Sunday, December 7, 2008

Pergi ke pondok, apa salahnya??

Alhamdulillah, budaya 'memondok' yang diterapkan oleh abg2 n akak2 KISAS dulu dah diamalkan sebagai budaya di KISAS. Sememangnya tiada dinamakan pendakwah jika tiada berilmu dan tiada dikatakan ingin berdakwah jika tidak ingin kepada pencarian ilmu. Dakwah n ilmu dah jadi macam isi dan kuku. Macam mana nak terangkan Allah n Islam, jika Allah pun kita xkenal. Setakat hafal lagu Raihan 'Sifat 20', xdinamakan kenal Allah. Pendakwah kene kenal Allah dengan sebaiknya, barulah kita mendapat aqidah yang sahih dan jazam. Jika sekadar ikut-ikutan, kita Islam sebab bapak kita Islam, kita berdakwah sebab kawan kita berdakwah, itu dinamakan taqlid yang mana iman orang bertaqlid ni xselamat. Ia hanya mengikut orang yang diikutnya. Jika sahih iman orang yang diikut itu, selamatlah dia. Jika tidak, alamatnya sebaliknya lah..Na'uzubillahiminzalik.

Budaya menuntut ilmu agama khususnya secara bertalaqqi iaitu mengadap antara murid dan guru yang diamalkan di pondok2 haruslah menjadi cara hidup pendakwah. Cinta pada ilmu mesti ada, xkira samada tazkirah, kuliah mingguan di masjid, usrah, muzakarah n apa jua nama pun, jika ianya dimaksudkan sebagai majlis ilmu, hendaklah para du'aat menyukainya. Hadith Rasulullah SAW mafhumnya "Jadilah engkau orang berilmu (mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar atau orang yang suka pada ilmu dan jangan jadi orang kelima (yang benci pada ilmu) maka celakalah dia."

Usaha yang dilakukan pelajar KISAS ketika cuti iaitu daurah di pondok beramai-ramai sememangnya satu usaha yang baik yang perlu disokong. Mereka menginfaqkan waktu cuti untuk menuntut ilmu yang tidak diwajibkan oleh sesiapa (tetapi diwajibkan oleh Allah : menuntut ilmu agama adalah fardu ain ye..), menghabiskan duit untuk bayar tambang, makan dan duit pondok. Mereka ini seharusnya dijadikan contoh n perlulah diberikan bantuan yang secukupnya agar usaha mereka berjaya.

Soal siapa guru pondok dan di mana pondok tersebut tidak perlu dijadikan isu kerana yang diajar adalah ilmu agama yang sebenar yang kita tidak dapat dalam kelas. Semua mengakui bahwa ilmu PQS n PSI SPM tidak cukup untuk memberi kefahaman Islam seperti yang diharapkan tambahan pula ilmu tersebut kita pelajari berorientasikan peperiksaan. Tidak dinafikan, ada yang ikhlas dalam mempelajarinya, tetapi sukatan yang ada memang tidak mencukupi. Ada sesiapa yang hendak nafikan??

Apa yang memeningkan kepala adalah mentaliti sebahagian golongan yang terlalu memandang agama dari sudut pandangan yang sempit. Adalah amat dikesali, usaha murni mereka ini dipandang sebagai usaha 'nak libatkan diri dalam aktiviti ekstrem', 'pergi mengaji politik', 'belajar ilmu salah n sesat' n pelbagai lagi tuduhan yang melampau yang tidak layak sama sekali dikatakan kepada mereka. Semua tuduhan ni ditujukan kepada mereka dan ini memang berlaku.

Kami belajar ilmu agama di pondok buaknnya buat kerja maksiat. Jika tenaga pengajarnya terlibat dengan politik, itu adalah urusan peribadinya. Yang dia ajar adalah ilmu agama, ilmu Tauhid, Feqah, Tasauf, ilmu sembahyang, ilmu tentang Allah. Kami x belajar pun cara buat poster, cara gantung bendera, cara tembak kepala orang, cara tetak leher orang kafir. Kenapa begitu tidak adil kepada mereka yang nak mengaji pondok? Kenapa sampai hantar penyiasat, hantar spy n macam2 lagi untuk intip mereka yang pergi pondok ketika cuti hujung bulan? Yang peliknya, puak2 ni xhantar pulak spy g tengok sapa yang pergi wayang, sapa yang pergi dating. Kami pergi mengaji agama buakn buat maksiat.

Ada yang persoal, kenapa x bagitau cikgu n wat program ke pondok ni sebagai program rasmi. Ok, saya nak bertanya semua kepada orang tersebut, jika kami hantar proposal untuk wat program pergi ke pondok sebagai program rasmi, adakah akan diluluskan sepenuhnya? Jawapannya semua dah tau..

Adalah lebih malang lagi mereka yang pernah ke pondok, dah merasai pengalaman di pondok n dah dapat ilmu dari pondok, tetapi apabila mendengar tuduhan yang dilemparkan kepada pondok tersebut, terus berubah pandangannya dan meragui akan ilmu yang dipelajari. Saya cabar orang ini untuk mengatakan kepada saya, apa yang salah yang dah diajar di pondok.

Di pondok, kita belajar agama. Apa yang Allah perintah, itu yang diajar. Jika apa yang diajar itu, bercanggah dengan sesiapa n kelihatan tidak menyebelahi pihak berwajib, adakah itu salah tok guru pondok? Adakah itu salah kitab yang diajar? Adakah itu salah ilmu Islam? TIDAK. Itu salah pihak tersebut. Di pondok, segalanya diajar xkira apa yang dipelajari itu terpukul pada kerajaan, pembangkang, mak ayah kita, guru-guru kita hatta diri kita sendiri. Kita kene terima lah. Mana boleh belajar agama pada bahagian yang kita suka sahaja. Bahagian lain yang tidak 'sebulu' ngan kita diabaikan. Itu menempah neraka jawabnya!! Islam ni adalah pengubah diri kita dari yang jahat kepada baik. Jika apa yang diajar terpukul pada kita, itu adalah nasihat dari Allah yang kita perlu ambil n ubah apa yang salah yang ada dalam diri kita tu. Sebagai contoh, kita belajar tentang 'Zalim'. Zalim yang terbesar adalah zalim kepada Allah iaitu menafikan hak yang khusus bagi Allah. Antara hak yang khusus bagi Allah adalah hak membuat hukum pada manusia, hak disembah oleh sgala makhluk dan banyak lagi. Jadi bagi pihak yang tidak berhukum dengan hukum Allah, dia dikira zalim kepada Allah n balasannya adalah api neraka!! Tapi, puak2 ni terus menuduh kita belajar politik di pondok hanya kerana apa yang diajar x sebulu ngan kerajaan. Masuk akal ke?? Dah itu yang Islam ajar, jadi kita kene terima kenyataan la bahawa kerajaan kita berhukum dengan hukum sekular dan dikira zalim disisi Allah, bukannya menyalahkan mereka yang mempelarinya di pondok.

Saya menyokong penuh usaha membawa pelajar ke pondok semasa cuti kerana ia adalah usaha mulia yang memberi manfaat kepada pelajar dan KISAS. Tuntutlah ilmu sebanyaknya dan bawalah ilmu tersebut untuk disebarkan di KISAS agar pelajar KISAS beramal Islam dengan panduan ilmu bukannya panduan tradisi. Teruskan walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak. Laksanakan dengan bijak dan berstrategi agar ianya nerjaya dilaksanaakan. Saya amanahkan kepada pelajar KISAS agar meneruskan budaya ini walau dengan apa cara sekali pun. Islam tersebar dengan ilmu, dari ilmu datangnya kefahaman, dari kefahaman datangnya cinta kepada Allah dan Rasul. Sekian.

a_z_ayief +20116748193
607, arma

2 comments:

Anonymous said...

salam....steady la abg azrul.....mmang itu la yg sbnanya....slamat berjuang mlalui blog ini...ana sentiasa doakan anda....tahniah....takbir!!!!

Anonymous said...

haha...pondok 4 life..
xpe2 brani dy kco pondok kte..
dpt la blsn nye..huhu