Saturday, February 7, 2009

Rompakan Adun Perak : Pihak Yang Benar Dituduh Derhaka, Perompak Dijulang Mulia. Dimanakah harga diri Sultan Perak?


Saya agak sedih dengan apa yang berlaku di Perak sekarang. Rampasan kuasa oleh BN perompak besar dan pengkhianatan 4 Adun yang tiada maruah! Saya malas nak ulas panjang kerana sudah banyak blog dan website yang mengulas tentang isu ni. Semua dah nyatakan pandangan dan makian kepada sesiapa yang patut dimaki.

3 Adun (Changkat Jering, Behrang dan Jelapang) yang tiada asas perjuangan, berjuang untuk periuk nasi sendiri, memang akan jual maruahnya begini. Kita tidak perlu pelik, inilah akibat jika orang berpolitik tidak ikut agama, pisahkan politik dengan agama seperti ajaran UMNO-BN selama ini.

Nak kata Adun Bota katak yang patut mati kene langgar kereta, kita tahu dah orang UMNO mana ada yang berjuang tidak mahu duit. Sejak saya dengar dia masuk PKR lagi, saya dah musykil, boleh ke Adun UMNO ni berjuang ikhlas nak bantu rakyat. Saya yakin orang yang jual maruah 2 kali ini, orang yang tiada prinsip n sertai politik untuk periuk nasinya. Keluar UMNO kerana kecewa xdapat jawatan ketua bahagian, keluar PKR untuk terima habuan. Orang ini memang layak diludah dan pastikan kerjaya politik kejinya ini ditamatkan dalam PRU13.

Saya awal lagi menolak idea lompat parti sejak DSAI yang mencadangkanya tahun lepas. Saya lebih bersetuju kita terima keputusan rakyat dan majukan 5 negeri yang kita pegang. Jika track record kita baik, confirm kita akan tawan Pusat dalam PRU13.

Nak kata SPR n SPRM bias, memang mereka ni alat kepada BN. Saya tidak pernah percaya badan yang dikatakan bebas ini tidak menyokong BN selagi ia tidak diletakkan bawah naungan pihak yang bebas dan diberikan kuasa mutlak.

Nak kata kita nampak wajah sebenar perompaknya Pak Lah dan Zaid Hamidi, memang orang UMNO ni pandai berlakon depan rakyat. Saya mulanya agak menghormati Pak Lah yang bagi saya lebih baik dari Dr Mahathir dan lebih elok dari Najis Razak, tapi kerakusan dan kurang ajar Pak Lah dalam mengenepikan keputusan rakyat terserlah dalam isu ini di mana Pak Lah tanpa muka bersalah berbangga dengan rampasan kuasa ini dan ingin rakyat menerima kerajaan perompak.

Zahid yang selama ini kelihatan baik sebagai menteri yang menjaga agama, terserlah rupa sebenarnya sejak menghalang kerjasama antara pegawai pusat dan pegawai kerajaan negeri Perak sebelum ini. Semalam, dia mempersoalkan di manakah iman orang yang demo, membantah keputusan Sultan. Bagi saya, dia tidak layak bercakap tentang iman kerana dia baru sahaja selesai menjayakan rompakan yang pastinya melibatkan duit rasuah berbilion ringgit.


Kita nak kata UMNO guna duit untuk projek ini, saya tegaskan di sini bahawa UMNO adalah 'Universiti Rasuah'. Rasuah adalah UMNO dan UMNO adalah rasuah. Mustahil, saya berani potong jari jika benar rompakan Perak ini tidak ada melibatkan duit. Najis Razak amat pro dalam rasuah ini. Kepalanya penuh dengan strategi untuk membeli maruah orang untuk memperlihatkan kehebatannya yang akan naik ke kerusi Perdana Menteri Paling Hina dalam sejarah Malaysia.

Marah pada Sultan, adakah ianya derhaka?

Kita nak marah pada sultan, semua tahu sultan bias dalam isu ini. Memang Islam menjulang pemimpin dan menghormati sistem beraja di Malaysia, tapi Allah gariskan panduan taat kepada pemimpin dengan mewajibkan kita tunduk kepada pemimpin dan raja yang beriman n adil sahaja. Jika raja zalim, raja didanggah!

Jangan salahkan rakyat yang kini tidak lagi mengaminkan doa keselamatan untuk sultan. Ini adalah reaksi spontan rakyat yang merasakan dirinya tertipu. Bagi saya, jika sultan zalim, memang layak dimaki walaupun sultan itu muda dan bijak tinggi melangit. Kita lawan UMNO-BN kerana mereka zalim, jadi jika sultan pun begitu, kita akan lawan juga.

Sultan sebenarnya telah membunuh kepercayaan rakyat Perak kepadanya. Istana seolah-olah menggali lubang untuk menguburkan institusi itu sendiri. Saya yang bukan rakyat Perak pun yang selama ini memendang hormat Sultan Perak, kini tidak lagi. Nasib baik Melaka sudah tidak beraja. Tapi, dilantik pula kaki rasuah yang mempunyai banyak kes tertangguh dari Pahang untuk jadi TYT Melaka.. Hui, aku tidak pernah iktiraf dia TYT aku..

Hari ni, dalam Berita Hairan, dikatakan Pakatan derhaka kerana memboikot perlantikan MB haram. Dan nama pun MB haram, buat apa kita nak hormat. Sultan yang melantik MB haram pun memang patut la dipulaukan.

Nak kata Berita Hairan, Utusan Meloya dan Berita TV3suku bohong, bukankah mereka ni memang pembhong besar? Mereka juga yang memutarbelitkan fakta, memperbodohkan rakyat. Ini mentaliti media massa arus perdana kita yang memang tiada maruah sejak dulu lagi. Saya dah lama cuci tangan daripada mengadap media massa bodoh ini.

Saya ibaratkan apa yang berlaku adalah seperti ini. Sebuah rumah kebajikan yang elok dijaga oleh pengurus yang baik dan dinaungi oleh seorang penasihat. Tiba-tiba datang perompak, menyingkirkan pengurus yang baik itu dan memohon kepada penasihat untuk melantiknya sebagai pengurus. Penasihat yang bangang itu pun bersetuju untuk melantik perompak menjadi pengurus dan meminta pengurus yang baik itu berambus. Ahli rumah kebajikan tidak berpuas hati dan melawan penasihat itu dan pengurus yang perompak itu. Adakah tindakan ahli rumah kebajiakn melawan penasihat itu dikatakan derhaka?

Pastinya tidak! Mereka menuntut hak mereka n minta sultan bersikap adil. Itu sahaja. Tetapi Sultan mengkhianati rakyatnya dengan membelakangkan suara rakyat. Maka, jika rakyat bangkit menentang, sultan tidak boleh salahkan rakyat. Cermin dulu duri dan buang kebodohan dalam tindakannya. Bubar Dun dan biarkan rakyat menentukan kerajaan mereka sendiri. Walaupun Sultan Perak dikatakan bijak, adakala jadi bodoh juga jika dia dinasihatkan oleh perompak yang bodoh!

UMNO gembira akan apa yang berlaku. Xpe, gembiralah wahai perompak dan lanun sekalian. Bagi 4 orang yang tiada maruah tu, bergelumanglah dengan habuan yang kalian terima. Sultan pun, jika selesa dengan pengkhianatan ini, seronoklah. Tapi jagalah engkau wahai UMNO yang bakal dikepalai oleh penyangak besar, Najis Razak. Aku akan kerahkan dan usaha untuk berkempen kepada kawan-kawanku untuk pastikan kau ditamatkan diwayat dan ditalqinkan pada PRU13. Bersama kita semua pengundi muda, mengkebumikan jenazah UMNO-BN dalam PRU13. Tunggu dan lihat!!

p/s : Maaf atas kekasaran bahasa. Orang yang bijak akan menulis dan berucap mengikut intonasi yang sesuai dengan keadaan dan masa!

2 comments:

amiR muJahiD said...

salam abg azrul...
saya bru balik dri Baitul Qurra'
dan terima kasih kpd Ustaz Zulkifli...
saya kini dpt gambaran yg lebih jelas ttg keadaan politik malaysia...
bkn bermaksud ustaz ajaq bab2 politik...
cma ustaz mengajar kami menyebelahi pihak yg benar...
sesungguhnya apa yg abg azrul dah tulis...
saya sokong seratus-peratus...
Insyaallah,Islam akan ttp menang utk pilihan raya akan dtg..

Anonymous said...

Aku ingatkan benar-benar nak berdakwah, malangnya nak berpolitik.Soorilah saya tak minat berpolitik, baik PAS ke UMNO,PKR ke. Saya dah lihat semuanya penipu besar.