam ilmu Fiqh dan Tauhid. Syarak dalam ilmu Fiqh telah menetapkan garis panduan kehidupan dan hukum hakam yang terdapat dalam Al Quran dan Hadith secara detail dan terperinci manakala dalam ilmu Tauhid pengamalan Islam termasuk dalam kesan keyakinan terhadap sifat kesempurnaan Allah dan menafikan cara hidup lain yang menafikan ketinggian sifat Allah.

Dalam ilmu kepimpinan atau Fiqh Dakwah, segala garis panduan dalam perhubungan bersama pihak yang dipimpin atau mad'u adalah termasuk dalam ilmu akhlak dan tasauf malah dalam tasauf mengajar lebih daripada itu hinggakkan segala penyakit hati para daie disentuh dan diberi penyelesaiannya.

Maka di sini, ilmu yang 5 itu adalah asas dan ilmu haraki dan kepimpinan adalah cabang dan hasil daripada 5 ilmu itu. Masakan boleh asas bertukar jadi furu dan yang cabang bertukar menjadi asas dan diberi perhatian yang lebih. Di sini juga kita boleh memahami untuk mendapat ilmu yang cabang, maka ilmu yang asas perlu dikuasai sepenuhnya dahulu sekurang2nya sekadar asas yang paling minima dalam ilmu tersebut. Masakan boleh bangunan dibina kukuh tanpa asas konkrit yang menjadi pasaknya?

Cabaran dan mihnah perjuangan haraki di Malaysia memerlukan kita untuk mendalami sekurang2nya asas 5 ilmu tersebut. Ini adalah penting agar kita membawa perjuangan berasakan kefahaman yang benar mengikut syara. Ingat, berbeza kita dengan UMNO bukan sekadar kerana atas dasar ketelusan dan kecekapan pentadbiran, tapi atas dasar syara. Begitu juga berbezanya PAS dengan ABIM dan JIM, berbeza kita bukan sekadar perbezaan pendekatan manhaj, malah perbezaan atas asas syara.

Dalam isu Unity Government (UG) misalnya, kita tidak mendengar pun ada pihak yang membentangkan isu UG ini mengikut pandangan syara. Yang ada sekadar ulasan mengikut kepala otak sendiri dan ulasan yang tiada langsung asas ilmu Islam. Apa peranan yang rijal dakwah telah mainkan? Adakah telah dikaji dengan teliti implikasi UG itu secara ilmiah mengikut syarak dan keadaan semasa politik negara?

Maka, berlakulah penolakan idea UG yang membabi buta atau menerimanya dengan tanpa ada asas ilmiah. Adakah kita hendak menyamakan PAS dengan PKR yang tidak mendasari segala tindakan mereka mengikut asas Islam? Ataupun mengikut cara DAO yang menilai segala isu dalam negara dengan menggunakan akal semata2. PAS berbeza dengan mana2 parti di negara kita berdasarkan perbezaan syarak, maka bagaimana kita boleh mengabaikan kepentingan asas ilmu Islam yang penting ini dalam membina jatidiri rijal dakwah yang perkasa?

Dalam isu UG, disebabkan kelemahan kita dalam penguasaan ilmu asas Islam, maka berlakulah penolakan yang menggila ataupun penerimaan membabi buta. Bila ditanya mengapa tolak @ terima, maka timbullah jawapan yang sama sekali tidak ilmiah dan berasaskan pandangan syarak. yang kita dengari hanya ulasan dan bantahan menurut hujah akal semata2. Pandangan saya berkenaan isu ini telah saya nyatakan dalam post yang lepas maka saya tidak mahu mengulas panjang lagi berkenaan isu ini.

Kekuatan dalam menguasai ilmu asas Islam penting agar kita berjuang atas asas yang kukuh iaitu asas syarak yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah. Bukanlah saya maksudkan sesiapa yang mendalami ilmu haraki dan kepimpinan itu tergelincir dari asas perjuangan, tetapi yang saya maksudkan adalah rijal dakwah perlu memasukkan agenda mendalami ilmu asas Islam ini dalam agenda utama perjuangan mereka sebagai tunjang kekuatan aqidah dan kefahaman Isla kerana inilah ilmu tunjang yang akan menguatkan ilmu cabang seperti haraki dan kepimpinan.

Kejadian Highland Tower yang runtuh 15 tahun yang lepas berpunca daripada asas bangunan itu yang tidak kukuh. Maka walaupun seni binaan dan kelengkapan airpartment mewah itu amat menawan jiwa, namun semua itu hancur musnah dengan sekelip mata kesan daripada asas yang tidak kukuh. Begitu juga fikrah perjuangan yang tidak berpijak di atas ilmu asas Islam yang kukuh, maka tidak hairanlah berlaku futur, terkandas dalam perjuangan dan lebih buruk lagi bertukar kepada jemaah toghut..nauzubillah.

Kita menolak perjuangan UMNO, namun atas asas apa kita menolaknya? Adakah kerana namanya UMNO? Ataupun sebab UMNO dipimpin oleh Tok Jib? Ataupun disebabkan UMNO tidak telus dalam pentadbiran negara? Ataupun kerana UMNO pernah menedang PAS keluar daripada BN dahulu?

Andaikata kita mengatakan kita menolak UMNO kerana mereka tidak jujur dalam pentadbiran negara, andaikata mereka memperbetulkan segala kekurangan tersebut, maka adakah berakhir penetangan kita? Kita menolak UMNO berdasarkan asas aqidah dalam ilmu Tauhid. Tindakan UMNO mengasingkan pentadbiran manusia dengan agama dan mengambil sekular sebagai kitab panduannya telah menafikan hak yang khusus pada Allah iaitu hak Allah sebagai Pembuat hukum dan Maha Tahu akan segala perihal makhluknya.

Maka, saya ambil kesempatan untuk mengulas isu berkenaan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang mengatakan UMNO sama seperti Ayah Pin dan Komunis. Saya ingin mengulas bahawa kenyataan itu bukan merujuk kepada ahli UMNO, namun kepada UMNO itu sendiri dan pemimpin yang mempertahankan doktrin sesat dalam UMNO. UMNO menolak Islam sebagai panduan dalam pentadbiran negara, maka apa bezanya dengan Komunis yang tolak Islam sebagai asas kehidupan? UMNO menafikan ayat Al Quran bahawa wajib berhukum dengan hukum Allah, maka apa bezanya dengan Ayah Pin yang menafikan ayat Al Quran yang mengatakan Tuhan itu satu? TIDAK ada bezanya!

Saya ingin memberikan lagi beberapa contoh untuk memberikan kefahaman akan kepentingan ilmu asas ini. Dalam pertembungan jemaah di Malaysia, apakah stand rijal Islam dalam PAS yang tidak bersetuju dengan pendekatan JIM, ISMA dan jemaah lain yang dikatakanya tidak syumul? Kita mendakwa kita adalah paling mirip dengan Ikhwan Muslimin (IM), mereka juga mendakwa mereka mirip IM. Kita mengatakan politik penting untuk mendapat kuasa, mereka juga kata islah dari bawah juga penting. Maka, apakah asas kita yang kukuh untuk memperbetulkan tanggapan mereka?

Jawapannya, perbezaan kita dengan mereka bukan kerana perbezaan manhaj semata2, namun perbezaan syarak! Ini termasuk dalam ilmu Fiqh berkenaan jihad. Jihad terbahagi dua, jihad am dan khas. Maka, tindakan mereka yang hanya menjalankan jihad am iaitu amar makruf nahi mungkar dan islah sedangkan dalam masa yang sama menginggalkan jihad farhu ain iaitu melawan dan menjatuhkan kerajaan sekular yang mempertahankan kekafiran dalam perlembagaan negara jelas mennunjukkan mereka sebagai jemaah Islam yang tidak syumul malah menginggalkan kewajipan fardhu ain yang wajib kepada setiap muslim!

Jika mereka mengatakan persoalan kerajaan dan daulah adalah persoalan besar yang tidak perlu diberi perhatian, ini adalah salah di sisi syarak. Masalahnya sekarang, bukan persoalan besar atau kecil sesuatu perkara itu, tapi wajib atau tidak, fardhu ain atau kifayah. Adakah kerana persoalan daulah itu besar, maka tidak berlu diberi perhatian walaupun hukumnya fardhu ain? Hujah syarak berlandaskan ilmu asas Islam ini akan buatkan kita memahami kewajipan berjuang bukan setakat secara aqliah, malah secara naqliah iaitu kefahaman perjuangan berlandaskan apa yang Allah tetapkan kepada kita.

Lagi contoh kepentingan ilmu asas Islam ini, jika akan datang Pakatan sudah memerintah tetapi PKR dan DAP tidak mahu melaksanakan Islam dalam pemerintahan, maka apakah hujah yang akan kita kemukakan kepada mereka dan kepada rakyat akan keadilan dan kewajipan menegakkan hukum Allah ini? Adakah sekadar hujah aqal semata2? Bagaimanakah pula jika mereka tetap berkeras tidak mahu melaksanakan pentadbiran mengikut landasan Islam? Adakah kita akan menurut sahaja dan terus menerus bertahalluf siasi sehingga aqidah perjuangan tergadai?

Perjuangan PAS akan tergadai jika rijalnya lemah dalam penguasaan ilmu asas Islam dan seterusnya akan berpolitik mengikut gerak timbangan akal semata2 hinggakan tidak mendasari segala tindakan dengan panduan Islam. Jika rijal Islam di dalam PAS memahami dan menguasai ilmu asas Islam ini, kita akan jelas segala pegangan dan matlamat perjuangan kita. Kita akan mellhat Allah sebagai matlamat dan politik serta kuasa sebagai alat. Kita akan bertegas dengan 'sahabat' dalam Pakatan dan tidak teragak2 untuk meninggalkan mereka jika mereka khianat dan biadap terhadap aqidah perjuangan kita.

Inilah pentingnya ilmu asas Islam yang akan buatkan kita faham mana yang wajib, mana yang tidak wajib, mana yang usul dan aman yang furu'. Kita akan berjuang berlandaskan basirah perjuangan yang benar, menurut dan berpandukan hukum syarak dan tidak melampaui adab dan tatacara akhlak Islamiyah. Saya bimbang jika rijal dakwah yang hebat dan berpotensi namun lemah dalam penguasaan ilmu asas ini, maka akan menatijahkan perjuangan yang sekadar semangat namun tidak mempunyai pengisian ilmiah yang boleh memesongkan kita daripada aqidah perjuangan sebenar.

Kita sepatutnya mencontohi teladan TGNA yang mementingkan asas ilmu kepada rakyat bawahan sehinggakan rakyat Kelantan menerima PAS serta menolak perjuangan UMNO bukan atas dasar material dan semangat semata2, namun atas kefahaman aqidah dan iman yang mantap hinggakan kini hampir mustahil untuk Be End kembali menawan Kelantan. Ilmu asas Islam yang TGNA dan para ulama tanamkan sudah berakar tunjang ke dalam hati rakyat Kelantan hinggakan sukar untuk tercabut walaupun dilanda taufan projek dan kain pelikat serta sampul duit RM 200.

Saya tegaskan semula, apa yang saya coretkan adalah sekadar teguran buat diri saya dan semua sahabat rijal dakwah yang saya kasihi. Teguran adalah bukti kasih yang ikhlas. Semuanya hanya untuk melihat para sahabat sekalian dapat menguasai ilmu yang menjadi asas perjuangan demi memastikan momentum perjuangan kita berterusan berdasarkan basirah perjuangan yang benar.

Fenomena pelajar kampus yang mula membudayakan daurah pengajian kitab di pondok2 adalah suatu budaya yang mesti disokong dan diteruskan. Namun, mereka perlulah istiqamah dalam perjuangan jemaah selepas tamat daurah di pondok agar tidak menjadi fitnah bahawa pengajian pondok akan mematikan fikrah haraki di kalangan penuntut kampus.

Akhirnya, saya mohon maaf jika ada mengguris perasan sesiapa. Jika ada yang tidak bersetuju dengan hujah2 saya ini, antum dijemput untuk add YM saya dan kita boleh berbincang secara ilmiah. Kata2 saya di atas ini semuanya berdasarkan pandangan saya yang saya pandu dengan sedikit ilmu yang Allah berikan. Namun, saya juga tidak terlepas dari kesilapan. Maka, pohon maaf sekali lagi jika ada kesilapan. Semua yang saya coretkan semata2 untuk melihat Islam ditegakkan!

Friday, June 26, 2009

Terjaminkah Orang Yang Mengaku Beriman Mati Dalam Husnulkhatimah?

Salam. Setelah beberapa post berturut-turut bercerita tentang politik, pastinya membuahkan rasa bosan bagi penjenguk blog ni. Sebenarnya hasrat hati nak mengulas kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) berkenaan UMNO parti sesat, tapi saya dahulukan post berkenaan persoalan hidayah untuk renungan kita bersama.

Tradisi di Malaysia, asalkan seorang wanita Melayu melahirkan anak, maka ditetapkan ke atas bayi itu sebagai beragama Islam. Itulah cara kebanyakan kita di Malaysia terutama bagi umat Melayu, memeluk Islam dan penganugerahan nikmat Islam oleh Allah dengan cara paling mudah, paling ringan tanpa perlu usaha iaitu Islam melalui warisan kelahiran.

Syukur Allah memilih roh kita untuk ditempelkan kepada janin yang berada dalam rahim seorang ibu ynag beragama Islam. Lebih beruntung jika roh itu berada di dalam janin yang terbentuk hasil hubungan kasih sayang bapa dan ibu yang beriman dan bertaqwa.

Kita sering mengucapkan Alhamdulillah dalam aktiviti seharian kita, namun berapa ramai kita yang menghayati dengan baik akan kesyukuran kita itu. Apa yang kita syukurkan? Adakah lafaz kesyukuran itu hasil daripada rasa keinsafan yang tinggi atau sekadar budaya dan adat yang membiasakan lidah melafazkan kata mulia itu?

Kita umat Melayu Islam di Malaysia telah dianugerahkan dengan pelbagai nikmat kesenangan, kemewahan, ilmu pengetahuan. Nikmat yang zahir di hadapan mata inipun teramat sedikit yang mensyukurinya. Inikan pula nikmat terbesar tetapi tersembunyi jauh dilubuk hati nurani kita iaitu nikmat iman. Berapa ramai kita yang bersyukur?

Kita mendapat nikmat terbesar ini dengan jalan yang mudah tanpa usaha sedikit pun, mungkin inilah faktor kita tidak menghiraukan nikmat iman yang Allah berikan. Kenapa saya mengatakan kita tidak menghiraukan? Sila lihat diri dan peribadi masing-masing..

Lihat pada fizikal kita. Adakah kita sudah cukup berusaha kelihatan seperti orang beriman? Kita lebih suka berpakaian dan berpenampilan bagaikan orang yang tiada iman dan amat malu berimej yang melambangkan kesucian agama kita.

Lihat pada amalan harian kita, kita berpuas hati dengan ibadah wajib yang kita lakukan ala kadar tanpa kita berminat untuk melakukan ibadah wajib itu dengan sempurna. Kita lebih suka meniru 'sunnah' kehidupan para musuh Islam dan teramat malu untuk menjalani kehidupan dengan cara yang ditetapkan Islam.

Lihat pada aktivit harian kita, kita sama sekali tidak prihatin dan menjaga setiap perbuatan kita. Kita teralu bermudah hinggakan tidak menghiraukan samada perbuatan kita itu selaras dengan Islam atau tidak, adakah tindakan kita selaras dengan iman atau boleh mencederakan iman kita.

Terlalu banyak penilaian yang kita boleh muhasabahkan untuk kita mengenali adakah kita datang dari golongan yang menghargai iman kita atau tidak. Kebanyakkan kita tidak menghiraukan iman dengan menjalani kehidupan pemberian Allah ini dengan cara yang berlawanan hukum Allah, mengamalkan Islam separuh dan tinggalkan separuh, berpakaian menutup aurat tapi macam bertelanjang, merosakkan hati dan iman dengan perkara lalai yang menyesatkan. Bukankah ini semua tanda kita memandang nikmat iman itu ibarat sampah sarap yang tidak perlu dipedulikan?

Ini adalah kerana kita mendapat nikmat iman ini dengan jalan yang mudah. Tidak sekali pun kita berfikir andaikata Allah pilih roh aku untuk masuk ke dalam janin milik orang kafir, bagaimanakah keadaan aku sekarang? Jelas, kita umat Melayu Islam telah diperbodohkan dengan dunia dan syaitan durjana sehingga memandang enteng akan permata iman yang Allah berikan percuma tanpa perlu berkorban nyawa untuk memiliknya!

Disebabkan itu kita melihat, orang Barat yang memeluk Islam lebih menyayangi iman mereka berbanding Melayu yang bodoh dan tidak sedar diri akan nikmat iman ini. Kita lihat sejarah para sahabat yang berkorban nyawa untuk pertahankan iman. Mereka membayar iman dan dakwah dengan harga yang cukup tinggi demi memastikan Islam tersebar dan sampai kepada kita.

Kita lihat pada Sumaiyah, walaupun dia seorang wanita hamba, namun dia berjaya peroleh syurga dengan bergelar wanita pertama mati syahid di kalangan sahabat Rasulullah Sallahu Alaihio Wasallam. Lihat sahaja Bilal yang rela dijemur dan dihempap oleh batu besar di tengah gurun yang amat panas demi memelihara imannya.

Kita juga boleh merenung kepada pejuang Palestin yang mempertaruhkan nyawa mereka dan keluarga mereka demi mempertahankan aqidah, iman dan Bumi Palestin. Kita lihat juga kegigihan para daei yang asalnya adalah beragama kafir menyebarkan Islam ke seluruh dunia seperti Yusuf Islam dan Yusuf Istet.

Semuanya kerana mereka menghargai iman dan tahu betapa payahnya usaha mereka untuk memperolehi iman itu. Tapi sayangnya kita yang dapat iman percuma ini tidak menyedarinya dan menghumbankan nikmat iman itu ke dalam tong sampah! Maka persoalan di sini, terjaminkah kita yang mengaku beriman ini akan mati dalam keadaan beriman?

Hari ini kita dikejutkan dengan kematian Raja Pop Dunia iaitu Micheal Jackson. Ramai yang terkejut dan ras ahiba dengan pemergiannya. Namun, ada juga yang merasa lega kerana MJ sempat memeluk Islam sebelum menghembuskan nafas terakhir. Dunia seninya yang pasti banyak mengundang maksiat sebelum ini, kita doakan terhapus semua dosa itu dengan lafaz syahadahnya.

Saya pada mulanya agak sangsi dengan berita pengIslaman MJ kerana ada juga yang mengatakan ia sekadar kontroversi. Namun setelah melihat di YouTube di mana kelihatan mayatnya diusung dalam keadaan berkafan dan tidak seperti amalan Kristian yang menggunakan keranda mahal, saya menjadi yakin. Ditambah pula dengan video pengislamannya dalam YouTube, saya bertambah yakin, Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat.



Saya terkenang juga seorang pelakon popular di Malaysia yang berlakon dalam cerita Anak Mami The Movie, Ismail Din. Kisah kematiannya sangat menginsafkan. Setelah sekian lama di dalam dunia lakonan yang melalaikan, beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan Kaabah, di awal pagi di bulan Ramadhan ketika mengerjakan umrah di sana. Subhanallah, mungkin ketika itu beliau sedang bercucuran air mata memohon keampunan dari Allah yang Maha Pengampun, Allah pun menjemputnya ketika dia berada di waktu yang mulia (awal pagi), di tempat mulia (Masjidil Haram), di hadapan pemandangan yang mulia (Kaabah) dan di bulan yang mulia (Ramdahan). Kita doakan semoga rohnya juga dicucuri rahmat.

Di zaman Rasulullah Sallahu Alaihio Wasallam, seorang kafir datang menemui Rasulullah Sallahu Alaihio Wasallam dan berkata bahawa dia ingin menyertai perang bersama baginda dan kemudian itu barulah dia akan memeluk Islam. Rasulullah Sallahu Alaihio Wasallam membetulkan hasrat lelaki itu dengan mengatakan bahawa peluk Islam dahulu kemudian baru berjihad. Lelaki itu mengikuti nasihat baginda dan pergi berperang. Beliau mendapat syahid walaupun baru sebentar memeluk Islam. Ketika Rasulullah Sallahu Alaihio Wasallam melihat mayat para syuhada selepas tamat perang, baginda ternampak akan jasad lelaki itu lalu baginda mengatakan amal yang sedikit tetapi beliau memperolehi ganjaran yang sangat besar!

Kita terharu dengan cerita di atas, namun kita yang kononnya mengaku benar-benar beriman, di manakah kedudukan kita? Allah telah memuliakan mereka semua dengan kematian yang baik (menurut pandangan zahir kita, adapun baik atau buruk hanya Allah yang tahu), kita pula bagaimana? Sudah ada yang berani jamin dia pasti jadi ahli syurga?

Berapa banyak pula kisah bahawa orang yang beramal sepanjang hayat, namun kafir di hujung hayatnya. Kisah Qarun, Barsishah dan ramai lagi mereka yang rapat dengan Allah dan para rasulNya, namun mati dalam seadaan kufur. Bila kita renungkan ini, kita akan terkedu dan tersedar dari diperbodohkan syaitan bahwa iman kita tidak terjamin akan melekat selama-lamanya dalam hati kita.

Iman perlu dijaga, perlu ada usaha untuk memelihara iman kita. Kita mesti syukuri nikmat iman kita dengan melakukan 3 perkara. Melaksanakan segala perintah Allah, tinggalkan segala larangaNya dan memperjuangkan agamaNya. Adakah kita sudah tergolong di kalanngan mereka yang berusaha menjaga imannya?

Iman ibarat pokok, perlu sentiasa dijaga dan disiram malah perlu juga diberi baja. Jia kita biarkan iman kita layu, tidak dijaga, jangan pelik akan datang Tuan Empunya pokok akan mencabutnya dan tidak akan memberinya kembali!

Bagi mereka yang sedang berada dalam kemanisan iman, jangan terlalai dan teruskan istiqamah dengan keadaan halwah iman itu. Bagi mereka yang pertengahan, berlumbanya untuk meningkatkan iman agar ia menjadi semakin matang dan mantap. Bagi orang yang masih segan untuk berbangga dan menghargai imannya, sedarlah kita dan berubahlah kepada kehidupan yang beriman sebelum permata itu diambil semula oleh Tuannya!

Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan : UMNO Bagai Si Tua Gila Talak

Salam. Bangun sahaja dari tidur, saya membuka web Malaysiakini untuk mendapatkan sarapan politik pagi ni. 3 post utama dalam web tersebut membuatkan saya terasa mual, mual kerana membaca kata-kata dan harapan yang dilontarkan oleh pemimpin UMNO terhadap idea Unity Government (UG).

Masing-masing berlagak baik, nak lihat kesatuan orang Melayu. Saya tidak nafikan apa yang dikatakan mereka adalah perkara baik, namun bila pencuri yang lemas terjatuh dalam sungai ketika larikan diri dari dikejar oleh orang yang dicurinya, adakah rayuannya untuk diselamatkan dari lemas itu kita akan pandang simpati 100%?

UMNO berada di era nazak, menghampiri tarikh kematiannya. UMNO ibarat si tua yang bertongkat, malah tidak berdaya untuk berjalan dengan bantuan tongkat, mengharapkan isteri muda yang ditalakkan dahulu membantunya berjalan!

Lidah UMNO yang kini sering bercakap untuk menyambut baik idea UG itu seharusnya dipandang dengan penuh hairan oleh kita. Semua yang pernah diterajang oleh UMNO atau terkena jerangkap lidah bercabangnya akan mengingati dan memahami sikap UMNO yang akan memperalatkan siapa sahaja untuk menyambung talian hayatnya.

Mereka berkata tentang UG ini penting untuk orang Melayu. Kenapa Tuan Guru Nik Aziz(TGNA) sanggup berkerjasama dengan Cina dan India, tetapi tidak mahu bersatu sesama Melayu.

Biasalah, UMNO bila dihujung nyawa akan memainkan sentimen Melayunya. Sebagai contoh dalam kem BTN, tidak habis-habis mereka memainkan isu Melayu hilang kuasa dan menghina kaum lain. Mengatakan kaum lain sebagai pendatang dan Malaysia adalah milik orang Melayu.

PAS menolak semangat kebangsaan yang membabi buta. PAS sayangkan Melayu dan tanda sayangnya adalah ingin orang Melayu kembali kepada ajaran Islam. Malah lebih unik PAS juga sayang Cina dan India dan mahukan mereka mengerti pengamalan Islam akan buatkan mereka juga mendapat faedah walaupun mereka bukan Islam.

Jika UMNO memandang UG adalah survival Melayu, jelaslah mereka salah faham dan bersetuju dengan UG hanya untuk mengekalkan kuasanya. PAS memandang UG dan bersetuju dengan UG jika dalam UG itu nanti menjadikan Islam sebagai dasar negara. Segala gerak kerja pentadbiran adalah berlandaskan hukum Allah.

Jika UMNO memandang kuasa sebagai matlamat mereka dalam UG, haruslah kita tinggalkan si tua ini meracau sorang2. Mereka sama sekali tidak bermatlamatkan UG untuk agamanya, mereka hanya bertopengkan Hang Tuah untuk mengekalkan kelangsungan kuasa mereka yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar.

Tan Sri Muhiydin Yasin pula berkata PAS perlu melupakan sengketa lama untuk melihat orang Melayu dan umat Islam bersatu. Saya bersetuju dengan kenyataan ini jika UMNO sendiri sudah mengubah dasar mereka dan menerima Islam sebagai panduan pentadbiran agama. Tetapi, hingga ke hari ini UMNO masih lagi bertuhankan sekular yang menolak Islam, maka bagaimana kita mahu menerima seruan TPM yang kelihatan 'ikhlas' ni?

Benar kata TGNA, umat Islam yang bijak tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama berkali-kali. UMNO masih lagi ditakuk lama, kemudian menghulurkan tangan untuk kita bersama dengan mereka sedangkan mereka masih lagi bertuhankan sekular, maka bagaimana kita mahu menjawabnya?

Ini yang saya katakan UMNO ibarat si tua yang gila talak. Isteri muda yang cantik menawan yang pernah diterajangnya pada 1970an dahulu kini dipinangnya semula kerana tulang sudah reput dan perlu bantuan orang untuk berjalan.

Isteri muda itu hanya mahukan si tua berubah, jadi si tua yang berpegang pada agama, namun si tua masih lagi ketegaq nak mengekalkan cara hidup lamanya. Maka adakah di isteri muda perlu menerima lamaran si tua? Tidak perlulah kerana bimbang si isteri akan sama-sama mati dengan si tua dalam keadaan menolak perjuangan Islam!

Walaupun terdapat polemik dalam perlaksanaan UG di kalangan ahli PAS, namun saya yakin mereka semua bersetuju bahawa UG hanya akan dilaksanakan jika UMNO berubah terima Islam sebagai dasar. UG juga bukanlah kerajaan perpaduan Melayu, tetapi kerajaan perpaduan semua kaum di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai dasar.

Maka dengan sikap UMNO yang masih mengharap UG demi kelangsungan kuasanya, tidak sesekali menjadikan UG sebagai wadah mendaulatkan Islam, jelaslah UMNO tidak pernah berubah. UMNO masih UMNO sekular yang perlu PAS jauhi.

Terbit sinar harapan yang memancarkan cahaya panduan semalam ketika TGNA menyatakan mahu mengadakan mesyuarat ukhuwwah dengan pimpinan tertinggi PAS dalam mencari titk pertemuan semula dan menjelaskan pendirian PAS dalam UG ni. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan perkhabaran ini dan juga yakin mereka yang cintakan PAS dan mahu melihat pimpinannya berksih sayang semula juga gembira dengan hal ini.

Asasnya idea UG ini telah difahami dan dipersetujui oleh TGNA, Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) dan Ust Nasa dengan syarat UMNO berubah menjadikan Islam sebagai dasar negara. Namun disebabkan putaran fakta oleh puak tertentu dan media menjadi mereka salah faham dan bercanggahan pendapat pada isu yang pernah dipersepakati dahulu.

Maka diharapkan mereka akan dibimbing Allah untuk berbincang dan membuat keputusan yang akan mengutamakan survival PAS, kepentingan Islam dan kehendak rakyat. Kita doakan!

Adapun buat si tua UMNO, selamat tinggal saya ucapkan. Bawalah dirimu yang lemah bersama dengan dasar sekularmu yang menyesatkan. Cuma, saya masih lagi menasihati UMNO untuk mengambil maajun kuat yang berada di hadapan matanya. Terimalah Islam sebagai dasar dan amalkan sepenuhnya, pastinya UMNO akan kelihatan awet muda dan gagah kembali.

Saya ambil kesempatan untuk menegaskan pendirian saya yang mungkin keliru di pandangan sesetengah sahabat. Saya penyokong Islam, Islam sebenar yang berlandasakan Al Quran dan Sunnah, tidak kira siapa. Hatta akan datang (na'uzubillah) jika PAS ubah dasar kepada sekular, saya akan musuhi PAS. Maka disebabkan PAS memperjuangkan Islam sebenar, maka saya akan setia dengan parti ini dan pemimpinnya.

Adapun tentang kerjasama dengan parti lain untuk menubuhkan kerajaan, saya terbuka dengan siapa sahaja asalkan memberi keuntungan pada Islam. Keputusannya saya ikut kata pimpinan parti. Kini, PAS memilih Pakatan sebagai rakan untuk melaksanakan Islam, maka saya sokong dan mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada PAS.

Namun, dalam masa yang sama saya juga tidak menolak kemungkinan andaikata akan datang PAS dikhianati oleh PKR dan DAP, atau Pakatan tidak menjadikan Islam sebagai dasar, maka pimpinan memutuskan untuk keluar dari Pakatan. Jika ini berlaku maka saya juga akan menyokongnya kerana apa guna kita bersama mereka jika Islam masih dipinggirkan.

Jika akan datang bergabung dengan UMNO itu beri keuntungan kepada Islam, maka saya juga akan bersetuju dan tidak akan membantah apa jua keputusan pimpinan kita. Maka saya berharap pada sesiapa pun janganlah cuba mengheret saya ke dalam kancah fitnah yang kini melaga2kan pimpinan yang kita sayang ini. Asas pegangan politik saya adalah Islam, bukan individu atau kuasa!!

Saya mahu mengulas komen dalam artikel saya sebelum ni. Mungkin saya masih kurang informasi tentang politik negara, juga masih mentah dalam pilik Malaysia. Maka kata-kata saya boleh disanggah. Namun selagi saya merasakan apa yang saya suarakan bertepatan dengan ajaran Islam, maka saya tidak akan mengundurkan kata-kata saya.

Maka jika sesiapa yang ingin menganggah pendapat saya, saya berharap kemukakan hujah yang ilmiah, yang ada asal ilmu dan selari dengan ajaran Al Quran dan Sunnah. Saya tidak suka melayan kata-kata yang emosi, tiada fakta dan bertentangan dengan pendirian Islam dalam mana2 isu pun.

Saya tegaskan, kenyataan saya tentang Puak Berakal Kemetot itu, bukan saya cedok dari mana-mana blog atau laman web. Mungkin perkataan kemetot tu berasal dari blog MSO, namun informasi tentang perkara itu saya peroleh dari sumber yang mengalaminya sendiri.

Saya katakan di sini, tiada apa yang boleh diharapkan dari informasi di blog2 politik. Kebanyakan mereka mentafsir politik ikut kepala lutut mereka dan terlalu banyak fitnah, salah faham, putar belit ayat dan cakap merapu.

Saya membaca banyak blog politik dan tidak beriman dengan semangat taksub pada mana2 blog. Adakah kerana pendapat saya selari dengan pandangan sat-satu blog, maka saya dikatakan taksub padanya? Ceteknya akal mereka.

Saya mendapat informasi awal tentang isu TGNA dan Ust Nasa daripada blog MSO, namun saya mengulasnya dengan info saya sendiri. Dengan kefahaman saya sendiri yang dibentuk dari pandangan para pimpinan PAS yang ikhlas.

Bagi saya terlalu bodoh jika percaya bulat2 pada blog politik kerana saya tidak mempercayai integriti kebanyakan mereka. Saya mengulas isu politik adalah berdasarkan pengamatan saya dan bersumberkan dari pihak yang hampir dengan isu tersebut dan paling penting saya cuba mengulas setiap isu selari dengan ilmu Islam itu sendiri. Jika ada ulasan saya yang membelakangkan ilmu Islam, maka diharapkan para sahabat dapat menegur saya.

Maka saya ingin tegaskan, saya bukan pro muqabalah, bukan anti Pakatan, bukan pentakbub MSO, bukan anti Husam dan bukan anti pimpinan PAS Kelantan!

Saya adalah penyokong Islam dan penentang sekular! Saya cintakan PAS dan pimpinannya termasuklah TGNA, TGHH, Ust Nasa, Husam, dan semua pimpinan. Disebabkan itu saya tidak mahu memanjangkan salah faham mereka dan bersetuju jika mereka menamatkannya di meja rundingan. Saya cintakan perpaduan pimpinan dan bencikan permusuhan dalam jemaah.

Saya penyokong Pakatan namun tidak mengisytiharkan permusuhan yang hakiki dengan UMNO. Saya sukakan blog politik, namun tidak terima bulat2 kata-kata mereka. Saya peminat politik, namun bukan pada politik kuasa, politik bangsa dan politik harta. Saya hanya sukakan dan minat pada politik Islam yang menjadikan perjuangan menegakkan Islam sebagai matlamat. Semuanya DEMI ISLAM DITEGAKKAN!