Thursday, January 1, 2009

Tahun Baru : Khalifah Hadhari Tidak Prihatin, Penderitaan Palestin Hilang Dalam Pesta Maksiat.


Sejak Khalifatul Awal Islam Hadhari mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009, saya secara pribadi memutuskan untuk tidak lagi mengkritik beliau memandangkan Islam juga mengajar agar kita menghormati orang yang akan menamatkan perkhidmatan dalam apa jua bidang tugas sekalipun. Namun, hati saya terbakar pagi ini setelah membaca Berita Hatian online berkenaan sambutan Tahun Baru yang amat meriah di Kuala Lumpur malam tadi dan dihadiri oleh Khalifah Hadhari ini.

Pada pengamatan saya, ini adalah satu tindakan yang amat tidak prihatin dan tindakan ’memekakkan telinga’ oleh beliau selaku ketua negara. Masakan tidak kerana baru sahaja beberapa hari sebelum ini kita mendengar kenyataan Kementerian Kebudayaan dan Kesenian yang mengatakan bahwa kerajaan tidak akan membuat majlis sambutan tahun baru kerana mengambil kira sensitiviti semasa yang tidak mengizinkan untuk diadakan sambutan seperti tahun-tahun sebelum ini. Antara peristiwa yang timbul kebelakangan ini adalah tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, serangan di Mumbai, sambutan Tahun Baru Hijrah dan yang sedang berlaku adalah serangan di Gaza. Walaupun kata-kata ini seolah-olah hipokrit dengan Allah, tapi kita menyambut baik keputusan itu memandangkan ia memberi faedah kepada Islam. Kenapa saya katakan hipokrit? Mana tidaknya, bila bertembung dengan Maal Hijrah dan bencana, pesta maksiat (sambutan Tahun Baru) tidak diadakan. Tahun depan jika tiada bencana, buat semula sambutan ini. Seolah-olah, bila susah baru nak ingat Allah. Ia juga seakan-akan satu perbuatan bersifat sekular kerana bila bertembung Maal Hijrah, buat sambutan cara Islam. Jika tidak, buat cara kafir. Tidakkah itu sekular?

Keputusan membatalkan sambutan Tahun Baru adalah tepat malah saya menyokong dengan pindaaan agar tidak diadakan langsung sambutan tahun baru untuk tahun-tahun akan datang dengan beberapa sebab. Pertamanya dalam Islam tidak ada langsung perkataan sambut Tahun Baru. Sedangkan sambutan Tahun Baru Hijrah pun terdapat khilaf, inikan pula Tahun Baru Masihi yang tiada sangkut paut langsung dengan Islam. Perlu diketahui bahawa kalendar dunia Islam telah diubah oleh penjajah daripada Kalendar Hijrah kepada Masihi yang mana kalendar Masihi adalah berpandukan kiraan tarikh mengikut agama Kristian. Tahukan kita bahawa maksud 2009 adalah 2009 tahun selepas kelahiran Tuhan Jesus (Tuhan Anak dalam kepercayaan Kristian). Dengan ayat mudah, sebenarnya sambutan Tahun Baru adalah sambutan ulang tahun kelahiran Tuhan Jesus bagi orang Kristian! Orang Islam yang bodoh terus menyambut dengan gilang gemilang Tahun Baru ini tanpa mengetahui sejarah sebenar sambutan Tahun Baru. SMS dan email dikirim dengan hebat tanpa mengetahui perbuatan itu akan menjejaskan aqidah.

Kedua, sambutan Tahun Baru yang bersifat ’syirik’ ini sama sekali bertentangan dengan hukum Islam. Ia seolah-olah pesta maksiat yang dilakukan secara terbuka tanpa mengambil kira hukum agama. Siapa boleh terima dengan akal yang waras bahawa sambutan Tahun Baru akan selamat daripada arak, pergaulan bebas, zina, dan hiburan maksiat? Kita semua maklum ini akan berlaku bukan sahaja sambutan Tahun Baru, malah dalam apa jua acara sambutan yang dijalankan secara besar-besaran. Adalah menjadi kewajipan pesta maksiat ini dihentikan kerana ia akan menyebarkan virus mungkar ke dalam jiwa rakyat. Jika tidak, tiada guna dilaung-laung pembangunan Modal Insan, Islam Hadhari sedangkan khalifah yang melaungkan itu pun join sekaki dalam pesta maksiat ini!

Saya bercakap bukan atas dasar dia orang UMNO. Tetapi bercakap atas pendirian saya orang Islam dan wajib menentang perkara ini. Tidakkah dia sedar bahawa sambutan Tahun Baru adalah antara perosak masyarakat? Bilangan anak haram yang diumumkan di Parlimen sebanyak berpuluh ribu itu, benihnya disemai dalam sambutan ini? Masyarakat Islam jadi lemah iman dan remajanya jadi lemah aqidah disebabkan kelulusan yang diberikan kepada sambutan seperti ini? Jika ada pihak berhujah bahawa dia hanya memenuhi jemputan, saya ingin bertanya, adakah dia tiada kuasa veto untuk membatalkan penganjuran pesta maksiat itu. Adakah kerana nak jaga hati penganjur, Allah dia letak ke tepi? Sedangkan ceramah agama boleh dihalang guna FRU, kenapa pesta maksiat ini tidak dihalang guna kereta kebal? (saja melawak)

Perka yang paling saya geram dan buat hati terbakar adalah dalam keadaan rakyat Palestin ditindas, dihujani bom, terbunuh, pecah kepala terkena bom, rakyat Malaysia bergembira, melompat-lompat macam beruk, terjerit-jerit macam monyet, terkinja-kinja macam ungka menyambut pesta maksiat ini.Adalah amat biadap dan patut dimaki orang macam ini. Sudahlah kita buat pekak telinga dan tidak endah dengan apa yang berlaku pada saudara kita, kita khianati mereka dengan berpesta seolah-olah kita berkata ”lantak korang la kene bom, kami nak bergembira”. Umat Islam adalah bersaudara, di Palestin kene bom dan sepatutnya kita di sini merasa sakit juga dengan penderitaan mereka. Tetapi, pesta maksiat ini membunuh sama sekali perasaan sayang sasama saudara Islam dan menghapuskan sensitiviti kita terhadap saudara seIslam kita.

Saya kecewa dan malu dengan umat Islam negara kita terutama pemimpin mereka yang buta mata dan pekak telinga dengan penderitaan rakyat Palestin. Mereka di sana pecah kepala kene bom, anak pergi sekolah dan balik dengan jasad tanpa roh, isteri mengandung pecah perut dan terburai janin si anak, orang tua putus kakinya, si nenek menangis mencari cucunya yang tertanam di bawah runtuhan rumah, air mata bergenang bercampur darah, bumi bermandi darah dan kita sambut Tahun Baru dengan berpesta maksiat. AKU MALU ADA ORANG ISLAM BEGINI DI BUMI ALLAH INI. AKU MALU MELIHAT RAKYAT MALAYSIA BEGINI. AKU MALU PEMIMPIN ISLAM BUTA DAN PEKAK ATAS SEMUA INI!!! Mungkin mereka akan sedar apabila semua yang berlaku pada saudara kita di Palestin, berlaku pada keluarga mereka.

Saya sama sekali akan membenci orang yang 'buta' ini. Mereka ini perlu bersedia dengan jawapan untuk menjawab dakwaan seluruh rakyat Palestin dalam perbicaraan agung di Mahkamah Agung, Padang Mahsyar di hadapan hakim yang Maha Agung, Allah SWT. Mereka perlu menjawab pertanyaan ”Ke mana kamu ketika Yahudi menzalimi kami?” Maka jawab dengan mengatakan ”Kami berpesta sambut Tahun Baru!”

Saya menyeru pada sahabat untuk menginsafi dan berkongsi penderitaan rakyat Palestin dengan sama-sama berdoa untuk kesejahteraan mereka. Laksanakan solat hajat setiap malam dan Qunut Nazilah setiap kali solat. Anjurkan program penenerangan kepada masyarakat akan apa yang berlaku. Hulurkan sebanyak yang boleh derma kepada pertubuhan kebajikan yang berkaitan dan boikotlah barangan Yahudi lakantullah kerana setiap ringgit yang dibelanjakan dengan membeli barangan Yahudi, seumpama kita sedekah sebutir peluru yang menusuk ke jantung saudara kita di Palestin. Saya juga menyeru agar kita memboikot sambutan Tahun Baru yang bersifat ’syirik’ ini pada setiap tahun. Hebahkan perkara ini kepada sahabat yang lain. Fokus kehidupan kita ke arah memperjuangkan Islam kerana kita ada tugas besar menanti kita di masa akan datang, iaitu penegakkan kalimah Lailahaillallah dan menyelamatkan bumi Palestin! Allahuakbar!!

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,saya bersetuju dengan semua yang anda katakan.Orang yahudi memang diasuh sejak kecil lagi untuk membenci umat islam.persoalan yang bermain di benak saya ialah apakah tindakan kita seterusnya kerana saya melihat dan memerhati orang islam sendiri menyumbang kepada usaha regim zionis di al-aqsa.lihat jasa pisang kaki di puduraya.selain itu,orang ramai kini berebut-rebut mendapatkan model handphone terkini yang mahal harganya dan tinggi kualitinya.kalau kita lihat,di mana kezuhudan kita sedangkan cukup untuk kita membeli sekadar untuk berhubung dan menghantar mesej.dan laptop yang kita gunakan itu perisiannya dan yahoo itu semuanya diselenggara oleh kafir.cuba kita renungkan..hanya satu yang saya nak tinggalkan di sini adakah perjuangan kita sudah selesai atau hanya kepada satu jemaah sahaja?