Friday, December 19, 2008

Kenangan Di KISAS Menyelubungi Bekas Pelajar Di Mesir

Alhamdulillah, Majlis Ramah Mesra bersama wakil Alkis, Tn Hj Jaafar bin Jusoh telah berlangsung dengan baik. Walaupun berlaku kekalutan dalam beberapa tentatif, tetapi secara keseluruhannya berjalan dengan baik. Kehadiran hampir semua bekas pelajar KISAS di seluruh Mesir memang mengundang rasa gembira yang tidak terkata. Aku berasa letih tetapi ingin mengambil kesempatan sambil menunggu antivirus laptop di'update'kan untuk menulis sedikit tentang pengalaman tadi.


Aku gembira bila dapat bertemu dengan kawan2 lain walaupun ada antaranya terlalu veteran n xsempat aku bertemu di KISAS. Tetapi ukhuwwah yang terjalin tadi seolah2 kami dah kenal lama. Itulah antara keajaiban KISAS iaitu ukhuwwah. Moga ianya berkekalan. Presentation yang aku 'chilok' dari presentation KISAS07 sedikit sebanyak dapat mengingatkan semula kepada nostalgia manis kami di KISAS. Kata orang, ada gak yang nangis bila tengok presentation tu. Mungkin disebabkan lagu 'Untukmu Teman' yang menjadi lagu latar presentation tu memang matching ngan tema perjumpaan malam ni. Tak pe, biarkan depa merasa sebak bila terkenangkan tempat yang memberi tarbiah pada depa dulu.


Kesungguhan kawan2 untuk hadir jelas kelihatan hinggakan walaupun majlis sudah tamat, pelajar Medic Mansuroh yang terkandas dalam perjalanan tetap hadir dan sempat bertemu dengan beberapa bekas pelajar lain yang masih ada. Rasa terkilan pun ada, tapi bila tengok kesungguhan depa untuk hadir, aku rasa bangga.

Ada cakap2 belakang mengatakan pelajar KISAS mengamalkan assobiah bila mengadakan perjumpaan begini. Saya menyangkal dakwaan ini kerana terdapat perbezaan besar antara ikatan ukhuwwah dan assobiah. Assobiah adalah taksub kepada kumpulan dan golongan tertentu dan menafikan hak golongan lain. Tetapi perjumpaan untuk kembali bertemu dan mengikat ukhuwwah adalah sesuatu yang berbeza dan memenuhi tuntutan ukhuwwah Isalm itu sendiri. Ia lebih kepada konsep ziarah dan mengeratkan silaturrahim. Tambahan pula, apa yang diucapkan oleh beberapa pennyampai ucapan tadi, semuanya ke arah seruan untuk memanfaatkan ukhuwwah ini kepada menyumbang jasa kepada negara dan agama.


Kesudian Presiden PMRAM dan Perubatan serta diff kehormat lain yang tiada kaitan dengan KISAS untuk hadir adalah bukti betapa kami tetap menjunjung penuh konsep jemaah dan sama sekali tidak membelakangkan jemaah induk kita di Mesir. Malah memberi peluang kepada mereka untuk menyampaikan ucapan tadi juga sebagai simbol betapa penghormatan terbesar dan wala' kami berikan kepada pimpinan jemaah kita di sini.


Ribuan terima kasih kepada VIP yang hadir terutama kepada Dato Duta, Tn Hj Jaafar, Tn Hj Fuzi, Prof Madya Hassan Basri, Presdien PMRAM dan Perubatan serta semua yang hadir. Tahniah juga kepada para AJK yang berjaya melaksanakan program ini dengan baik. Moga ukhuwwah kita berpanjangan. Tiada yang lebih kuat melainkan semuanya dari Allah SWT.

No comments: