Thursday, December 11, 2008

Dilema Memilih Bidang

Dalam bab ni, saya mmg suka untuk berkongsi dengan sahabat2 terutama adik2 yang baru tamat SPM, STPM dan STAM. Ini kerana mengikut adatnya, apa jua bidang yang dipilh selepas ni, itulah perjuangan yang mesti dia lalui seumur hidup. Memang ada orang yang menukar bidang dipertengahan umur tetapi ia amatlah membuang masa dan merugikan jika ianya berlaku disebabkan kecuaian kita memilih bidang pada waktu permulaan ni. Tetapi, jika menukar bidang dilakukan untuk memperbanyakkan lagi cabang ilmu, maka ini adalah terbaik kerana sebagai umat Islam kita seharusnya kuasai pelbagai bidang ilmu. Dalam bidang agama sendiri pun memerlukan kita menguasai 10 cabang ilmu! Akan tetapi, kita perlu merancang dari sekarang akan apa yang kita akan lakukan n bidang apa yang akan kita perjuangkan kerana kita xpunya banyak masa. Hidup hanya sekali itu, kene wat bebetul (bukan macam dalam cerita ‘Puteri’, muda hanya sekali, kita enjoy!! Salah tu….)

Dalam memilih bidang, selalunya orang akan nampak dari sudut profesion kerja, nilai kormesial dan market masa depan. Bagi saya, asas ini adalah salah. Sebagai umat Islam, kita hendaklah berfikir macam orang Islam seperti yang digariskan dalam AlQuran. Jika tidak, akan timbullah pendapat yang ‘gila’ dan ‘xmasuk akal’. Memandang bidang dari sudut dunia semata2 akan wat kita jadi xbetul. Seperti mana jawapan yang diberikan Pak Timbalan Mamanda Menteri Pengajian Tinggi dari Tangga Batu (malu betul coz die ni orang Melaka!!), MoU antara Al Azhar dan Kolej Universiti tempatan dibatalkan kerana bidang agama kurang nilai komersial dan negara kita hanya menumpukan kepada bidang yang akan memberikan pulangan komersial kepada kerajaan. Oleh itu, MoU itu dibatalkan..Inilah yang saya katakan pendapat ‘GILA’ dan ‘XMASUK AKAL’ coz die ni pandang bidang agama macam pandang ikan kat pasar, bila masih baik, maka akan dijual, jika x, akan dibuang!! Saya amat terasa tentang ini kerana saya pernah diajukan soalan ini ketika saya memilih bidang agama sebagai perjuangan hidup saya. Apa hina sangatkah orang yang ambil bidang agama? Bila tau aje saya ambil bidang agama,ramai orang bertanya, besar nak kerja apa? Jadi guru J-QAF je la.. Orang agama jika mahukan harta, mereka boleh lebih kaya dari doktor. Saya sendiri mengenali seorang ustaz yang mana baru 2 tahun pulang ke Malaysia, tapi sudah ada sebijik Mercedes dan sebijik Rexton! Ada sebuah syarikat dan menjadi penasihat Takaful Maybank! Bila saya bertanya, die menjawab “Ini dilakukan supaya masyarakat tidak memandang rendah orang bidang agama!” Tetapi ramai para ulama memilih kehidupan sederhana untuk menjaga qana’ah dan menjaga amanah ilmu yang mereka ada lebih2 lagi ulama yang menjadi pemimpin seperti YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Hafizallah). Moga Allah beri hidayah kepada Pak Timbalan Menteri ni…

Nilai Komersial

Nilai komersial sesuatu bidang sememangnya tidak dapat dijangka. Bila sebut je tentang nilai komersial sesuatu bidang, apa keuntungan komersial yang kita bleh dapat dari bidang tersebut, ia adalah berkaitan rapat dengan rezeki. Konsep rezeki dalam Islam adalah rezeki sudah ditetapkan oleh Allah SWT sejak anak Adam itu dilahirkan lagi. Jadi, pemilihan bidang sama sekali tidak menjamin rezeki seseorang, tetapi rezeki kita akan dapat melalui bagaimana kita berusaha untuk mendapakannya. Ini adalah kerana rezeki dah ditentukan Cuma cara sampai kepada kita yang berbeza. Untuk lebih mudah, saya berikan analogi, kita nak balik kampung untuk cuti raya. Kita bukan hanya dapat balik kampung dengan bas sahaja. Habis tiket bas, ada macam2 cara lagi yang boleh digunakan. Boleh naik teksi, motor, kereta atau payah sangat, tumpang lori ikan pun bleh. Nak lagi mewah tapi murah, naik je Air Asia, everyone can fly..(saje melawak, saya xdibayar oleh Air Asia untuk promosi yang tidak disengajakan ini…)

Begitu juga rezeki. Jika kita nak hidup ok, ada juga la harta, selesa, xmerempat, ia boleh dicapai dengan apa jua bidang. Bukan satu kemestian, bila jadi doktor, lawyer n arkitek akan kaya, jadi ustaz, cikgu dan peruncit xleh kaya. Adakah kerja doktor, lawyer dan arkitek itu Tuhan yang menentukan rezeki manusia? (ini hanya contoh, langsung xberniat nak perkecilkan semua bidang di atas. Harap,korang dapat terbuka tentang ni..) Maka, disebabkan rezeki ini dah ditentukan, adakah kita hendak memilih bidang berdasarkan nilai komersial semata2? Adakah asas lain yang lebih kukuh untuk dijadikan asas dalam memilih bidang? Mestilah ada beb…

Asas Kukuh

Asas yang paling kukuh untuk dijadikan asas pemilihan bidang adalah MATLAMAT UTAMA HIDUP korang. Dengan kita menggariskan matlamat, maka kita akan nampak keperluan yang perlu ada untuk menjayakan matlamat. Maka kita akan memilih bidang berdasarkan keperluan untuk menjayakan matlamat. Nampak x rantaian ini?

Untuk memudahkan bahasa, dianalogikan seperti kita pergi ke kedai. Matlamat kita adalah untuk buat kek. Jadi keperluan untuk buat kek adalah tepung, planta, telur, pewarna,gula dan sebagainya. Bila kita dah tau keperluan apa yang mesti ada untuk buat kek, jadi kita akan pergi ke kedai runcit untuk membeli keparluan tersebut. Tidaklah kita pergi ke workshop atau klinik untuk membeli barang membuat kek! Dengan kita menetapkan untuk membuat kek (matlamat), maka kita akan nampak tepung, planta, telur, pewarna,gula dan sebagainya (keperluan) yang perlu ada untuk membuat kek. Maka kita akan memilih kedai (bidang) berdasarkan keperluan untuk membuat kek. Ada paham???

Menetapkan Matlamat

Perkara pertama yang perlu ditetapkan adalah MATLAMAT. Apa matlamat korang? Matlamat perlu ditetapkan sendiri coz itu adalah hidup korang. Mana bleh orang lain tetapkan. Tetapi, saya nak beri sedikit panduan untuk dikongsi. Matlamat yang kita pilih hendaklah kukuh dan teguh coz jika matlamat kita kukuh, perjalanan hidup kita juga kukuh dan teratur. Begitulah juga sebaliknya. Ibarat bangunan yang ingin dinina, mestilah di atas tapak yang kukuh, jika tidak akan jadilah macam tragedi Highland Tower atau yang terbaru tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Matlamat kehidupan manusia bergantung kepada manusia itu sendiri. Ada yang bermatlamat nak jadi kaya, nak jadi popular, nak jadi terkenal, nak jadi hebat n macam2 lagi. Jadi apakah asas kehidupan yang paling kukuh??

Dalam kita menentukan matlamat hidup, kita hendaklah menetapkannya berdasarkan panduan yang ada dalam masyarakat kita. Dalam kitab Nuzum Islamiyyah bagi kuliah Usuluddin tahun satu Universiti Al Azhar Kaherah, rujukan atau panduan untuk membentuk asas kehidupan terbahagi kepada 2. Pertama, panduan yang dicipta oleh Pencipta segala ciptaan iaitu Allah atau dikenali Nuzum Ilahiyyah. Kedua, panduan yang dibuat oleh manusia sendiri atau dikenali dengan Nuzum Wad’iyyah. Panduan yang ditetapkan oleh Allah adalah sesuai dengan semua makhluk kerana Dia yang mencipta segala yang nyata mahupun yang ghaib. Malah segala yang pernah kita terfikir itu, semuanya dicipta olehNya. Panduan ilahi ini dicipta oleh satu zat sahaja iaitu Allah SWT dan bersumberkan sumber yang satu juga iaitu Wahyu Ilahi (semua kitab yang diturunkan Allah SWT terutama Al Quran kerana semua kitab terdahulu dihimpunkan dalam Al Quran). Panduan ilahi ini juga bertepatan dengan fitrah dan naluri manusia itu sendiri yang mana tiada sedikit pun percanggahan antara aturan yang Allah SWT tetapkan di atas muka bumi ini dengan fitrah kehidupan manusia.

Berbeza dengan panduan yang ditetapkan manusia yang mana terdapat banyak kelemahan pada akal manusia itu sendiri sehinggakan manusia tidak layak menetapkan panduan untuk kehidupan mereka. Antara kelemhan akal manusia adalah akal manusia terbatas dengan batasan masa dan tempat. Panduan yang manusia cipta hanya menepati maslahat satu tempat sahaja dan hanya boleh digunapakai pada masa itu sahaja. Akal manusia juga jahil tentang hakikat diri mereka sendiri sehinggakan adakala, panduan yang mereka cipta itu bertentangan dengan fitrah mereka sendiri. Dari penjelasan ini, saya harap kawan2 semua jelas akan panduan apa yang perlu kita pakai dalam meletakkan asas matlamat hidup kita iaitu tidak lain tidak bukan adalah panduan yang ditetapkan oleh Allah iaitu agama Islam kita yang syumul lagi lengkap.

Menetapkan Matlamat Berdasarkan Panduan Allah SWT

Dalam Islam, umat Islam diminta untuk berbakti kepada agamanya dalam apa jua cara dan melalui apa jua bidang. Bila kita meninjau akan sirah para sahabat, mereka amat memahami akan agama Islam dan kesejahteraan yang Islam bawa kepada manusia. Mereka memahami akan kepentingan betapa agama Islam perlu disebarkan agar seluruh alam dilimpahi rahmat Islam yang akan membawa kesejahteraan kepada seluruh cakerawala. Bersadarkan kefahaman tersebut, mereka meletakkan matlamat hidup mereka adalah berjuang menyebatkan syiar Islam. Mereka meletakkan asas yang kukuh ini sehinggakan mereka dapat berjuang dengan konsisten dan mandapat kejayaan yang gemilang. Contohnya pembukaan Parsi dan Rom, pembebasan Palestin oleh tentera Salahuddin Al Ayubi dan macam2 lagi contoh para sahabat yang berjaya dalam kehidupan mereka kerana mereka meletakkan matlamat hidup yang betul yang membawa mereka kepada kehidupan yang bermakna. Yang paling penting, matlamat yang betul itu membawa mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Bila kita menjenguk keadaan umat Islam di zaman ini, umat Islam berada dalam keadaan yang lemah. Agama Islam diperlekeh dan dicop dengan pelbagai cop negatif. Lebih memburukkan keadaan, muncul gerakan Sekularisme yang meresap masuk ke dalam ajaran Islam dan merosakkan ajaran suci ini serta menyebabkan umat Islam sendiri lari daripada berpegang pada ajaran Islam dan lebih gemar berpandukan panduan akal mereka dalam menjalani kehidupan. Maka bagi saya, tiada kepentingan lain yang lebih utama dalam perjuangan Islam zaman kini melainkan berjuang untuk menegakkan semula ajaran Islam yang sebenar dalam semua lapangan kehidupan. Inilah matlamat yang mesti menjadi MATLAMAT UTAMA kehidupan semua umat Islam pada hari ini!

Erti Berjuang Menegakkan Islam

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini dengan pelbagai alasan. Mereka masih memilih matlamat lain sebagai matlamat utama dan meminggirkan matlamat membantu Islam kerana kabur dengan erti perjuangan Islam. Mereka menggambarkan perjuangan Islam dengan kehidupan yang susah, kehidupan miskin dan meminta2. Mereka juga keliru hubungan matlamat ini dengan gaya kehidupan yang mereka akan miliki di msas drpan. Bagi mereka, bila memilih perjuangan Islam, hidup akan susah, tidak boleh hidupkaya, tidak boleh mewah dan macam2 lagi.

Ingin dijelaskan di sini, erti memperjuangkan Islam adalah membuat apajua perkara yang membantu menegakkan Islam tidak kira melalui apa jua bidang. Tidak semestinya menegakkan Islam dengan bidang agama sahaja dan tidak semestinya bidang sains dan bidang lain tidak boleh menyumbang. Perjuangan Islam terbuka kepada semua umat Islam xkira bidang, xkira kaya miskin dan xkira pandai atau kurang pandai.

Keperluan Perjuangan Islam

Islam perlu diperjuangkan dalam semua aspek. Keperluan utama perjuangan Islam adalah membetulkan semula semua lapangan hidup yang telah dirosakkan oleh pengaruh Sekularisme. Sekularisme telah memisahkan sama sekali semua lapangan kehidupan dengan Islam hinggakan semua lapangan hidup ini mengambil panduan yang lain daripada panduan ilahi. Sebagai contoh dalam sistem pendidikan, pendidikan kini dipisahkan sama sekali dengan agama menyebabkan hasil pendidikan sekular ini melahirkan generasi manusia yang material, pentingkan diri dan mengambil akal sebagai pertimbangan dalam membuat keputusan. Sistem kehakiman, telah dikotori dengan undang2 sekular dan meresap masuk ke dalam negara2 Islam termasuk Malayisa. Ini membawa kepada kezaliman yang nyata kepada manusia kerana mereka diadili dengan undang2 yang tidak bertepatan dengan fitrah mereka. Sistem perbankan, telah dicemari dengan pelbagai ideologi ekonomi yang mengkayakan golongan kaya dan memiskinkan golongan miskin. Teori2 ekonomi yang dicipta hanya menguntungkan sesetengah pihak dan pihak yang lain merana . Pelabagai lagi contoh yang kita lihat dalam kehidupan harian kita yang mana telah memisahkan sama sekali kehidupan manusia dengan Islam yang akhirnya membawa bencana kepada seluruh alam.

Kesimpulannya adalah, Islam memerlukan kita berjuang untuk membetulkan dan menyerapkan kembali nilai Islam dalam semua lapangan kehidupan. Ringkasnya, keperluan dalam menegakkan Islam adalah membetulkan kembali semua sistem kehidupan ke arah sistem yang dipandu oleh Allah SWT.

Memilih Bidang Yang Memenuhi Keperluan

Kita sudah jelas tentang matlamat dan keperluan ke arah mencapai matlamat. Maka dengan ini, mudahlah kita mengenal pasti akan bidang yang kita akan pilih. Saya ingin tekankan di sini beberapa perkara :
1) Memilih bidang bukan mengikut market kerja dan nilai pasaran tapi mengikut bidang apa yang boleh kita menyumbang paling banyak kepada agama Islam. Jika kita meminati banyak bidang, pilihlah bidang yang boleh kita menyumbang paling banyak dalm menegakkan Islam.
2) Apa jua bidang yang dipilih, bukannya kita nak mendapat manfaat dan kekayaan daripada bidang tersebut, tetapi kita ingin membawa nilai Islam dan membetulkan fahaman yang salah dalam bidang tersebut.
3) Bidang yang dipilih, samada membawa kepada cara hidup kaya atau sederhana, itu tidak membawa apa2 kepentingan kerana yang utama adalah perjuangan Islam. Mana yang kaya tidak berpenyakit cinta dunia, malah menggukan hartanya untuk perjuangan Islam. Mana yang sederhana, tidak pula menumpukan kepada pencarian harta, tetapi menghabiskan masa dengan berjuang menegakkan agama Islam.

Itulah kesan bagi sesiapa yang memahami akan perjuangan Islam dan cara memilih bidang kehidupan. Jika diulang ayat di atas tadi, ia akan jadi begini "Dengan kita menetapkan untuk menegakkan Islam (matlamat), maka kita akan nampak 'memperbetulkan sistem yang ada kepada sistem yang menepati ajaran Islam' (keperluan) perlu ada untuk memperjuangkan Islam. Maka kita akan memilih lapangan bidang (bidang) berdasarkan keperluan untuk membuat menegakkan Islam". Untuk memberi kefahaman yang lebih jelas, saya berikan beberapa contoh :

Pertama : Memilih bidang perubatan untuk memperbetulkan sistem perubatan ke arah selari dengan hukum Allah. Ini dilakukan untuk menegakkan Islam dalam bidang perubatan.
Kedua : Memilih bidang law untuk memperbetulkan sistem perundangan agar berhukum dengan hukum Allah. Ini dilakukan untuk menegakkan Islam dalam bidang undang2.
Ketiga : Memilih bidang ekonomi untuk memperbetulkan sistem ekonomi agar menggunakan sistem ekonomi Islam. Ini dilakukan untuk menegakkan Islam dalam bidang ekonomi.
Keempat : Memilih bidang agama untuk menjadi seorang ulama untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu kepada masyarakat. Ini dilakukan untuk menegakkan Islam dalam bidang agama.
Kelima : Memilih bidang politik untuk menjatuhkan kerajaan yang mempertahankan perlembagaan sekular dan mengangkat semula perlembagaan berteraskan Al Quran dan Sunnah. Ini dilakukan untuk menegakkan Islam dalam bidang politik.

Saya sertakan kontranya agar lebih faham :

Pertama : Memilih bidang perubatan untuk mendapat pendapatan yang tinggi dan menjadi orang yang senang.
Kedua : Memilih bidang law untuk menjadi lawyer handalan dan boleh dapat bayaran tinggi dalam kes berprofil tinggi.
Ketiga : Memilih bidang ekonomi untuk menjadi pegawai bank dan dapat gaji puluh ribu.
Keempat : Memilih bidang agama untuk menjadi pegawai Jabatan Agama dan mendapat bayaran lumayan pada tiap kali jemputan ceramah.
Kelima : Memilih bidang politik untuk mendapat jawatan penting dalam kerajaan dan dapat menjamin kelangsungan pendapatan lumayan.

Nampak x perbezaan antara orang yang memilih bidang berdasarkan matlamat perjuangan Islam dan orang yang memilih berdasarkan matlamat material. Perbezaan paling nyata ialah orang yang memilih bidang berdasarkan matlamat perjuangan Islam akan berjaya di dunia dan kejayaan itu bersambung hingga akhirat. Tapi orang yang memilih berdasarkan matlamat material hanya berjaya di dunia sahaja. Mana yang lebih bijak, nak pilih bidang berdasarkan matlamat yang sampai pada akhirat atau matlamat yang terhenti di dunia sahaja?

Saya rasa cukup sudah penjelasan panjang lebar ni. Saya berharap sangat kawan2 dapat memilih dengan bijak dan yang paling penting, apa jua bidang yang dipilih, mestilah berteraskan matlamat memperjuangkan Islam kerana ia akan membawa kejayaan dunia akhirat. Dari situ, kita akan menggunakan sepenuhnya bidang tersebut untuk membawa keuntungan kepada Islam. Tapi jika kawan2 xnak, terpulang. Islam xrugi sedikit pun. Malah Allah akan menggantikan tempat kita dengan orang yang lebih baik dari kita. Xnak ke menyertai sesuatu bidang yang pasti bawa kejayaan dan kemenangan? Orang bodoh je yang xnak...

Akhir kata, nantikan akrtikel saya tentang 'Jangan Mengasingkan Bidang Agama dan Profesional' dan 'Kepentingan Bidang Agama'. Ia akan menyambung lagi perbahasan dalam artikel ni.. Ok, mohon padaMu Ya Allah, betulkan niatku dan suluhlah daku bersama sahabat2ku cahaya keimanan dan hidayah agar kami terpandu ke arah ketaatan kepadaMu..Amin..Wassalam..

1 comment:

Anonymous said...

menarik.ulasan yang best dan menarik..terima kasih...