Saturday, December 20, 2008

Perlukah 'Bingkisan Daie Waqafan' Diringkaskan?

Saya mendapat berita bahawa silibus usrah di KISAS iaitu 'Bingkisan Daie Waqafan' dalam proses untuk diringkaskan disebabkan isinya yang berat untuk dibawa oleh naqib dan anak usrah. Saya suka untuk memberi komen berkenaan isu ini kerana telah terbit idea untuk menambahbaik BDW sejak dari tahun lepas.
Pada pandangan saya, susunan BDW sudah lengkap dan menepati keperluan ilmu yang perlu ada pada setiap pelajar lebih2 lagi BDW edisi lama sebelum pindaan 2005 (yang digunapakai dalam usrah umum 2007). Disebabkan itulah, BDW edisi tersebut dijadikan silibus dalam usrah peringkat muslimin pada tahun 2007 kerana bagi saya ianya lengkap untuk memberi tasawwur Islam kepada pelajar. Oleh itu, saya menyarankan agar BADAR 2009 menggunakan BDW edisi sebelum pindaan 2005 atas beberapa faktor yang bagi saya perlu dipertimbangkan. Maka, penerangan saya selepas ini adalah berdasarkan BDW edisi tersebut.
Saya ingin mengulas dari beberapa sudut dan yang pertama adalah dari sudut susunan babnya. Bab yang disusun dalam BDW adalah mengikut aturan marhalah yang bertepatan dengan marhalah tarbiyah. 5 bab pertama iaitu Pengenalan Usrah, Aqidah, Tauhid, Iman dan Islam adalah ilmu yang perlu diterapkan pada peringkat Taarif. Ini disebabkan ilmu berkaitan aqidah, tauhid, iman dan Islam adalah ilmu paling asas yang perlu dihadam untuk mendapat asas kefahaman Islam yang kukuh. 2 bab yang berikutnya iaitu Ibadah, Akhlak dan Jahiliyyah bersesuaian dengan marhalah takwin kerana ianya menerangkan berkenaan ibadah dan amalan kehidupan harian manusia dalam panduan Al Quran dan Sunnah. Ianya berkesinambungan dengan marhalah Taarif dan mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap Islam terutama aplikasi Islam dalam kehidupan. Manakala 3 bab terakhir iaitu Dakwah, Amar Makruf Nahi Mungkar dan Istiqamah meruapakan pelengkap pada marhalah tanfiz kerana ianya sebagai persediaan ilmu untuk pelajar sebelum memegang tanggungjawab dakwah, membimbing adik2 pada tahun hadapan. Bab2 ini memberi kefahaman akan keperluan dakwah, sifat pendakwah, amar makruf nahi mungkar dan betapa Islam perlu disebarkan kepada sahabat2 lain.
Kedua, pengisisan BDW amat berkesan jika diselaraskan dengan pengisian tazkirah, syabab cergas, modul mingguan serta minggu-minggu khas (ruhiyyah, fikriyyah dan ibadah) Sebagai contoh, awal tahun ketika Form 4 baru masuk ke KISAS (awal Februari), amat sesuai jika dibentangkan bab ibadah. Maka, tiada salahnya jika bab ibadah dalam BDW diterangkan sedikit terlebih dahulu terutama dalam subtopik solat kerana bagi pendapat saya, masalah pertama pelajar baru yang perlu diselesaikan adalah masalah solat. Manakala subtopik lain dalam bab Ibadah dalam BDW bolehlah diterangkan semasa usrah yang mungkin waktunya adalah pertengahan April (kerana bab Ibadah adalah bab ke6 dalam BDW). Kembali kepada tadi, jika dibentangkan bab solat dalam usrah, maka dalam tazkirah pun, adalah lebih baik untuk para muzakkir membentangkan kitab 'Pati Munyati Musolli' iaitu kitab berkenaan solat. Dengan ini, pelajar mendapat ilmu secara teori berkenaan solat (rukun, syarat, sunnat dan sebagainya) dalam usrah dan tazkirah. Dalam syabab cergas, bolehlah dibuat praktikal solat di luar surau. Manakala ketika modul mingguan, bolehlah dibuat modul praktikal pergerakkan solat, praktikal solat berimam, solat-solat sunat (lebih-lebih lagi solat sunnat yang jarang dibuat seperti solat gerhana dan solat minta hujan). Maka, ilmu yang diperoleh dalam usrah, bolehlah difahami secara praktikal di dalam program lain. Inilah yang dimaksudkan 'pengisian usrah selari dengan pengisian tazkirah, saybab cergas dan modul mingguan'.

Ketiga, apa yang perlu diperbaiki dalam BDW adalah memperkemaskan isinya. Penerangan BDW terlalu ringkas dan membuatkan naqib sukar memahami jika membacanya sendirian. Sepatutnya dimantapkan pada bahagian penerangan dengan dimasukkan contoh-contoh dan praktikal dalam masyarakat. Seperti dalam bab jahiliyyah, hanya diberikan nama-nama ideologi tanpa diterangkan dengan jelas apakah ideologi itu, apa percanggahnya dengan Islam, apakah keburukannya dan kesannya, apakah penyesaiannya dalam Islam. Semua itu perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya agar pelajar dapat memahami apakah itu Sekularisme, bahaya dan kesannya dalam masyarakat. Moga dengan ini, mereka dapat mengamalkan dalam kehidupan mereka dengan panduan Islam, lebih berjaga-jaga agar mereka tidak tertipu dan tidak hidup berdasarkan panduan aliran sesat ini.

Saya banyak idea ingin dikongsi dengan kepimpinan baru BADAR 2009. Maka, kepada yang berkaitan, jika berkesempatan, hubungi saya agar kita dapat berkongsi idea dan pendapat. Adalah amat penting untuk memperkasakan perancangan aktiviti dakwah pada tahun depan agar dakwah dapat berjalan lancar dan pelajar mendapat kefahaman Islam yang sebenar. Hanya dengan kefahaman Islam sebenarlah, kita akan menjalani kehidupan dengan hanya berpandukan panduan Ilahi sahaja dan pastinya mereka yang mengikuti 2 harta pusaka Rasulullah ini sahaja yang akan berjaya dalam pelajaran, dunia dan akhirat. Ini janji nabi kita, Muhammad SAW.

1 comment:

Anonymous said...

pd pndgn sy..bingkisan daie waqafan x perlu drngkskn lg..tp prlu dmntpkn lg..heheh..BDW batch abg wt tu the best la..