Thursday, December 18, 2008

Anugerah ‘Kasut’ Sahaja Yang Layak Buat ‘Syaitan Besar’

Saya hampir nak tertidur pagi tadi sambil menunggu sarapan yang dimasak oleh sahabat saya siap, tetapi menjadi segar semula apabila membaca satu berita yang bagi saya amat bermakna dan memberi kepuasan kepada saya. Walaupun ada artikel lain yang saya aturkan untuk ditulis terlebih dahulu, namun saya tertarik untuk menulis berkaitan isu ini dahulu.

Dilaporkan, dalam sidang media ketika ’Syaitan Besar’, George W Bush mengadakan lawatan terakhir ke Iraq yang mengharapkan penghormatan terakhir dari negara teluk yang telah dia hancurkan itu, akhirnya telah diberikan ‘penghormatan’ selayaknya setelah dinamakan sebagai ‘Anjing’ dan hadiah iringan ‘kasut terbang’ oleh seorang wartawan muda berani iaitu, Muntadhar Al Zeidi. Bagi Amerika, peristiwa itu tidak lebih daripada lawak biasa yang diterima oleh syaitan besar, tapi dipandang penuh simbolik oleh dunia Arab dan dunia Islam amnya.


Membaling kasut kepada seseorang merupakan satu penghinaan terbesar dalam budaya Arab seperti meludah ke muka seseorang dalam masyarakat Melayu. Dunia Arab memandang bangga dengan apa yang berlaku dan disambut besar-besaran di seluruh dunia Arab. Sesungguhnya Bush yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Januari depan adalah orang yang tangannya penuh dengan darah saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Afganistan dan seluruh dunia. Darah tersebut tidak akan kering selamanya walaupun hingga ke neraka. Semoga Allah membalas azab yang selayaknya kepada syaitan besar ini. Saya yakin perkara ini langsung tidak ‘masuk port’ di kalangan pemuda negara kita yang sidah mati hatinya dengan maksiat yang dihidangkan setiap hari.


Saya menyorot kembali bagaimana saya boleh mengenali syaitan ini. Pagi 12 September 2001 setelah bangun daripada tidur, ayah saya memaklumkan tentang kejadian ’Serangan 11 September’. Saya yang masih mentah dan tidak tahu apa2 melihat dan meneliti akan berita yang tersebar dan fitnah yang dilemparkan kepada umat Islam akibat peristiwa tersebut. Satu persatu disaksikan daripada pencerobohan Afghanistan, Iraq dan ancaman kepada Iran. Saat melihat syaitan ini mengisytiharkan perang ke atas Afghanistan, saya mula membencinya. Perasaan benci yang meluap2 semakin marak dengan siri2 kejam syaitan ini kepada umat Islam di seluruh dunia. Peristiwa-peristiwa itu membuatkan saya begitu nekad untuk menjadikan isu umat Islam sebagai agenda utama kehidupan saya.

Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa sebenarnya yang berlaku antara dunia Islam dan Barat yang nampaknya seolah-olah kita mempunyai dosa besar kepada mereka hinggakan Barat begitu membenci Islam. Saya mula mengenali Zionism, pertembungan tamadun, gerakan Freemasonry, khilafah Islam, Palestin, dan sebagainya yang berjaya membuka mata saya akan isu sebenar. Setelah saya mencari melalui pembacaan dan dalam tarbiyah yang diterima terutama di KISAS, saya mengetahui apa sebenarnya berlaku. ’Dosa besar’ kita pada mereka hanyalah kerana ’KITA UMAT ISLAM!’ Menjadi umat Islam merupakan ’dosa besar’ pada pandangan syaitan ini. Kini, saya benar-benar mengenali George W Bush, syaitan besar umat Islam!

Kembali kepada isu ’kasut terbang’, ini merupakan satu simbolik yang besar. Fitrah manusia untuk mendapatkan penghormatan di hujung perkhidmatannya kepada masyarakat. Fitrah manusia juga untuk memberi penghormatan kepada orang yang banyak membuat jasa. Tetapi apa yang diterima syaitan ini adalah satu penghinaan yang tidak pernah diterima oleh mana-mana pemimpin dunia. Apa yang dilakukan wartawan tersebut merupakan kemuncak kebenciaan dan mewakili perasaan seluruh umat Islam kepada Bush. Ia boleh memberi pelbagai makna, antaranya ia seolah-olah memberi amaran kepada Bush bahawa, sekarang kasut yang menuju ke mukanya dan mungkin akan datang, mata pedang atau peluru yang menembusi dadanya! Ianya juga seolah-olah berkata, kasut lebih mulia berbanding Bush! Kita semua sedia maklum, kasut adalah lambang penghinaan kerana ia terletak di kaki. Maka ia boleh juga dilambangkan bahawa muka Bush hanya layak berada di bawah kaki sahaja!

Ramai orang memandang remeh kepada tindakan ini kerana bagi mereka ia tidak memberi apa-apa perubahan. Saya menyangkal dakwaan dangkal ini! Penghinaan merupakan antara uslub Al Quran yang ditujukan penghinaan tersebut kepada musuh Allah. Seperti dalam Surah Al Masad, surah ini sepenuhnya adalah penghinaan kepada Abu Jahal atas segala perbuatan jahatnya ke atas Rasulullah SAW dan dakwah Islam. Musuh Islam bukan sahaja perlu ditentang malah perlu dihina. Ini bertujuan agar kita tidak memandang mulia kepada orang yang dihina Allah dan menjaga kemuliaan agama kita. Tetapi andaikata Allah memberi hidayah kepada Bush dan dia tergolong di kalangan umat Islam, kita perlu berdamai dan mengambil sikap seperti sikap kita terhadap umat Islam yang lain. Ini ajaran Islam! Seumpama ayah kita dihina oleh seseorang. Kita mempertahankan dan memuliakan ayah kita dengan menghina orang itu semula. Tetapi jika orang itu meminta maaf atas ketelanjurannya, maka kita akan berbaik dengannya semula. Maka, tindakan wartawan tersebut adalah bentuk tindakan untuk mempertahankan Islam dan memuliakan Allah SWT! Tindakannya akan terpatri dalam sejarah dan tidak akan terpadam selamanya. Moga Allah memberi keberkatan kepadanya dunia akhirat.

Para pemimpin dunia Islam sepatutnya malu dengan wartawan ini. Sekoman-koman dia pun, paling kurang dia berani menyatakan kebencian dan penentangan secara terbuka. Dia tidak hipokrit seperti sesetengah pemimpin Islam yang hanya bertempik di depan umat Islam tetapi melutut dan mengucup tangan Bush apabila berhadapan dengan syaitan besar ini. Mereka hanya ingin mencari popular di kalangan umat Islam dan kelihatan bersahabat di kalangan musuh Islam. Pemimpin seperti ini sebenarnya mempunyai ciri-ciri munafiq dan seharusnya rasa bersalah kepada seluruh umat Islam kerana hanya duduk diam sambil memerhati, Oh I See (OIC!).

Saya berharap semoga tindakan ini berjaya meningkatkan iman ramai pemuda Islam untuk sedar dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Bersihkan diri kita daripada segala kotoran kuffar dan virus sekularisme dan kembalilah berpandukan kepada ajaran Islam. Persiapkan diri kita dengan ilmu dan tingkatkan amal. Bersatulah, rapatkan barisan dan bersedialah kerana perang Armagedon hampir tiba!

No comments: