Tuesday, June 30, 2009

Jemaah Islam : Ilmu Haraki VS Ilmu Asasi Islami

Salam. Sempat juga di Alexanderia ini saya mencuri masa untuk mencoretkan sedikit persoalan yang saya dan kawan2 bualkan malam tadi. Sambil berbual berkenaan situsai jemaah PAS sekarang yang kelihatan agak gundah gulana sejak kebelakangan ini, muncul persoalan bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah kesatuan antara ahli jemaah PAS hari ini.

Kita akui, PAS kini berada di kemuncak kemahsyuran yang tertinggi semenjak parti ini ditubuhkan setengah dekat yang lalu. Keadaan sekarang adalah rahmat kesabaran para pejuang Islam yang ikhlas ingin melihat negara tercinta kita ini dapat dilaksanakan pentadbirannya dengan mengikut panduan yang Maha Benar dan Maha Mengetahui.

PAS berjaya memecahkan blog pemikiran pemisahan agama dari kehidupan ynag dipelopori oleh UMNO. PAS juga dapat mengebom hancur sempadan perkauman yang dijadikan asas pemerintahan Be End selama 50 tahun. Be End yang mengamalkan konsep 'Pecah dan Perintah' mengikut pecahan kaum di Malaysia kini mula sedar bahawa konsep salah yang mereka amalkan sekian lama akhirnya terburai dan akan berkubur!

Kini, PAS terutama para pemuda dan pemudinya perlu bersedia untuk mengisi diri dengan persiapan yang mantap sebagai bekalan untuk berkerja dengan lebih kuat di zaman era kemenangan dan yang lebih penting selepas kemenangan itu sendiri. Maka saya ingin lontarkan di sini, sejauh manakah kita sebagai rijal dakwah sudah mempersiapkan diri dengan ilmu unutk berhadapan dengan perjuangan yang tanggungjawabnya kian bertambah?

Dalam politik, rijal kita amat rajin dan bersungguh dalam memahami ilmu haraki dan kepimpinan sebagai asas membentuk fikrah yang mantap. Fikrah yang mantap amat penting agar kita tidak 'terpeliot' ketika diasak dengan cabaran menggunung sebagai rijal dakwah. Fikrah yang mantap juga dapat memberi ketahanan mental kepada para rijal dakwah agar tidak terpengaruh dengan kefahaman meolak jiha dpolitik yang dipelopori oleh sebilangan jemaah protes yang lain.

Di peringkat pemuda dan pemudi terutama yang berumur antara 18-30 tahun dalam PAS, mereka amat cemerlang dalam fikrah mereka hinggakan tidak akan tergugat hatta ditimpakan ujian seberat gunung Everest. Saya amat mengagumi kesungguhan mereka dan kehebatan mereka dalam membahaskan ilmu haraki dalam mana2 program. Cuma, terbit kerisauan dan persoalan di hati, sejauh mana pula rijal harapan agama ini sudah menguasai ilmu asasi Islami yang sebenarnya jauh lebih asas dan penting berbanding ilmu haraki dan kepimpinan?

Dalam kitab Jundullah Thaqafatan Wa Akhlakan karangan Ust Sadi Hawa, tokoh Ikhwanul Muslimin yang kita semua kagumi, ada menggariskan 10 jenis ilmu yang perlu dikuasai oleh rijal dakwah. Ia adalah Tafsir, Hadith, Fiqh, Tauhid, Tasauf, Ususl Fiqh, Bahasa Arab, Sirah, Tayyarat (aliran pemikiran zaman moden) dan Fiqh Dakwah. Semua ini perlu dihadam oleh para rijal, hatta sekadar asas bagi setiap jenis ilmu, sebagai bekalan untuk berjuang.

Jika kita lihat, ilmu haraki dan kepimpinan hanya memenuhi 2 atau 3 daripada 10 ilmu tersebut iaitu Sirah, Tayyarat dan Fiqh Dakwah. Maka, adakah kita sudah ada asas ilmu untuk baki 7 lagi ilmu itu? Setiap dari 10 ilmu tersebut memainkan peranan penting dalam menghadapi segala cabaran dan halangan dalam berdakwah.

Ada yang mengatakan dalam mendalami ilmu haraki dan kepimpinan, kita tidak secara langsung akan mendalami ilmu yang lain itu. Atau ada juga yang mengatakan ilmu haraki lebih asas dan yang bakinya itu sekadar furu' dalam keperluan perjuangan siasah masa kini.

Saya ingin memperbetulkan pandangan ini dengan mengatakan bahawadaripada 10 ilmu tersebut, 5 yang pertama (Tafsir, Hadith, Tauhid, Fiqh dan Tasauf) adalah lebih asas manakala 3 yang kemudian adalah ilmu alat (Bahasa Arab, Usul Fiqh dan SIrah) manakala 2 yang terakhir (Tayyarat dan Fiqh Dakwah) adalah hasil implikasi dari 5 ilmu yang lebih asas.

Ilmu haraki dan kepimpinan adalah lahir dari 5 ilmu tersebut. Sebagai contoh ilmu haraki berkenaan kewajipan berpegang dengan pengamalan Islam adalah termasuk dalam ilmu Fiqh dan Tauhid. Syarak dalam ilmu Fiqh telah menetapkan garis panduan kehidupan dan hukum hakam yang terdapat dalam Al Quran dan Hadith secara detail dan terperinci manakala dalam ilmu Tauhid pengamalan Islam termasuk dalam kesan keyakinan terhadap sifat kesempurnaan Allah dan menafikan cara hidup lain yang menafikan ketinggian sifat Allah.

Dalam ilmu kepimpinan atau Fiqh Dakwah, segala garis panduan dalam perhubungan bersama pihak yang dipimpin atau mad'u adalah termasuk dalam ilmu akhlak dan tasauf malah dalam tasauf mengajar lebih daripada itu hinggakkan segala penyakit hati para daie disentuh dan diberi penyelesaiannya.

Maka di sini, ilmu yang 5 itu adalah asas dan ilmu haraki dan kepimpinan adalah cabang dan hasil daripada 5 ilmu itu. Masakan boleh asas bertukar jadi furu dan yang cabang bertukar menjadi asas dan diberi perhatian yang lebih. Di sini juga kita boleh memahami untuk mendapat ilmu yang cabang, maka ilmu yang asas perlu dikuasai sepenuhnya dahulu sekurang2nya sekadar asas yang paling minima dalam ilmu tersebut. Masakan boleh bangunan dibina kukuh tanpa asas konkrit yang menjadi pasaknya?

Cabaran dan mihnah perjuangan haraki di Malaysia memerlukan kita untuk mendalami sekurang2nya asas 5 ilmu tersebut. Ini adalah penting agar kita membawa perjuangan berasakan kefahaman yang benar mengikut syara. Ingat, berbeza kita dengan UMNO bukan sekadar kerana atas dasar ketelusan dan kecekapan pentadbiran, tapi atas dasar syara. Begitu juga berbezanya PAS dengan ABIM dan JIM, berbeza kita bukan sekadar perbezaan pendekatan manhaj, malah perbezaan atas asas syara.

Dalam isu Unity Government (UG) misalnya, kita tidak mendengar pun ada pihak yang membentangkan isu UG ini mengikut pandangan syara. Yang ada sekadar ulasan mengikut kepala otak sendiri dan ulasan yang tiada langsung asas ilmu Islam. Apa peranan yang rijal dakwah telah mainkan? Adakah telah dikaji dengan teliti implikasi UG itu secara ilmiah mengikut syarak dan keadaan semasa politik negara?

Maka, berlakulah penolakan idea UG yang membabi buta atau menerimanya dengan tanpa ada asas ilmiah. Adakah kita hendak menyamakan PAS dengan PKR yang tidak mendasari segala tindakan mereka mengikut asas Islam? Ataupun mengikut cara DAO yang menilai segala isu dalam negara dengan menggunakan akal semata2. PAS berbeza dengan mana2 parti di negara kita berdasarkan perbezaan syarak, maka bagaimana kita boleh mengabaikan kepentingan asas ilmu Islam yang penting ini dalam membina jatidiri rijal dakwah yang perkasa?

Dalam isu UG, disebabkan kelemahan kita dalam penguasaan ilmu asas Islam, maka berlakulah penolakan yang menggila ataupun penerimaan membabi buta. Bila ditanya mengapa tolak @ terima, maka timbullah jawapan yang sama sekali tidak ilmiah dan berasaskan pandangan syarak. yang kita dengari hanya ulasan dan bantahan menurut hujah akal semata2. Pandangan saya berkenaan isu ini telah saya nyatakan dalam post yang lepas maka saya tidak mahu mengulas panjang lagi berkenaan isu ini.

Kekuatan dalam menguasai ilmu asas Islam penting agar kita berjuang atas asas yang kukuh iaitu asas syarak yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah. Bukanlah saya maksudkan sesiapa yang mendalami ilmu haraki dan kepimpinan itu tergelincir dari asas perjuangan, tetapi yang saya maksudkan adalah rijal dakwah perlu memasukkan agenda mendalami ilmu asas Islam ini dalam agenda utama perjuangan mereka sebagai tunjang kekuatan aqidah dan kefahaman Isla kerana inilah ilmu tunjang yang akan menguatkan ilmu cabang seperti haraki dan kepimpinan.

Kejadian Highland Tower yang runtuh 15 tahun yang lepas berpunca daripada asas bangunan itu yang tidak kukuh. Maka walaupun seni binaan dan kelengkapan airpartment mewah itu amat menawan jiwa, namun semua itu hancur musnah dengan sekelip mata kesan daripada asas yang tidak kukuh. Begitu juga fikrah perjuangan yang tidak berpijak di atas ilmu asas Islam yang kukuh, maka tidak hairanlah berlaku futur, terkandas dalam perjuangan dan lebih buruk lagi bertukar kepada jemaah toghut..nauzubillah.

Kita menolak perjuangan UMNO, namun atas asas apa kita menolaknya? Adakah kerana namanya UMNO? Ataupun sebab UMNO dipimpin oleh Tok Jib? Ataupun disebabkan UMNO tidak telus dalam pentadbiran negara? Ataupun kerana UMNO pernah menedang PAS keluar daripada BN dahulu?

Andaikata kita mengatakan kita menolak UMNO kerana mereka tidak jujur dalam pentadbiran negara, andaikata mereka memperbetulkan segala kekurangan tersebut, maka adakah berakhir penetangan kita? Kita menolak UMNO berdasarkan asas aqidah dalam ilmu Tauhid. Tindakan UMNO mengasingkan pentadbiran manusia dengan agama dan mengambil sekular sebagai kitab panduannya telah menafikan hak yang khusus pada Allah iaitu hak Allah sebagai Pembuat hukum dan Maha Tahu akan segala perihal makhluknya.

Maka, saya ambil kesempatan untuk mengulas isu berkenaan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang mengatakan UMNO sama seperti Ayah Pin dan Komunis. Saya ingin mengulas bahawa kenyataan itu bukan merujuk kepada ahli UMNO, namun kepada UMNO itu sendiri dan pemimpin yang mempertahankan doktrin sesat dalam UMNO. UMNO menolak Islam sebagai panduan dalam pentadbiran negara, maka apa bezanya dengan Komunis yang tolak Islam sebagai asas kehidupan? UMNO menafikan ayat Al Quran bahawa wajib berhukum dengan hukum Allah, maka apa bezanya dengan Ayah Pin yang menafikan ayat Al Quran yang mengatakan Tuhan itu satu? TIDAK ada bezanya!

Saya ingin memberikan lagi beberapa contoh untuk memberikan kefahaman akan kepentingan ilmu asas ini. Dalam pertembungan jemaah di Malaysia, apakah stand rijal Islam dalam PAS yang tidak bersetuju dengan pendekatan JIM, ISMA dan jemaah lain yang dikatakanya tidak syumul? Kita mendakwa kita adalah paling mirip dengan Ikhwan Muslimin (IM), mereka juga mendakwa mereka mirip IM. Kita mengatakan politik penting untuk mendapat kuasa, mereka juga kata islah dari bawah juga penting. Maka, apakah asas kita yang kukuh untuk memperbetulkan tanggapan mereka?

Jawapannya, perbezaan kita dengan mereka bukan kerana perbezaan manhaj semata2, namun perbezaan syarak! Ini termasuk dalam ilmu Fiqh berkenaan jihad. Jihad terbahagi dua, jihad am dan khas. Maka, tindakan mereka yang hanya menjalankan jihad am iaitu amar makruf nahi mungkar dan islah sedangkan dalam masa yang sama menginggalkan jihad farhu ain iaitu melawan dan menjatuhkan kerajaan sekular yang mempertahankan kekafiran dalam perlembagaan negara jelas mennunjukkan mereka sebagai jemaah Islam yang tidak syumul malah menginggalkan kewajipan fardhu ain yang wajib kepada setiap muslim!

Jika mereka mengatakan persoalan kerajaan dan daulah adalah persoalan besar yang tidak perlu diberi perhatian, ini adalah salah di sisi syarak. Masalahnya sekarang, bukan persoalan besar atau kecil sesuatu perkara itu, tapi wajib atau tidak, fardhu ain atau kifayah. Adakah kerana persoalan daulah itu besar, maka tidak berlu diberi perhatian walaupun hukumnya fardhu ain? Hujah syarak berlandaskan ilmu asas Islam ini akan buatkan kita memahami kewajipan berjuang bukan setakat secara aqliah, malah secara naqliah iaitu kefahaman perjuangan berlandaskan apa yang Allah tetapkan kepada kita.

Lagi contoh kepentingan ilmu asas Islam ini, jika akan datang Pakatan sudah memerintah tetapi PKR dan DAP tidak mahu melaksanakan Islam dalam pemerintahan, maka apakah hujah yang akan kita kemukakan kepada mereka dan kepada rakyat akan keadilan dan kewajipan menegakkan hukum Allah ini? Adakah sekadar hujah aqal semata2? Bagaimanakah pula jika mereka tetap berkeras tidak mahu melaksanakan pentadbiran mengikut landasan Islam? Adakah kita akan menurut sahaja dan terus menerus bertahalluf siasi sehingga aqidah perjuangan tergadai?

Perjuangan PAS akan tergadai jika rijalnya lemah dalam penguasaan ilmu asas Islam dan seterusnya akan berpolitik mengikut gerak timbangan akal semata2 hinggakan tidak mendasari segala tindakan dengan panduan Islam. Jika rijal Islam di dalam PAS memahami dan menguasai ilmu asas Islam ini, kita akan jelas segala pegangan dan matlamat perjuangan kita. Kita akan mellhat Allah sebagai matlamat dan politik serta kuasa sebagai alat. Kita akan bertegas dengan 'sahabat' dalam Pakatan dan tidak teragak2 untuk meninggalkan mereka jika mereka khianat dan biadap terhadap aqidah perjuangan kita.

Inilah pentingnya ilmu asas Islam yang akan buatkan kita faham mana yang wajib, mana yang tidak wajib, mana yang usul dan aman yang furu'. Kita akan berjuang berlandaskan basirah perjuangan yang benar, menurut dan berpandukan hukum syarak dan tidak melampaui adab dan tatacara akhlak Islamiyah. Saya bimbang jika rijal dakwah yang hebat dan berpotensi namun lemah dalam penguasaan ilmu asas ini, maka akan menatijahkan perjuangan yang sekadar semangat namun tidak mempunyai pengisian ilmiah yang boleh memesongkan kita daripada aqidah perjuangan sebenar.

Kita sepatutnya mencontohi teladan TGNA yang mementingkan asas ilmu kepada rakyat bawahan sehinggakan rakyat Kelantan menerima PAS serta menolak perjuangan UMNO bukan atas dasar material dan semangat semata2, namun atas kefahaman aqidah dan iman yang mantap hinggakan kini hampir mustahil untuk Be End kembali menawan Kelantan. Ilmu asas Islam yang TGNA dan para ulama tanamkan sudah berakar tunjang ke dalam hati rakyat Kelantan hinggakan sukar untuk tercabut walaupun dilanda taufan projek dan kain pelikat serta sampul duit RM 200.

Saya tegaskan semula, apa yang saya coretkan adalah sekadar teguran buat diri saya dan semua sahabat rijal dakwah yang saya kasihi. Teguran adalah bukti kasih yang ikhlas. Semuanya hanya untuk melihat para sahabat sekalian dapat menguasai ilmu yang menjadi asas perjuangan demi memastikan momentum perjuangan kita berterusan berdasarkan basirah perjuangan yang benar.

Fenomena pelajar kampus yang mula membudayakan daurah pengajian kitab di pondok2 adalah suatu budaya yang mesti disokong dan diteruskan. Namun, mereka perlulah istiqamah dalam perjuangan jemaah selepas tamat daurah di pondok agar tidak menjadi fitnah bahawa pengajian pondok akan mematikan fikrah haraki di kalangan penuntut kampus.

Akhirnya, saya mohon maaf jika ada mengguris perasan sesiapa. Jika ada yang tidak bersetuju dengan hujah2 saya ini, antum dijemput untuk add YM saya dan kita boleh berbincang secara ilmiah. Kata2 saya di atas ini semuanya berdasarkan pandangan saya yang saya pandu dengan sedikit ilmu yang Allah berikan. Namun, saya juga tidak terlepas dari kesilapan. Maka, pohon maaf sekali lagi jika ada kesilapan. Semua yang saya coretkan semata2 untuk melihat Islam ditegakkan!

Friday, June 26, 2009

Terjaminkah Orang Yang Mengaku Beriman Mati Dalam Husnulkhatimah?

Salam. Setelah beberapa post berturut-turut bercerita tentang politik, pastinya membuahkan rasa bosan bagi penjenguk blog ni. Sebenarnya hasrat hati nak mengulas kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) berkenaan UMNO parti sesat, tapi saya dahulukan post berkenaan persoalan hidayah untuk renungan kita bersama.

Tradisi di Malaysia, asalkan seorang wanita Melayu melahirkan anak, maka ditetapkan ke atas bayi itu sebagai beragama Islam. Itulah cara kebanyakan kita di Malaysia terutama bagi umat Melayu, memeluk Islam dan penganugerahan nikmat Islam oleh Allah dengan cara paling mudah, paling ringan tanpa perlu usaha iaitu Islam melalui warisan kelahiran.

Syukur Allah memilih roh kita untuk ditempelkan kepada janin yang berada dalam rahim seorang ibu ynag beragama Islam. Lebih beruntung jika roh itu berada di dalam janin yang terbentuk hasil hubungan kasih sayang bapa dan ibu yang beriman dan bertaqwa.

Kita sering mengucapkan Alhamdulillah dalam aktiviti seharian kita, namun berapa ramai kita yang menghayati dengan baik akan kesyukuran kita itu. Apa yang kita syukurkan? Adakah lafaz kesyukuran itu hasil daripada rasa keinsafan yang tinggi atau sekadar budaya dan adat yang membiasakan lidah melafazkan kata mulia itu?

Kita umat Melayu Islam di Malaysia telah dianugerahkan dengan pelbagai nikmat kesenangan, kemewahan, ilmu pengetahuan. Nikmat yang zahir di hadapan mata inipun teramat sedikit yang mensyukurinya. Inikan pula nikmat terbesar tetapi tersembunyi jauh dilubuk hati nurani kita iaitu nikmat iman. Berapa ramai kita yang bersyukur?

Kita mendapat nikmat terbesar ini dengan jalan yang mudah tanpa usaha sedikit pun, mungkin inilah faktor kita tidak menghiraukan nikmat iman yang Allah berikan. Kenapa saya mengatakan kita tidak menghiraukan? Sila lihat diri dan peribadi masing-masing..

Lihat pada fizikal kita. Adakah kita sudah cukup berusaha kelihatan seperti orang beriman? Kita lebih suka berpakaian dan berpenampilan bagaikan orang yang tiada iman dan amat malu berimej yang melambangkan kesucian agama kita.

Lihat pada amalan harian kita, kita berpuas hati dengan ibadah wajib yang kita lakukan ala kadar tanpa kita berminat untuk melakukan ibadah wajib itu dengan sempurna. Kita lebih suka meniru 'sunnah' kehidupan para musuh Islam dan teramat malu untuk menjalani kehidupan dengan cara yang ditetapkan Islam.

Lihat pada aktivit harian kita, kita sama sekali tidak prihatin dan menjaga setiap perbuatan kita. Kita teralu bermudah hinggakan tidak menghiraukan samada perbuatan kita itu selaras dengan Islam atau tidak, adakah tindakan kita selaras dengan iman atau boleh mencederakan iman kita.

Terlalu banyak penilaian yang kita boleh muhasabahkan untuk kita mengenali adakah kita datang dari golongan yang menghargai iman kita atau tidak. Kebanyakkan kita tidak menghiraukan iman dengan menjalani kehidupan pemberian Allah ini dengan cara yang berlawanan hukum Allah, mengamalkan Islam separuh dan tinggalkan separuh, berpakaian menutup aurat tapi macam bertelanjang, merosakkan hati dan iman dengan perkara lalai yang menyesatkan. Bukankah ini semua tanda kita memandang nikmat iman itu ibarat sampah sarap yang tidak perlu dipedulikan?

Ini adalah kerana kita mendapat nikmat iman ini dengan jalan yang mudah. Tidak sekali pun kita berfikir andaikata Allah pilih roh aku untuk masuk ke dalam janin milik orang kafir, bagaimanakah keadaan aku sekarang? Jelas, kita umat Melayu Islam telah diperbodohkan dengan dunia dan syaitan durjana sehingga memandang enteng akan permata iman yang Allah berikan percuma tanpa perlu berkorban nyawa untuk memiliknya!

Disebabkan itu kita melihat, orang Barat yang memeluk Islam lebih menyayangi iman mereka berbanding Melayu yang bodoh dan tidak sedar diri akan nikmat iman ini. Kita lihat sejarah para sahabat yang berkorban nyawa untuk pertahankan iman. Mereka membayar iman dan dakwah dengan harga yang cukup tinggi demi memastikan Islam tersebar dan sampai kepada kita.

Kita lihat pada Sumaiyah, walaupun dia seorang wanita hamba, namun dia berjaya peroleh syurga dengan bergelar wanita pertama mati syahid di kalangan sahabat Rasulullah Sallahu Alaihio Wasallam. Lihat sahaja Bilal yang rela dijemur dan dihempap oleh batu besar di tengah gurun yang amat panas demi memelihara imannya.

Kita juga boleh merenung kepada pejuang Palestin yang mempertaruhkan nyawa mereka dan keluarga mereka demi mempertahankan aqidah, iman dan Bumi Palestin. Kita lihat juga kegigihan para daei yang asalnya adalah beragama kafir menyebarkan Islam ke seluruh dunia seperti Yusuf Islam dan Yusuf Istet.

Semuanya kerana mereka menghargai iman dan tahu betapa payahnya usaha mereka untuk memperolehi iman itu. Tapi sayangnya kita yang dapat iman percuma ini tidak menyedarinya dan menghumbankan nikmat iman itu ke dalam tong sampah! Maka persoalan di sini, terjaminkah kita yang mengaku beriman ini akan mati dalam keadaan beriman?

Hari ini kita dikejutkan dengan kematian Raja Pop Dunia iaitu Micheal Jackson. Ramai yang terkejut dan ras ahiba dengan pemergiannya. Namun, ada juga yang merasa lega kerana MJ sempat memeluk Islam sebelum menghembuskan nafas terakhir. Dunia seninya yang pasti banyak mengundang maksiat sebelum ini, kita doakan terhapus semua dosa itu dengan lafaz syahadahnya.

Saya pada mulanya agak sangsi dengan berita pengIslaman MJ kerana ada juga yang mengatakan ia sekadar kontroversi. Namun setelah melihat di YouTube di mana kelihatan mayatnya diusung dalam keadaan berkafan dan tidak seperti amalan Kristian yang menggunakan keranda mahal, saya menjadi yakin. Ditambah pula dengan video pengislamannya dalam YouTube, saya bertambah yakin, Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat.



Saya terkenang juga seorang pelakon popular di Malaysia yang berlakon dalam cerita Anak Mami The Movie, Ismail Din. Kisah kematiannya sangat menginsafkan. Setelah sekian lama di dalam dunia lakonan yang melalaikan, beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan Kaabah, di awal pagi di bulan Ramadhan ketika mengerjakan umrah di sana. Subhanallah, mungkin ketika itu beliau sedang bercucuran air mata memohon keampunan dari Allah yang Maha Pengampun, Allah pun menjemputnya ketika dia berada di waktu yang mulia (awal pagi), di tempat mulia (Masjidil Haram), di hadapan pemandangan yang mulia (Kaabah) dan di bulan yang mulia (Ramdahan). Kita doakan semoga rohnya juga dicucuri rahmat.

Di zaman Rasulullah Sallahu Alaihio Wasallam, seorang kafir datang menemui Rasulullah Sallahu Alaihio Wasallam dan berkata bahawa dia ingin menyertai perang bersama baginda dan kemudian itu barulah dia akan memeluk Islam. Rasulullah Sallahu Alaihio Wasallam membetulkan hasrat lelaki itu dengan mengatakan bahawa peluk Islam dahulu kemudian baru berjihad. Lelaki itu mengikuti nasihat baginda dan pergi berperang. Beliau mendapat syahid walaupun baru sebentar memeluk Islam. Ketika Rasulullah Sallahu Alaihio Wasallam melihat mayat para syuhada selepas tamat perang, baginda ternampak akan jasad lelaki itu lalu baginda mengatakan amal yang sedikit tetapi beliau memperolehi ganjaran yang sangat besar!

Kita terharu dengan cerita di atas, namun kita yang kononnya mengaku benar-benar beriman, di manakah kedudukan kita? Allah telah memuliakan mereka semua dengan kematian yang baik (menurut pandangan zahir kita, adapun baik atau buruk hanya Allah yang tahu), kita pula bagaimana? Sudah ada yang berani jamin dia pasti jadi ahli syurga?

Berapa banyak pula kisah bahawa orang yang beramal sepanjang hayat, namun kafir di hujung hayatnya. Kisah Qarun, Barsishah dan ramai lagi mereka yang rapat dengan Allah dan para rasulNya, namun mati dalam seadaan kufur. Bila kita renungkan ini, kita akan terkedu dan tersedar dari diperbodohkan syaitan bahwa iman kita tidak terjamin akan melekat selama-lamanya dalam hati kita.

Iman perlu dijaga, perlu ada usaha untuk memelihara iman kita. Kita mesti syukuri nikmat iman kita dengan melakukan 3 perkara. Melaksanakan segala perintah Allah, tinggalkan segala larangaNya dan memperjuangkan agamaNya. Adakah kita sudah tergolong di kalanngan mereka yang berusaha menjaga imannya?

Iman ibarat pokok, perlu sentiasa dijaga dan disiram malah perlu juga diberi baja. Jia kita biarkan iman kita layu, tidak dijaga, jangan pelik akan datang Tuan Empunya pokok akan mencabutnya dan tidak akan memberinya kembali!

Bagi mereka yang sedang berada dalam kemanisan iman, jangan terlalai dan teruskan istiqamah dengan keadaan halwah iman itu. Bagi mereka yang pertengahan, berlumbanya untuk meningkatkan iman agar ia menjadi semakin matang dan mantap. Bagi orang yang masih segan untuk berbangga dan menghargai imannya, sedarlah kita dan berubahlah kepada kehidupan yang beriman sebelum permata itu diambil semula oleh Tuannya!

Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan : UMNO Bagai Si Tua Gila Talak

Salam. Bangun sahaja dari tidur, saya membuka web Malaysiakini untuk mendapatkan sarapan politik pagi ni. 3 post utama dalam web tersebut membuatkan saya terasa mual, mual kerana membaca kata-kata dan harapan yang dilontarkan oleh pemimpin UMNO terhadap idea Unity Government (UG).

Masing-masing berlagak baik, nak lihat kesatuan orang Melayu. Saya tidak nafikan apa yang dikatakan mereka adalah perkara baik, namun bila pencuri yang lemas terjatuh dalam sungai ketika larikan diri dari dikejar oleh orang yang dicurinya, adakah rayuannya untuk diselamatkan dari lemas itu kita akan pandang simpati 100%?

UMNO berada di era nazak, menghampiri tarikh kematiannya. UMNO ibarat si tua yang bertongkat, malah tidak berdaya untuk berjalan dengan bantuan tongkat, mengharapkan isteri muda yang ditalakkan dahulu membantunya berjalan!

Lidah UMNO yang kini sering bercakap untuk menyambut baik idea UG itu seharusnya dipandang dengan penuh hairan oleh kita. Semua yang pernah diterajang oleh UMNO atau terkena jerangkap lidah bercabangnya akan mengingati dan memahami sikap UMNO yang akan memperalatkan siapa sahaja untuk menyambung talian hayatnya.

Mereka berkata tentang UG ini penting untuk orang Melayu. Kenapa Tuan Guru Nik Aziz(TGNA) sanggup berkerjasama dengan Cina dan India, tetapi tidak mahu bersatu sesama Melayu.

Biasalah, UMNO bila dihujung nyawa akan memainkan sentimen Melayunya. Sebagai contoh dalam kem BTN, tidak habis-habis mereka memainkan isu Melayu hilang kuasa dan menghina kaum lain. Mengatakan kaum lain sebagai pendatang dan Malaysia adalah milik orang Melayu.

PAS menolak semangat kebangsaan yang membabi buta. PAS sayangkan Melayu dan tanda sayangnya adalah ingin orang Melayu kembali kepada ajaran Islam. Malah lebih unik PAS juga sayang Cina dan India dan mahukan mereka mengerti pengamalan Islam akan buatkan mereka juga mendapat faedah walaupun mereka bukan Islam.

Jika UMNO memandang UG adalah survival Melayu, jelaslah mereka salah faham dan bersetuju dengan UG hanya untuk mengekalkan kuasanya. PAS memandang UG dan bersetuju dengan UG jika dalam UG itu nanti menjadikan Islam sebagai dasar negara. Segala gerak kerja pentadbiran adalah berlandaskan hukum Allah.

Jika UMNO memandang kuasa sebagai matlamat mereka dalam UG, haruslah kita tinggalkan si tua ini meracau sorang2. Mereka sama sekali tidak bermatlamatkan UG untuk agamanya, mereka hanya bertopengkan Hang Tuah untuk mengekalkan kelangsungan kuasa mereka yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar.

Tan Sri Muhiydin Yasin pula berkata PAS perlu melupakan sengketa lama untuk melihat orang Melayu dan umat Islam bersatu. Saya bersetuju dengan kenyataan ini jika UMNO sendiri sudah mengubah dasar mereka dan menerima Islam sebagai panduan pentadbiran agama. Tetapi, hingga ke hari ini UMNO masih lagi bertuhankan sekular yang menolak Islam, maka bagaimana kita mahu menerima seruan TPM yang kelihatan 'ikhlas' ni?

Benar kata TGNA, umat Islam yang bijak tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama berkali-kali. UMNO masih lagi ditakuk lama, kemudian menghulurkan tangan untuk kita bersama dengan mereka sedangkan mereka masih lagi bertuhankan sekular, maka bagaimana kita mahu menjawabnya?

Ini yang saya katakan UMNO ibarat si tua yang gila talak. Isteri muda yang cantik menawan yang pernah diterajangnya pada 1970an dahulu kini dipinangnya semula kerana tulang sudah reput dan perlu bantuan orang untuk berjalan.

Isteri muda itu hanya mahukan si tua berubah, jadi si tua yang berpegang pada agama, namun si tua masih lagi ketegaq nak mengekalkan cara hidup lamanya. Maka adakah di isteri muda perlu menerima lamaran si tua? Tidak perlulah kerana bimbang si isteri akan sama-sama mati dengan si tua dalam keadaan menolak perjuangan Islam!

Walaupun terdapat polemik dalam perlaksanaan UG di kalangan ahli PAS, namun saya yakin mereka semua bersetuju bahawa UG hanya akan dilaksanakan jika UMNO berubah terima Islam sebagai dasar. UG juga bukanlah kerajaan perpaduan Melayu, tetapi kerajaan perpaduan semua kaum di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai dasar.

Maka dengan sikap UMNO yang masih mengharap UG demi kelangsungan kuasanya, tidak sesekali menjadikan UG sebagai wadah mendaulatkan Islam, jelaslah UMNO tidak pernah berubah. UMNO masih UMNO sekular yang perlu PAS jauhi.

Terbit sinar harapan yang memancarkan cahaya panduan semalam ketika TGNA menyatakan mahu mengadakan mesyuarat ukhuwwah dengan pimpinan tertinggi PAS dalam mencari titk pertemuan semula dan menjelaskan pendirian PAS dalam UG ni. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan perkhabaran ini dan juga yakin mereka yang cintakan PAS dan mahu melihat pimpinannya berksih sayang semula juga gembira dengan hal ini.

Asasnya idea UG ini telah difahami dan dipersetujui oleh TGNA, Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) dan Ust Nasa dengan syarat UMNO berubah menjadikan Islam sebagai dasar negara. Namun disebabkan putaran fakta oleh puak tertentu dan media menjadi mereka salah faham dan bercanggahan pendapat pada isu yang pernah dipersepakati dahulu.

Maka diharapkan mereka akan dibimbing Allah untuk berbincang dan membuat keputusan yang akan mengutamakan survival PAS, kepentingan Islam dan kehendak rakyat. Kita doakan!

Adapun buat si tua UMNO, selamat tinggal saya ucapkan. Bawalah dirimu yang lemah bersama dengan dasar sekularmu yang menyesatkan. Cuma, saya masih lagi menasihati UMNO untuk mengambil maajun kuat yang berada di hadapan matanya. Terimalah Islam sebagai dasar dan amalkan sepenuhnya, pastinya UMNO akan kelihatan awet muda dan gagah kembali.

Saya ambil kesempatan untuk menegaskan pendirian saya yang mungkin keliru di pandangan sesetengah sahabat. Saya penyokong Islam, Islam sebenar yang berlandasakan Al Quran dan Sunnah, tidak kira siapa. Hatta akan datang (na'uzubillah) jika PAS ubah dasar kepada sekular, saya akan musuhi PAS. Maka disebabkan PAS memperjuangkan Islam sebenar, maka saya akan setia dengan parti ini dan pemimpinnya.

Adapun tentang kerjasama dengan parti lain untuk menubuhkan kerajaan, saya terbuka dengan siapa sahaja asalkan memberi keuntungan pada Islam. Keputusannya saya ikut kata pimpinan parti. Kini, PAS memilih Pakatan sebagai rakan untuk melaksanakan Islam, maka saya sokong dan mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada PAS.

Namun, dalam masa yang sama saya juga tidak menolak kemungkinan andaikata akan datang PAS dikhianati oleh PKR dan DAP, atau Pakatan tidak menjadikan Islam sebagai dasar, maka pimpinan memutuskan untuk keluar dari Pakatan. Jika ini berlaku maka saya juga akan menyokongnya kerana apa guna kita bersama mereka jika Islam masih dipinggirkan.

Jika akan datang bergabung dengan UMNO itu beri keuntungan kepada Islam, maka saya juga akan bersetuju dan tidak akan membantah apa jua keputusan pimpinan kita. Maka saya berharap pada sesiapa pun janganlah cuba mengheret saya ke dalam kancah fitnah yang kini melaga2kan pimpinan yang kita sayang ini. Asas pegangan politik saya adalah Islam, bukan individu atau kuasa!!

Saya mahu mengulas komen dalam artikel saya sebelum ni. Mungkin saya masih kurang informasi tentang politik negara, juga masih mentah dalam pilik Malaysia. Maka kata-kata saya boleh disanggah. Namun selagi saya merasakan apa yang saya suarakan bertepatan dengan ajaran Islam, maka saya tidak akan mengundurkan kata-kata saya.

Maka jika sesiapa yang ingin menganggah pendapat saya, saya berharap kemukakan hujah yang ilmiah, yang ada asal ilmu dan selari dengan ajaran Al Quran dan Sunnah. Saya tidak suka melayan kata-kata yang emosi, tiada fakta dan bertentangan dengan pendirian Islam dalam mana2 isu pun.

Saya tegaskan, kenyataan saya tentang Puak Berakal Kemetot itu, bukan saya cedok dari mana-mana blog atau laman web. Mungkin perkataan kemetot tu berasal dari blog MSO, namun informasi tentang perkara itu saya peroleh dari sumber yang mengalaminya sendiri.

Saya katakan di sini, tiada apa yang boleh diharapkan dari informasi di blog2 politik. Kebanyakan mereka mentafsir politik ikut kepala lutut mereka dan terlalu banyak fitnah, salah faham, putar belit ayat dan cakap merapu.

Saya membaca banyak blog politik dan tidak beriman dengan semangat taksub pada mana2 blog. Adakah kerana pendapat saya selari dengan pandangan sat-satu blog, maka saya dikatakan taksub padanya? Ceteknya akal mereka.

Saya mendapat informasi awal tentang isu TGNA dan Ust Nasa daripada blog MSO, namun saya mengulasnya dengan info saya sendiri. Dengan kefahaman saya sendiri yang dibentuk dari pandangan para pimpinan PAS yang ikhlas.

Bagi saya terlalu bodoh jika percaya bulat2 pada blog politik kerana saya tidak mempercayai integriti kebanyakan mereka. Saya mengulas isu politik adalah berdasarkan pengamatan saya dan bersumberkan dari pihak yang hampir dengan isu tersebut dan paling penting saya cuba mengulas setiap isu selari dengan ilmu Islam itu sendiri. Jika ada ulasan saya yang membelakangkan ilmu Islam, maka diharapkan para sahabat dapat menegur saya.

Maka saya ingin tegaskan, saya bukan pro muqabalah, bukan anti Pakatan, bukan pentakbub MSO, bukan anti Husam dan bukan anti pimpinan PAS Kelantan!

Saya adalah penyokong Islam dan penentang sekular! Saya cintakan PAS dan pimpinannya termasuklah TGNA, TGHH, Ust Nasa, Husam, dan semua pimpinan. Disebabkan itu saya tidak mahu memanjangkan salah faham mereka dan bersetuju jika mereka menamatkannya di meja rundingan. Saya cintakan perpaduan pimpinan dan bencikan permusuhan dalam jemaah.

Saya penyokong Pakatan namun tidak mengisytiharkan permusuhan yang hakiki dengan UMNO. Saya sukakan blog politik, namun tidak terima bulat2 kata-kata mereka. Saya peminat politik, namun bukan pada politik kuasa, politik bangsa dan politik harta. Saya hanya sukakan dan minat pada politik Islam yang menjadikan perjuangan menegakkan Islam sebagai matlamat. Semuanya DEMI ISLAM DITEGAKKAN!

Wednesday, June 17, 2009

Pertembungan Dua Tuan Guru : Liciknya Puak Berakal Kemetot!!


Salam Saya hampir nak log off tadi coz rasanya xde apa nak tulis, tapi hati pedih bila buka blog MSO tentang apa yang berlaku. Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) meminta Ust Nasa letak jawatan Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok. Satu kenataan yang amat menyedihkan saya.

Saya berdoa tu cuma mainan media. Saya baca lagi di Malaysiakini akan laporan tersebut, saya baca hingga habis dan beristigfar saya apabila dapat jumpa kuncinya dan kesal kerana apa yang berlaku adalah salah faham!!

Baca laporan Malaysiakini :

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.


Saya kesal jika itu yang berlaku. Saya hormati TGNA dan juga Ust Nasa. Saya tidak suka diperpanjangkan perkara ni. Saya nak bawa sahabat semua untuk meneliti kenyataan paling bawah tu. Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri."Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

Ini bermakna TNGA bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan cuma dengan syarat semua parti komponen Pakatan Rakyat juga diberi kuasa dalam kerajaan tersebut. Kenyataan ni sebijik seperti yang dilontarkan oleh Ust Nik Mohd Abduh tentang katanya TGNA pernah bersetuju dengan idea ini cuma kene semua parti Pakatan bersetuju dan kiat diberi jawatan yang boleh mengaplikasikan Islam dalam negara seperti Kementerian Mewangan dan Pendidikan.

Saya sedih, saya kecewa, bukan dengan kenyataan TGNA, tapi dengan kaki bodek dan penasihat yang berakal kemetot kepada TGNA. Saya yakin bahawa ada pihak yang memberi gambaran yang salah tentang idea Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) tu kepada TGNA menyebabkan TGNA melakukan smach kencang ala-lala Lin Dan kpd Ust Nasa.

Dalam DUN Kelantan, TGNA berpuluh kali seru kat UMNO agar tidak perlu nak rampas Kelantan kerana PAS xbuat aniaya kat rakyat. Kalau nak Kelantan, tukar otak dari kebangsaan kepada Islam. PAS akan beri terus Kelantan kepada UMNO.

Malah ada lagi kenyataan TGNA yang lebih 'teruk' tentang idea yang mirip dengan idea Kerajaan Perpaduan. TGNA pernah kata, kalau UMNO amal Islam sepenuhnya, kita BUBAR PAS!! Tahun lepas, TGNA kata jika nak betul Melayu bersatu, PAS dan UMNO bubar dan TUBUH SATU PARTI BARU BERTERASKAN ISLAM!!

Nampaknya idea TGNA 'lebih dahsyat' dari TGHH. Tapi kenapa semua orang PAS tidak pandang pelik idea TGNA tu? Kerana semua orang faham. Namun, kenapa pula ramai yang melenting bila TGHH utarakan idea Kerajaan Perpaduan yang sama je konsepnya dengan idea TGNA tu? Kerana ada puak berakal kemetot yang usahakan agar orang yang faham jadi tak faham!!

Saya sedih sangat dengan puak penghasut ni. Memang layak la Ust Nik Abduh gelarkan kerja mereka sebagai kerja sesat yang akan digagalkan Allah. Puak ini memang wujud!!

Saya yakin, TGHH dan Ust Nasa bermaksudkan perkara yang sama iaitu Kerajaan Perpaduan ini disertai juga oleh PKR dan DAP. Pakatan juga diberikan kuasa menteri dan lebih penting, Islam sebagai dasar. Ini yang dimaksudkan TGHH dan Ust Nasa, inilah juga yang TGNA maksudkan!!

Jadi ada percanggahan ke? TAK ADA PERCANGGAHAN!! Yang ada adalah puak yang menjadikan ianya bercanggah. Mereka memberi tafsiran kepada TGNA bahawa TGHH dan Ust Nasa inginkan PAS bergabung dengan UMNO dan tubuh kerajaan.

Jika ini yang dimaksudkan, memang TGNA akan marah kerana kita mungkir janji pada Pakatan. Tapi, samakah makna Kerajaan Perpaduan dengan PAS bergabung dengan UMNO? Tak sama!! TGNA, TGHH dan Ust Nasa sependapat dalam hal ni, namun puak ni yang mahu ianya disamarkan. Saya yakin, puak ni amat takut jika idea ini diterima, maknanya 'ada seseorang' tidak akan berpeluang untuk jadi Perdana Menteri!!

PAS tiada masalah dengan idea ini kerana PAS berpegang pada konsep berbaik dengan semua orang. Namun, puak ni begitu takut ia menjadi kenyataan kerana mereka akan kehilangan kepentingan yang mereka inginkan jika tertubuhnya Kerajaan Perpaduan!

Puak ini yang saya namakan sebelum ni sebagai puak yang berpolitik ikut kepada lutut dan kuasa sebagai matlamat! Saya doakan Allah beri balasan padanya kerana cuba untuk melagakan dua ulama yang kita sayang dan memecahbelahkan jemaah PAS demi kepentingan sendiri dan cita-cita politik orang yang bernafsu rakus pada jawatan dan kuasa!!

Perlu diingatkan, kita sama sekali tidak akan dapat tubuh kerajaan sendiri di Malaysia kerana kita di Malaysia pelbagai kaum dan pembahagian kawasan pilihan raya pun berbeza. PAS hampir mustahil akan memenangi 112 kerusi Parlimen untuk menubuhkan kerajaan. Maka, pilihan yang ada adalah bergabung dengan parti lain yang boleh bantu kita tegakkan Islam.

Maka, ada dua pilihan. BN (UMNO) atau Pakatan. Secara teorinya, jika dinilai sekarang, bergabung dengan mana-mana pun PAS tidak dapat tegakkan Islam. Namun, bila melihat masa depan dan situasi politik sekarang, PAS memilih bersama Pakatan kerana nampak ruang untuk melaksanakan Islam bersama mereka.

Kenapa saya katakan begitu, berdasarkan pertimbangan bahwa UMNO masih lagi berkeras tidak mahu laksanakan Islam sepenuhnya. Adapun PKR dan DAP, walaupun mereka pun sama sekular juga, namun mereka masih 'bisa diajar' untuk menerima Islam walupun dalam masa yang sama mereka melawan juga beberapa perkara tentang Islam. PAS berharap dengan bersama mereka, PAS dan berdakwah dan mereka dapat menerima Islam akan datang apabila mendapat kerajaan. Ini yang dinamakan Takhaluf Siyasi.

Adapaun, bergabung dengan UMNO bukan pilihan kerana 'ketegaqnya' UMNO nak laksanakan Islam sepenuhnya. Maka PAS putuskan untuk bersama Pakatan sekarang. Namun persoalannya, akan datang bagaimana? Ada kemungkinan bergabung dengan UMNO dan tinggalkan Pakatan?

Ada kemungkinan! Ini yang saya katakan PAS akan bersama sesiapa sahaja asalkan mereka setuju laksanakan Islam. Sekarang PAS bersama Pakatan kerana mereka macam beri ruang pada PAS unutk laksana Islam. PAS berharap jika Pakatan tubuh kerajaan, maka Islam boleh dilaksanakan sepenuhnya. Maka saya sokong dengan keputusan ni dan akan setia dengan Pakatan.

Akan datang, bila Pakatan berkuasa, UMNO jatuh dan lemah, tapi Pakatan tidak laksana Islam, maka apa gunanya kita duduk dengan Pakatan. Maka PAS akan keluar Pakatan dan akan bergabung dengan UMNO untuk lawan kerajaan pusat Pakatan yang tolak perlaksanaan Islam. Ketika itu UMNO sudah lemah dan PAS akan lead UMNO, berkerjasama dengan UMNO untuk lawan kerajaan Pakatan demi tubuhkan negara yang melaksanakan Islam sepenuhnya.

Jika ini berlaku pun saya sokong. Maknanya di sini, kita berpolitik ikut kepentingan Islam. Kita akan sokong dan bergabung dengan sesiapa sahaja yang inginkan perjuanagn Islam. Tidak kira UMNO atau Pakatan. Jadi buat apa perlu taksub pada Pakatan, pada Muqabalah, pada PKR, pada DAP n pada ANwar Ibrahim??

Kita taksub pada Islam dan duduk di tengah-tengah. Sapa nak lamar PAS, terima dasar Islam. Sapa tak nak, boleh blah!! Maka, jangan taksub dan terlalu berpolitik. Realistik dan rasional. Sekarang kita setia dengan Pakatan dan tidak tolak kemungkinan untuk bergabung dengan UMNO.

Paling kurang, ni jadi amaran pada Anuar Ibrahim, kalau hang nak jd Piem, jadikan Islam sebagai dasar! Kalau x jangan mimpilah... Juga akan jadi dakwah pada UMNO, kalau hang nak kekal berkuasa, laksanakn Islam sepenuhnya, aku akan sokong hang. Maka, jika Anwar laksana Islam, kita say good bye pada UMNO, kalau UMNO pula laksana Islam, kita pakai ajak Anwar, PKR n DAP sokong UMNO. Tak gitu?

Idea ni saya yakin TGNA, TGHH, Ust Nasa dan semua ahli PAS akan setuju. Yang tidak setuju hanya orang yang berpolitik ikut kepala lutut! Maka, saya seru pada insan yang sayangkan gerakan Islam PAS agar kita berdoa moga Allah balas perbuatan orang berakal kemetot ni, dan beri kekuatan dan pertolongan pada pimpinana kita. Doakan Allah satukan hati para pemimpin kita terutama TGNA, TGHH dan Ust Nasa. Saya masih wala pada mereka dan sayangkan PAS kerana PAS menjunjung Islam. DEMI ISLAM DITEGAKKAN!

Sunday, June 14, 2009

Sister In Islam : Perlukah Tarik Balik?

Salam. Dikesempatan masa terluang setelah exam pagi ni, saya ambil kesempatan untuk mengulas sedikit tentang isu Sister In Islam (SIS) yang hangat diperkatakan sekarang.

Ia bermula dengan usul yang diluluskan tanpa bahas ketika Muktamar PAS awal bulan lalu oleh PAS Kawasan Shah Alam. Usul itu berbunyi "(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."

SIS, satu pertubuhan sekular yang nyata-nyata melawan syariat Allah yang telah ditetapkanNya sejak azali. Pelbagai isu yang ditimbulkan oleh pertubuhan sekular ini yang secara bebas dan terbuka mengkritik hukum Allah dan sunnah Rasulullah. Isu poligami, wasiat dalam Islam, undang-undang keluarga Islam, undang-undang menutup aurat dan pelbagai lagi yang secara jelas menolak ketetapan yang telah Allah tentukan.

Kebebasan Bersuara

Hujah mudah yang digunakan oleh puak ni adalah kebebasan bersuara. Sejak akhir-akhir ni banyak pihak yang melampau-lampau dalam tindakannya telah menggunakan alasan bodoh ini untuk bersuara atas perkara yang sepatutnya tidak boleh dipersoalkan.

Apakah kebebasan bersuara? Adakah terlalu bebas sehingga tahap Allah boleh dibantah? Dalam Islam mengajar kebebsan bersuara yang wasatiah. Nabi Muhammad SAW sendiri mengamalkan kebebasan bersuara dengan pasa sahabat dan memberi peluang para sahabat untuk bersetuju atau tidak dengan pandangannya.

Namun, dalam Islam juuga mengajar kita agar mengehadkan maksud kebebsan bersuara pada perkara yang patut sahaja. Mengehadkan kebebebsan bersuara bukanlah satu langkah yang mundur malah bertepatan dengan fitrah.

Dalam fitrah kehidupan manusia, contoh paling mudah adalah dalam institusi keluarga, jika kebebasan bersuara versi orang bodoh ini menjadi ukuran, boleh dibayangkan bagaimana susahnya si ayah ingin mendidik anaknya. Apa sahaja yang dibuat si ayah boleh dibantah dan disanggah oleh anaknya yang setahun jagung!

Dalam sebuah syarikat, jika kebebasan bodoh ini dilaksanakan, alamatnya pekerja akan pijak kepala majikan. Pekerja boleh sahaj menganggah semua idea dan arahan majikan yang tidak disukainya. Lama kelamaan syarikat pun bangkrap!

Dalam masyarakat, jika kebebasan bebal ini diamalkan, maka hal ehwal rumah tangga kita boleh menjadi perbualan di kedai kopi. Jika si Dolah bergaduh dengan isterinya, satu kampung boleh pergi ke rumahnya untuk menemubual mereka dan canang satu kampung akan apa yang berlaku. Inilah kebebasan bersuara!

Dalam institusi negara, jika kebebasan ala haiwan ini diamalkan, rakyat boleh bercakap apa sahaja. Boleh memaki hamun kaum lain, boleh mendedahkan segala rahsia keselamatan negara, buatlah apa sahaja semuanya dibolehkan oleh kebebasan bersuara!

Bantah Ketetapan Allah?

Dalam kehidupan manusia pun kita sudah tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku jika kebebasan bersuara versi si bodoh ni diamalkan, inikan pula dalam sistem fitrah yang paling tinggi dalam kehidupan manusia iaitu sistem agama yang diaturkan oleh Allah! Dunia akan kiamat, masyarakat punah ranah, perang sana sini, jenayah berleluasa kerana agama suci yang diaturkan oleh Pemilik Alam dipertikaikan oleh binatang bercakap ini atas dasar kebebasan bersuara!

Kita perlu melihat semula, kebebasan bersuara apa yang dituntut oleh mereka. Jika sekadar percanggahan dari sudut perlaksanaan syariah dan perkara furu' dalam Islam, kita boleh menerima dan menyelesaikannya dengan jalan baik. Islam pun menyarankan kita berbincang sesama muslim jika ada persengketaan.

Namun, apa yang puak sekular ini pertikaikan? Usul Islam apa yang mereka pertikaikan? Mereka mempertikaikan lelaki boleh berpoligami, menyokong wanita boleh mentalakkan, menyokong Dr Sekular Aminah Wadud jadi imam untuk solat Jumaat, pertikaikan pembahagian faraidh dalam Islam. Semua yang mereka pertikaikan adalah usul syariah yang qat'ii

Menentang Usul Aqidah

Dalam syariah, mana-mana hukum yang terbina atas nas yang qat'ii iaitu disebut dengan jelas dan terperinci dalam Al Quran atau Hadith yang shahih, maka mempertikainya ibarat mempertikaikan wahyu Allah ltu sendiri. Ini bermaksud, menentang hukum ini bersamaan menolak usul aqidah yang menjadi tunjang agama Islam.

Sekian lama umat Islam berbeza pendapat dalam syarak, tetapi kenapa masih boleh bersatu? Ini kerana usul utama kita iaitu Usul Aqidah masih satu, didasari dengan iman dan taqwa yang mana membenarkan dan meyakini segala yang Allah turunkan.

Maka, jika usul aqidah ini yang ingin dipatahkan oleh puak jahanam ini, apa kata kita? Saya tegaskan sekali lagi, apa yang SIS pertahankan iaitu tindakannya yang mempertikaikan hukum syariat yang qat'ii adalah bersamaan mempertikaikan usul aqidah Islam, menafikan sifat kesempurnaan Allah yang Maha Tahu akan segala yang ditetapkanNya!

Perlu Kompromi?

Jika SIS membangkitkan perkara furu dalam Islam, saya yakin penentangan terhadapnya tidak akan sampai tahap mengharamkan. Namun, jika Ususl Aqidah yang dipertikaikan, adalah wajib bagi kita untuk melawan mereka habis-habisan.

Kita marah bila Ayah Pin mengaku dia Tuhan. Kita marah bila Tok Kahar mengaku dia Nabi. Berderu orang marah, PAS marah, UMNO marah, PKR marah, Mahathir marah, Khairy marah, smua marah. Namun, bila SIS mempertikaikan nas Al Quran, sapa yang bising?

Apa beza Ayah Pin melawan Surah Al Ikhlas yang mengatakan Allah itu esa dengan SIS yang melawan Surah An Nisa tentang kewajipan bertudung? Apa beza Tok Kahar yang melawan hadith Nabi tentang Muhammad satu-satunya Rasul akhir zaman dengan SIS yang melawan hadith Nabi bahawa imam solat Jumaat wajib lelaki?

Terzahir Jin Yang Bertopeng Manusia!

Selama ni, kita dok terfikir dan menilai, siapa yang sebenar membawa ajaran Islam sebenar dalam siapa yang berpura-pura dalam membawa Islam. Maha Suci Allah, Allah timbulkan isu ini untuk kita sama-sama melihat siapakah jin di sebalik topeng manusia. Saya memilih perkataan JIN, saya harap lebih elok berbanding saya gunakan perkataan SY....N!

Saya kecewa, amat kecewa dengan umat Islam yang semberono melihat isu ini dan terus memberi pendapat dangkal dan jahil dengan beralasan kebebasan bersuara. Jika Lim Kt Siang berkata tidak setuju, kita tahu dia kafir dan memang jahil dengan perkara ini. Tapi bila, umat Islam yang mengaku memperjuangkan bangsa dan agama bertindak menikam belakang, saya tak tahu nak kata apa.

Mahathir, Khairy, Anwar, pertubuhan hak asasi manusia yang dipelopori oleh Melayu Islam antara pemimpin Islam yang vokal menentang saranan mengharamkan SIS. Saya akui, tindakan mengharamkan bukan tindakan yang terbaik, namun dalam keadaan Islam diserang, datang pulak tokoh berlagak alim ini menambahkan peluru ke dalam senapang musuh Islam untuk menembak golongan yang ingin menyelamatkan aqidah umat Islam.

Inilah tindakan orang berpolitik bermatlamat kuasa, tidak kisah dengan impak pada agamanya asalkan dalam sokongan musuh Islam dalam pilhanraya. Saya benar-benar kecewa dengan pemimpin ini dan dalam masa yang sama bersyukur bahawa Allah telah menunjukkan bahawa indikator penilaian saya terhadap mereka selama ini adalah tepat dan betul!

Tegur Bukan Turut Sama Menembak!

Sepatutnya mereka lebih bijak bercakap untuk kebaikan agama kita. Nampaknya memang dasar ahli politik yang memandang kuasa, bila berdepan dengan isu yang boleh meraih sokongan terhadapnya, maka lupa dan jadi bodoh sektika mereka dalam menyampaikan ulasan walaupun sebelum ini mereka hebat berpidato!

Adalah lebih bijak jika mereka bersetuju dengan perkara pokok dalam usul tersebut tetapi mencadangkan untuk dipinda beberapa berkataaan dan tindakan agar lebih murni dan berkesan. Nampaknya, Dr Khir Tojo lebih bijak mengulas isu ini berbanding pemimpin lain yang kelihatan sahaja hebat, tetapi penakut, pengecut dan hilang kejantanan bila berdepan dengan pilihan samada agama atau sokongan!

Saya berpendapat bahawa tiada beza SIS dengan kumpulan ajaran sesat lain, bezanya cuma pemimpin SIS berkot, berambut karat dan berwajahkan gerakan profesional. Disebabkan ketrampilan mereka dalam masyarakat yang menyerlah menyebabkan mereka tidak dianggap sebagai ancaman namun merekalah ancaman terbesar!

Ini kerana, gerakan mereka didokongi oleh orang berpengaruh di kalangan pemimpin, anak pemimpin, mendapat sokongan puak berfikiran sekular dan bergerak atas dasar hak asasi manusia. Tindakan mereka bukan sekadar menyalak di jalanan, malah bakal mengubah dasar negara jika tidak dibendung dari sekarang.

Hapuskan Hingga Ke Akar Umbi

Ulama dan ilmuan Islam perlu mengorak langkah dengan lebih proaktif untuk meyekat mereka dengan berani berdepan dengan mereka di atas pentas debat dan ilmiah. Patahkan segala hujah dan pandangan sesat mereka di hadapan penyokong mereka dan di hadapan rakyat Malaysia.

Jika benar pemimpin kita yang mengaku Islam ingin perjuangkan Islam, maka ketepikan sebentar perbezaan politik dan beri laluan dan ruang kepada ilmuan kita untuk memalukan puak ini dihadapan penyokong mereka. Serang pemikirang mereka dengan hujah ilmiah yang bernas agar pemikiran sesat ini mati terus, mati ke akar umbi!

Lawan segera segala kenyataan mereka yang bercanggah dengan syariat Islam dengan menggunakan segala kemudahan media yang ada. Pasti mereka tidak sempat nak berlagak hero selagi mana kita yang cintakan agama Allah ini hidup di bumi Malaysia.

Relevankah PAS Bersama PKR Dan DAP?

Akhirnya, saya nak lontarkan satu persoalan, relevankah dan dapat bertahankan PAS dalam Pakatan bersama DAP dan PKR? Saya lihat sejak akhir-akhir ni semacam ada tangan yang panjang dari dua parti ini masuk ke dalam kereta PAS dan memandu stereng PAS ke arah yang mereka suka!

Secara ikhlasnya, saya tidak yakin dengan pakatan ini. Jika berkenaan pengharam arak di Selangor, kita boleh bertolak ansur. Tapi jika dalam hal berkaitan aqidah pun kita kene tolak ansur dan tunduk dengan mereka, bagi saya mereka sudah biadap terhadap kawan!

Bagi sesiapa yang pada mulanya bersemangat tetapi kemudian jadi lemah catok dengan sergahan Anwar dan Lim Kit Siang ni, saya sarankan agar muhasabah semula asas perjuangan anda.

Ingatlah para pejuang,
kita berpolitik bukan untuk mendapat kuasa,
bukan untuk ke Putrajaya,
tapi untuk Islam menang bergaya!

Apalah gunanya mendapat kerusi hempuk,
tapi Islam kene hempuk,
bercakap sikit dah kene tepuk,
perlembagaan Islam dibiar berabuk,
Perjuangan Islam ditinggal berlapuk!

Bila menang kita dijulang,
Nak pertahan aqidah pula dihalang,
Semangat si garuda dimamah helang,
Bimbang perjuangan Islam kan hilang!

Biar kita hilang kawan,
Asalkan ada sifat pahlawan,
Musuh Islam hendaklah dilawan,
Agar sekular dapat ditawan!

Saya tidak taksub pada Pakatan ataupun muqabalah, saya taksub pada Islam! Saya tidak kisah Pakatan ataupun bergabung dengan UMNO, asalkan Islam terjulang. Disebabkan pimpinan tetapkan kita bersama Pakatan, maka saya patuh.

Adapun jika Pakatan akan datang menjadi duri dalam daging, nak buang duri itu saya seribu kali xkisah. Buat apa dapat cium mawar, tapi tangan berdarah terkene durinya. Buat apa bersama Pakatan jika Islam dikurung dalam masjid sahaja.

Jika akan datang, PAS kene keluar dari Pakatan, saya menyokong! Jika akan datang juga pimpinan memutuskan kene bersepakat dengan UMNO pun, saya sokong. Asalkan asasnya tidak dibuang, DEMI ISLAM DITEGAKKAN!!

Thursday, June 4, 2009

Lawatan Obama Ke Mesir : Perlukah Obama Diberi Penghormatan?


Salam. Sudah lama tak menulis blog, terlalu banyak isu yang nak ditulis. Tentang politik berkenaan salah tanggapan cadangan Muqabalah dengan UMNO, tentang Usul Dakwah berkaitan kes Ust Aqil Hay, tentang macam-macam lagi yang dah terlupa.. Tapi saya dahulukan post berkenaan lawatan Presiden Amerika, Barack Obama ke Mesir hari ini..

Sambil tengah dok memerah otak membaca subjek Ulum Hadith pada malam Rabu lepas, Abg Lokman datang ke bilik n sempat gak berborak sekejap. Isu yang menarik perhatian saya apabila dia berkata exam dia hari ni (Khamis) ditunda ke tarikh lain. Saya tanyalah awat kene tunda? Katanya kerana semua universiti di Mesir cuti kerana Barack Obama nak datang melawat si celaka Husni Mubarak..

Dalam hati jadi nak tergelak, nak marah, tensen pun ada.. Serta merta tindak balas otak ni terdetik, apa keistimewaan Obama selaku Presiden negara yang banyak membunuh umat Islam hingga dimuliakan begitu sekali? Perlukah kita selaku pelajar Al Azhar bercuti untuk memuliakan dia?

Memang Islam mengajar untuk memuliakan tetamu, tapi Islam juga melarang tertalu memuliakan tetamu berstatus musuh kepada Islam hingga menampakkan seolah-olah kita yang terhegeh-hegeh padanya.

Amerika negara yang banyak menyeksa orang Islam sekian lama. Setiap Presidennya melakukan jenayah pada umat Islam samada secara jelas atau tidak. Jangan kita lupakan bahawa Presiden Amerika antara pelindung pendatang Yahudi ke Bumi Palestin pada 1930an dulu. Presdien Amerika juga yang merestui dan membantu Israel membunuh dan menzalimi umat Islam Palestin dan seluruh dunia sekian lama. Jangan kita lupa tangan mereka yang dipenuhi darah umat Islam Palestin, Afghanistan, Kashmir, Bosnia, Iraq dan banyak lagi negara Islam.

Sepanjang saya bernyawa di dunia, Obama adalah Presiden Amerika yang kelima selepas yang pertama (lupa namanya), kedua Goerge Worker Bush (bapak setan Bush), ketiga Bill Clinton dan keempat Syaitan Agung George Bush. Keempat-empat mereka ada sejarah berdarah pada umat Islam.

Saya tidak ingat akan jenayah presiden pertama itu. Namun yang kedua yang merupakan bapa kepada Mahasyaitan Bush, darah umat Islam Iraq berlumuran di tangannya. Perang Teluk Pertama antara Amerika dan Iraq sengaja direka untuk melumpuhkan kerajaan pimpinan Allahyarham Saddam Hussien. Pada mulanya tiada sebab dan saranan GW bUsh untuk memerangi Iraq tidak direstui rakyatnya. Maka dia mencipta alasan dan bukti sendiri untuk menghalalkan tindakannya.

Setelah tamat perang, para penyelidik menemui bukti bahasa saksi yang dikemukan Bush yang dikatakan sebagai bukti kekejaman tentera Iraq yang ingin melaksanakan penghapusan rakyat Kuwait ini adalah bohong. Dia adalah rakyat Amerika berketurunan Arab yang diupah dan diajar utk berlakon sebagai saksi yang melihat peristiwa Bayi Inkubator bagi mendapatkan sokongan rakyat Amerika untuk memerangi Iraq.

Presiden selepas itu iaitu Bill Clinton, saya belum membaca berkenaan peristiwa berdarahnya terhadap umat Islam. Tetapi jenayah lain yang dilakukannya bersama dengan perompak ekonomi dunia, George Soros pada tahun 1998 amat diingati dan memberi kesan kepada ekonomi negara Islam.

Tindakan Amerika yang memperdagangkan matawang dengan harga rendah menyebabkan beberapa negara Islam jadi lumpuh ekonominya. Negara Islam yang tiada pakar ekonomi seterusnya menerima tawaran Amerika untuk meminjam modal daripada Bank Dunia untuk mememulihkan ekonomi mereka. Tindakan mereka seterusnya memberi kesan kemiskinan dan tekanan ekonomi yang lebih teruk. Akibat bunga yang dikenakan Bank Dunia terlalu tingi, menyebabkan banyak negara Islam terpaksa tunduk dan berada dalam genggaman mereka.

Peristiwa ini juga menjadi permulaan negara Islam terpaksa tunduk dan mengikut telunjuk Amerika. Alhamdulillah ketika itu Malaysia terselamat daripada ancaman Bank Dunia dimana mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir melaksanakan kaedah tambatan Ringgit yang tidak pernah dilaksanakan sama sekali sebelum ni. Strategi ekonomi itu mendapat bantahan dunia terutama Amerika namun akhirnya berhasil menyelamatkan Malaysia ketika itu (xde niat nak menyokong Tun. Puji tidak bermakna sokong ye..)

Presiden seterusnya, yang amat dikenali sebagai pengganas dan mahasyaitan, George Bush. Di awal pemerintahannya, dia sudah berjaya asbab dan bukti terbesar dan paling berkesan untuk dijadikan alasan membunuh umat Islam. Bush memegang jawatan Presiden pada penghujung tahun 2000. Dia hanya memerlukan kira-kira 8 bulan sahaja untuk melaksanakannya.

Peristiwa serangan 11 September yang meragut hampir 3000 nyawa rakyat Amerika pada awalnya kelihatan seperti seranagn pengganas. Masyarakat dunia memandang simpati pada Amerika. Saya ketika itu baru tingkatan 1 masih mengingati peristiwa itu. Hanya sehari sahaja, Jabatan Negara Amerika telah mengeluarkan lebih sepuluh gambar suspek yang semuanya adalah berketurunan Arab dan beragama Islam! Suspek nombor 1 tiada lain, Osama bin Laden.

Dengan menggunakan bukti yang direka itu, Bush melancarkan peperangan yang dahsyat kepada negara Islam. Bermula dengan Afghanistan dan seterusnya Iraq. Bush memberi kata dua kepada dunia samada kita bersama dia atau bersama pengganas. Peristiwa itu memberikan kesan dan pengalaman hitam kepada umat Islam seleruh dunia. Masyarakat dunia mula memandang umat Islam sebagai ganas dan Islamphobia merebar dengan pantas. Umat Islam dimusuhi dan dipinggirkan kerana digelar segabai pengganas.

Namun, kajian yang dilakukan oleh pengkaji Amerika sendiri selepas itu membuktikan yang sebaliknya. Peristiwa 11 September adalah rekaan Bush sendiri. Terlalu banyak persoalan yang timbul disebalik peristiwa itu. Bukti demi bukti disembunyikan demi menutup pembohngan mereka. Kini, dunia mengetahui siapa Syaitan Bush ini yang sebenarnya..

Ahad lepas, ketika sedang menunggu kehadiran syeikh, kami pelajar Malaysia didatangi oleh wartawan NBC untuk ditemu bual. Udah, dah lama tinggal cakap Omputih, berterabur nak speaking...hahaha..Dia tanya pendapat kita tentang Presiden Obama. Kami cakap harap dia lebih baik daripada Bush..."Hopefuluuy la..." kata Fateh.. Saya tambah gak, kami nak tengok ushaha Obama terhadap rakyat Palestin...

Pastu, dia cuba minta pandangan kami tentang peendekatan Obama dalam ekonomi..Udah, dah la kami tak concern sangat pasal ekonomi ni... Kami jawab, kami tidak kisah dengan pendekatan ekonomi Obama, kami cuma nak lihat pada pendekatan Obama terhadap Palestin. Bagi kami dunia Islam, perkara yang kami tunggu setiap Presiden baru Amerika adalah apa yang dia akan buat pada isu Palestin. Isu ini adalah isu terbesar umat Islam terhadap Amerika...

Benar, Obama dilihat sebagai bakal penyelamat dunia Islam dengan dia sendiri berlatar belakang Islam. Pendekatannya yang lebih kepada ingin berbaik kepada dunia Islam dilihat sebagai usahanya untuk memperbaikan pandangan masyarakat dunia Islam terhadap Amerika. Baru-baru ni pun, tindakannya yang meminta Israel menghentikan aktiviti pendudukan di Baitulmuqaddis sedikit sebanyak memberi sinar kepada umat Islam.

Namun, mengikut sejarah semua Presiden Amerika, mereka memang akan berlunak dengan dunia Islam di awal pemerintahannya. Sejarah dan juga realiti membuktikan Yahudi menguasai ekonomi dan politik Amerika hinggakan setiap Presiden Amerika tidak akan layak menjadi Presiden jika tidak mendapat restu Yahudi dalam Pilihan Raya Presiden.

Ini termasuk Obama. Dia sudah melakarkan janji untuk memastikan Amerika menjadi sahabat Israel. Terdapat banyak gambar membuktikan bahawa Obama telah melaksanakan semua ritual agama Yahudi di Baitul Muqaddis sebelum dia menjadi presiden. Tambahan pula dengan isu Gaza baru-baru ni, Obama bertindak menyalahkan Hamas dan menyokong Israel.

Ketika mahu ke Cyber Cafe tadi, saya sempat menyaksikan ucapan Obama sempena lawatan ke Mesir yang disiarkan secara langsung. Katanya, Amerika ingin berhubungan dengan Islam di atas wajah sebenar agama itu, bukan berdasarkan persepsi buruk terhadap Islam. Dia mengatakan bahawa Islam adalah sebahagian daripada Amerika. Kata-katanya memberikan buah harapan dalam fikiran saya. Tetapi hati saya tetap tidak mahu mempercayai kata-kata manis itu.

Saya fobia dengan semua Presiden Amerika. Terlalu banyak kejahatan yang mereka lakukan kepada Islam hinggakan sesiapa sahaja yang menduduki jawatan itu akan dianggap sama sahaja. Kerusi presiden itu sudah tetrlalu busuk, kotor dan berulat hingga dihurung lalat akibat simbahan terlalu banyak darah umat Islam ke atasnya.

Saya inginkan bukti, bukti praktikal daripada kata-kata dan janjinya. Amat sukar bagi Obama untuk membersihkan kerusi itu. Semua pencuci dan jenama peluntur tidak mampu untuk memcucinya melainkan Obama mesti mengkaji dan mencari formula 'pencuci' baru untuk mencuci kerusi itu. Buktikan dengan bertindak adil kepada Palestin. Di situlah titik permulaan kebencian dunia Islam terhadap Amerika.

Setiap Presiden Amerika akan dinilai pendekatannya dengan dunia Islam berdasarkan pendekatanya terhadap Palestin. Walaupun seribu kebaikan disemai oleh Amerika, namun jika jika masih berpihak kepada Yahudi dalam isu Palestin, semua kebaikan itu akan ditelan dengan kejahatan. Yang akan kelihatan adalah kejahatan Amerika, bukan kebaikannya.

Apapun, peluang harus diberikan kepadanya untuk membuktikan janjinya untuk berbaik dengan dunia Islam kerana terdapat juga sejarah Presiden Amerika tidak mengikut telunjuk Yahudi dan akhirnya mati dibunuh iaitu Abraham Lincon. Maka, pendirian saya padanya masih seperti pendirian kepada semua Presiden Amerika hinggalah dia membuktikan akan keadilannya kepada dunia Islam khususnya Palestin.

Tidak perlulah kita bergantung harapan tinggi padanya kerana bimbang kita akan kecewa akan datang. Tidak perlulah nak menghormati atau mengagungkan Obama sehinggakan dia membuktikan bahawa dia adil terhadap Islam. Jika tidak, dia samalah seperti syaitan lain (presiden lain yang sebelumnya), tidak perlu dihormat, malah perlu ditentang!