Wednesday, December 10, 2008

Kerendahan Hati Ulama

Menjadi rutin setiap hari Jumaat, aku dan kawan-kawan akan solat Jumaat di Masjid Sultan Hassan di Saidah Aisyah. Aku dan kawan2 berkejar nak dapatkan saf depan. Oleh itu, memang kene datang awal coz orang Arab mmg suka dok kat saf depan sampai penuh. Klu lambat, mmg xdapat la saf depan, bukan je saf pertama, saf keempat pun xtentu lagi dapat. xmacam kat negara aku, masing2 rebut saf belakang, dekat ngan pintu. mungkin senang nak cabut bila habis solat n senang nak makan pisang. Kan orang suka derma pisang letak kat pintu masjid :-)

Kenapa kitorang berebut nak dok depan? Bukannya aku bagus sangat pun nak ganjaran saf depan, cuma nak lebih rapat ngan seorang ulama muda yang amat aku kagum dan aku berdoa moga aku dapat jadi macam die. Ulama muda tersebut ialah Al 'Allamah As Syeikh Usamah Al Azhari Hafizallah.


Al 'Allamah As Syeikh Usamah Al zhari

Pertama kali aku nampak Syeikh Usamah di Masjid Sultan Hassan, mengalir satu rasa zouq yang mendalam dalam hati aku. Betullah kata guruku yang mulia, Tuan Guru Hj Zulkifli bin Ismail bahawa jika kita memandang kepada ulama alim lagi muktabar, berkat pada dirinya akan mengalir ke dalam diri kita. Tidak hairanlah Imam Ghazali menggariskan antara cara menjaga diri di akhir zaman ini salah satunya adalah mendampingi ulama sehinggakan lututnya bertemu dengan lutut kita!

Khutbah yang disampaikan ketika itu amat bersemangat dengan kata-kata yang disusun cantik, menggunakan bahasa yang tepat maknanya dan disampaikan dengan ikhlas terus ke dalam hati para pendengar. Aku solat di saf kedua di belakang syeikh. Bila habis sahaja solat, para jemaah berebut ke depan, mengelilingi kerusi yang diduduki syeikh untuk mendengar kuliah mingguan syeikh berkaitan dengan Matan Arbaiin Imam Nawawi. Penyampaiannya amat jelas, diselitkan dengan misal yang mudah difahami. Sesekali syeikh melawak dengan lawak yang berisi (maksudnya lawaknya pun ada ilmu di dalamnya..) Aku sangat senang dengan syeikh dan berazam untuk mendampingi dan mencontohinya.

Jumaat 2 minggu lepas, aku melihat dengan mata kepala aku sendiri sesuatu yang disebut kerendahan hati dan tawadduk seorang ulama. Ketika tamat pengajian kitab Matan Arbaiin, selalunya orang akan berebut untuk bersalam dan mencium tangan syeikh. Aku juga cuba ambil kesempatan coz aku xpernah dapat bersalam dengannya. Tapi, semua berhenti seketika. Aku melihat ke depan dan nampak seorang orang tua sedang bertanya soalan dengan syeikh. Mungkin tengah sibuk oarng nak bersalam, die ambil kesempatan untuk bertanya soalan. Pada aku, sekarang bukan masanya coz orang ramai nak bersalam dengan syeikh. Klu iyapun nak bertanya, jumpa la syeikh one by one.

Tapi semua berhenti dan pasang telinga ketika syeikh dengan rasa senang hati menjawab pertanyaan orang tua tersebut. Subhanallah, syeikh menjawab dengan penuh beradab. Dipegangnya tangan orang tua tersebut, dijawabnya dengan huraian yang jelas sambil matanya memandang tepat kepada orang tua tersebut. Mukanya tidak lekang dengan senyuman dan sesekali syeikh menjawab dengan intonasi suara seperti berbisik dan gaya tangan yang lembut. Beberapa kali orang tua itu bertanya kembali meminta penjelasan lanjut, namun syeikh tetap menjawab dengan penuh adab sebagai seorang anak muda yang hormat pada yang lebih tua. Di wajahnya, langsung tidak menggambarkan sebarang wajah tidak menyenangkan melainkan wajah senyuman sahaja.

Subhanallah, di depan aku sekarang sedang kelihatan seorang anak muda yang alim dan tawadduk menjawab pertanyaan si tua dengan penuh beradab seolah2 tiada apa2 kelebihan padanya berbanding orang lain. Selepas orang tua itu faham sepenuhnya, barulah syeikh bangun dengan wajah senyuman dan orang ramai kembali bersesak untuk bersalam dengannya. Alhamdulilah, kali ni aku dapat bersalam dan mencium tangan syeikh.

Aku berdoa dan berharap moga Allag memberi kekuatan kepada aku untuk bermujahadah dalam menuntut ilmu agar aku suatu hari nanti dapat jadi sepertinya, anak muda yang alim, yang sangat rendah diri yang mana dalam hatinya tiada yang lain melainkan Allah, Rasulullah, Islam dan Dakwah Islamiyyah.Amin..

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,seronok sekali mendengar titipan bicara pengalaman dari kembara di bumi anbiya'.Jazakallah.

semoga terus bersedia untuk berkongsi kisah-kisah saudara dari sana,moga jadi bahan tatapan anak-anak muda dari benua lain,yang disatukan atas maksud cintakan dakwah.insyaAllah.