Monday, April 6, 2009

Patutkah Bapa Mencampak Anaknya Ke Dalam Neraka?

Setelah sekian lama tidak menulis blog kerana kepadatan masa yang semakin menghimpit di bumi Mesir ni, saya luangkan masa sedikit sambil menunggu video yang sedang diedit siap dipublishkan.

Saya ada membaca berita berkaitan dengan seorang bapa yang melahirkan rasa kecewa setelah anak perempuannya yang merupakan atlit cemerlang di peringkat sekolah rendah tidak dibenarkan menyertai acara lari pecut di sekolah menengah barunya. Ini disebabkan anaknya itu berpakaian seluar getah ketat dan t-shirt biasa.

Kita akan keliru tentang ini jika membaca isu ini sekali lalu. Saya fokuskan sedikit agar kita mudah nampak akan isu sebenar. Ayahnya merasa kecewa kerana anaknya TIDAK DIBENARKAN berlari dalam keadaan pakaian ketat.

Jika dipandang dari sudut iman, kita amat pelik dengan kenyataan manusia ini. Sepatutnya dia merasa sangat kecewa jika pihak sekolah memaksa anaknya memakai seluar ketat, tapi dia sangat marah kerana pihak sekolah membuat tindakan untuk memelihara iman anaknya...Pelik..

Kita pernah mendengar hadith nabi mafhumnya bahawa anak yang dilahirkan itu ibarat kain putih yang bersih. Maka ibu bapanyalah yang akan mencorakkannya samada menjadikan anaknya mukmin, Yahudi atau Nasrani.

Anak-anak adalah harta berharga buat ibu bapanya. Mereka bukan sekadar perlu dijaga dengan segala aspek duniawi yang akan membuatkan mereka berjaya ketika dewasa dan akan mengharumkan nama ibu bapanya. Perkara yang lebih penting yang ditekankan Islam adalah didikan kepada anak berkenaan Iman dan Islam.

Mereka harta dan saham berharga di akhirat. Perlu diingat bahawa salah satu ’harta’ yang boleh dibawa ke kubur adalah doa anak yang soleh. Ini menunjukkan betapa anak itu amanah yang besar yang perlu diterapkan iman dan Islam di dalam hatinya agar mereka dapat berjaya di dunia demi menjaga nama baik ibu bapa dan seterusnya sama-sama membantu menarik ibu bapa dari terjatuh ke lubang neraka di akhirat kelak.

Maka adakah anak itu boleh menjadi soleh dan solehah jika ibu bapanya sendiri mendidik anaknya dengan perkara yang boleh menjerumuskan anaknya le lembah neraka? Sang anak akan berhujah di hadapan Allah kelak bahawa ibu bapanya lah punca dia menjadi jahat dan dihumban ke dalam neraka. Maka dengan itu ibu bapanya juga akan turut diheret ke neraka jahanam.

Memang kita akui bahawa bukan ibu bapa yang jadi penentu kepada iman anaknya. Namun hadith nabi tadi menunjukkan betapa ibu bapa memainkan peranan dan menjadi asbab utama dalam usaha menyemai iman didadanya. Memang berlaku ayah yang alim tetapi gagal mendidik anaknya. Namun, itu kes terpencil yang jarang berlaku. Yang sering berlaku adalah kerosakan anak adalah berpunca daripada kegagalan ibu bapa mendidik anak.

Ayah yang alim tetapi gagal mendidik anaknya, paling kurang pun dia sudah terlepas tangunggjawab terhadap anaknya jika anaknya ingkar dengan segala ajaran baik yang diberikan oleh ayahnya. Tambahan pula zaman sekarang yang mana kemungkaran yang dipertahankan oleh pihak berwajib turut sama membantu menyumbang kepada kerosakan anak-anak.

Namun, apa yang berlaku apabila si ayah sendiri suka melihat anaknya berjaya dalam keadaan menderhaka kepada syariat Allah, ini seolah menghumban anak sendiri ke lubang neraka. Ayah sendiri mahu anaknya berpakaian ketat dan amat marah kerana pihak sekolah menghalang kemungkaran anaknya. Sudahlah tiada usaha mendidik anak ke arah menutup aurat, malah menghalang orang lain mendidik anaknya tentang aurat.

Ini satu fenomena yang amat membimbangkan ketika mana semakin ramai ibu bapa yang tidak menghiraukan pandangan dan panduan Islam dalam mendidik anak. Mereka memndang pada kejayaan dunia semata-mata tanpa memikirkan jalan yang dipilih itu halal atau haram. Inginkan anak juara lumba lari maka tidak kisah jika anaknya berpakaian menjolok mata.

Nampaknya, puak musuh Islam terutama Yahudi sudah berjaya menghancurkan institusi utama dalam herraki masyarakat. Keluarga adalah tangga pertama kejayaan individu dan kebanyakan orang yang hebat dalam sejarah Islam adalah datang daripada keluarga yang beriman. Namun jika ketua keluarga sendiri sudah rosak dan memandu keluarga mengikut panduan kitab sekular, maka akan lahirlah anak-anak yang akan menyambung kesinambungan masyarakat yang buta agama.

Lebih menyedihkan apabila pihak berwajib dalam hal ehwal pendidikan negara kita bukan sahaja tidak membela tindakan guru yang ingin menyelamatkan iman pelajar tersebut, malah ingin menyiasat peristiwa. Kita berdoa semoga mereka dapat berfikiran waras dan membuat keputusan berdasarkan iman.

Begitulah Malaysiaku, negara Islam Hadhari. Para pelajarnya bebas buat apa sahaja hatta melanggar hukum Allah kerana semua itu dipertahankan oleh mereka yang berkepala sekular dalam kementerian pendidikan atas alasan hak kebebasan asasi manusia. Lihat sahaja di sekolah-sekolah di bandar besar. Pelajar perempuannya tidak menutup aurat bukan satu kesalahan di sisi undang-undang sekolah.

Saya tidak boleh membayangkan keadaan masa depan masyarakat kita jika pihak berwajib yang menjaga hal ehwal pendidikan pun memandu sistem pendidikan negara dengan menggunakan kitab sekular. Kejarlah kecemerlangan yang melangit walaupun terpaksa berbogel sekali pun, asalkan negara kita kelihatan hebat dan berjaya di mata orang kafir.

Sungguh dangkal pemikiran yang mengasingkan agama dari kehidupan. Jika ibu bapa sendiri pun sudah berfikiran sekular dalam mendidik anak, kejayaan anak dalam sukan tidak memerlukan keterikatan dengan agama, maka semakin gelaplah masa depan negara tercintaku.

Inilah bahana jika pihak yang bertanggungjawab menyemaikan Islam kepada rakyat bertindak mengkhianati amanah Allah dengan membuang panduan ilahi dan menggantikan dengan kitab sekular. Berdakwahlah sehebat mana pun, selagi puak ini tidak dijatuhkan dari tampuk kuasanya maka selagi itulah Islam akan terus menjadi hamba kepada nafsu serakah.

Kita berdoa semoga pihak yang sedang berjihad menentang sekular dalam negara kita dan juga pihak yang giat berdakwah menyebarkan Islam dibantu oleh Allah. Kemenangan adalah pasti, cuma masa sahaja yang akan menentukan. Kita doakan juga si ayah tadi menyedari kesilapannya seterusnya bertaubat dan membimbing semula anaknya ke jalan yang benar.