Monday, December 15, 2008

Ingat Mati Adalah Penasihat Paling Baik!

Ketika kita sedang sibuk dengan urusan dunia, kita adakala lupa bahawa setiap detik yang meninggalkan kita adalah petanda umur kita semakin pendek dan panggilan maut semakin hampir. Disebabkan lupa akan kematian, kehidupan kita dipenuhi dengan perkara maksiat dan kita berpegang kepada panduan hidup yang lain daripada apa yang tertulis dalam Al Quran.

Sahabat, mari sama2 kita saling ingat mengingati tentang kematian. Yakinlah, hanya orang mengingati mati sahaja yang akan bersedia untuknya manakala yang leka, ketika malaikat maut datang, dia akan terkejut dan tidak menyangka bahawa 'masa'nya telah tiba. Lantas nyawa diambil ketika dia leka dengan maksiat, Nauzubiilahiminzalik..

Firman Allah dalam Surah Al Baqarah (lupa ayat ke berapa tapi m/s 5) yang bermaksud "Bagaimanakah kamu boleh kufur dengan Allah SWT sedangkan kamu asalnya mati kemudian Dia hidupkan kamu, kemudian kamu mati semula dan kemudian Dia menghidupkan kamu semula, kemudian (dengan hidup semula itu) kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk dihisab)

Saya post video ini untuk kita sama2 muhasabah dan menginsafi diri..Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk selalu bertaubat padaMu apabila kami melakukan dosa. Semoga ketika roh kami dicabut, kami berada dalam keadaan bertaubat..Amin..


1 comment:

annursyuhada_nf_saz said...

Mari bersama beramal buat saudaraku sekalian..Kaedah Sistematik Membaca Dan Menghafaz Al Quran Sistem Al Huffaz
Dr. Hj. Mohd Shafie Md Amin Al-Hafiz Phd, ACCA

Kelulusan :
- Sijil Tahfiz Al-Quran , Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
- Sijil Usuluddin Pengajian Awam, UM, Kuala Lumpur.
- Diploma Usuluddin, UM, Kuala Lumpur
- Association Chartered of Certified Account, London School of
Accountancy,
UK.(ACCA)

A Persiapan Menghafaz Al_Quran :
• Semangat yang kuat, memperbanyak-kan doa kepada Allah serta mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyak-kan amalan baik dan menjauhi maksiat
• Bagi ibu-bapa, bersungguh-sungguh mendidik anak ke arah itu. Kaedah hafazan ini sesuai untul peringkat umur dari 5 tahun ke atas.
a. Persiapan Mental
• Perlu ditanamkan di dalam jiwa kita akan keagungan Al_Quran iaitu meyakinkan diri bahawa kita sedang melakukan sesuatu perbuatan atau amalan yang sangat mulia.
b. Ihtimam Terhadap Al_Quran
• Sikap Ihtimam (perhatian penuh) akan mendorong untuk istiqamah di dalam proses menghafaz walaupun menghadapi rintangan besar.
c. Pandai Mengatur Waktu
• Sekiranya kepentingan Al_Quran telah termaktub di dalam jiwa kita, Insya_Allah kita akan dapat mengatur waktu walau bagaimana sibuk sekalipun.
d. Tabah & Sabar Menghadapi Kesulitan Menghafaz
• Allah swt mengurniakan hikmah dan mewariskan kitab_Nya kepada hamba-hamba_NYa yang bersungguh-sungguh, yakin & sabar di dalam menghadapi rintangan-rintangan di dalam menghafaz Al_Quran.
Firman Allah swt "Kemudian Kami wariskan kitab ini kepada hamba-hamba yang Kami pilih..." (Surah Al_Faathir : 32)



B Kaedah atau panduan nak hafaz Al-Quran adalah seperti berikut :

1. Sebagai contoh, kita nak hafaz Surah Al-Ikhlas. Surah ini ada 4 ayat. Sediakan jadual seperti di bawah sebagai panduan dan catatan progress hafazan kita.

Nama Surah : Al Ikhlas
Tarikh Ayat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45
46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60
5/10/2000 1 / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
6/10/2000 2 / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
6/10/2000 1 - 2 / / / / / / / / / /
8/10/2000 3 / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
9/10/2000 1 - 3 / / / / / / / / / /
11/10/2000 4 / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
* * / / / / / / / / / / / / / / /
11/10/2000 1 - 4 / / / / / / / / / /
2. Keterangan mengenai jadual di atas adalah seperti berikut : (Surah Al-Ikhlas sebagai contoh)

a. Tarikh - Tarikh di mana anda menghafaz ayat Surah Al_Ikhlas. Sebagai contoh pada 5/10/2000 anda mencuba menghafaz Surah Al_Ikhlas bermula dari ayat pertama.
b. Ayat - Nombor ayat Surah Al_Ikhlas. Nombor 1 bermakna ayat pertama Surah Al_Ikhlas. Nombor 2 bermakna ayat kedua Surah Al_Ikhlas. Nombor 1-2 bermakna ayat pertama hingga kedua Surah Al_Ikhlas. Nombor 3 bermakna ayat ketiga Surah Al_Ikhlas. Nombor 1-3 bermakna ayat pertama hingga ketiga Surah Al_Ikhlas. Begitulah seterusnya hingga nombor 1-4 iaitu ayat pertama hingga keempat Surah Al_Ikhlas.
c. Kotak 1 hingga 60 - Anda dikehendaki membaca, mengulang atau menghafaz sebanyak 60 kali setiap satu ayat. Maknanya anda dikehendaki membaca, mengulang atau menghafaz ayat pertama (1) sebanyak 60 kali, ayat kedua (2) sebanyak 60 kali, ayat ketiga (3)sebanyak 60 kali. Begitulah seterusnya bagi ayat keempat (4) Surah Al_Ikhlas 60 kali. Kaedah bacaan adalah dengan 5 kali buka dan 5 kali tutup sehingga jumlahnya 60 kali. Bacaan ayat-ayat sebaik-baiknya mengikut tajwid Al_Quran.
d. Bagi kumpulan ayat seperti ayat pertama hingga kedua (1-2), ayat pertama hingga ketiga (1-3) dan ayat pertama hingga keempat (1-4), anda dikehendaki membaca, mengulang atau menghafaz sebanyak 10 kali sahaja.
e. Anda dikehendaki menandakan (/) pada kotak-kotak kosong bagi ayat yang berkenaan setiap kali anda membaca, mengulang atau menghafaz setiap ayat atau kumpulan ayat tersebut.
f. Pembacaan, ulangan atau hafazan ayat Al_Quran bergantung kepada keupayaan, jumlah masa yang mampu kita peruntuk_kan serta panjamg atau pendek ayat itu. Dalam contoh Surah Al_Ikhlas di atas, sipolan bin sipolan memulakan pembacaan ayat pertama pada 5/10/2000 dan menamatkan hafazan ayat pertama hingga keempat pada 11/10/2000. Ia mengambil masa selama 11 hari untuk menghafaz Surah Al_Ikhlas. Namun begitu kita digalakkan supaya beristiqamah dalam menjalankan sesuatu perkara kebaikan. Ulangan bacaan ayat walaupun sedikit tetapi dibuat setiap hari akan meningkatkan ingatan hafazan kita.

Mengapa 60 kali pembacaan, ulangan atau hafazan sesuatu ayat?

Menurut Ustaz Mohd. Shafie Al_Hafiz, otak manusia boleh mengingati sesuatu maklumat secara kukuh dengan pembacaan, ulangan atau hafalan sebanyak 120 kali. Walaubagaimanapun, 60 kali pembacaan, ulangan atau hafalan sudah dikira memadai untuk diterima oleh otak manusia. Jikalau anda berupaya untuk membuat pembacaan, ulangan atau hafalan sebanyak 120 kali atupun lebih adalah satu kelebihan buat diri anda sendiri. Ianya bergantung kepada keupayaan diri masing-masing. Wallahuaklam.

Beberapa pengajaran dari Ustaz Mohd. Shafie Al_Hafiz adalah seperti berikut :
a. Menghafaz itu mudah
• Kaedah yang betul, memudahkan lagi penghafazan Al_Quran.
• Firman Allah swt "Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al_Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran ?" (Surah Al_Qamar : 17)
b. Istiqamah
• Melatih kita berkekalan (Istiqamah) di dakam amalan kebaikan walaupun sedikit.
• Tanda Istiqamah ialah kita berterusan di dalam amalan kita walau bagaimana susah sekalipun.
• Jikalau kita sanggup beristiqamah di dalam perkerjaan, kita tiada alasan tidak boleh beristiqamah di dalam menghafaz Al_Quran yang mana menjanjikan kebaikan yang banyak.
c. Bersabar
• Melatih kita menghargai sesuatu benda yang sedikit, tidak tergopoh-gapah untuk mendapatkan sesuatu yakni menundukkan sifat keluh kesah, kerana konsep menghafaz Al_Quran ini adalah biar sedikit asalkan dapat dipegang hafalan itu dengan kuat & kukuh.
d. Mengasah Akal & Memberi Kekuatan Minda
• Melatih akal fikiran kita memberi tumpuan sepenuhnya kepada sesuatu subjek bagi menguasainya. Menghafaz Al_Quran perlu kepada minda segar dan tumpuan yang tidak berbelah bahagi. Latihan seperti ini amat berharga kepada kita kerana ianya memberi kekuatan minda yang mana Insya Allah kita berupaya menguasai perkara-perkara lain dengan mudah dan cepat.
e. Menanamkan Sifat Merendah Diri
• Menanamkan sifat merendah diri, kerana menyedari bahawa tanpa pertolongan Allah swt, kita tidak akan berjaya meletak-kan Al_Quran di dalam hati kita. Ini mengajar kita sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan, tidak takabbur di atas kelebihan yang diberikan oleh Allah swt kepada kita, samada dari segi kepandaian, kekayaan dll.
f. Melatih Menghargai Masa
• Aktiviti lagha (lalai) dapat dikurangkan , jika ianya tidak dapat dihentikan sepenuhnya.
• Al_Quran yang dihafaz boleh dibaca pada bila-bila masa seperti di dalam kereta, waktu berjalan, berzikir dll.
g. Sifat Kerisauan Terhadap Al_Quran
Penghafaz Al_Quran akan merasa risau jika sekiranya Al_Quran tidak diulang. Perasaan ini adalah merupakan satu rahmat yang besar yang dikurniakan oleh Allah swt kepadanya.

Sebab_Sebab Lupa :
• Hafazan baru yang tidak betul-betul mantap.
• Bilangan ayat Al_Quran yang dihafaz pada sesuatu masa terlalu banyak.
• Tiada jadual mengulang hafazan yang sistematik.
• Maksiat yang dilakukan.