Monday, February 23, 2009

Serangan Bom Di Mesir : Pengalaman Yang Mengerikan


Selama ini, aku sering membaca berita berkenaan serangan bom oleh pihak tidak bertanggungjawab ke atas tempat-tempat awam seperti yang berlaku di Indonesia, London dan banyak lagi negara lain. Aku tidak terbayang akan keadaan yang berlaku itu.

Namun, semalam tanggal 22 Februari 2009, berlaku suatu peristiwa yang aku tidak pernah sangka akan aku alami sendiri dalam hidup ini. Aku dan kawan-kawna pergi ke kelas di Masjid Azhar seperti biasa. Kami berbincang sebelum kelas berkenaan kitab yang akan dipelajari pada hari itu iaitu Ihya Ulumuddin, Hasyiah Baijuri dan Iqnaa’ yang akan disampaikan oleh Syeikh Al ‘Allamah Ahmad Al Hajain.

Kelas Ihya Ulumuddin berjalan seperti biasa dan aku berpuas hati kerana dapat memahami sebahagian besar apa yang diterangkan syeikh. Tidak seperti sebelum ini yang mana aku tidak dapat menangkap apa yang diajar syeikh.

Selepas Maghrib, kelas talaqqi bersambung untuk pengajian kitab Hasyiah Baijuri. Hari tu syeikh akan menyambung perbahasan menutup aurat di dalam solat. Kami memasuki kelas dan kelas bermula kira-kira jam 6.20 malam.

Namun, kira-kira selepas 9 minit bermula, terdengar satu bunyi letupan yang kuat, menggegarkan Masjid Azhar. Aku terperanjat dan cuba meneka apa yang berlaku. Jika di Malaysia, aku biasa dengan bunyi dentuman kuat begini iaitu ketika guruh. Namun, bunyi letupan ini berbeza. Amat kuat, bergegar hingga terasa pada tangan aku, dan tiada tanda-tanda ia datang daripada kemalangan kenderaan.



Semua terdiam dan syeikh juga terkesima. Semua saling bertanya dan hairan dengan bunyi letupan itu. Syeikh meminta seorang muslimat Arab untuk melihat apa yang berlaku. Setelah itu, muslimat itu mengkhabarkan berlaku letupan bom.

Syeikh meneruskan kelas sehingga azan Isyak tanpa mempedulikan apa yang berlaku. Dalam hati aku agak seram takut-takut berlaku letupan di Masjid Azhar pula. Selepas Isyak, syeikh menyambung perbahasan kitab Hasyiah Baijuri dan tamat kira-kira jam 8.10 malam.

Ketika keluar dari kelas, semua membuat andaian sendiri. Ada yang kata kemalangan, ada yang kata gas meletup, ada yang kata mungkin puak Wahabi dok bom Masjid Hussien. Tapi aku sendiri mengandaikan letupan bom di Masjid Hussien kerana bunyi itu memang datang dari sana.

Setelah keluar Masjid Azhar, kelihatan orang ramai di seberang jalan menuju ke Masjid Hussien. Jalan raya di depan Kompleks Azhar sesak dengan kenderaan awam, kereta polis dan ambulans. Dari cakap-cakap oarang di situ, mereka berkata sebuah bas diletupkan dan ada orang yang mati.

Aku mengambil side yang jelas untuk mengambil gambar. Setelah dapat menangkap sekeping gambar, aku dimarahi senior. Memang aku tahu keadaan di Mesir, amat sensitif jika mengambil gambar dalam keadaan begitu. Silap-silap diheret ke penjara bawah tanah. Pernah pelajar Malaysia ditangkap semata-mata bergambar di hadapan pejabat Kementerian Pertahanan Mesir.

Dalam perjalanan ke stesen bas, aku lihat keadaan memang sesak. Polis di mana-mana dan orang ramai cuba untuk mendekati tempat kejadian. Ketika melewati Hospital Hussien bersebelahan Masjid Azhar, aku lihat keadaan juga kelam kabut. Kelihatan ramai polis mengawal keadaan dan tidak membenarkan orang ramai masuk ke hospital. FRU mereka sudah siap mengawal dengan cota dan perisai mereka.

Jalan jadi sesak. Mujurlah jalan ke ARMA (tempat tinggal aku) tidak sesak dan setelah mendapat bas, kami balik ke ARMA. Dalam perjalanan ada pula dok kata 8 orang mati, 4 orang la, masing-masing wat andaian sendiri. Di ARMA, kami berhenti di pejabat guard dan join sama menonton berita Al Jazeirah berkenaan letupan itu.

Apa yang aku dapat tahu, letupan itu datang dari bom tangan yang dilemparkan oleh seseorang. Ada yang mengatakan oleh seorang yang membonceng motosikal, ada juga yang mengatakan dicampak dari bumbung bangunan sekitar. Dilaporkan seorang warga France mati dan 19 cedera. Mujurlah tiada pelajar Malaysia terlibat. Memang ada pelajar Malaysia yang berada sekitar tempat kejadian ketika itu, namun Alhamdulillah mereka selamat.

Tempat kejadian adalah di sebelah taman di hadapan Masjid Hussien yang terletak tidak sampai 100 meter dari Masjid Azhar. Sedangkan aku yang di Masjid Azhar pun dengar letupan yang amat kuat, yang ada di sana mesti lagi power. Silap-silap bleh pekak kot..Untuk pengetahuan semua, Masjid Hussien terletak di dalamnya Makam Kepala Saidina Hussien yang wafat di pancung di Baghdad. Kepalanya dibawa ke Mesir oleh kakaknya dan disemadikan di situ.

Bom yang dilontarkan 2 biji. Meletup hanya sebiji dan sebiji lagi diletupkan oleh unit pemusnah bom mereka. Patutlah ketika keluar dari Masjid Azhar aku ada terdengar bunyi letupan, tapi tidak berapa kuat. Tapi aku memang rasa ngeri. Mahunye tidak, tempat kene bom tu memang jadi tempat tumpuan membeli belah pelajar Malaysia. Aku pun pernah ke situ beberapa kali. Mujurlah ketika aku ke sana tiada apa yang berlaku.

Kejadian ini bukan pertama kali. Tahun 2005 di tempat yang sama, 2 mati dan 18 cedera dalam peristiwa letupan bom. Ini merupakan pengalaman yang tidak akan aku lupakan. Selama ini aku hanya mendengar berita, namun kali ini aku sendiri yang mendengar letupan bom itu. Masih dapat aku ingat kuatnya letupan itu. Kebetulan aku sedang merakam audio pengajian syeikh, maka secara tidak sengaja terakam sekali bunyi letupan tu. Bila dengar balik, memang meremang bulu roma.

Dari sudut hukum, membunuh orang awam yang tidak tahu apa-apa hatta orang kafir memang haram hukumnya. Hanya kafir harbi, orang murtad dan penderhaka (Bughah) sahaja yang dibenarkan dibunuh dalam Islam, itupun dengan pelbagai syarat dan panduan. Namun, aku serahkan pada Allah akan hukum pada siapa dalangnya. Tidak diketahui apa motifnya, dituju kepada siapa mesej letupan itu.

Jika ditujukan mesej ini kepada pengkhianat Husni Mubarak, kalau aku nilai dari sudut kepala otak sendiri, memang padankan muka si Husni ni. Kalau bom tu kene kat die lagi bagus. Pengkhianat rakyat Mesir, zalim, kuku besi dan bersetongkol dengan Amerika dan Israel dalam membunuh rakyat Palestin.

Tapi, sebagai umat Islam, kita patuh kepada hukum Islam. Jika Islam tidak benarkan, sampai bila pun ia tetap haram. Cuma kita sebagai pemerhati akan kejadian ini tidak mengetahui cerita sebenar-benarnya apa yang berlaku. Nak salahkan si penyerang, mungkin mereka ada ijtihad sendiri. Nak setuju dengan serangan ini pula, dari apa yang kita lihat memang haram hukumnya. Maka jalan terbaik, serahkan sahaja pada Allah. Moga Allah membimbing dan menginsafkan si penyerang dan menyedarkan kesilapan yang kene serang.

Beginilah keadaan politik Mesir, ekstrim sehingga membawa kepada bom mengebom. Nasib baik politik Malaysia ok lagi walaupun ada juga orang PAS dizalimi dan dibunuh oleh pemerintah kita seperti peristiwa Memali. Kita doakan, apa jua pergolakan yang berlaku, janganlah mereka mensasarkan Masjid Azhar yang penuh dengan keberkatan ilmu ini. Aku bimbang jika mereka tidak terarah dan hilang pertimbangan sehingga tempat yang berjasa ini menjadi mangsa.

Semoga Mesir menuju ke arah keamanan dan pejuang Islamnya berjaya menumbangkan kerajaan kuku besi Husni Mubarak dan menegakkan kerajaan Islam dengan mengikut cara dan kaedah yang dibenarkan syarak. Semoa semua negara umat Islam aman damai dan terhindar daripada kejadian berdarah ini.

Monday, February 16, 2009

Zuhud : Cerita Monyet Panjat Kelapa

Salam. Setelah sekian lama tidak menulis, saya luangkan masa sedikit pagi ni untuk memperkatakan dan memperingatkan kepada diri saya dan kawan-kawan tentang ujian sebagai seorang pendakwah.

Ujian dalam dakwah bersamaan dengan cerita monyet dihujung pokok kelapa. Si monyet memanjat pokok kelapa dengan berhasrat untuk mendapatkan buah kelapa muda untuk diminum airnya. Si monyet memanjat dengan berhati-hati demi untuk mencapai matlamatnya.

Ketika memanjat, terdapat pelbagai ujian yang si monyet mesti lalui. Ujian terbesarnya adalah dugaan angin kuat yang boleh menjatuhkannya bila-bila masa. Terdapat pelbagai angin di atas sana. Angin kuat, angin ribut, angin taufan dan tidak lupa juga angin sepoi-sepoi bahasa.

Ketika angin ribut datang, si monyet bersedia untuk menghadapinya. Dipeluknya batang pokok kelapa dengan erat untuk memastikan dia tidak terlepas dan jatuh. Maka, makin kuat angin itu, makin berpegang kuat si monyet pada pokok demi untuk mempertahankan dirinya dari jatuh.

Akhirnya, dia berjaya menghadapinya. Ujian yang hebat dan nampak besar itu dapat dilaluinya dengan usaha gigih dan penuh hati-hati. Ini adalah kerana bencana dan ujian yang datang itu adalah nyata dan kuat maka dia juga kuat untuk melawannya. Dia bersedia dari awal dan berazam kuat untuk menghadapi angin ribut itu.

Namun ketika angin sepoi-sepoi bahasa datang, menghembus lembut dan mengasyikan, si monyet jadi leka. Terasa nyamannya udara seolah-olah angin itu mengurut-urut belakangnya. Lekanya dia hinggakan dia terlupa bahawa dia sekarang dalam usaha memanjat pokok kelapa. Setelah sekian lama, terlelaplah si monyet maka jatuhlah dia menyembam bumi. Matlamat untuk memetik kelapa berkecai.

Mengapa ini berlaku? Ini disebabkan ujian yang datang itu diam-diam, nampak indah. Angin sepoi-sepoi bahasa dianggap nikmat oleh si monyet tanpa menyedari itu adalah ujian kesedapan yang akan membawa malapetaka. Maka dia tidak bersiap sebaiknya malah bersedap-sedap dengan ujian yang nyaman itu. Akhirnya, si monyet lupa diri, maka terlepaslah tangannya dan jatuh ke tanah.

Begitu juga kita dalam dakwah, kita diuji dengan pelbagai ujian. Ujian kedukaan, kesakitan, tekanan, ancaman dan kelukaan sering dianggap ’ujian besar’ dan ujian yang menyakitkan. Maka dengan ini, kita bersiap dengan rapi dan kuat untuk menghadapinya. Kita sedar bahawa jika gagal kita akan tercampak dari medan dakwah ke lembah hina.

Ujian ancaman kerja, tiada duit, dicemuh, ditindas, dituduh pengganas dan dibunuh menyebabkan kita makin kuat ketika berhadapannya. Tidak dinafikan, semakin kuat kita bermujahadah melawan ujian yang sakit ini, kita akan makin kuat kerana ujian itu nyata dan pedih. Makin kuat kepedihan itu datang, makin kuat kita pertahankan iman kita.

Namun pabila ujian kesenangan, pangkat, wanita, harta, pujian dan sanjungan datang, kita sering mengangapnya sebagai nikmat dan menerimanya dengan hati yang gembira. Kita langsung lupa bahwa ujian kesenangan ini merupakan ujian hebat yang boleh membunuh jiwa kita!

Bila dapat harta, gaji puluh ribu, menang pilihan raya, ramai penyokong dan mendapat kuasa, kita lalai dan terbuai bersama kesenangan itu dan terlupa untuk bersiap menghadapinya. Ini adalah kerana ujian itu indah, nyaman dan menyegarkan nafsu kita. Ujian kesenangan ini secara sembunyi membunuh hati kita hingga tersemai dengan cinta dunia dan takut mati.

Hati kita makin rosak dan mula takabbur dalam dakwah. Menggunakan dakwah untuk kepentingan dunia dan melonjakkan nama.Maka makin besar ujian kesenangan datang, maka makin lalai kita dan terleka sehinggakan kita makin terhanyut jauh dan akhirnya tersungkur, tewas dalam perjuangan. Islam dan iman kita tergadai, Na’uzubillah.

Sahabat-sahabat, tidak salah berharta, berpangkat dan berkedudukan kerana ia juga senjata dakwah. Namun, bersikap zuhudlah dalam segala tindakan dan langkah kita. Fahamilah bahawa zuhud itu bukanlah meninggalkan harta dan hidup miskin papa kedana.

Zuhud bukanlah tinggalkan dunia dan kejar akhirat semata-mata. Tetapi zuhud sebenar adalah dunia tiada langsung dalam hatinya walaupun dunia berada dalam genggamannya. Inilah kefahaman dan intipati sebenar zuhud. Seseorang itu belum boleh dikatakan zuhud jika dia hidup susah semata-mata. Tetapi dia adalah zuhud jika dunia dihadapannya, tetapi langsung tiada dalam hatinya.

Antara penanda aras bahawa kita sudah mencapai kefahaman zuhud adalah ketika kita memilki sesuatu benda yang amat kita sayang, sama sahaja perasaannya ketika benda itu hilang dari kita. Maksudnya, ada atau tiada benda yang disayangi itu tidak memberi apa-apa kesan dan kerisauan di hatinya.

Orang miskin pun tidak bersikap zuhud apabila dia tetap beriya dan terkesima dengan kemewahan jika kemewahan dihidang di hadapannya. Orang kaya apatah lagi jika harta miliknya sebolehnya ingin dibawa ke dalam kubur.

Kita boleh memupuk sifat zuhud dari sekarang dengan memulakan dari sekecil-kecil perkara. Lazimi bersedekah walaupun sepuluh sen. Biasakan diri dengan menghulur wang kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Jika terasa menyampah dan sakit hati terhadap si peminta, lawanlah lagi dengan menghulurkan lebih banyak duit kepadanya.

Jika terlintas di hati kita untuk berlebihan dalam sedekah sebagai contoh, baru mendapat gaji, maka sambutlah dia dengan menghulurkan bantuan seperti yang terlintas tadi. Jika terlintas ingin menderma RM100, hulurkan RM100. Jangan dibiarkan lintasan hidayah itu kerana jika dibiarkan lama, maka akan datang pula lintasan syaitan yang akan membisikkan rasa rugi jika berlebihan dalam sedekah.

Jangan kita menyayangi isteri dan anak-anak berlebihan hinggakan meletakkan kepentingan Islam di belakang. Sedarlah bahawa isteri dan anak-anak adalah ujian Allah terhadap pejuangNya. Kita diminta menjaganya dan mencintainya kerana itu perintah Allah. Dari kasih sayang itu lahirnya tolong menolong dan bantu membantu dalam keluarga sehingga melahirkan keluarga yang harmoni dan bertolong bantu dalam dakwah.

Cinta yang beralas dengan cinta Allah akan membuatkan kita sayang seseorang dengan kefahaman. Kita akan fahami bahawa sayang pada isteri dan anak-anak adalah untuk membimbing mereka ke arah keredhaan Allah. Sayang isteri kepada suami pula adalah dengan membantu perjuangan suami dan merelakan diri untuk berjauhan dan menghadapi ujian kesusahan dalam menjalani perjuangan.

Sayang yang berlebihan akan menyebabkan suami lebih rela berkepit dengan isteri di rumah daripada keluar menyebarkan dakawah. Lebih berminat mengumpul kekayaan demi membina rumah besar dan membeli emas permata untuk isterinya daripada menginfaqkannya ke jalan dakwah.

Sayang yang tidak berasas isteri pula akan menyebabkannya menjadi batu penghalang perjalanan dakwah suami. Isteri sebolehnya inginkan suami sentiasa di sisi dan amat tidak menyukai suaminya sibuk dengan perjuangan. Terpesona dengan cinta ini merupakan antara ujian dunia yang sangat hebat yang akan membunuh jiwa pejuang!

Ujian pangkat pula perlu di atasi dengan ikhlas dalam perjuangan. Didiklah diri dengan sentiasa memandang tinggi orang lain dan menganggap dirinya sentiasa kekurangan. Sentiasa hormatkan pendapat orang lain dan memuliakan mereka. Hendaklah kita wala kepada pemimpin selagi mana pemimpin tersebut tidak menyalahi hukum Allah.

Apabila kita pula diamanahkan untuk memimpin, peganglah dengan amanah. Jangan menggunakan kuasa untuk kepentingan diri. Jangan gunakan nama untuk melonjakkan diri dan mengangkat kehebatan diri. Ikhlaslah dalam menjalankan tugas dan terbukalah untuk mendengar teguran.

Kita kene sedar bahawa Allah yang mengangkat kita sebagai pemimpin, maka jalankan dengan amanah seperti mana yang disuruh oleh Allah. Gunakan kuasa untuk menyebarkan Islam dan ingatlah bahawa, pendakwah sebenar adalah orang yang berdakwah untuk menyeru kepada Allah, bukan untuk menyeru kepada dirinya.

Ayuh kita berdoa moga Allah mengukuhkan iman kita agar kita sentiasa istiqamah dalam perjuangan. Tidak kira angin ribut atau angin nyaman menyapa iman kita, kita tetap teguh kerana tiada yang lebih mulia melainkan berada di dalam saf bersama saudara-saudara kita yang lain yang memperjuangkan Islam.

Saturday, February 7, 2009

Rompakan Adun Perak : Pihak Yang Benar Dituduh Derhaka, Perompak Dijulang Mulia. Dimanakah harga diri Sultan Perak?


Saya agak sedih dengan apa yang berlaku di Perak sekarang. Rampasan kuasa oleh BN perompak besar dan pengkhianatan 4 Adun yang tiada maruah! Saya malas nak ulas panjang kerana sudah banyak blog dan website yang mengulas tentang isu ni. Semua dah nyatakan pandangan dan makian kepada sesiapa yang patut dimaki.

3 Adun (Changkat Jering, Behrang dan Jelapang) yang tiada asas perjuangan, berjuang untuk periuk nasi sendiri, memang akan jual maruahnya begini. Kita tidak perlu pelik, inilah akibat jika orang berpolitik tidak ikut agama, pisahkan politik dengan agama seperti ajaran UMNO-BN selama ini.

Nak kata Adun Bota katak yang patut mati kene langgar kereta, kita tahu dah orang UMNO mana ada yang berjuang tidak mahu duit. Sejak saya dengar dia masuk PKR lagi, saya dah musykil, boleh ke Adun UMNO ni berjuang ikhlas nak bantu rakyat. Saya yakin orang yang jual maruah 2 kali ini, orang yang tiada prinsip n sertai politik untuk periuk nasinya. Keluar UMNO kerana kecewa xdapat jawatan ketua bahagian, keluar PKR untuk terima habuan. Orang ini memang layak diludah dan pastikan kerjaya politik kejinya ini ditamatkan dalam PRU13.

Saya awal lagi menolak idea lompat parti sejak DSAI yang mencadangkanya tahun lepas. Saya lebih bersetuju kita terima keputusan rakyat dan majukan 5 negeri yang kita pegang. Jika track record kita baik, confirm kita akan tawan Pusat dalam PRU13.

Nak kata SPR n SPRM bias, memang mereka ni alat kepada BN. Saya tidak pernah percaya badan yang dikatakan bebas ini tidak menyokong BN selagi ia tidak diletakkan bawah naungan pihak yang bebas dan diberikan kuasa mutlak.

Nak kata kita nampak wajah sebenar perompaknya Pak Lah dan Zaid Hamidi, memang orang UMNO ni pandai berlakon depan rakyat. Saya mulanya agak menghormati Pak Lah yang bagi saya lebih baik dari Dr Mahathir dan lebih elok dari Najis Razak, tapi kerakusan dan kurang ajar Pak Lah dalam mengenepikan keputusan rakyat terserlah dalam isu ini di mana Pak Lah tanpa muka bersalah berbangga dengan rampasan kuasa ini dan ingin rakyat menerima kerajaan perompak.

Zahid yang selama ini kelihatan baik sebagai menteri yang menjaga agama, terserlah rupa sebenarnya sejak menghalang kerjasama antara pegawai pusat dan pegawai kerajaan negeri Perak sebelum ini. Semalam, dia mempersoalkan di manakah iman orang yang demo, membantah keputusan Sultan. Bagi saya, dia tidak layak bercakap tentang iman kerana dia baru sahaja selesai menjayakan rompakan yang pastinya melibatkan duit rasuah berbilion ringgit.


Kita nak kata UMNO guna duit untuk projek ini, saya tegaskan di sini bahawa UMNO adalah 'Universiti Rasuah'. Rasuah adalah UMNO dan UMNO adalah rasuah. Mustahil, saya berani potong jari jika benar rompakan Perak ini tidak ada melibatkan duit. Najis Razak amat pro dalam rasuah ini. Kepalanya penuh dengan strategi untuk membeli maruah orang untuk memperlihatkan kehebatannya yang akan naik ke kerusi Perdana Menteri Paling Hina dalam sejarah Malaysia.

Marah pada Sultan, adakah ianya derhaka?

Kita nak marah pada sultan, semua tahu sultan bias dalam isu ini. Memang Islam menjulang pemimpin dan menghormati sistem beraja di Malaysia, tapi Allah gariskan panduan taat kepada pemimpin dengan mewajibkan kita tunduk kepada pemimpin dan raja yang beriman n adil sahaja. Jika raja zalim, raja didanggah!

Jangan salahkan rakyat yang kini tidak lagi mengaminkan doa keselamatan untuk sultan. Ini adalah reaksi spontan rakyat yang merasakan dirinya tertipu. Bagi saya, jika sultan zalim, memang layak dimaki walaupun sultan itu muda dan bijak tinggi melangit. Kita lawan UMNO-BN kerana mereka zalim, jadi jika sultan pun begitu, kita akan lawan juga.

Sultan sebenarnya telah membunuh kepercayaan rakyat Perak kepadanya. Istana seolah-olah menggali lubang untuk menguburkan institusi itu sendiri. Saya yang bukan rakyat Perak pun yang selama ini memendang hormat Sultan Perak, kini tidak lagi. Nasib baik Melaka sudah tidak beraja. Tapi, dilantik pula kaki rasuah yang mempunyai banyak kes tertangguh dari Pahang untuk jadi TYT Melaka.. Hui, aku tidak pernah iktiraf dia TYT aku..

Hari ni, dalam Berita Hairan, dikatakan Pakatan derhaka kerana memboikot perlantikan MB haram. Dan nama pun MB haram, buat apa kita nak hormat. Sultan yang melantik MB haram pun memang patut la dipulaukan.

Nak kata Berita Hairan, Utusan Meloya dan Berita TV3suku bohong, bukankah mereka ni memang pembhong besar? Mereka juga yang memutarbelitkan fakta, memperbodohkan rakyat. Ini mentaliti media massa arus perdana kita yang memang tiada maruah sejak dulu lagi. Saya dah lama cuci tangan daripada mengadap media massa bodoh ini.

Saya ibaratkan apa yang berlaku adalah seperti ini. Sebuah rumah kebajikan yang elok dijaga oleh pengurus yang baik dan dinaungi oleh seorang penasihat. Tiba-tiba datang perompak, menyingkirkan pengurus yang baik itu dan memohon kepada penasihat untuk melantiknya sebagai pengurus. Penasihat yang bangang itu pun bersetuju untuk melantik perompak menjadi pengurus dan meminta pengurus yang baik itu berambus. Ahli rumah kebajikan tidak berpuas hati dan melawan penasihat itu dan pengurus yang perompak itu. Adakah tindakan ahli rumah kebajiakn melawan penasihat itu dikatakan derhaka?

Pastinya tidak! Mereka menuntut hak mereka n minta sultan bersikap adil. Itu sahaja. Tetapi Sultan mengkhianati rakyatnya dengan membelakangkan suara rakyat. Maka, jika rakyat bangkit menentang, sultan tidak boleh salahkan rakyat. Cermin dulu duri dan buang kebodohan dalam tindakannya. Bubar Dun dan biarkan rakyat menentukan kerajaan mereka sendiri. Walaupun Sultan Perak dikatakan bijak, adakala jadi bodoh juga jika dia dinasihatkan oleh perompak yang bodoh!

UMNO gembira akan apa yang berlaku. Xpe, gembiralah wahai perompak dan lanun sekalian. Bagi 4 orang yang tiada maruah tu, bergelumanglah dengan habuan yang kalian terima. Sultan pun, jika selesa dengan pengkhianatan ini, seronoklah. Tapi jagalah engkau wahai UMNO yang bakal dikepalai oleh penyangak besar, Najis Razak. Aku akan kerahkan dan usaha untuk berkempen kepada kawan-kawanku untuk pastikan kau ditamatkan diwayat dan ditalqinkan pada PRU13. Bersama kita semua pengundi muda, mengkebumikan jenazah UMNO-BN dalam PRU13. Tunggu dan lihat!!

p/s : Maaf atas kekasaran bahasa. Orang yang bijak akan menulis dan berucap mengikut intonasi yang sesuai dengan keadaan dan masa!

Monday, February 2, 2009

Gaza Diserang : Hamas Mencapai Kemenangan Besar!


Serangan Syaitan Yahudi selama 22 hari yang membunuh kira-kira 1300 rakyat Palestin yang kebanyakannya adalah rakyat biasa menzahirkan seolah-olah Islam telah ditekan sehabis-habisnya dan berada di ambang kekalahan. Jika dilihat secara kasar, dunia melihat akan kekalahan Palestin dengan menilai dari sudut bangunan yang runtuh, rumah yang musnah dan rakyat yang terbunuh.

Memang diakui, rakyat Palestin terkorban lebih 1300 orang dan hanya 13 rakyat Israel yang mati. Bumi Gaza berlubang dan dipenuhi kesan bom manakala bumi yang dijajah Israel aman dan tiada tanda kemusnahan. Namun, saya menilai dari sudut berbeza sehingga apa yang kelihatan adalah keperkasaan Hamas dan kebodohan serta kekalahan Israel dalam serangan 22 hari itu.

Pertama, Hamas mencapai kemenangan moral. Ini disebabkan Israel gagal mencapai walaupun satu daripada matlamat mereka menyerang Gaza. Dunia tahu bahawa antara matlamat Israel menyerang Gaza adalah untuk menghapuskan Hamas dan memusnahkan terowong bawah tanah Hamas yang digunakan untuk menyeludup senjata.

Namun apa yang berlaku, Hamas tidak terjejas walaupun sedikit malah menjadi semakin kuat dengan bertambah semangat dan sokongan moral dunia terhadap mereka. Hamas berjaya mengubah pandangan dunia hinggakan seluruh dunia kini memandang Israel sebagai pengganas dan pembunuh rakyat Palestin. Selain itu, daripada 750 terowong bawah tanah Hamas, Israel hanya berjaya menjumpai 1 terowang sahaja! Begitu bodoh dan lemahnya syaitan ini.

Kedua, Hamas mencapai kemenangan politik. Aspek yang terpenting dalam politik adalah meraih sokongan masyarakat. Dalam konteks isu Palestin, sokongan dunia kini sepenuhnya beralih kepada Palestin dan Hamas malah keadaan menjadi terbalik berbanding sebelum ini iaitu dunia memandang Israel dari sudut kaca mata memandang seorang pengganas.

Kesannya kita dapat saksikan pelbagai peristiwa dan reaksi daripada masyarakat dunia. Tunjuk perasaan membantah serangan Israel dibuat di serata dunia malah menjangkau batasan agama, umur dan bangsa. Kita dapat lihat bagaimana seorang penganut Kristian mengibarkan bendera Hamas dan sudah pastinya ini dilakukan atas semangat sokongan yang kuat kepada Hamas.

Di beberapa negara yang dipimpin oleh pemimpin yang berani, mereka melakukan sesuatu yang benar-benar menunjukkan tentangan mereka terhadap tindakan Israel menyerang Gaza dengan menghalau keluar duta Israel dari negara mereka. Baru-baru ini pula, Perdana Menteri Turki memalukan Presiden Israel dengan mengecam syaitan itu dalam debat sempena Forum Ekonomi Dunia yang mana ianya disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Banyak lagi reaksi masyarakt dunia yang tidak dapat saya nyatakan di sini yang menunjukkan bahawa Hamas berjaya mencapai kemenangan politik kesan daripada serangan Israel itu.

Ketiga, Hamas mencapai kemengan psikologi. Secara tabieinya, rakyat yang menghadapi peperangan akan mengalami trauma yang teruk malah akan menggulingkan kerajaan mereka kerana tidak sanggup lagi berhadapan dengan peperangan. Tetapi ini tidak berlaku di Gaza.

Rakyat Gaza menjalani kehidupan seperti biasa, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Mereka pulang ke rumah masing-masing dan mengemas rumah mereka. Kanak-kanak pergi ke sekolah. Bagi yang kematian keluarga, mereka tidfak meraung dan menyesal malah berbangga kerana ahli keluarga mereka yang syahid itu kini selamat dan bahagia di syurga!

Malah Hamas mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat Gaza yang mana Hamas dijulang sebagai wira kerana berani menentang Israel. Rakyat Gaza semakin berani dan yakin dengan kemenangan yang semakin hampir. Mereka menawarkan diri untuk berbakti dalam jihad ini dan sanggup melakukan apa sahaja demi perjuangan suci ini.

Antaranya ialah, wanita remaja mereka berlumba-lumba untuk berkahwin demi untuk melahirkan anak yang ramai agar anak mereka menjadi pejuang dan menjadi saham terbesar mereka di syurga sekiranya anak mereka syahid kelak. Agak lucu kita mendengarnya, namun ini realitinya.

Namun, sebaliknya berlaku pada Israel. Mereka tidak berjaya mencapai matlamat malah Hamas kelihatan semakin kukuh. Tidur malam mereka tidak akan aman kerana sering takutkan roket Al Qasssam akan singgah dan mendarat untuk menghancurkan mereka. Rakyat mereka marah dan hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka atas kegagalan menghapuskan Hamas. Gagal menghapuskan Hamas bermakna hujan roket Al Qassam akan kembali tidak lama lagi!

Keempat, Hamas mencapai kemenangan ekonomi. Walaupun dari sudut zahir, kita melihat akan kehancuran Gaza, namun di sebaliknya Hamas berkaya mencuri simpati dunia hinggakan kini pelbagai bantuan kemanusiaan tiba dan membantu mereka memulihkan Gaza. Bermula dengan bantuan perubatan, makanan, pengangkutan hinggalah kepada bantuan kewangan, semua ini berjaya membantu meringankan beban rakyat Gaza yang menderita kesan serangan 22 hari itu.

Memang diakui bahawa pintu sempadan Rafah-Gaza masih ditutup dan bantuan kewangan yang tiba kebanyakannya sampai kepada pembelot PLO. Namun kita tidak nafikan kelicikan Hamas dalam membawa bantuan masuk ke Gaza. Mereka mempunyai 750 terowong yang menyeberangi sempadan Mesir dan pastinya terowong itu digunakan sebaiknya utnuk mendapatkan bantuan.

Hamas sememangnya menerima pelbagai bantuan melalui terowong itu. Samada bantuan makanan, perubatan, kewangan dan juga bantuan senjata. Semuanya diperolehi daripada rakan seperjuangan di negara lain yang sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan Hamas. Jika tidak masakan Hamas boleh membayar pampasan atas setiap kemusnahan, kematian dan kecederaan kepada penduduk Gaza. Sudah semestinya Hamas mendapat bantuan kewangan yang lumayan kesan daripada serangan Israel itu.

Hamas kini berada dalam keadaan moral yang tinggi manakala Israel berada dalam tekanan. Mereka semakin takut dan buntu kerana tidak menemui jalan terbaik untuk menghapuskan Hamas. Semua jalan sudah dibuat, namun usahkan Hamas, terowong Hamas pun tidak berjaya dihapuskan.

Adakah Israel akan meneroka segenap inci bumi Gaza untuk memburu Hamas. Saya tidak percaya Israel seberani itu. Mereka amat takutkan mati malah mereka tahu akan keajaiban kekuatan Hamas. Ada sahaja keajaiban yang berlaku ketika mereka bertempur dengan Hamas samada batu bertukar jadi bom, nampak seperti menembak Hamas rupanya tertembak rakan sendiri dan pelbagai lagi.

Gaza itu ibarat kubu dan penuh dengan perangkap dan jerat samar Hamas. Hamas sememangnya menanti kedatangan Israel ke dalam perangkap mereka. Jika Israel memasuki Gaza, sama seperti meltakkan nyawa di hujung tanduk. Hamas kini pastinya dalam perancangan untuk menyerang balas dan meneruskan misi untuk menakluk semula tanah suci Al Quds.

Perlu diingatkan pada sesiapa yang masih tidak meyakini kemenangan Islam di Palestin, kemenangan kita adalah dijamin oleh Allah. Seorang pemimpin Hamas berkata ketika menjawab soalan mengapa mereka masih lagi berjuang sedangkan mereka kelihatan tidak berupaya untuk mengalahkan Israel. Jawabnya, perbezaan perjuangan mujahidin di Palestin dan mujahidin lain di serata dunia ialah kemenangan jihad di Palestin adalah dijamin oleh Allah! Jika tidak percaya, kita tunggu dan lihat.

Tahniah kepada Hamas dan kepada semua yang membantu mencapai kemenangan ini baik yang menbantu secara langsung atau tidak langsung. Bagi yang tidak membantu walau sedikit pun, mereka ini berada di kalangan orang yang rugi kerana meninggalkan perjuangan yang pasti akan menang.

Sunday, February 1, 2009

Forum Ekonomi Dunia : Erdogan vs Syaitan Peres

Saya bawakan debat antara Erdogan dan Syaitan Peres sempena Forum Ekonomi Dunia di Davos.







Antara Keberanian Erdogan Dan Kejelikan PBB!



Saya melahirkan rasa penghargaan yang tertinggi buat Perdana Menteri Turki, Reccep (disebut Rejab) Toyyib Erdogan kerana tindakannya mengecam Syaitan Peres dan memalukannya di hadapan semua pemimpin dunia di Davos dalam debat yang dilangsungkan sempena Forum Ekonomi Dunia.

Saya berpuas hati dan bagi saya penghinaan terhadap Syaitan Peres yang mana kehadirannya di forum tersebut sebagai mewakili semua penggnas Israel sepatutnya lebih keras lagi. Syaitan ini amat kita kenali sebagai drakula yang amat meminati darah umat Islam. Tangan, mulut dan selruh anggota badannya dipenuhi darah umat Isalm Palestin dari dahulu hingga kini.

Saya ingin menjelaskan persoalan dan alasan yang syaitan ini kemukakan sebagai sebab yang menghalalkan mereka menyerang Gaza. Katanya kepada Erdogan "apa yang akan anda lakukan jika 1000 roket dilancarkan kepada rakyat anda setiap hari? Kenapa mereka menyerang kami? Tiada satu sekatan pun di Gaza. Mengapa mereka ingin menyerang kami? Apa yang mereka inginkan?"

Kata-kata ini ingin menunjukkan bahawa Israel adalah negara yang sama sekali bersih dan semua kejahatan datang daripada Hamas. Saya ingin memberi pendapat dari dua sudut pendangan. Dari dua-dua sudut ini jika diperhatikan, Israel adalah penjenayah yang amat kejam tanpa saya ragu sedikit pun.

Pandangan pertama, kita mengandaikan jika Hamas ini memang bersalah, memcari pasal dengan melancarkan roket setiap hari ke Israel. Namun begitu, alasan ini tidak berbalai dengan kematian 1300 rakyat Palestin yang kebanyakannya rakyat biasa yang tiada kaitan dengan serangan roket Hamas. Tidak sampai 20 pun rakyat Israel yang mati, adilkah dibalas dengan 1300 kematian?

Pandangan kedua, adalah lebih tidak adil dan zalim berdasarkan dengan apa yang sebenarnya berlaku kerana Hamas langsung tidak bersalah! Mereka menyerang untuk mendapatkan semula tanah mereka yang dirampas, membalas dendam akan pembunuhan dan pencabulan terhadap Palestin sejak 1948 hingga kini. Dalam Islam, serangan mereka itu dinamakan jihad dan menepati ajaran Islam.

Saya kecewa jika ada di kalangan umat Islam sendiri mengatakan Hamas melakukan keganasan dengan menyerang Israel. Orang-orang ini sebenarnya jahil, bodoh akan sejarah malah tidak layak menjadi menjadi umat Muhammad SAW.

Tentera Israel sememangnya mensasarkan kanak-kanak dan wanita untuk mereka bunuh! Ini kenyataan. Bagi mereka, kanak-kanak perlu dihapuskan kerana mereka ini akan jadi penyambung perjuangan Hamas manakala wanita juga perlu dibunuh kerana mereka yang akan melahirkan para pejuang yang akan menyerang mereka.

Mereka menyerang dengan tekat untuk membunuh seberapa ramai rakyat Palestin. Ini dibenarkan oleh ulama dan kitab ajaran mereka. Bagi mereka, membunuh semua rakyat Palestin tidak menjadi kesalahan seperti membunuh binatang kerana manusia bukan Yahudi semuanya adalah binatang (Goyim).

Mereka membunuh dengan menggunakan senjata merbahaya dan senjata kimia. Kimia fosforus akan meresap ke dalam badan yang mana jika dibedah pada luka tersebut, ia akan meresap dengan lebih jauh sambil membakar luka tersebut hasil tindak balas dengan udara. Mereka mengumpulkan wanita dan kanak-kanak dalam sebuah rumah dan kemudiannya membedil rumah itu. Mereka menyerang sekolah yang aman padat dengan kanak-kanak.

Tapi, syaitan ini tidak akan berjaya kerana selagi Islam ditekan, selagi itulah ia akan melonjak semula. Semangat rakyat Palestin tidak akan padam malah akan terus membara walaupun rumah mereka hancur, keluarga mereka terbunuh, kaki mereka putus dan nyawa mereka melayang! Seperti yang diceritakan Dr Jamnul Azhar kepada kami pelajar di Mesir minggu lepas, dia bertanya kepada seorang budak 5 tahun yang putus kedua kakinya "Di mana kaki kamu?" Jawab kanak-kanak itu "Di syurga!"

Subhanallah, kanak-kanak 5 tahun Palestin sudah faham dengan jelas akan jihad dan tidak takut sama sekali dengan mati syahid sedangkan remaja di Malaysia masih lagi hanyut dengan maksiat dan hiburan yang amat-amat menggila dan membodohkan lebih-lebih lagi disemaikan sendiri oleh Kerajaan Sekular UMNO-BN!

Saya doakan kanak-kanak ini akan menjadi syuhada yang sebenar akan datang, menggantikan Syeikh Ahmad Yassin yang mana lumpuh kedua kaki namun untuk membunuhnya, Syaitan Israel terpaksa menggunakan 3 peluru berpandu! Membunuh seorang tua dengan menggunakan peluru berpandu, siapa yang lebih penakut? Rakyat Palestin atau Syaitan Yahudi?

Saya ulangi sekali lagi, tiada sedikit ruang pun boleh kita katakan bahawa Israel ada hak di tanah Palestin. Mereka perlu diusir sepenuhnya jika masih berkeras untuk menduduki tanah suci ini. Juga tiada alasan sedikitpun membolehkan kita mengatakan Hamas perlu menghentikan perjuangan dan berdamai dengan Syaitan Israel ini.

Kita sama sekali tidak boleh mengharapkan PBB dan Barat untuk membela rakyat Palestin. Lihat sahaja dalam debat tersebut, mereka menyekat suara Erdogan dan seolah-olah debat ini dirancang untuk memalukan Islam. PBB juga tunduk kepada Israel dan jadi bodoh serta dungu dengan berdiam diri akan apa yang Israel lakukan terhadap rakyat Palestin.

Ada harapankah lagi boleh kita sandarkan kepada badan dunia sebodoh ini? TIDAK! Umat Islam bersendirian dan perlu bersatu untuk membebaskan Palestin semula. Ada yang bertanya kepada saya akan harapan kepada Presiden Amerika yang baru, Barack Obama. Saya ulangi, pertukaran kuasa dari Bush kepada Obama tidak lebih daripada pertukaran kuasa dari Syaitan Putih kepada Syaitan Hitam!

Ikutilah sejarah, ekonomi dan politik Amerika, Yahudi yang berkuasa sebenarnya. Satu dunia tahu akan hal ini. Saya boleh bersetuju dengan pendapat bekas PM kita, Tun Dr Mahathir bahawa Yahudi memerintah dunia dengan menggunakan proksi. Ini benar! Amerika adalah proksi Yahudi paling utama! Setiap Presiden Amerika pasti akan mengikut telunjuk Yahudi! PASTI!

Bilakah Islam akan bersatu dan Palestin akan dibebaskan? Kita memerlukan lebih ramai Erdogan di kalangan umat Islam terutama generasi muda kerana kita ada tugas besar di masa depan. Bukan sekadar menumbangkan sekular di Malaysia, malah menumbangkan kezaliman Israel dan membebaskan Palestin sepenuhnya. Ini tugas kita dan tanggungjawab kita semua!

Gaza Diserang : Mahmood Abbas Pembelot, Husni Mubarak Pengkhianat!


Peranan yang dimainkan pengkhianat Gaza iaitu Presiden Mahmood Abbas yang juga ketua Barisan Pembebasan Palestin (PLO) amat-amat menyedihkan. Beliau yang diamanahkan untuk membela umat Islam Palestin setelah menggantikan Allahyarham Yasier Arafat, bertindak menikam saudara sendiri dari belakang kerana tidak berbuat apa yang patut untuk menyelamatkan saudaranya sendiri.

Malah, satu dunia melihat betapa beliau menjadi boneka Israel dan menjadi kawan baik Amerika dengan mengikut segala kata-kata dan telunjuk dua Syaitan Buta itu. Kita semua jelas bahawa yang bersalah dalam isu ini adalah Israel kerana puncanya Syaitan Buta ini merampas tanah umat Islam dan berlaku zalim dengan saudara kita. Pembunuhan demi pembunuhan berlaku dari 1948 hingga ke hari ini jelas membuktikan betapa Yahudi Lanatullah ini melakukan semua ini bermatlamat untuk melenyapkan umat Islam sama sekali dari tanah mereka sendiri.

Daripada pencerobohan inilah, lahirnya pejuang-pejuang yang bangun menentang kezaliman Isarel dan melakukan penentangan dengan pelbagai cara. Allah mengaturkan segalanya sehinggakan para pejuang ini bersatu dan menubuhkan Harakat Al Muqauwama Al Islamiyah (HAMAS) yang diketuai As Syahid Syeikh Ahmad Yassin. Hamas adalah simbol perjuangan jihad rakyat Palestin yang bermatlamat jelas iaitu rakyat Palestin perlu mendapatkan semula seluruh hak mereka dan Israel perlu keluar dari tanah mereka.

Itu adalah matlamat yang sebenar dan perjuangan yang diterima oleh seluruh rakyat Palestin. Israel tidak menyenangi perkara ini kerana merasakan Hamas akan menganggu mereka dan bakal menggagalkan segala matlamat mereka di tanah Palestin.

Maka, mereka menubuhkan apa yang dikatakan ’kerajaan sementara yang diiktiraf’ iaitu Barisan Pembebasan Palestin (PLO) dengan direstui Syaitan Besar Amerika dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bodoh Buta (PBB). Kata mereka, mereka inginkan pertubuhan rakyat Palestin yang tidak ganas dan menjunjung kedamaian. Sebenarnya, yang mereka inginkan adalah pertubuhan boneka yang boleh mereka perbodohkan untuk menghalau semua umat Islam dari tanah mereka sendiri, Palestin!

Buktinya, pelbagai keputusan yang ’diiktiraf’ kononnya akan mendamaikan Israel dan Palestin telah dibuat antara Israel dan PLO, tetapi keputusan itu amat berat sebelah dan akan menggadaikan maruah umat Islam. Namun, yang menjadi persoalan, PLO bersetuju dan mengiktiraf resolusi yang akan mengorbankan kedaulatan mereka sendiri.

Sebagai contoh, Perjanjian Oslo 1993 yang dibuat antara Israel dan PLO yang disaksikan Syaitan Besar Amerika melalui presidennya, Syaitan Bill Clinton amat mendukacitakan seluruh rakyat Palestin. PLO telah menjual kedaulatan mereka dengan bersetuju akan perjanjian ini sedangkan antara isi perjanjian ini adalah :

PLO dikehendaki :
1) mengiktiraf hak kewujudan Israel
2) mengesahkan penjajahan dan pemilikan Israel ke atas 77% dari bumi Palestin (1948)
3) menghentikan penentangan bersenjata dan intifadah
4) menghapuskan dari piagam kebangsaan sebarang ketetapan tentang pembebasan seluruh Palestin dan penghapusan rejim Zionis

dan Israel dikehendaki :
1) Mengiktiraf PLO sebagai wakil sah rakyat Palestin (PNA)
2) Memberi pemerintahan autonomi terhad di Gaza dan Tebing Barat
3) Akan istihar negara Palestin yang merdeka dalam tempoh 5 tahun

Perjanjian ini sebenarnya telah menghilangkan segala keyakinan rakyat Palestin kepada PLO. Mereka menyokong kuat Hamas kerana bagi mereka tiada lagi yang boleh diharapkan lagi selain Hamas. Hamas meneruskan perjuangan mereka dengan cara rundingan melalui bahasa ’darah’ kerana Israel bodoh sama sekali akan makna perdamaian.

Kebangkitan Hamas amat ditakuti Israel dan perjuangan mereka terus berkembang dan mendapat sambutan. Israel menukar strategi dengan menarik Hmas ke medan siasah kerana mereka beralasan selagi Hamas tidak memenangi pilihanraya dan menjadi kerajaan sah, mereka tidak akan melayan tuntutan Hamas. Mereka mencadangkan begitu kerana yakin Hamas tidak akan menang pilihanraya tersebut.

Maha Suci Allah, Dia mengaturkan segalanya sehingga Hamas memenangi pilihanraya tersebut dan membentuk kerajaan pada Januari 2006. Namun, Syaitan Israel dan Syaitan Amerika merogol kebebasan demokrasi dan memperkosa majoriti suara rakyat Palestin dengan memboikot dan mengetepikan keputusan pilihanraya. Kerajaan Hamas tidak diiktiraf dan mereka melantik semula kerajaan sementara bodoh PLO sebagai lambang suara rakyat sedangkan rakyat tidak pernah mahu mengakui PLO adalah mewakili suara mereka.

Sehingga kini, PLO masih lagi tunduk kepada Dua Syaitan Besar ini. Ketika serangan hebat dilakukan oleh Israel dan suara seluruh dunia senada dalam mengutuk kekejaman Israel, PLO melalui Mahmood Abbas menyuarakan dan menundingkan kesalahan kepada Hamas dengan mengatakan Hamas melakukan sesuatu yang salah kerana ingin mendapatkan kebebasan Plaestin secara kekerasan yang menyebabkan Israel menyerang Gaza dan membunuh umat Islam Palestin.

Nampaknya si pengkhianat ini masih lagi mengharapkan pendamaian dengan Syaitan Israel dan meminta Hamas untuk jadi pengkhianat sama macam beliau. Biarpun rakyat di Gaza diserang dan diasak, namun mereka sama sekali tidak mengkhianat dengan meminta Hamas tunduk kepada Israel. Biarpun rumah mereka musnah, keluarga mereka dibunuh, mereka tetap sabar dan menyekong Hamas malah meminta Hamas meneruskan perjuangan mereka.

Jika Hamas tunduk kepada Israel dengan mengadakan pendamaian yang palsu, Hamas akan turut jadi macam PLO yang mengkhianati amanah rakyatnya kerana tiada bahasa pendamaian difahami oleh Zionis ini. Mereka hanya faham bahasa peluru dan darah! Jelas sekali akan khianatnya Mahmood Abbas terhadap perjuangan rakyat Palestin. Beliau tidak ubah seperti orang yang menggadaikan dan membiarkan bumi sendiri dinodai oleh anjing Israel.

Begitu juga pemimpim pembelot, Husni Mubarak yang juga Presiden Mesir. Beliau yang ingin kelihatan ’pejuang’ di kalangan orang Islam dan juga ingin kelihatan ’sahabat’ oleh musuh adalah orang yang bermuka-muka dan turut sama bekerjasama dengan membiarkan rakyat Palestin ini disembelih oleh anjing-anjing Israel.

Seluruh dunia tahu, Gaza bersempadan dengan Mesir di Rafah yang mana sempadannya adalah bawah kawalan negara yang terlibat sahaja iaitu Palestin dan Mesir. Tiada sangkut paut sama sekali penguasaan Israel terhadap sempadan itu. Maka alasan Husni bahawa sempadan Rafah-Gaza tidak dapat dibuka kerana perlu mendapatkan keizinan Israel adalah pembohongan semata-mata. Husni telah menjual maruah negaranya dengan mengiktiraf sempadannya berada bawah kawalan Israel.

Husni mengatakan dia bimbang akan keselamatan para sukarelawan kerana Israel masih menyerang di Gaza walaupun para sukarelawan sudah menegaskan mereka sanggup mati di Gaza. Husni kemudiannya memberikan komitmen akan membuka sempadannya sekiranya berlaku gencatan senjata. Namun kini setelah gencatan senjata berlaku, keadaan masih sama. Para sekarelawan dan semua bantuan kemanusiaan yang berada di Rafah masih terkandas dan berdepan dengan 1001 biokrasi.

Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa Husni merupakan ’Tangan Israel’ yang berkuasa di Mesir. Orang seperti Husni adalah orang yang memiliki ciri-ciri munafiq yang mana ingin dianggap ’pejuang’ di kalangan orang Islam dan ingin kelihatan sebagai ’sahabat’ di kalangan musuh. Dia begitu menjaga hati kawannya, Israel dan Amerika dan dalam masa yang sama mengkhianati saudara seIslamnya sendiri.

Buktinya, disebalik kekacauan ini, Husni berlagak seperti hero dengan menawarkan menjadi orang tengah untuk menyambung semula rundingan damai antara Palestin dan Israel. Tawaran ini dibuat bagi menunjukkan kepada dunia kononnya dialah pejuang kedamaian dan menjadi orang penting yang menyumbang kepada keamanan Asia Barat.

Tidakkah dia tahu bahawa pelan pendamaian adalah satu idea bodoh yang sama sekali akan mengorbankan kedaulatan Islam? Melakukan rundingan damai dengan Israel seolah-olah mengiktiraf Syaitan Pekak itu berkuasa di Tanah Suci Al Quds dan juga menyerahkan tanah suci ini kepada Israel dengan rasminya. Pendamaian ini seolah-olah meminta pencuri berdamai dengan tuan rumah.

Dalam masa yang sama Husni menawarkan pelan damai, dia juga bertindak mengunci pintu sempadannya daripada kemasukan ribuan bantuan kemanusiaan dari serata dunia. Berapa ramai doktor yang terkandas di pintu sempadan, berapa banyak ambulan yang tersadai di tepi jalan di Rafah, berapa ribu ubat-ubatan yang berabuk di dalam kontena, menunggu masa untuk dilepaskan ke Gaza dan berapa juta wang yang ingin disalurkan terhenti di pintu Rafah.

Semua ini menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia dengan menyekat semua bantuan kemanusiaan dan membenarkan rakyat Gaza bermandi darah akibat hujan peluru di Gaza. Rakyat Gaza bertambah derita setelah diserang oleh Syaitan Kejam dan bantuan pula disekat oleh Syaitan Licik.

Sepatutnya sebagai umat Islam, Husni tidak perlu takut dengan ancaman Amerika dan Israel malah sepatutnya membuka pintu sempadannya seluas yang boleh agar semua bantuan kemanusiaan akan sampai kepada rakyat Gaza. Namun saya yakin bahawa pemimpin yang hipokrit, bacul dan berlagak pejuang ini sama sekali tidak akan menyebelahi rakyat Gaza dan akan terus tunduk kepada Syaitan Besar dan Syaitan Buta Israel. Kalaulah saya menjadi hakim dan Husni menjadi pesalah di dalam sebuah mahkamah, saya amat bersetuju jika Husni dijatuhkan hukuman seperti mana yang diterima oleh Anuar Sadat dahulu!

Saya secara jujur tidak percaya akan manusia ini. Manusia yang pandai berlakon dan suka mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri sebagai hero serta suka mengambil kesempatan kesengsaraan orang lain untuk keuntungan diri sendiri. Usah diharapkan pengkhianat ini akan menyebelahi Islam dan usah mimpi pelan damai yang dia cadangkan akan berjaya dan memberi keadilan kepada rakyat Palestin. Pelan damai itu lebih bersifat komestik dan hanya kelihatn cantik sahaja, namun tiada fungsi dan akan gagal selama-lamanya.

Saya menceritakan semua ini untuk memberi ingatan dan pengajaran kepada sahabat semua, jangan impikan pendamaian dengan Syaitan Israel ini. Bukan kerana Islam tidak mahukan pendamaian, tetapi Israel adalah bodoh dan teramat bodoh untuk memahami bahasa pendamaian. Israel dan semua rakyatnya diajar untuk memahami bahasa peluru dan darah. Hanya itu jalan yang ada, selaras dengan tuntutan Islam agar memerangi dengan pihak yang menzalimi kita setelah semua usaha damai tidak diterima musuh.

Islam agama yang ada maruah. Benar, Islam mengajar berlembut dan pendamaian, tetapi Islam bukan agama ’pondan’ yang akan tunduk dan menyembah kepada musuh yang menzalimi kita. Islam ada jati diri dan mengajar umatnya adil dalam setiap tindakan. Dalam konteks ini, berdamai dengan Israel adalah zalim dan memerangi mereka hingga Palestin dibebaskan adalah tindakan paling adil selagi mana mereka memerangi kita.

Nabi mengajar kita bersikap lunak selagi mana mereka juga baik terhadap kita. Tetapi dalam isu ini, setelah apa yang Israel buat kepada kita, maka bodoh, bacul, khianat, dan zalimlah umat Islam yang masih lagi berharap pendamaian dengan mereka.

Saya tidak setuju sama sekali idea pendamaian ini. Bukan kerana saya pengganas dan Islam mengajar keganasan, tetapi bila terkenang peristiwa Nakbah 1948, Syabra Syatilla 1982, pejuang-pejuang dibunuh, kanak-kanak ditembak, ibu tua putus kepala, bayi dalam kandungan terburai keluar dari perut ibunya yang pecah dan pelbagai lagi kezaliman Israel malah kezaliman itu berterusan hingga kini, maka saya sudah tutup buku pendamaian dengan syaitan ini.

Jangan jadi seperti dua pengkhianat di atas. Jangan kita semua jadi musuh Allah dengan bersikap lunak kepada Israel dan Amerika. Saya akan terus berusaha mengikut kemampuan saya untuk menyumbang kepada Palestin dan saya berharap sahabat lain pun begitu juga.

Usaha dua manusia ini tidak akan berjaya kerana mereka berharap akan pendamaian dengan Syaitan Zalim. Segala usaha mereka akan gagal kerana terlalu tunduk kepada tuntutan Amerika dan Israel. Malah, saya tidak terperanjat dan tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti dua manusia ini sendiri akan mati dibunuh oleh ’kawan rapat’ mereka iaitu Israel!