Wednesday, December 31, 2008

Palestin : Pertolongan Allah, Pokok Berkata-Kata



Akhbar Afaq Arabiyyah keluaran 15 Mei 2002 menyiarkan kenyataan Syeikh Ahmad Yassin yang mengisahkan cerita pokok berkata-kata di Palestin.

Peristiwa berlaku ketika tiga orang pemuda Palestin dalam perjalanan menuju ke sebuah hospital di Ramallah. Mereka ingin melihat kalau-kalau ada rakan mereka yang terkorban akibat serangan udara terakhir tentera Yahudi ke atas bandar berkenaan.

Dalam perjalanan mereka telah terserempak dengan seorang Yahudi. Lalu mereka mengejarnya untuk membunuhnya. Orang Yahudi itu melarikan diri dan pemuda Palestin itu mengejarnya hingga ke sebuah jalan mati. Di situ, Yahudi tadi menghilangkan diri dan mereka gagal mengesannya.

Tetapi sebaik saja mereka berpaling, terdengar satu suara yang halus seakan-akan memanggil mereka. Ketiga-tiganya berpandangan antara satu sama lain. Melihatkan tiada orang lain di situ mereka meneruskan langkah. Tetapi terdengar sekali lagi suara yang sama dan kali ini ia agak lebih jelas. Mereka berhenti dan mencari dari mana datangnya suara itu.

Setelah diamati, mereka dapati suara itu datangnya dari sebatang pokok berhampiran. Mereka menuju ke situ dan mendengar suara itu sekali lagi. Dan kali ini, terdengar jelas suara dari pokok itu yang meminta supaya mereka membunuh Yahudi yang bersembunyi di belakang pokok itu. Mereka lantas melihat di sebalik pokok dan ternyata memang terdapat orang Yahudi tadi di situ lalu mereka pun membunuh Yahudi itu.

Dalam beberapa jam sahaja, berita tersebut tersebar denagn meluas ke seluruh bandar Ramallah dan sampai kepada pengetahuan tentera Yahudi. Tentera Yahudi merasa amat takut lantas segera mengurangkan jumlah tentera di situ. Berita ini juga mendapat liputan daripada beberapa media utama.

Peristiwa ini membuktikan kebenaran hadith Rasulullah yang sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah mafhumnya : '' Tidak akan berlaku hari Kiamat sehinggalah orang-orang Islam memerangi orang Yahudi. Lantas orang-orang Islam membunuh mereka hinggalah orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu-batu dan pohon kayu. Maka berkatalah batu-batu dan pohon-pohon kayu itu : Wahai Muslim, wahai hamba Allah!! Ini dia Yahudi di belakangku. Datanglah kemari dan bunuhlah dia!! Kecuali pohon 'Gharqad' kerana pohon tersebut adalah pohon Yahudi ''

Berita yang lain pula melaporkan pada 5 Februari 1997, dua buah kapal terbang Israel diarahkan melakukan serangan ke atas umat Islam di selatan Lubnan. Serangan dijangka akan dilakukan oleh sepasukan komando terlatih. Sebelum sampai di sempadan, kedua-dua pesawat berkenaan bertembung dan meletup menyabakan kesemua komando yang ada di dalamnya terbunuh. Peristiwa ini berlaku pada malam 27 Ramadhan 1417H (malam Lailatul Qadr)

Palestin : AS-SYAHID 'IMAD AQAL (24/11/1993)

Di awal tahun 70-an, Mukhayyam Jabaliyya sering dihiburkan dengan suara azan daripada seorang bapa yang mempunyai dua orang anak. Hasan Ibrahim Aqal adalah muazzin Masjid As Syuhada'.

Tanggal 9/6/1971 adalah tarikh bertuah baginya kerana isterinya melahirkan bayi lelaki yang comel. Beliau sangat berharap agar anak ketiganya ini akan mengikuti jejak perjuangan para mujahid terdahulu dalam berjihad membela agama Allah. Hassan menamakan anaknya 'Imad, mengambil sempena nama panglima Islam yang menentang tentera salib, 'Imaduddin Zanky.

Ketika semua pemimpin umat Islam mendiamkan diri dan tidak mengendahkan ancaman tentera salib, 'Imaduddin Zanky bangkit menghidupkan sunnah jihad. Hassan mahu anaknya mencontohi panglima ini dan menjadi seorang panglima jihad yang menentang penjajahan Yahudi di bumi Palestin. Lebih dari itu dia mahu anaknya mati syahid, mati sebagai seorang pejuang. Sekurang-kurangnya beliau boleh menumpang tuah di akhirat kelak hasil syafaat anaknya.

Untuk tujuan tersebut, 'Imad dilatih dan dididik sejak kecil lagi supaya beriltizam mengamalkan amalan Islam secara sempurna. Masjid An Nur adalah medan terbiah kedua selepas rumahnya sendiri. Tidak sukar mendidik kanak-kanak sepertinya yang terkenal dengan kepintaran di dalam pelajaran.

Dalam usia seawal 12 tahun, 'Imad sudah didedahkan dengan perjuangan Ikhwanul Muslimin. Apabila tercetusnya Intifadhah (1987), dia mula melibatkan diri terjun ke medan perjuangan bersama rakan-rakannya melastik dan melontarkan batu kearah pasukan tentera Israel yang lengkap bersenjata. Usia muda tidak menjadikannya geryn melihat kedatangan tentera pengganas berkenaan.

Setelah tamat pengajian di peringkat menengah, 'Imad memohon untuk belajar di Maahad Al Amal dalam bidang perubatan. Namun cita-citanya tidak kesampaian kera beliau ditangkap pada 23/9/1988. Abangnya 'Adil turut ditahan. Makhamah tentera yang membicarakannya menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan kerana 'kesalahan' terlibat dengan gerakan Hamas menentang rejim Israel.

Beliau kemudiannya dibebaskan pada bulan Mac 1990. Tetapi tidak lama. Beberapa ketika selepas itu beliau ditahan lagi keran dituduh merekrut seorang pemuda untuk menjadi mujahid.

Selepas dibebaskan, 'Imad menjadi lebih bersemangat. Dengan siapa saja dia berbual, pasti perbincangannya tidak akan lari dari topik jihad dan syahid. Kisah-kisah Khalid Al Walid, Saifuddin Qutuz, Salahuddin Al-Ayyubi dan Abu Ubaidah Al-Jarrah sentiasa bermain di bibirnya.

Kini beliau bukan lagi remaja yang hanya melontar batu dan melastik jip tentera Yahudi. Baginya, penggunaan lastik dan batu secara berterusan tidak membawa apa-apa makna bagi perjuangan umat Islam Palestin. Mereka perlu meningkatkan keupayaan untuk berhadapan dengan kecanggihan senjata pihak Yahudi. Mereka perlu melangkah lebih jauh. Mencari, mengumpul dan mencipta senjata serta bahan letupan yang dapat menyaingi apa yang ada pada pengganas Yahudi.

Untuk tujuan itu, beliau secara rasminya menyertai Kata'ib Al Qassam. Banyak masa dihabiskan olehnya bersama kumpulan berkenaan dan beliau benar-benar serius dalam perjuangannya. Melihat kesungguhannya, pihak pimpinan memberikan amanah kepadanya untuk memimpin operasi di utara Ghaza. Kumpulannya dinamakan Majmu'ah As Syuhada'.

'Imad dilantik sebagai komander walaupun ada mujahid yang lebih senior daripadanya. Pimpinan Kata'ib Al Qassam mengenali kebolehan dan kelebihan yang ada padanya. Beliau bagaikan seorang inteligent. Atau mungkin juga seorang komandor. Tugasnya ialah menangkap para munafik yang mempunyai buruan atau upahan rejim Yahudi. Mereka yang ditangkap akan disoal siasat dan setiap siasatan akan dirakam.

Setelah berjaya dalam berpuluh-puluih siri serangan keatas kedudukan tentera Yahudi, memadailah peranan mujahid yang seorang ini sebagai pembalasan ke atas tindakan ganas rejim Zionis yang melakukan pembunuhan kejam dan penyembelihan ke atas umat Islam. Kini tibalah masanya untuk pejuang ini menerima anugerah Allah sebagai salah seorang syuhada'. Perjuangan seterusnya pula perlu disambung oleh generasi lain.

Saat yang ditunggu-tunggu dalam hidupnya sudah begitu hampir. Tarikh 24 November adalah tarikh keramat bagi umat Islam Palestin. Pada tanggal itulah Doktor Abdullah Azam dibunuh di Peshawar (1989). 4 hari sebelumnya pula adalah ulang tahun pemergian Syeikh 'Izzuddin Al Qassam (1935). Maka pada 24/11/1993, 'Imad dijemput oleh Allah sebagai seorang syuhada'.

Pada petang berkenaan beliau yang berpuasa sunat menerima pelawaan sahabatnya. Farhat untuk berbuka puasa bersama. Rumah Farhat terletak bersebalahan dengan Pasar Jumaat dan Masjid Al Islah di Hayyus-Syuja'ah, Ghaza. Mereka gembira sekali menikmati juadah yang disediakan.

Selepas setengah jam menjamu selera, lebih kurang pukul 5.15 malam mereka dikejutkan dengan kehadiran beratus-ratus tentera Yahudi yang melingkungi rumah berkenaan. Keadaan menjadi cemas. Jumlah sebenar tentera Yahudi tidak dapat dipastikan tetapi kenderaan yang mengepung rumah itu ialah sebanyak 60 buah terdiri daripada jip, trak dan sebagainya. Jika purata sebuah trak membawa sepuluh orang askar, bererti mereka datang dengan 600 orang askar untuk membunuh seorang pejuang!

Ketika ratusan tentera mengpung rumah berkenaan, berpuluh-puluh yang lain memanjat rumah-rumah berdekatan dan bersedia melancarkan serangan dari atas. Helikopter juga didapati berlegar-legar di udara. Seluruh kawas Hayyus-Syuja'ah dan Pasar Jumaat diisytihar perintah berkurung. Tidak ada sesiapapun dibenarkan keluar.

Ketika itulah terpantun kalimah dari mulut 'Imad "Inilah masanya untuk aku mati syahid!" Beliau segaera naik ke atas sutuh rumah berkenaan dan menunaikan sembahyang dua rakaat. Beliau sujud menyembah Allah dengan harapan dapat bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan beliau sempat menunaikan sembahyang.

Belumpun sempat menyempurnakan sembahyangnya sebutir bom anti kereta kebal dilepaskan oleh helikopter ke atas rumah keluarga Farhat menyebabkan berlakunya gegaran yang amat dahsyat. Serentak dengan itu tembakan dari segenap penjuru kedengaran dan 'Imad tercedara.

Namun kecederaan yang dialami tidak manghalang beliau untuk membalas serangan. Beliau bingkas bangun dan lompat ke tingkat bawah dan menembak balas ke arah musuh. Tidak diketahui samada tembakannya itu menepati sasaran dalam suasana yang samar-samar itu. Tembakan demi tembakan terus berlaku terus berlaku dan pihak musuh menggunkan segala kekuatan yang ada pada mereka. Mereka menggunakan pelbagai senjata berat dan ringan untuk menewaskan hanya seorang manusia.

Setelah beberapa ketika, akhirnya 'Imad gugur syahid. Kepalanya hancur terkena tembakan. Setelah itu tiada lagi tembakan balas kedengaran. Tembakan hanya berlaku dari satu arah saja.

Setelah mengetahui 'Imad telah terbunuh, pihak Yahudi menghentikan serangan. Namun mereka masih takut untuk menyerbu masuk kerumah berkenaan. Mereka bimbang kalau-kalau itu hanyalah taktik 'Imad. Mereka saling bertolak-tolakan sesama sendiri bagi mengelak diri daripada manjadi orang yang mula-mula manghampiri rumah berkenaan. Ketakutan jelas tergambar di wajah mereka.

Akhirnya mereka mengarahkan seorang jiran untuk masuk. Setelah jiran berkenaan keluar, dia memberitahu bahawa sasaran mereka sudahpun terbunuh. Tetapi pihak tentera masih belum yakin dan mereka masih belum berani untuk masuk rapat ke kawasan rumah berkenaan dan meminta orang ynag masih berlindung di dalamnya supaya membawa keluar mayat 'Imad jika benar beliau telah syahid.

Seketika kemudian kelihatan Nidhal Farhat, 24 tahun, mengusung keluar jenazah 'Imad dan ketika itu barulah mereka yakin. Serentak dengan itu juga mereka melepaskan tembakan ke arah mayat yang sudah terbujur kaku. Tidak kurang daripada 70 butir peluru bersarang dalam tubuhnya. Tidak cukup dengan itu, mereka mencincang jasad berkenaan dengan pisau.

Operasi berkahir pada jam 10 malam. Keluarga Farhat ditangkap dan diikat dengan tali selepas baju mereka ditanggalkan. Sebahagian askar yang lain mengeledah rumah. Beberapa ketika kemudian mereka meninggalkan tempat berkenaan dengan melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda gembira dapat membunuh seorang pejuang sambil melaung-laungkan nama " 'Imad, 'Imad........."

Berita serangan berkenaan disiarkan menerusi akhbar Israel, Palestin dan kebanyakan media antarabangsa utama. Seorang penulis berbangsa Yahudi, Amira Has mencatatkan di dalam akhbar Heart, "......(selepas serangan berkenaan) roh 'Imad Aqal, komander Kata'ib Al Qassam masih lagi beroperasi dan menguasai semenanjung Ghaza dan bukan hanya Mukhayam Jabaliya. Ketika tentera berada disana mereka dilontarkan dengan batu oleh kanak-kanak sambil menjerit: kami adalah 'Imad......kami adalah 'Imad......."

Monday, December 29, 2008

Gaza Diserang : Apa Bezanya Syaitan Putih dan Syaitan Hitam?











Dunia menyaksikan Israel Laknatullah sekali lagi menggunakan alasan keselamatan untuk menyerang saudara kita di Palestin. Setakat semalam, sudah hampir 300 orang terkorban dan ratusan lagi cedera. Hamas dipersalahkan kerana ia dikatakan kumpulan pengganas memulakan dahulu keganasan ini.


Seperti biasa juga, USA (United Satan of America) mempertahankan tindakan syaitan Israel dengan mengatakan Israel berhak mempertahankan keselamatan rakyat mereka jika Hamas menyerang mereka. Syaitan Putih Besar atau dikenali Mr Shoe yang tidak lama lagi nak bersara masih lagi berminat memandikan tangannya dengan darah umat Islam Palestin. Tidak cukup dengan darah umat Islam di Iraq dan Afghantan, syaitan putih ini masih dahagakan darah-darah lain yang segar agar bersaranya nanti, dia akan puas dengan meminum darah umat Islam sedunia.


Sejak peristiwa 11 September ciptaan syaitan putih ini, dia sering menggunakan alasan menentang keganasan untuk menghalalkan segala tindakan zalim dan pengecutnya itu. Umat Islam perlu sedar bahawa hasil kajian pihak yang memegang kuasa konservatif di Rumah Putih, mereka mendapati bahawa abad ke 21 merupakan abad yang akan berlaku pertembungan terakhir dua tamadun besar di akhir zaman ini. Mereka yang merupakan penjilat dan menganut fahaman Yahudi Zionism menegaskan setelah pertembungan Amerika – Nazi (World War II), Amerika – Soviet (Afghan War), dua kuasa besar ini bukan lagi ancaman kepada mereka. Namun kini, ancaman terbesar mereka adalah kuasa Islam yang dijanjikan Allah sebagai penguasa di akhir zaman. Mereka mengetahui akan hal ini dan berusaha untuk menghalangnya dari sekarang.


Mereka mulai nampak akan kebangkitan umat Islam yang bangkit setelah mimpi buruk umat Islam 1924 (kejatuhan Khilafah). Namun sebagai kuasa besar dan sentiasa mendapat perhatian dunia, mereka perlu menggunakan satu pencetus yang lebih besar daripada perang sebelum ini untuk menghalalkan dan menampakkan tindakan mereka merupakan pembelaan ke atas keamanan walaupun rupa sebenarnya adalah kezaliman. Seperti contoh, kita imbas kembali World War II di mana Amerika yang bermusuh dengan Jepun menunggu sehingga berlaku pencetus Pearl Habour Attack. Peristiwa besar ini menjadi pencetus dan seolah-olah menghalalkan Amerika untuk menggugurkan dua bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.


Begitu juga ketika Perang Teluk 1990 di mana Amerika melakukan pembohongan dengan mereka cerita akan ’kezaliman’ tentera Iraq kepada rakyat Kuwait untuk mendapatkan sokongan dunia bagi menyerang Iraq. Kemuncaknya adalah ’lakonan’ berkesan seorang gadis Amerika berketurunan Arab yang kononya mengaku menyaksikan peristiwa ’Bayi Inkubator’.
video
Pendedahan palsu ini seterusnya meningkatkan sokongan dunia dan Perang Teluk pun berlaku di mana Amerika menyerang Iraq dan membunuh beribu umat Islam di sana.


Abad ke 21 ini, mereka memerlukan sekali lagi ’pencetus’ untuk melanyak Islam. Maka perancangan 11 September dirancang untuk menjadi pencetus tersebut. Dikatakan bahawa Syaitan Putin ini ’dilantik’ oleh kuasa konservatif ini untuk melaksanakan misi ini. Kenapa ’dilantik’? Ini kerana Pilihanraya Presiden 2001 menyaksikan pilihanraya terburuk dalam sejarah Amerika dari sudut ketelusan pilihanraya. Bush menang dengan majoriti 0.5% sahaja mengalahkan calon Demokrat, Al Gore.


Setelah ’pencetus’ 11 September berlaku dengan jayanya, Syaitan ini mendapat lesen besar untuk menghapuskan Islam. Pencetus yang dicipta ini adalah lebih besar berbanding Pearl Habour 70 tahun lepas. Kesannya, satu persatu negara Islam tumbang dan Palestin pula semakin hampir dimiliki Israel.


Saya menceritakan semua ini bagi menimbulkan kesedaran kepada kawan-kawan bahawa jangan sesekali berharap untuk berdamai dengan mereka. Pendamaian sama sekali tidak terlintas dalam fikiran mereka, hanya sekadar manis dibibir. Mereka hanya impikan kejatuhan Islam dan mereka akan menguasai dunia. Ini adalah fakta dan menjadi plan utama mereka melalui gerakan underground Yahudi sedunia iaitu Freemason. Terlalu panjang untuk mengulas berkenaan Freemason ini. Namun dapat disimpulkan bahawa kini, Yahudi telah menguasai dunia dari segala aspek samada ekonomi, politik, sosial, kemasyarakatan, sukan, hiburan, kehakiman, perbankan, dan semua sistem kehidupan. Tangan Yahudi telah memasuki setiap rumah umat Islam dengan pelbagai cara. Semua ini talah dinyatakan Allah dalam surah Al Baqarah ayat 120 bermaksud ”Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” Firman Allah amat jelas. Jika kita bertanya kepada Yahudi, sampai bila mereka ingin menindas umat Islam, jawapannya adalah sehingga kita mengikuti kekufuran mereka!!


Saya juga ingin mengulas akan harapan menggunung umat Islam kepada Barack Hussien Obama yang bakal menggantikan Syaitan Putih. Jika kawan-kawan meminta komen dan pendapat saya tentang orang ini, saya lebih suka simpulkan bahawa apa yang berlaku adalah ’pertukaran kuasa daripada syaitan putih ke syaitan hitam!!’ Mengapa? Sebelum pilihanraya lagi, syaitan hitam ini telah berjanji akan mempertahankan Israel daripada ’pengganas’ Hamas. Dia telah menunjukkan taat setianya kepada Israel dengan melaksanakan dan melakukan semua adat istiadat keagamaan Yahudi di Baitul Muqaddis ketika melakukan lawatan ke sana sebelum pilihan raya. Perlu diketahui bahawa setiap Preseiden Amerika hendaklah mendapat restu daripada Yahudi untuk menang pilihanraya Presiden kerana Yahudi lah yang memegang kuasa politik dan ekonomi kuasa dunia itu. Setelah menang juga, dia mengulangi komitmennya itu dengan memberi pembelaan sepenuhnya kepada Israel. Ahkbar Berita Harian hari ini juga memetik komen Syaitan Hitam ini terhadap apa yang berlaku di Gaza kini dengan mengatakan dia sedang mengikuti rapat perkembangan di sana. Jadi apa yang boleh diharapkan lagi kepada Syaitan Hitam ini? TIADA HARAPAN!!


Kesimpulannya di sini, saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan Al Aqsa adalah bawah tanggungjawab kita. Jangan berharap pada musuh untuk jaminan keselamatan masjid suci kita. Jika kita berharap kepada Amerika, samalah seperti mengharapkan pencuri untuk menjaga rumah kita. Tiada yang bermanfaat. Syaitan Hitam akan meneruskan dasar Syaitan Putih dalam isu Palestin.


Kita sebagai rijal Islam, tanggungjawab adalah terletak di bahu kita. Tanggungjawab kita adalah untuk mencari ilmu dan menguasi semua bidang kehidupan. Kita juga mesti istiqamah dengan jemaah dan pengamalan Islam agar kita sentiasa sedar akan tanggungjawab ini. Walaupun kemenangan di Palestin masih jauh, usahanya kene bermula dari sekarang. Kemenangan pasti datang, cuma terpulang pada kita samada nak menyertai perjuangan yang sudah dijamin kemenangannya ini ataupun tidak. Untuk membantu rakyat Palestin ketika ini denagn kemampuan kita sebagai pelajar, kita boleh menganjurkan progream penerangan berkenaan isu ini di tempat kita. Sebarkan kepada masyarakat berkenaan perkara ini. Untuk diri kita sendiri, istiqamahlah dengan kehidupan sebagai umat Islam, sentiasa berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin, qunut Nazilah setiap kali solat fardhu, boikot barangan Israel, menderma kepada pertubuhan kebajikan rakyat Palestin. Letakkan perjuangan Palestin ini sebagai salah satu agenda hidup kita. Bersiap sedialah semua, panggilan jihad sudah bergema, terpulang pada kita untuk sertainya atau tidak. Saya berdoa moga Israel dihancurkan seperti kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Soleh, kaum Nabi Hud, dan kaum Nabi Luth dan pejuang kita di Palestin diberi kekuatan untuk berjihad mempertahankan tanah suci Palestin. Allahuakbar!!

Istimewa Maal Hijrah : Terkenang Hijrah Rasulullah

Saya mendapat salinan filem 'Message' iaitu filem yang mengisahkan sirah Nabi Muhammad SAW seperti filem 'Muhammad Utusan Terakhir' dan 'Ar Risalah'. Saya edit pada bahagian Hijrah untuk tatapan semua sempena Maal Hijrah. Moga kita mendapat manfaat dan meningkatkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW.

Di sini saya post semula artikel sebelum ini iaitu 'Terkenang Hijrah Rasulullah SAW' untuk renungan semua sempena Maal Hijrah.

Aku amat tertarik untuk mengulas tentang peristiwa besar yang berlaku iaitu Hijrah. Kemuncak perjuangan Nabi ini terlalu banyak pengajaran yang menginsafkan jika dihayati dengan hati yang ikhlas. Peristiwa yang menggambarkan pengorbanan Nabi dan umat Islam yang sanggup meninggalkan kampung halaman demi memperjuangkan Islam. Kita x terasa sangat kerana xdapat gambaran akan realiti orang yang berhijrah. Hijrah Nabi xsama macam hijrah penduduk di Bukit Antarabangsa yang berpindah akibat tanah runtuh. Tidak juga boleh disamakan dengan orang yang berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana berpindah tempat kerja. Hijrah Nabi adalah teragung kerana :

1) Hijrah Nabi meninggalkan semua harta benda. Yang dibawa hanya diri sendiri sehelai sepinggang. Hijrah kita membawa semua harta benda dari rumah lama ke rumah baru.
2) Hijrah Nabi untuk menyebarkan Islam. Tetapi hijrah kita disebabkan faktor lain samada berpindah tempat kerja, pindah ke rumah baru dan sebagainya.
3) Hijrah Nabi dengan berjalan kaki, berhati-hati, berstrategi dan dalam keadaan bimbang diketahui musuh. Hijrah kita pula dengan naik lori, kereta, dalam keadaan selesa dan mendapat pertolongan jiran-jiran.
4) Hijrah Nabi mempertaruhkan nyawa demi menyebarkan Islam. Hijrah kita mempertaruhkan wang demi kelangsungan hidup.

Banyak lagi perbezaannya yang jika kita hayati, boleh mengalirkan air mata. Hijrah juga mengajar kita untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam dakwah dan menyerahkan kejayaan dakwah kepada Allah SWT. Ketika Hijrah, Rasulullah SAW melakukan dengan bersungguh2 dan berstrategi demi memastikan kelancaran hijrah. Penyebaran arahan Allah tentang hijrah dilakukan ketika waktu panas terik matahari iaitu tengahhari. Ini kerana waktu itu tidak ramai orang Arab keluar rumah disebabkan cuaca panas. Umat Islam berhijrah berasingan mengikut keluarga agar tidak disedari oleh Musyrikin Mekah. Rasullulah SAW dan Abu Bakar adalah orang terakhir yang berhijrah setelah memastikan semua umat Islam telah berhijrah dengan selamat. Rasulullah meminta Saidina Ali RA menggantikan tempat tidurnya untuk mengelirukan pembunuh yang menunggu di luar rumah. Nabi melalui jalan selatan yang berbatu dan berbukit sedangkan jalan ke Madinah adalah jalan ke utara. Ini untuk mengelirukan Musyrikin agar mengejar baginda melalui jalan utara. Menyuruh seorang sahabat (aku lupa namanya) untuk mengekori jalan baginda dengan kambingnya agar tapak kaki baginda dipadamkan. Nabi menyorok di Gua Thur selama tiga hari kerana waktu kebiasaan perjalanan ke Madinah dari Mekah adalah 3hari.

Banyak lagi yang dilakukan Rasulullah SAW untuk memastikan hijrah berjalan dengan baik. Namun, Allah menentukan walaupun Rasulullah SAW sudah berusaha dengan gigih, kaum Musyrikin tetap dapat mengekori baginda sehingga ke Gua Thur. Di sinilah bukti bahwa kita hanya berusaha dan yang memastikan kemenangan adalah Allah SWT. Allah SWT jua dengan rahmatNya menyelamatkan Rasulullah SAW dan Abu Bakar dengan mengilhamkan kepada sang labah2 dan burung merpati untuk membuat sarang dipintu gua. Kegighan sang labah2 harus dicontohi kerana kualiti sarang yang dibuatnya adalah sarang 'model lama' sehinggakan ketika Musyrikin Mekah menghampiri gua, berkata salah seorang mereka "Mengapa engkau ingin mencari Muhammad di situ kerana dipintu gua itu ada sarang labah2 yang usianya lebih tua daripada umur Muhammad". Subhanallah!! Begitulah gigihnya sang binatang membantu Rasulullah SAW.

Satu lagi cerita yang boleh menginsafkan kita adalah kesetiaan Saidina Abu Bakar Al Siddiq RA yang begitu mencintai Rasulullah SAW melebihi dirinya sendiri. Ketika Musyrikin sudah menghampiri pintu gua, Abu Bakar berkata "Ya Rasulullah, jika mereka menjengok sedikit ke dalam gua, sudah pasti mereka akan nampak kita". Lalu Abu Bakar menangis. Rasulullah SAW bertanya "Adakah engkau takut?" Abu Bakar menjawab dengan jawapan yang sangat menyentuh hati, "Jika mereka membunuh aku, aku hanya seorang lelaki. Tetapi jika mereka membunuh engkau wahai Rasulullah, maka celakalah umat" Tidak sampai di situ sahaja pengorbanan Abu Bakar. Ketika Rasulullah SAW sedang tidur di dalam gua, Abu Bakar berusaha menutup semua lubang binatang berbisa yang ada di dalam gua dengan batu. Namun ada satu lubang yang tidak dapat ditutup dengan batu, maka Abu Bakar menutupnya dengan memijak lubang tersebut dengan kakinya sehingga kakinya dipatuk ular. Ada riwayat lainmengatakan disengat dengan kala jengking.

Bila aku memikirkan dan menggambarkan keadaan Rasulullah SAW dan Abu Bakar di dalam Gua Thur, aku jadi sebak. Sampai ke tahap itu sekali perjuangan baginda untuk memastikan kita umat akhir zaman mengecapi Iman dan Islam. Tambah sebak aku bila menilai diri ini, sejauh mana yang telah aku lakukan untuk membalas jasamu Ya Rasulullah. Andaikata jika engkau masih hidup dan engkau melihat kehidupanku kini, pasti engkau menangis melihat aku dan umat Islam hari ini yang mana sangat jauh dari sunnahmu dan sangat tidak menghargai perjuanganmu seolah2 apa yang berlaku antara engkau dan Abu Bakar di Gua Thur adalah sia2!!

Kami memohon padaMu Ya Allah, sematkanlah cinta yang mendalam di hati kami terhadap Rasulullah SAW agar kami dapat mengekori jalannya dan bersungguh2 menuntut ilmu demi memenuhkan bekalan untuk memperjuangkan agamaMu dan perjuangan Rasulullah SAW. Sesungguhnya kami lalai dalam tugas menyambung perjuangan RasulMu dan hanya padaMu kami memohon kekuatan dan hidayah agar kami kembali ke jalan yang benar.

Kawan-kawan, Islam sedang disengat oleh ular kebatilan di zaman ini. Tidak mahukah kita menjadi Abu Bakar untuk memijak lubangnya agar ular kebatilan itu akan terbenam dan tertimbus selama-lamanya?

video

Istimewa Maal Hijrah : Qasidah Muhammadiah Penyejuk Jiwa

Saya postkan juga satu persembahan qasidah yang sangat menenangkan. Moga dapat menembah kecintaan kita kepada nabi Muhammad SAW sempena Maal Hijrah ini. Cuma audionya agak bermasalah. Selamat menghayati.

video

Istimewa Maal Hijrah : Petikan Cerita 'Muhammad Utusan Terakhir'

Sempena Maal Hijrah, saya mengajak sahabat-sahabat untuk kita menghayati susah payah Rasulullah berhijrah demi kelangsungan penyebaran Islam. Mari kita hayati petikan cerita ini untuk menambahkan lagi rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW.


video

Friday, December 26, 2008

Demo Palestin : Aku Bangga Jadi Pelajar Azhar!

Satu hari pada pertengahan November lepas, saya melangkah masuk ke Universiti Azhar dan mendapati ada kelainan sedikit. Bilangan pelajar agak ramai dan seolah-olah akan berlaku sesuatu. Sangkaan saya tepat apabila sedang mendengar penerangan doktor dalam kuliah, saya mendengar laungan bergema bersama dengan sahutan yang gegak gempita. Rakan sebelah berbisik ”ada demo hari ni”. Hati saya memang ingin mengetahui dan melihat apa yang berlaku diluar, namun dibatalkan niat itu dan terus memberi perhatian pada kuliah.



Setelah tamat kuliah, saya berlari keluar dan melihat apa yang berlaku. Benarlah, pelajar Azhar sedang melakukan demonstrasi. Saya menyangkakan itu demo membantah kerajaan atau pentadbiran Azhar, rupanya setelah saya merapati mereka, saya dapati mereka mengadakan demo untuk membantah kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Laungan mereka begitu bersemangat dan membangkitkan keinsafan. Saya sempat merakamkan demo tersebut dan mengambil beberapa keping gambar. Setalah 5 minit, kawan saya menarik tangan saya dan meminta saya berhenti dan segera beredar. ”Bahaya kalau semangat sangat”. Di Mesir, memang kita tidak boleh terlalu nyata bersemangat ke depan. Silap-silap penjara bawah tanah akibatnya.

video

Saya pergi ke Masjid Azhar dan solat Zohor. Ketika bertemu dengan kawan-kawan lain di masjid, semuanya bercerita berkenaan demo terbabit. Kata mereka, setelah berarak, peserta demo mengadakan ucapan dan diselangi dengan persembahan sketsa. Sekeras-keras hati orang Arab, hati mereka lembut dan mengalirkan air mata ketika mengenangkan penderitaan saudara mereka.



Saya memutuskan untuk pulang ke ARMA selepas solat. Dalam perjalanan, saya lalu di hadapan Azhar dan melihat peserta demo sudah mara ke hadapan dan berkumpul di pintu utama. Agak kalut juga dengan kehadiran ramai polis ala-ala FRU dan orang ramai yang menyaksikan demo tersebut. Saya melihat mereka dengan bangga kerana mereka begitu bersemngat dan saya yakin, orang-orang inilah yang akan muncul sebagai pembela Islam di masa depan.



Saya berjalan pulang dengan berfikir, berapa ramai remaja kita yang boleh mengalirkan air mata bila mengenangkan saudaranya di Palestin? Sedangkan di sekolah dulu, nak buat program penerangan Palestin pun dikatakan membuang masa, baru-baru ni pun hendak minta derma 20sen seminggu pun sudah ada yang report kat mak ayah, adakah kita akan merasa sakit juga seperti sakit mereka di sana? Orang yang kedekut dan kata program penerangan membuang masa ini mungkin tidak merasakan keperitannya kerana tidak berlaku pada keluarga mereka. Saya merasa malu terhadap orang ini dan berdoa moga suatu hari nanti mereka akan sedar dan merasai sendiri betapa peritnya penderitaan rakyat Palestin. Jika mereka terus bersikap seperti itu, mereka akan berhadapan dengan pendakwaan oleh seluruh rakyat Palestin di padang Mahsyar nanti kerana mengkhianati perjuangan mereka dan tidak memperdulikan penderitaan mereka di dunia.



Merasa sayang terhadap sesama saudara akan membuatkan kita lebih peka terhadap saudara seagama kita. Perasaan ini akan membuahkan peningkatan iman di dalam hati dan iltizam yang kukuh untuk berjaya di dunia dan akhirat. Saya sampai bila-bila pun akan mempertahankan program seumpama ini dijalankan bagi menyedarkan kita betapa pentingnya ukhuwwah sesama Islam dan betapa pentingnya tanah Palestin harus dipertahankan. Saya berdoa semoga saya menjadi seperti pelajar Azhar tadi yang begitu bersemangat menunjukkan penentangan mereka terhadap Israel. Saya bangga jadi pelajar Azhar!

PMRAM Disisihkan?

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merupakan persatuan yang banyak berjasa kepada semua warga pelajar yang pernah menuntut di Bumi Anbia ini. Tidak dinafikan segala jasanya yang tidak terhitung setelah 78 tahun penubuhannya di Mesir. Dari kejauhan sebelum saya berada di sini, saya ada mendengar perihal berkenaan persatuan ini. Daripada apa yang dikhabarkan, persatuan ini memang hebat dan mempunyai sejarah perjuangan yang agung. Bahkan, tempat tinggal saya kini, Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) merupakan antara jasa terbesar PMRAM dalam menonjolkan nama baik negara kita di peringkat antarabangsa.

Penglibatan PMRAM dalam membantu pihak kerajaan Mesir dalam Perang Tiga Serangkai antara Mesir, Perancis dan Israel amat disanjung sehingga kerajaan Mesir menghadiahkan sebidang tanah di kawasan Abbasiah kepada PMRAM sebagai lambang pengiktirafan terhadap persatuan ini. Namun, disebabkan faktor implikasi undang-undang dan demi kebaikan tanah ini di masa hadapan, PMRAM bersetuju untuk memindah nama hak milik tanah kepada kerajaan Malaysia.

Dahulunya, ARMA megah dengan pelbagai kegiatan dakwah yang menghidupkan biah solehah di sini. PMRAM memainkan peranan besar dalam memastikan pengamalan Islam sentiasa berkembang demi kebaikan penuntut-penuntut Malaysia. Pejabatnya yang tersergam indah di ARMA menjadi pusat bagi pemimpin PMRAM berfikir dan memerah keringat untuk menjana kekuatan gerakan dakwah di sini.

Namun, semuanya kini berubah. PMRAM yang banyak berjasa seolah-olah telah disisihkan. Bumi ARMA yang secara perinsipnya adalah hak PMRAM telah dinafikan haknya dan seolah-olah diusir secara ’terhormat’ dari sini. Tiada lagi program-program tarbiah dan kerohanian berkumandang dalam dewan. Ikhtilat yang selama ini dijaga selihatan semakin longgar. Paling menyedihkan, ukhuwwah sesama penghuni ARMA ’cedera’ dengan amat parah. Tiada budaya memberi salam, tiada bertegur sapa, kawan sebelah bilik langsung tak kenal, solat berjemaah amat parah. Kenapa ini berlaku? Kenapa PMRAM tidak lagi boleh membawa tarbiah di ARMA?

Sebelum saya ke sini, saya juga ada mendengar beberapa cerita berkenaan keburukan PMRAM terutama dalam kem BTN. Saya dikhabarkan PMRAM adalah pertubuhan haram yang tidak berdaftar. PMRAM juga adalah persatuan politik pembangkang yang wujud di bumi Mesir. Bagi mereka, kami tidak sepatutnya menyertai PMRAM kerana akan dikira bersalah menyertai persatuan yang tidak berdaftar. Saya jadi pening. Yang mana satu betul? Tidak mengapa, saya akan perhatikan sendiri ketika sampai di Mesir nanti.

Setibanya disini, saya terdampar di Cairo Airport selama lebih kurang 4 jam. Kesilapan maklumat yang diterima oleh pihak yang akan menyambut kami menyebabkan mereka hanya sampai ke airport pada jam 8 pagi. Tidak mengapalah, kesilapan teknikal je. Bila masuk je ’trenco’ (van penumpang yang amat popular di sini), saya diberi satu pamplet berkenaan ’persataun tidak berdaftar’ ini. ”USMB PMRAM”. Saya membacanya dan mendapati ianya adalah pemplet berkenaan Unit Sambutan Mahasiswa Baru PMRAM. Bagusnya ’persatuan tidak berdaftar’ ini, siap ada unit sambutan untuk mahasiswa baru!

Sesampai je kat Rumah Perak (saya pergi ke Mesir melalui Jabatan Agama Islam Perak), semua orang kuat ’persatuan tidak berdaftar’ ini sudah menunggu. Semuanya berkenaan apa yang kami perlu buat mereka bantu dan beriakn penerangan hinggakan beg kami pun mereka angkat sampai ke bilik. Mereka menguruskan saratoga (selimut musim sejuk), penempatan, makanan kami hingga tauzi’ (tarikh di mana pelajar akan dihantar ke cawangan Azhar yang mereka mohon) dan segalanya yang berkaitan dengan kebajikan kami.

Bukan setakat itu saja, urusan tauzi’, urusan kuliah, urusan tukar jurusan, dan taklimat berkenaan Azhar serta setiap jurusan pun mereka uruskan. Paling besar adalah program KEJORA yang bertujuan memperkenalkan mahasiswa baru dengan keadaan Mesir, situasi kuliah, sistem Azhar dan memperbetulkan halatuju kami di Mesir agar kami fokus dan memahami tugas sebenar kami di sini. Setelah semua ini, saya mendapati tiada apa-apa yang merbahaya yang telah PMRAM ajarkan kepada kami. PMRAM tidak ajar kami menggunakan senjata, berdemostrasi, dan apa jua kegiatan yang ekstrem. Malah kami berasa selesa dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada PMRAM kerana membantu menguruskan kami hingga ke hari ini.

Jasa PMRAM tidak tamat di situ sahaja. Baru-baru ini PMRAM juga terlibat dalam menguruskan zakat Azhar kepada semua penuntut Malaysia. Ini bukan pertama kali, malah setiap tahun PMRAM menguruskannya. Bulan lepas, ada penuntut Malaysia ditahan pihak berkuasa kerana tiada visa. PMRAM juga yang membantu mereka hingga dibebaskan walaupun ada di kalangan mereka orang yang selalu menghentam dan bersikap talam dua muka terhadap PMRAM. PMRAM juga membantu mencari penempatan bagi penuntut yang berkahwin dan menolong penuntut yang pertama kali melahirkan anak. Bagi penuntut yang mempunyai masalah kewangan, ’persatuan tidak berdaftar’ ini juga yang membantu. Sampai satu tahap, hendak mencari pasangan untuk berkahwin pun ada sistemnya dalam PMRAM. Unik sungguh PMRAM. Ada persatuan lain di Mesir ini yang melakukan kerja kebajikan sehebat PMRAM?

Kalau nak sebut semua jasa PMRAM, tidak tertulis dalam aktikel ini. Terlalu banyak. Tetapi, kita pelik, kenapa ’persatuan tidak berdaftar’ yang berjasa ini tidak diberi ruang yang luas untuk berjasa malah disisihkan seolah-olah ia pertubuhan pengganas? Baru-baru ini ketika program korban sempena Aidiladha di Haiyu Asyir, nama PMRAM sebagai persatuan induk penuntut di Mesir langsung tidak tertulis dalam kain rentang program. Semua ini berlaku dengan dua alasan. PMRAM persatuan tidak berdaftar dan terlibat dengan politik pembangkang. Betulkah? Bila saya selidik, saya dapati memanglah PMRAM tidak berdaftar di bawah kerajaan Malaysia, namun PMRAM berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Macam mana hendak daftar di bawah kerajaan Malaysia sedangkan PMRAM ditubuhkan sebelum kerajaan Malaysia wujud iaitu pada 1930. Andai ia tidak berdaftar di Malaysia, PMRAM berdaftar di Mesir. Jadi, apa masalahnya? Masih dikira tidak berdaftarkah?

Satu lagi tuduhan, PMRAM adalah persatuan parti pembangkang. Setahu saya, antara yang termaktub dalam perlembagaan PMRAM, tidak boleh menyertai dengan mana-mana pertubuhan politik selaras dengan akta persatuan kerajaan Mesir. Jika ada yang berpolitik di kalangan ahli PMRAM, itu hak peribadinya. Takkan lah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Ada yang mengatakan ramai pemimpin PMRAM menjadi pemimpin politik pembangkang di Malayisa, saya ulangi sekali lagi itu adalah hak peribadi dan berlaku di Malaysia. Di Mesir, tiada yang dilakukan PMRAM melainkan membantu dan menguruskan kebajikan penuntut Malaysia di Mesir.

Jika pihak berkenaan, masih beranggap PMRAM adalah pertubuhan politik, saya harap pihak berkenaan bertindak adil. Di Mesir terdapat pertubuhan Kelab UMNO Mesir. Saya nak bertanya, mana yang lebih jelas berpolitik, PMRAM atau Kelab UMNO yang nyata-nyata terpampang nama parti politik sekular pada namanya? Masing-masing boleh jawab. Jika mereka berhujah, Kelab UMNO diberi ruang kerana melaksanakan kebajikan, bukannya berpolitik, saya ingin menjawab PMRAM yang lebih banyak buat kebajikan pun harus diberikan ruang sama dengan Kelab UMNO. Jika kata mereka, PMRAM pertubuhan politik dan harus disekat, saya ingin menjawab, Kelab UMNO lagi jelas sebagai pertubuhan politik dan harus juga diharamkan! Dalam bahasa Arab ada satu kaedah ’فما هو جوابكم, فهو جوابنا’ bermaksud ‘apa yang kamu jawab, begitu jugalah jawabku’



Satu sahaja harapan saya, berlaku adillah terhadap PMRAM. PMRAM ingin melaksanakan kebajikan dan jangan dihalang niat suci tersebut. Biarkan PMRAM melebarkan jasanya terhadap penuntut Malaysia di seluruh Mesir. Moga kita sama-sama mendapat manfaat.

Thursday, December 25, 2008

Benarkah Malaysia Negara Islam?

Saya mendapat ilham untuk berkongsi dengan kawan-kawan tentang status Malaysia samada boleh kita kategorikan sebagai negara Islam atau sebaliknya. Hal ini menjadi persoalan yang perlu dijawab kerana status ini menentukan samada agama Islam benar-benar dalam keadaan selamat di bawah Perlembagaan Perseketuan atau tidak. Menjadi kewajipan bagi umat Islam memastikan agar Islam dijaga sepenuhnya oleh perlembagaan agar dapat dilaksanakan dengan berkesan meliputi seluruh manusia kerana Islam syumul untuk semua manusia.

Saya ingin berkongsi pengalaman di kem Biro Tata Negara (BTN) yang mana saya mendapat banyak maklumat berkenaan perlembagaan negara. Saya bersyukur kerana Allah menyelamatkan saya daripada diselewengkan pemikiran dalam kem tersebut kerana sebelum ini saya mengetahui sedikit sebanyak berkenaan perlembagaan terutama selepas tercetus isu murtad pada pertengahan tahun 2006.

Ketika itu, hangat diceritakan berkenaan Lina Joy atau nama asal Azalina Jailani yang memfailkan kes terhadap Jabatan Pendaftaran Negara dan Kerajaan Malaysia kerana menghalangnya untuk membuang status Islam dalam Mykad. Dia yang asalnya beragama Islam murtad pada tahun 1997 dan bertindak menukar namanya dan status agamanya dalam Mykad. Saya yang ketika itu baru memasuki Lower 6 di KISAS amat tertarik berkenaan isu ini dan mengikuti beberapa siri ceramah dan penerangan berkenaan kedudukan dan kepentingan kes ini untuk kita menangi. Ramai beranggapan bahawa kes ini tiada makna jika kita menang atau kalah kerana Lina Joy tetap akan murtad jua. Namun setelah mencari maklumat dan gambaran sebenar kes tersebut, saya menyedari bahawa apa yang dibimbangi adalah implikasi daripada kes tersebut kerana jika kita kalah, implikasinya terlalu besar dan amat merbahaya kepada Islam.

Saya tidak mahu mengulas panjang berkenaan kes tersebut kerana ianya juga telah tamat dibicarakan dengan Lina Joy kalah dalam tuntutan tersebut walaupun tersebar SMS yang mengatakan Lina Joy menang semula dan Persatuan Kristian Melayu telah ditubuhkan, ia tidak lebih sebagai fitnah dan khabar angin. Jika ingin diulas sedikit, keputusan kes Lina Joy adalah keputusan Mahkamah Persekutuan yang mana ianya adalah mahkamah tertinggi dan keputusannya tidak boleh dicabar. Alhamdulillah, saya mendapat banyak manfaat daripada kes ini dan mendapat sedikit sebanyak ilmu berkenaan perlembagaan negara dan kedudukan Islam dalam perlembagaan. Terima kasih tidak terhingga kepada peguam YB Zulkifli Noordin yang banyak menyampaikan maklumat dan kefahaman berkenaan perlembagaan negara kepada masyarakat melalui siri ceramahnya di seluruh negara.

Kembali kepada tajuk kita, dalam BTN, saya mendapat penjelasan bahawa negara kita adalah sebuah negara Islam yang menjaga kepentingan semua rakyatnya yang berbilang kaum. Walau bagaimana pun, kem tersebut lebih memfokuskan berkenaan hak-hak orang Melayu dan betapa pentingnya kita mempertahankan hak Melayu yang telah diceroboh dan digugat oleh kaum lain. Mari sama-sama kita pertahankannya! Hidup Melayu!! (baca semula dengan menggunakan nada Dato Hishamuddin, Ketua Pemuda UMNO) Termuntah kami semua dihidang dengan nasi dan lauk kebangsaan sehingga tidak boleh masuk lagi ke dalam kepada otak ini. Amat memualkan. Saya tidak diajar untuk taksub pada bangsa kerana tiada apa-apa makna dengan bangsa. Kemuliaan hanya dengan iman dan taqwa. Apa guna kita orang Melayu jika kita tinggalkan Islam? Perlu diingat, Kesultanan Melayu Melaka gemilang ketika mereka berpegang teguh kepada Islam dan tumbang ketika mereka lalai dengan kuasa dan maksiat!

Saya tidak mahu mengulas tentang segala doktrin taksub pada bangsa yang diterapkan dalam kem tersebut. Ia hanya membuang masa! Saya hendak fokuskan berkenaan kandungan modul dalam kem berkenaan yang mengatakan Malaysia negara Islam dan dijamin kedudukannya dalam perlembagaan. Manakala kerajaan hari ini melaksanakan Islam sejajar dengan perlembagaan. Mereka membacakan berkenaan Artikel 3 dalam perlembagaan yang menyebut ”Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan Malaysia”. Kata mereka, ini adalah bukti tertinggi betapa perlembagaan kita adalah selaras dengan Islam dan menjunjung tinggi agama samawi ini.

Saya ingin menyanggah kenyataan ini dengan tiga hujah. Pertama adalah melalui peruntukan artikel dalam perlembagaan iaitu artikel 4 berbunyi ”Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah terbatal” Semua boleh faham dengan apa yang dikatakan oleh artikel ini. Ia sekali gus menasakhkan artikel 3 yang meletakkan keistimewaan pada agama Islam. Maknanya, Islam adalah agama Persekutuan tetapi yang tertinggi adalah Perlembagaan Persekutuan! Jika ada undang-undang Islam yang bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang Islam tersebut akan terbatal! Adakah ini yang dikatakan keistimewaan pada Islam? Fasi BTN tidak menyebut langsung tentang artikel 4 ini. Begitu bijak mereka nak memperbodohkan kami pelajar agama. Apa mereka fikir kami pelajar agama bodoh undang-undang?

Dalam hujah kedua, saya hendak menjelaskan lagi hal ini dengan lebih mendalam. Setiap perkataan yang tidak jelas dalam perlembagaan akan mempunyai tafsiran terperinci. Perkataan ’agama’ dalam artikel 3 (rujuk artikel 3 di atas) mempunyai tarsiran tersendiri dalam perlembagaan. Apakah tafsiran ’agama’ dalam artikel 3? Saya sudah lupa tentang ayatnya tetapi ia lebih kurang bermaksud ’tafsiran agama dalam artikel 3 adalah religion seperti tafsiran agama-agama lain’. Maksudnya, yang dikatakan ’agama’ dalam artikel 3 bukanlah seperti tafsiran Islam iaitu ’ad-deen, cara hidup’ tetapi ’religion’ yang hanya berkisar kepada perbuatan retual sahaja. Inilah tafsiran Islam dalam perlembagaaan!!! Islam hanya sekadar dalam perbuatan ritual (ibadah) sahaja manakala yang lain tiada sangkut paut dengan Islam. Adakah ini keistimewaan yang diberikan kepada Islam ataupun penghinaan?

Maka tidak hairanlah timbulnya Aktikel 4 yang menafikan Islam sebagai undang-undang yang tertinggi kerana Islam sekadar dalam ibadah sahaja. Hakikatnya, Islam telah dihina dan diletakkan di bawah sesuatu yang dicipta sendiri oleh Lord Reid iaitu perlembagaan kita yang sekular. Kenapa saya katakan sekular? Kerana Islam hanya dalam ibadah dan terpisah daripada kehidupan dan pentadbiran negara. Bukankah ini sekular? Maka benarlah seperti yang dikatakan perlembagaan, Islam adalah Agama Persekutuan dalam hal ehwal ibadah sahaja manakala undang-undang tertinggi dalam perjalanan pentadbiran negara adalah Perlembagaan Persekutuan yang sekular! Inilah hakikatnya. Maka, bolehkah kita katakan Malaysia adalaj negara Islam?

Hujah ketiga yang ingin saya ketengahkan adalah Artikel 11 yang menyebut ”mereka yang berumur 18 tahun ke atas bebas menganut agama pilihannya sendiri”. Nampak macamlah rakyat Malaysia diberi kebebasan beragama, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya! Dalam perlembagaan, ada yang dinamakan maksud yang terselindung. Sebagai contoh, kita pergi ke kedai mamak dan order ”mamak! Kasi itu teh, mu letak dalam cawan, letak susu, letak air panas dan mu tarik ye!”. Nampak sangat orang yang order itu bodoh kerana sepatutnya cukuplah dia berkata ”Mamak, kasi teh tarik satu!” Bila kata teh tarik, mamak tahulah maksud yang terselindung adalah letak teh dalam cawan, letak susu, tuang air panas dan tarik. Begitu juga dengan Artikel 11.

Bila sebut berkenaan ’bebas menganut agama pilihannya’ ia juga bermaksud ’bebas untuk tidak menganut’. Maksud di sini, tiada halangan untuk orang Islam murtad dan ini dijamin oleh perlembagaan. Sebagai contoh, Jamaluddin Othman merupakan seorang bekas Islam dan sekarang adalah paderi Melayu pertama di negara kita. Dia pernah didakwa kerana menyebarkan Kristian kepada remaja Islam yang lain. Maka dia ditangkap dan dibicarakan, namun dia dibebaskan kerana peruntukan Artikel 11. Keputusan perbicaraan menyebut bahawa Jamaluddin sudah berumur 18 tahun dan dia memilih agama Kristian. Maka dia berhak untuk menyebarkan agama pilihannya kepada orang lain. Lihatlah, artikel ini bukan sahaja menjamin hak untuk murtad malah membenarkan si murtad memurtadkan orang lain. Selain itu juga, Aktikel 11 mempunyai maksud terselindung bahawa mereka yang berumur 17 tahun ke bawah tidak bebas menganut agama pilihannya sendiri. Apakah kesannya? Kita lihat contoh di bawah.

Saya berikan contoh terakhir sebagai kesimpulan. Pada tahun 1980-an terdapat kes seorang gadis Cina bernama Suzy Teow, 16 yang memeluk Islam di Kelantan. Ibu bapanya yang beragama Buddha memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Kelantan untuk mendapatkan perintah mahkamah agar Suzy kembali kepada agama Buddha. Semua saksi dipanggil dan mengesahkan Islam Suzy sah kerana dia sudah baligh dan memeluk Islam dengan kerelaannya sendiri. Jika mengikut Islam, Suzy sah sebagai Islam dan sepatutnya tiada dakwaan baginya. Tetapi peguam pendakwa raya ketika itu, Karpal Singh (pengerusi DAP) mendakwa bahawa mahkamah Malaysia menggunakan Sivil Law, bukannya Islamic Law. Maka berdasarkan Sivil Law dalam Artikel 11, Suzy berumur 16 tahun dan tidak boleh menentukan agama pilihannya. Islam Suzy adalah terbatal dan hendaklah kembali kepada agama Buddha.

Jelas tak kedudukan Islam di negara kita? Suzy yang sudah memeluk Islam ’terbatal’ Islamnya kerana bercanggah dengan Perlembagaan Perseketuan. Namun, atas kebijaksanaan Ketua Hakim Negara ketika itu iaitu Tun Salleh Abbas, fail kes Suzy disorokkan selama 2 tahun. Apabila ingin dibacakan semula keputusan kes tersebut, Suzy diminta untuk mengumumkan agama pilihannya kerana dia sudah berumur 18 tahun. Lalu dengan lancar Suzy menyebut lafaz 2 kalimah syahadah. Dia sekarang Islam dan menjadi pendakwah yang mana ramai orang memeluk Islam di tangannya. Kes ini juga menjadi salah satu sebab kenapa Tun Salleh Abas dipecat sebagai Ketua Hakim Negara. Maka terkorbanlah seorang ketua hakim demi menyelamatkan aqidah seorang gadis. Tahniah Tun Salleh!!

Dengan ini, jelaslah kita akan kedudukan Islam di negara kita. Islam di bawah dan terdedah kepada ancaman. Lebih malang, mereka yang berkuasa mempertahankan perlembagaan ini dan sama sekali tidak berusaha untuk mengubahnya ke arah mempertahankan Islam sedangkan mereka mempunyai kuasa. Saya ingin simpulkan bahawa Malaysia adalah negara sekular kerana memisahkan Islam dengan pentadbiran negara dan juga kerana Islam tidak dijaga malah terdedah kepada ancaman di bawah perlembagaan sekular ini. Perlembagaan Persekutuan adalah perlembagaan sekular dan tidak berpandukan Islam. Tunku Abdul Rahman juga pernah menegaskan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan dikuatkan lagi dengan keputusan mahkamah pada 1980-an yang menjelaskan kedudukan bahawa Malaysia adalah negara sekular.

Kawan-kawan, Islam di negara kita berada dalam keadaan terancam dan akan terus diancam oleh pihak yang bencikan Islam. Islam tidak pernah memusuhi sesiapa dan kita hanya mahukan Islam tertegak dengan sempurna dan ia akan membawa kebaikan kepada semua. Menjadi tugas kita sebagai rijal-rijal Islam untuk mempertahankannya. Tugas kita sekarang cuma belajar bersungguh-sungguh dan beramal dengan kehidupan Islam sepenuhnya. Kelak nanti, kita semua akan bertemu kembali dengan membawa kepakaran bidang masing-masing dan kefahaman Islam yang syumul dalam pengembelingan tenaga yang akan mendaulatkan Islam di negara kita. Sentiasa berjemaah dan pelihara iman kita. Kita ada tugas besar dan mulia menanti kita di masa depan. Adakah kita mahu sertai? Tepuk dada tanyalah iman.

Hudud: Pas Tidak Boleh Gadai Hukum Allah Dengan Kepentingan Politik Kawan

Artikel ini dipetik dari msomelayu.blogspot.com

SEPERTI yang telah diduga dan sering berlaku hudud telah menjadi isu. Media kroni sudah palu canang, gong dan gendang menjual hudud menjelang pilihan kecil Kuala Terengganu 17 Januari depan. Jaminan Husam Musa di Wancana Tranformasi Politik Malaysia dieksploitasikan sepenuhnya.

Melihat cara Umno memainkan isu itu menunjukkan parti itu kekeringan isu untuk ditaburkan di Kuala Terengganu. Apakah ini menunjukkan tanda-tanda awal kerusi Kuala Terengganu akan melayang ke tangan Pas? Pas sendiri masih belum membuat persiapan untuk berhadapan dengan pilihan raya itu, sehinggakan nama calonnya pun belum diumumkan, tetapi Umno sudah mabuk memikirkannya.

Isu hudud yang timbul untuk kali ke seribu ini, bukan salah Husam Musa sebenarnya, tetapi ia salah DAP. DAPlah yang perlu dipertanggungjawab dan dipersalahkan dengan bangkit semula isu hudud ini. Jika DAP tidak gatal mulut isu hudud tidak akan menjadi selantang hari ini.

Semuanya bermula apabila DAP memberi reaksi segera atas jaminan Husam kepada Khairy Jamaluddin pada malam itu. Tanpa merujuk kepada Husam sendiri dan kepada suasana dan semangat Husam bercakap mengenai hudud DAP terus pertikaikan Husam. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan pengerusinya, Karpal Singh terus bangkit mengecam hudud. Apa salah hudud?

Guan Eng atau Karpal Singh tidak sepatut melenting bila Husam memberi jaminan itu. Mereka harus faham dalam konteks apa Husam berkata mengenai hukum hudud itu. Husam tidak berkata di luar Kelantan tetapi di dalam negerinya sendiri. Karpal dan Guan Eng sepatutnya arif dan faham mengenai rencah dan sosio-politik Kelantan yang unik itu.

Lainlah kalau Husam memberi jaminan kerana diasak Khairy itu di luar Kelantan, misalnya di Pulau Pinang, Kuala Lumpur atau Ipoh. DAP boleh pertikaikan kerana ia boleh menimbulkan masalah kepada parti itu. Tetapi ini di Kelantan.

Seperkara yang DAP perlu tahu perjuangan Pas berbeza dengan perjuangan DAP. Pas berjuang untuk mendapat keredaan Allah yang memikul tanggungjawab kepada rakyat menceritakan soal dosa dan pahala. Menegak kebenaran dan menentang kemungkaran. Pas tidak boleh mengikut rentak DAP bermainan dengan politik chauvenismenya yang menerima kaedah matlamat menghalalkan cara. Pas yakin bahawa selepas kematian segala perjuangannya akan dihitung dan dihisab oleh Allah. Ini jelas.

Apalah salahnya kalau Husam memberi jaminan itu? Hudud bukan perkara baru tetapi ia menjadi agenda dan maksud perjuangan Pas itu sendiri. Bukan saja hudud tetapai apa saja yang diperintah Allah dan Rasulnya itulah yang akan diperjuangkan Pas. Pas tidak akan meninggalkan perintah Allah kerana ingin memenuhi harapan politik DAP. Bagi peribadi Husam sendiri sebagai seorang 'khalifah' beliau akan berdosa kalau tidak mengatakan jaminan itu.

Perlembagaan Pas menjelaskan maksud dan tujuan penubuhnanya. Hudud itu sebahagian daripada juzuk perjuangan Pas. Hudud akan terus diperkatakan selagi ianya tidak ditanggalkan dari perlembagaan Pas yang termaktub di bawah Fasal 5: (i) Mengenai penubuhan Pas yang berbunyi; memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintah terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Pada saya ketakutan Karpal Singh dan Guang Eng atau sesiapa saja kepada hudud tidak berasas. Kalau orang Islam yang menolak hudud, betapa teruknya keimanan seseorang muslim itu. Maaf bukan muslim lagi kalau tolak hudud! Tahulah sendiri apa hukumnya kalau kita menolak hukum Allah.

Bukan Islam juga tidak perlu takut kepada hudud? Kenapa kita harus jadi bodoh dan prejudis melulu dengan hudud. Perspektif penjenayah dihukum di bawah hukum hudud akan potong tangan, direjam dengan batu tidak betul sebenarnya. Gambaran yang pernah diberikan oleh pemimpin Umno mengenai hudud tidak benar dan berniat jahat. Gambaran itu terbit dari mereka yang jahil dan bencikan Islam.

Dalam sejarah perundangan Islam hudud tidak pernah bertindak sekejam itu. Dan bagi orang yang percaya kepada keadilan Allah, tidak akan mudah beranggapan demikian kerana hukuman Allah maha adil.

Yang menghairankan saya kenapakah orang yang telah mengatakan dia mengambil model pemerintah khalifah Umur Ibnu Aziz tetapi masih tidak faham mengenai hudud dan tetap meragui hudud? Kalau begitu nampak sangat orang yang mengucap dan mengatakan itu hanya untuk tujuan politik semata-mata dan bukan dari bilik hati sebenar.

Saya menyarankan kepada Guan Eng jangan membaca kisah Umur Ibnu Aziz dari konteks baginda membuat kebajikan saja, tetapi bagaimana Umu Ibnu Aziz (kerajaanya) menghukum penjenayah di zamannya. Kalau hendak membaca sirah Islam jangan diambil sebahagian tetapi bacalah keseluruhannya. Apa yang menjadi masalah Pas dengan Umno ialah kerana Umno membaca dan mengamalkan sebahagian dari Kitabullah dan membuang dan tidak yakin kepada sebahagian yang lain.

Orang Islam dan Melayu jangan mudah terkapur dengan mereka yang bijak bermadah demikian, yang menerima Umur Ibnu Aziz tetapi tidak menerima kewarakan Umur kepada Tuhannya. Jelas kata-kata itu tidak ikhlas dan ia hanya dijadikan tarikan politik sahaja.

Suka saya mencadangkan berhubung hudud dan masalah dengan DAP ini, Pas hendaklah membuat ketetapan khusus mengenai hudud dalam Pakatan Rakyat. Jelaskan yang Pas hanya akan melaksanakan hudud di negeri-negeri yang dimenangi saja dan tidak akan melaksanakan di negeri yang tidak dikuasainya.

Kalau perlu Pas perlu menegaskan hanya Kelantan, Terengganu dan Kedah saja akan melaksanakan hukum hudud. Manakala negeri-negeri lain jangan dimasukkan dalam tujuannya. Walaupun langkah itu tidak bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t. yang mengarahkan agar berdakwah dan melaksanakan hukumnya ke atas seluruh muka bumi ini, namun sebagai maslahat politik mungkin ia boleh dilaksanakan atas sifat sementara.

Mungkin para ulama, Majlis Syura ulama dan Mursyidul Am Pas boleh memberi pandangan mengenai cadangan ini.

Wednesday, December 24, 2008

‘Hudud’, Adakah Hanya Tanggungjawab PAS?

Saya amat tertarik dengan debat yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Kelantan antara YB Dato’ Hj Husam bin Musa, Exco Kerajaan Kelantan, YB Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen Rembau merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO serta Prof Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah UM bertajuk ’Transformasi Politik Tanah Air’. Pada mulanya agak susah saya ingin mencari salinan rakaman debat berkenaan di Bumi Mesir ini, namun rupanya pelajar kita di sini amat peka dan expert berkenaan hal ehwal politik tanah air kerana dalam masa saya mencari-cari, ramai pelajar Malaysia di Asrama Rumah Melayu Abbasiah ini sudah menyaksikan debat tersebut. Alhamdulillah, malam tadi saya dapat salinan rakaman lalu menonton debat tersebut dan tertarik untuk mengulas beberapa isu yang dibangkitkan dalam debat tersebut.




Dalam debat tersebut, Khairy memandang rendah akan komitmen PAS untuk melaksanakan hudud di negara kita. Katanya jika kita memerintah, maka hudud akan dilaksanakan, dalam nada seolah-olah melaksanakan hudud akan menimbulkan masalah kepada perpaduan negara. Kata-kata Khairy ini seolah-olah dia bukan dari kalangan umat Islam yang beriman kepada Allah dan beriman akan segala yang diturunkan Allah di dalam Al-Quran yang mana tiada keraguan sama sekali.




Di Malaysia, masyarakat menghadapi konflik dalam menilai sesuatu perkara terutama dalam persoalan mencari rujukan terbaik untuk digunakan dalam memandu kehidupan harian. Apakah panduan paling sesuai yang perlu digunakan dalam memandu kehidupan manusia? Secara logiknya, tiada sesiapa yang tahu akan kebaikan atau keburukan sesuatu perkara melainkan tuan empunya sesuatu perkara tersebut. Sebagai contoh, dalam pertandingan F1 in School anjuran Kementerian Pelajaran, setiap sekolah yang bertanding mempunyai model keretanya sendiri dan ada cara pengendaliannya yang tersendiri. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan agar kereta mereka dapat memecut paling laju untuk muncul juara. Kalau hendak laju, tayar mestilah begini, tekanan angin mestilah begini, shape kereta mestilah begini, ada sukatan khas dalam setiap aspek untuk memastikan kereta dapat meluncur laju. Akal yang sihat dapat menerima, sekolah lain tidak dapat mengendalikan kereta sekolah lain dengan baik. MCKK tidak dapat handle kereta KISAS. SSAS tidak dapat menang dengan menggunakan kereta KTK. Pendek kata, jika semua sekolah yang bertanding bertukar kereta, maka akan tunggang langganglah pertadingan F1 in School ini.



Dalam sekecil perkara ini pun, akal yang sihat tidak dapat menerima sesuatu perkara dapat dikendalikan dengan baik oleh orang yang bukan tuannya, apatah lagi dalam perkara yang lebih besar yang melibatkan kehidupan manusia. Jika KISAS kelihatan bodoh jika cuba mengendalikan kereta MCKK dalam F1 in School, begitu juga manusia akan kelihatan amat bodoh jika cuba mencipta peraturan kehidupan sendiri kerana tuan empunya manusia bukanlah manusia itu sendiri tetapi Allah SWT. Adakah sesuatu yang lebih baik dalam mengaturkan kehidupan manusia selain Allah?



UMNO perlu ingat bahawa Islam tidak memandang masalah umat manusia dari sudut pandangan kebangsaaan seperti UMNO. Islam agama universal dan dapat diterima oleh semua manusia. Dalam Al Quran sudah diterangkan akan sebab Allah mencipta manusia berbilang kaum. Dalam surah Al Hujaraat ayat 13 mafhumnya "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).


Allah menjadikan manusia berbilang kaum hanya sebagai untuk membezakan identiti antara manusia agar saling bersuai kenal. Tidak ada kaum yang diiktiraf lebih baik berbanding kaum lain. Allah hanya mengiktiraf ’terbaik’ pada manusia yang bertaqwa bukan manusia yang bernama ’Melayu’!! Ini kerana semua manusia di dunia berpeluang jadi bertaqwa. Cina boleh taqwa, Melayu boleh taqwa, Eskimo boleh taqwa, Bangla boleh taqwa, Negro boleh taqwa. Tetapi Cina tidak boleh jadi Melayu dan Bangla tidak boleh jadi Cina. Sapulah Fair n Lovely banyak mana pun, kalau putih pun, tetaplah India tidak boleh jadi Cina. Di sinilah letaknya kebijaksanaan Allah dan kebodohan yang teramat sangat bagi manusia yang bertuhankan bangsa! Allah tidak berlaku zalim terhadap hambanya dengan meletakkan takrifan mulia berdasarkan bangsa.



Perjuangan atas nama bangsa inilah yang menyebabkan negara kita porak peranda dari sudut perpaduan kaum. Walaupun diwar-warkan sebagai harmoni, namun setiap bangsa menyimpan dendam terhadap bangsa lain. Dendam meluap-luap untuk menjadikan bangsanya terbaik dan mengatasi bangsa yang lain. Walaupun UMNO mengatakan mereka berkawan baik dengan bangsa lain, tetapi itu hanyalah retorik. Dalam kem Biro Tatanegara (BTN), mereka mencaci dan memaki kaum lain seolah-olah kaum lain adalah kaum merempat dan tidak mempunyai hak di negara kita. PRU12 digunakan sehabis-habisnya untuk meniup api perkauman dengan slogan-slogan bahawa Melayu kehilangan kuasa dan akan merempat di buminya sendiri. Andaikata ini berlaku pun, merekalah yang harus dipersalahkan kerana menghidupkan konsep perjuangan berdasarkan bangsa di Malaysia. Perkara ini telah menzalimi rakyat Malaysia sekian lama hinggakan berlakulah perbezaan taraf hidup yang ketara dalam masyarakat Malaysia. Kaum India adalah paling dizalimi dengan penarafan hidup yang dhoif. Yang kaya hanya India elit sedangkan India di estet-estet masih menjadi hamba kepada si kaya.



Kembali kepada perbahasan hudud, hudud bukanlah tidak dapat diterima oleh orang Cina dan India di Malaysia tetapi persepsi salah mereka terhadap hukum Islam yang membuatkan mereka menentang dan memandang hudud sebagai peraturan yang zalim. Dalam hal ini, UMNO jangan lupa bahawa merekalah yang mendidik rakyat Malaysia sehingga masyarkat memandang serong terhadap hukum Islam. Berkali-kali mereka berhujah bahawa hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia kerena kita mempunyai multietnik. Berbilang kaum menyebabkan hudud tidak dapat diterima oleh orang bukan Islam dan akan menzalimi mereka. Kenyataan mereka ini seolah-olah mereka berkata bahawa ’Allah tidak pandai dalam mengatur kehidupan manusia. Kenyataan ’jika melaksanakan hudud, habis semua batu di Malaysia kerana dibuat untuk merejam orang berzina’, ’jika nak rasa sup tangan, pergilah ke Kelantan’, ’kita tidak perlu potong tangan, tetapi beri peluang kerja’ telah menyebabkan orang bukan Islam juga turut serta memperlekeh dan memandang serong hukum hudud.



Diakui bahawa hudud masih tidak diterima oleh sebahagian orang bukan Islam di negara kita, namun iainya berlaku bukan disebabkan hudud tidak adil tetapi lebih kepada ketidakfahaman mereka terhadap hudud sendiri. Dalam BN, MCA dan MIC begitu menentang hudud. Saya masih ingat ucapan bekas Menteri Perumahan, Dato Seri Ong Ka Ting yang mengatakan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana tidak sesuai dengan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Begitu juga MIC, hari ini dalam Berita Harian presidennya, Dato Seri S Sammy Vellu mengatakan PAS tidak menghormati sensitiviti kaum lain dengan masih tegas ingin melaksanakan hukum hudud jika dapat memerintah Malaysia bersama Pakatan Rakyat. Tidak kurang juga DAP yang lantang menolak hudud dan begitu takut dengan konsep negara Islam. Pengerusinya, Karpal Singh menolak mentah-mentah hukum hudud dan meminta Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menyatakan pendirian PKR terhadap hudud. Di sini, kita dapati terdapat sindrom Islamphobia di kalangan pemimpin politik berkenaan. Namun apabila kita bertanya, mengapa tidak setuju, apa yang tak kena dengan Islam? Tiada jawapan yang kedengaran. Yang diulang hanya 'tidak sesuai di negara pelbagai kaum'. Saya sudah menerangkan di atas betapa Islam sesuai dengan semua kaum di negara kita.


Yang menjadi masalah di sini, mereka tidak memahami hudud itu sendiri. Dengan ayat yang lebih mudah, mereka tidak kenal undang-undang apa yang mereka tentang ini. Sebagai anologi mudah, seorang bapa menghadiahkan si anak muda pada hari lahirnya sebatang kunci. Si anak marah lalu membuang kunci tersebut kerana yang diingininya adalah sebuah kereta. Si anak tidak tahu bahawa yang dibuang itu adalah kunci kereta yang ayahnya hadiahkan kepadanya. Begitu juga hudud, ia merupakan kunci undang-undang yang adil. Tapi kerana mereka tidak memahaminya, lalu mereka buang dan mengatakanya tidak sesuai. Untuk menyelesaikan masalah ini, kefahaman Islam perlu dibentuk dan Islam perlu diperkenalkan kepada bukan Islam agar mereka memahami konsep keadilan dalam Islam. Dalam hal ini, PAS sudah memulakan langkah dengan menubuhkan Kelab Penyokong PAS di kalangan bukan Islam. Langkah ini berjaya sehingga ramai bukan Islam sudah mula memahami konsep keadilan Islam hinggakan rakyat bukan Islam di Kelantan begitu selesa dan terus menyokong PAS dalam PRU12 lepas kerana mereka sudah merasai nikmat pentadbiran Islam di Kelantan yang mana hak mereka dijaga sepenuhnya dan mereka tidak dizalimi sedikit pun. Ini menjadi bukti betapa Islam menjadi pelindung semua manusia.



Tuan Guru ada mempelawa Karpal Singh untuk melawat Kelantan dan melihat sendiri bentuk mentadbiran Islam di Kelantan. Namun dia masih tidak berminat dan tidak menjawab pelawaan itu. Nampak sangat Karpal Singh menolak hudud bukan kerana prinsip tetapi lebih kerana bencinya terhadap Islam. Sebenarnya dia sama sekali tidak dapat menafikan bahwa Islam membawa keadilan kepada semua. Tetapi disebabkan tegarnya pendirian dan usahanya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sekular, dia menolak hudud yang mana dia sendiri tidak memahami hudud tersebut. Bekas Menteri Perumahan juga berkata hudud tidak dapat dilaksanakan kerana tidak sesuai. Nampak sangat tidak berpelajaran bekas menteri ini. Hudud tidak pernah dilaksanakan di negara kita, bagaimana dia boleh pasti hudud akan gagal sedangkan ianya belum pernah dicuba untuk dilaksanakan? Sesuatu itu kita hanya dapat mengetahui akan kejayaan dan kegagalan setelah dicuba. Adalah tidak adil untuk mengatakan gagal kepada sesuatu yang belum dicuba. Saya setuju dengan cabaran Dato Husam Musa agar kerajaan memberi izin kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud di sana. Biarkan Kelantan laksanakan sebagai contoh, kemudian kita lihat hasilnya. Saya yakin, berduyun rakyat akan menyokong setelah kejayaan dan keadilan hukum Allah terzahir.



Saya juga ingin mengulas kenyataan palsu dan retorik oleh bakal PM kita iaitu Datuk Seri Najib Al-Tantuya yang mengatakan PAS hanya meletakkan huhu sebagai slogan, bukannya untuk dilaksanakan. Katanya, walaupun PAS sudah mempunyai negeri yang ditadbir, namun masih tidak melaksanakan hudud tersebut. Saya merumuskan bahawa Najib adalah antara orang Melayu yang disifatkan ’Mudah Lupa’ oleh bekas PM Tun Dr Mahathir. Tidak tahukah Najib kerajaan PAS Kelantan sudah meluluskan enakmen Hudud Kelantan sejak tahun 1993 lagi? Najib dah jadi mak nenek ke hingga lupa bahawa kerajaan PAS Terengganu juga sudah meluluskan enakmen hudud negeri sejak tahun 2001? Ini adalah fakta!! Apa yang lebih besar yang ingin saya tanya pada Najib, siapakah yang menghalang akta hudud ini dilaksanakan? UMNO lah orangnya!! Kedua-dua kerajaan negeri ini telah diberi amaran oleh kerajaan UMNO dan akan dikenakan tindakan jika hudud dilaksanakan kerana bagi mereka hudud ini akan menzalimi bukan Islam dan ini hanyalah hudud PAS. Saya ingin bertanya, jika mereka berkata hudud yang didraf itu adalah bukan hudud sebenar dan itu hanyalah hudud PAS, mana pula hudud UMNO? Jika PAS membawa hudud palsu, adakah UMNO akan membawa hudud sebenar? Kenapa UMNO tidak memperjuangkan perlaksanaan hukum Allah ini dan hanya meletakkannya pada PAS? Jika UMNO parti yang memperjuangkan Islam, kenapa tidak dibentangkan akta Hudud di Parlimen sedangkan mereka mempunyai kuasa? Jawapannya, mereka tidak akan melakukannya kerana melaksanakan hukum Allah sama sekali tidak termasuk dalam dairi perjuangan UMNO. Kenyataanya adalah, UMNO parti sekular yang menolak hukum Allah dan semangnya takut untuk melaksanakannya! Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah mengatakan ”aku akan bawa draf ni di hadapan Allah dan menunding jari kepada dia (Dr Mahathir) dangan berkata Ya Allah, dialah yang halang aku nak laksanakan hukumMu” UMNO berani ke nak berhadapan dengan Allah di padang mahsyar nanti?



Saya juga menyifatkan Najib sebagai bodoh undang-undang walaupun kerajaannya sendiri yang menggubal undang-undang. Tidak tahukah Najib bahawa bidang kuasa undang-undang jenayah adalah bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat seperti yang tertakluk pada Perlembagaan Persekutuan? Maka, tidak hairanlah jika PAS tidak dapat melaksanakan hudud di negeri yang diperintahnya tanpa izin kerajaan pusat kerana bidang kuasanya di bawah federal. Jika sungguh mereka memperjuangkan Islam, sila izinkan hudud dilaksanakan di peringkat negeri sebagai percubaan dan seterusnya dilaksanakan di peringkat pusat. Perlaksanaan hukum Allah adalah tanggungjawab semua umat Islam, bukannya pada PAS sahaja.



Satu lagi fakta yang jelas menggambarkan stand UMNO terhadap hukum Allah ini. Enakmen Hudud Kelantan pernah ditentang dan dicabar di mahkamah. Siapakah orangnya? Dia adalah Dato Zaid Ibrahim, bekas ahli parlimen Kota Bharu dan juga bekas ahli UMNO!! Begitu sekali bencinya UMNO terhadap hukum Allah ini. Masih ada ruangkah untuk kita sandarkan harapan kepada UMNO untuk melaksanakan hukum Allah ini? Saya rasa tidak. UMNO dulu, kini dan selamanya tidak akan melaksanakan hukum Allah dan sama sekali tidak berusaha ke arah itu. Mereka sama sekali tidak pernah membincangkannya dalam Mesyuarat Agong UMNO dan begitulah selama-lamanya selagi mereka meletakkan bangsa sebagai dasar perjuangan. Ini dijelaskan lagi dalam debat tersebut apabila Prof Agus Yusof bertanyakan kepada Khairy samada dia akan menjadikan perlaksanaan hudud sebagai agenda perjuangannya jika dia memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Dengan muka ’minta penumbuk’, dia berkata dia akan meneruskan apa yang sedia ada kerana itu dasar kerajaan Barisan Nasional (ataupun lebih dikenali kerajaan Barang Naik J) Terang lagi bersuluh, UMNO-BN sama sekali tidak akan memperjuangkan hukum Allah ini.



Khairy dan UMNO sepatutnya malu kerana dia diajar oleh Cina tentang Islam apabila pengerusi Kelab Penyokong PAS (lupa plak namanya...) berhujuh bahawa manusia semuanya dicipta oleh Allah dan berhak mendiami mana-mana tempat di atas bumi ini kerana bumi ini juga dicipta oleh Allah. Dia juga berkata Islam adalah yang tertinggi dan membawa nilai murni kepada manusia sedangkan UMNO meletakkan Melayu yang tertinggi. Saya berasa amat terharu dengan kefahaman Islam yang jelas dalam minda beliau. Tiada yang lebih membahagiakan melainkan apabila orang bukan Islam pun memahami akan keadilan dalam Islam. Betapa murninya perjuangan Tuan Guru hinggakan dapat mendidik Cina untuk memahami Islam. Begitulah hakikatnya, Islam agama yang dapat difahami oleh semua manusia.


video


Apa yang saya katakan di sini, hendaklah dipandang dari perspektif Islam. Apa jua penilaian kita, hendaklah kembali kepada Islam. Kita menghentam UMNO bukanlah kerana dia UMNO, tapi kerana UMNO biadap kepada Allah SWT dan UMNO tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Lebih malang lagi, UMNO mengambil sesuatu yang lain dari Islam untuk disajikan kepada masyarakat. Ini yang kita sebagai umat Islam sama sekali tidak dapat menerimanya. Kita menyokong PAS kerana PAS membawa Islam. Andaikata PAS menurar dasarnya kepada lain, maka wajib bagi kita keluar dan menentang PAS. Andaikata pula UMNO mengubah dasarnya kepada Islam, PAS perlu dibubarkan atau wajib bergabung dan menyokong perlaksanaan Islam oleh UMNO. Penyatuan orang Melayu adalah atas Islam dan di situlah juga asas penyatuan UMNO dan PAS. Sekarang, semuanya terletak pada UMNO samada meneruskan dasar sekularnya atau bertukar kepada Islam. PAS selama-lamanya tidak akan menerima UMNO selagi UMNO bertunjangkan dasar sekular. PAS pernah cuba membetulkan UMNO dengan menyertai BN pada tahun 1972 tetapi ditendang keluar pada 1979. Kini giliran UMNO pula untuk berubah. Tidak perlu untuk masuk PAS, tetapi tukar dasar kepada Islam dan perjuangkan Islam sebenar di negara kita. Jika ini berlaku, saya seru kepada semua rakan-rakan sebagai pengundi muda untuk kita menyertai UMNO dan menyokong parti ini dalam piilihan raya akan datang. Namun, jika UMNO masih dengan sifat degilnya ini, maka mari sama-sama kita jatuhkannya dengan memberikan kuasa kepada PAS untuk melaksanakan Islam selagi mana PAS beristiqamah dengan dasar Islamnya. Perlu diingati, jika UMNO tidak berubah kepada Islam, tindakan kita menyokong dan mengundi UMNO yang mana UMNO akan menggunakan kuasa yang diberi itu untuk meneruskan dasar sekularnya, sama seperti mengisytihar permusuhan dengan Allah kerana menyokong pihak yang menzalimiNya. Ada sesiapa berani?

Saturday, December 20, 2008

Perlukah 'Bingkisan Daie Waqafan' Diringkaskan?

Saya mendapat berita bahawa silibus usrah di KISAS iaitu 'Bingkisan Daie Waqafan' dalam proses untuk diringkaskan disebabkan isinya yang berat untuk dibawa oleh naqib dan anak usrah. Saya suka untuk memberi komen berkenaan isu ini kerana telah terbit idea untuk menambahbaik BDW sejak dari tahun lepas.
Pada pandangan saya, susunan BDW sudah lengkap dan menepati keperluan ilmu yang perlu ada pada setiap pelajar lebih2 lagi BDW edisi lama sebelum pindaan 2005 (yang digunapakai dalam usrah umum 2007). Disebabkan itulah, BDW edisi tersebut dijadikan silibus dalam usrah peringkat muslimin pada tahun 2007 kerana bagi saya ianya lengkap untuk memberi tasawwur Islam kepada pelajar. Oleh itu, saya menyarankan agar BADAR 2009 menggunakan BDW edisi sebelum pindaan 2005 atas beberapa faktor yang bagi saya perlu dipertimbangkan. Maka, penerangan saya selepas ini adalah berdasarkan BDW edisi tersebut.
Saya ingin mengulas dari beberapa sudut dan yang pertama adalah dari sudut susunan babnya. Bab yang disusun dalam BDW adalah mengikut aturan marhalah yang bertepatan dengan marhalah tarbiyah. 5 bab pertama iaitu Pengenalan Usrah, Aqidah, Tauhid, Iman dan Islam adalah ilmu yang perlu diterapkan pada peringkat Taarif. Ini disebabkan ilmu berkaitan aqidah, tauhid, iman dan Islam adalah ilmu paling asas yang perlu dihadam untuk mendapat asas kefahaman Islam yang kukuh. 2 bab yang berikutnya iaitu Ibadah, Akhlak dan Jahiliyyah bersesuaian dengan marhalah takwin kerana ianya menerangkan berkenaan ibadah dan amalan kehidupan harian manusia dalam panduan Al Quran dan Sunnah. Ianya berkesinambungan dengan marhalah Taarif dan mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap Islam terutama aplikasi Islam dalam kehidupan. Manakala 3 bab terakhir iaitu Dakwah, Amar Makruf Nahi Mungkar dan Istiqamah meruapakan pelengkap pada marhalah tanfiz kerana ianya sebagai persediaan ilmu untuk pelajar sebelum memegang tanggungjawab dakwah, membimbing adik2 pada tahun hadapan. Bab2 ini memberi kefahaman akan keperluan dakwah, sifat pendakwah, amar makruf nahi mungkar dan betapa Islam perlu disebarkan kepada sahabat2 lain.
Kedua, pengisisan BDW amat berkesan jika diselaraskan dengan pengisian tazkirah, syabab cergas, modul mingguan serta minggu-minggu khas (ruhiyyah, fikriyyah dan ibadah) Sebagai contoh, awal tahun ketika Form 4 baru masuk ke KISAS (awal Februari), amat sesuai jika dibentangkan bab ibadah. Maka, tiada salahnya jika bab ibadah dalam BDW diterangkan sedikit terlebih dahulu terutama dalam subtopik solat kerana bagi pendapat saya, masalah pertama pelajar baru yang perlu diselesaikan adalah masalah solat. Manakala subtopik lain dalam bab Ibadah dalam BDW bolehlah diterangkan semasa usrah yang mungkin waktunya adalah pertengahan April (kerana bab Ibadah adalah bab ke6 dalam BDW). Kembali kepada tadi, jika dibentangkan bab solat dalam usrah, maka dalam tazkirah pun, adalah lebih baik untuk para muzakkir membentangkan kitab 'Pati Munyati Musolli' iaitu kitab berkenaan solat. Dengan ini, pelajar mendapat ilmu secara teori berkenaan solat (rukun, syarat, sunnat dan sebagainya) dalam usrah dan tazkirah. Dalam syabab cergas, bolehlah dibuat praktikal solat di luar surau. Manakala ketika modul mingguan, bolehlah dibuat modul praktikal pergerakkan solat, praktikal solat berimam, solat-solat sunat (lebih-lebih lagi solat sunnat yang jarang dibuat seperti solat gerhana dan solat minta hujan). Maka, ilmu yang diperoleh dalam usrah, bolehlah difahami secara praktikal di dalam program lain. Inilah yang dimaksudkan 'pengisian usrah selari dengan pengisian tazkirah, saybab cergas dan modul mingguan'.

Ketiga, apa yang perlu diperbaiki dalam BDW adalah memperkemaskan isinya. Penerangan BDW terlalu ringkas dan membuatkan naqib sukar memahami jika membacanya sendirian. Sepatutnya dimantapkan pada bahagian penerangan dengan dimasukkan contoh-contoh dan praktikal dalam masyarakat. Seperti dalam bab jahiliyyah, hanya diberikan nama-nama ideologi tanpa diterangkan dengan jelas apakah ideologi itu, apa percanggahnya dengan Islam, apakah keburukannya dan kesannya, apakah penyesaiannya dalam Islam. Semua itu perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya agar pelajar dapat memahami apakah itu Sekularisme, bahaya dan kesannya dalam masyarakat. Moga dengan ini, mereka dapat mengamalkan dalam kehidupan mereka dengan panduan Islam, lebih berjaga-jaga agar mereka tidak tertipu dan tidak hidup berdasarkan panduan aliran sesat ini.

Saya banyak idea ingin dikongsi dengan kepimpinan baru BADAR 2009. Maka, kepada yang berkaitan, jika berkesempatan, hubungi saya agar kita dapat berkongsi idea dan pendapat. Adalah amat penting untuk memperkasakan perancangan aktiviti dakwah pada tahun depan agar dakwah dapat berjalan lancar dan pelajar mendapat kefahaman Islam yang sebenar. Hanya dengan kefahaman Islam sebenarlah, kita akan menjalani kehidupan dengan hanya berpandukan panduan Ilahi sahaja dan pastinya mereka yang mengikuti 2 harta pusaka Rasulullah ini sahaja yang akan berjaya dalam pelajaran, dunia dan akhirat. Ini janji nabi kita, Muhammad SAW.

Kaedah Menghafal Al Quran!!

Ini adalah artikel yang dipostkan oleh pembaca 'Fareeza' dalam comment aktikel 'Ingat Mati Adalah Penasihat Paling Baik!'. Saya postkan untuk dikongsi bersama.

Mari bersama beramal buat saudaraku sekalian..Kaedah Sistematik Membaca Dan Menghafaz Al Quran Sistem Al HuffazDr. Hj. Mohd Shafie Md Amin Al-Hafiz Phd, ACCA

Kelulusan :
- Sijil Tahfiz Al-Quran , Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
- Sijil Usuluddin Pengajian Awam, UM, Kuala Lumpur.
- Diploma Usuluddin, UM, Kuala Lumpur
- Association Chartered of Certified Account, London School of Accountancy,UK.(ACCA)

A Persiapan Menghafaz Al_Quran :
• Semangat yang kuat, memperbanyak-kan doa kepada Allah serta mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyak-kan amalan baik dan menjauhi maksiat
• Bagi ibu-bapa, bersungguh-sungguh mendidik anak ke arah itu. Kaedah hafazan ini sesuai untul peringkat umur dari 5 tahun ke atas.a. Persiapan Mental
• Perlu ditanamkan di dalam jiwa kita akan keagungan Al_Quran iaitu meyakinkan diri bahawa kita sedang melakukan sesuatu perbuatan atau amalan yang sangat mulia.b. Ihtimam Terhadap Al_Quran
• Sikap Ihtimam (perhatian penuh) akan mendorong untuk istiqamah di dalam proses menghafaz walaupun menghadapi rintangan besar.c. Pandai Mengatur Waktu
• Sekiranya kepentingan Al_Quran telah termaktub di dalam jiwa kita, Insya_Allah kita akan dapat mengatur waktu walau bagaimana sibuk sekalipun.d. Tabah & Sabar Menghadapi Kesulitan Menghafaz
• Allah swt mengurniakan hikmah dan mewariskan kitab_Nya kepada hamba-hamba_NYa yang bersungguh-sungguh, yakin & sabar di dalam menghadapi rintangan-rintangan di dalam menghafaz Al_Quran.Firman Allah swt "Kemudian Kami wariskan kitab ini kepada hamba-hamba yang Kami pilih..." (Surah Al_Faathir : 32)

B Kaedah atau panduan nak hafaz Al-Quran adalah seperti berikut :
1. Sebagai contoh, kita nak hafaz Surah Al-Ikhlas. Surah ini ada 4 ayat.
Sediakan jadual seperti di bawah sebagai panduan dan catatan progress hafazan kita.

Nama Surah : Al Ikhlas
Tarikh Ayat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 1516 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 3031 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 4546 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60
5/10/2000 1 / / / / / / / / / / / / / / /* * / / / / / / / / / / / / / / /* * / / / / / / / / / / / / / / /* * / / / / / / / / / / / / / / /
6/10/2000 2 / / / / / / / / / / / / / / /* * / / / / / / / / / / / / / / /* * / / / / / / / / / / / / / / /* * / / / / / / / / / / / / / / /
7/10/2000 1 - 2 / / / / / / / / / /
8/10/2000 3 / / / / / / / / / / / / / / /* * / / / / / / / / / / / / / / /* * / / / / / / / / / / / / / / /* * / / / / / / / / / / / / / / /
9/10/2000 1 - 3 / / / / / / / / / /
10/10/2000 4 / / / / / / / / / / / / / / /* * / / / / / / / / / / / / / / /* * / / / / / / / / / / / / / / /* * / / / / / / / / / / / / / / /
11/10/2000 1 - 4 / / / / / / / / / /

2. Keterangan mengenai jadual di atas adalah seperti berikut : (Surah Al-Ikhlas sebagai contoh) a. Tarikh - Tarikh di mana anda menghafaz ayat Surah Al_Ikhlas. Sebagai contoh pada 5/10/2000 anda mencuba menghafaz Surah Al_Ikhlas bermula dari ayat pertama.
b. Ayat - Nombor ayat Surah Al_Ikhlas. Nombor 1 bermakna ayat pertama Surah Al_Ikhlas. Nombor 2 bermakna ayat kedua Surah Al_Ikhlas. Nombor 1-2 bermakna ayat pertama hingga kedua Surah Al_Ikhlas. Nombor 3 bermakna ayat ketiga Surah Al_Ikhlas. Nombor 1-3 bermakna ayat pertama hingga ketiga Surah Al_Ikhlas. Begitulah seterusnya hingga nombor 1-4 iaitu ayat pertama hingga keempat Surah Al_Ikhlas.
c. Kotak 1 hingga 60 - Anda dikehendaki membaca, mengulang atau menghafaz sebanyak 60 kali setiap satu ayat. Maknanya anda dikehendaki membaca, mengulang atau menghafaz ayat pertama (1) sebanyak 60 kali, ayat kedua (2) sebanyak 60 kali, ayat ketiga (3)sebanyak 60 kali. Begitulah seterusnya bagi ayat keempat (4) Surah Al_Ikhlas 60 kali. Kaedah bacaan adalah dengan 5 kali buka dan 5 kali tutup sehingga jumlahnya 60 kali. Bacaan ayat-ayat sebaik-baiknya mengikut tajwid Al_Quran.
d. Bagi kumpulan ayat seperti ayat pertama hingga kedua (1-2), ayat pertama hingga ketiga (1-3) dan ayat pertama hingga keempat (1-4), anda dikehendaki membaca, mengulang atau menghafaz sebanyak 10 kali sahaja.
e. Anda dikehendaki menandakan (/) pada kotak-kotak kosong bagi ayat yang berkenaan setiap kali anda membaca, mengulang atau menghafaz setiap ayat atau kumpulan ayat tersebut.
f. Pembacaan, ulangan atau hafazan ayat Al_Quran bergantung kepada keupayaan, jumlah masa yang mampu kita peruntuk_kan serta panjamg atau pendek ayat itu. Dalam contoh Surah Al_Ikhlas di atas, sipolan bin sipolan memulakan pembacaan ayat pertama pada 5/10/2000 dan menamatkan hafazan ayat pertama hingga keempat pada 11/10/2000. Ia mengambil masa selama 11 hari untuk menghafaz Surah Al_Ikhlas. Namun begitu kita digalakkan supaya beristiqamah dalam menjalankan sesuatu perkara kebaikan. Ulangan bacaan ayat walaupun sedikit tetapi dibuat setiap hari akan meningkatkan ingatan hafazan kita.

Mengapa 60 kali pembacaan, ulangan atau hafazan sesuatu ayat?

Menurut Ustaz Mohd. Shafie Al_Hafiz, otak manusia boleh mengingati sesuatu maklumat secara kukuh dengan pembacaan, ulangan atau hafalan sebanyak 120 kali. Walaubagaimanapun, 60 kali pembacaan, ulangan atau hafalan sudah dikira memadai untuk diterima oleh otak manusia. Jikalau anda berupaya untuk membuat pembacaan, ulangan atau hafalan sebanyak 120 kali atupun lebih adalah satu kelebihan buat diri anda sendiri. Ianya bergantung kepada keupayaan diri masing-masing. Wallahuaklam.

Beberapa pengajaran dari Ustaz Mohd. Shafie Al_Hafiz adalah seperti berikut :
a. Menghafaz itu mudah
• Kaedah yang betul, memudahkan lagi penghafazan Al_Quran.
• Firman Allah swt "Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al_Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran ?" (Surah Al_Qamar : 17)
b. Istiqamah
• Melatih kita berkekalan (Istiqamah) di dakam amalan kebaikan walaupun sedikit.
• Tanda Istiqamah ialah kita berterusan di dalam amalan kita walau bagaimana susah sekalipun.
• Jikalau kita sanggup beristiqamah di dalam perkerjaan, kita tiada alasan tidak boleh beristiqamah di dalam menghafaz Al_Quran yang mana menjanjikan kebaikan yang banyak.
c. Bersabar
• Melatih kita menghargai sesuatu benda yang sedikit, tidak tergopoh-gapah untuk mendapatkan sesuatu yakni menundukkan sifat keluh kesah, kerana konsep menghafaz Al_Quran ini adalah biar sedikit asalkan dapat dipegang hafalan itu dengan kuat & kukuh.
d. Mengasah Akal & Memberi Kekuatan Minda
• Melatih akal fikiran kita memberi tumpuan sepenuhnya kepada sesuatu subjek bagi menguasainya. Menghafaz Al_Quran perlu kepada minda segar dan tumpuan yang tidak berbelah bahagi. Latihan seperti ini amat berharga kepada kita kerana ianya memberi kekuatan minda yang mana Insya Allah kita berupaya menguasai perkara-perkara lain dengan mudah dan cepat.
e. Menanamkan Sifat Merendah Diri
• Menanamkan sifat merendah diri, kerana menyedari bahawa tanpa pertolongan Allah swt, kita tidak akan berjaya meletak-kan Al_Quran di dalam hati kita. Ini mengajar kita sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan, tidak takabbur di atas kelebihan yang diberikan oleh Allah swt kepada kita, samada dari segi kepandaian, kekayaan dll.
f. Melatih Menghargai Masa
• Aktiviti lagha (lalai) dapat dikurangkan , jika ianya tidak dapat dihentikan sepenuhnya.
• Al_Quran yang dihafaz boleh dibaca pada bila-bila masa seperti di dalam kereta, waktu berjalan, berzikir dll.
g. Sifat Kerisauan Terhadap Al_Quran Penghafaz Al_Quran akan merasa risau jika sekiranya Al_Quran tidak diulang. Perasaan ini adalah merupakan satu rahmat yang besar yang dikurniakan oleh Allah swt kepadanya.

Sebab_Sebab Lupa :
• Hafazan baru yang tidak betul-betul mantap.
• Bilangan ayat Al_Quran yang dihafaz pada sesuatu masa terlalu banyak.
• Tiada jadual mengulang hafazan yang sistematik.
• Maksiat yang dilakukan.
December 19, 2008 9:19 AM