Saturday, January 3, 2009

Ikhtilat : Kenapa Perlu Lari dan Sembunyi?

Baru-baru ni sahabat baik saya, Fauzan dan kawannya berjalan di sekitar Syari’ ’Asyarah di belakang ARMA untuk membeli barang dapur. Sedang seronok bersembang, dari jauh ternampak dua insan bernama Uda dan Dara sedang berjalan beriringan yang mana si Dara itu dikenali oleh sahabat saya ni. Sungguh mesra nampaknya seperti ada yang tidak kena antara mereka. Mengapa tidak kena? Yelah, dalam keadaan bukan muhrim, mana boleh suka hati kepala otak kita nak berjalan berdua-duaan. Pendapat saya ni pasti dianggap ’ortodoks’ dan tak ikut pengedaran zaman oleh golongan ’fikiran terbuka’ dan ’moden’. Saya nak jawab pada puak-puak ni, peduli apa saya dengan semua gelaran tu. Apa guna kepala otak bijak dan terbuka kalau fikiran terbuka tu digunakan untuk melawan hukum Allah.

Kembali kepada cerita tadi. Apa yang menariknya apabila si Dara ternampak kelibat kawan saya yang juga merupakan bekas Ketua Umum di sekolah yang sama si Dara bersekolah dahulu, terus mereka berpecah ala-ala komando berpecah sebagai strategi perang dalam hutan. Nak tergelak pun ada. Agaknya, kenapalah si Dara tu buat begitu ye? Dengan orang lain di sekelilingnya dia tak lari plak, tapi dengan si bekas KU, dia lari berpecah macam komando berperang.

Cerita ini mengingatkan saya kepada perisriwa yang berlaku di KL Sentral dahulu. Saya yang ketika itu Upper 6 di KISAS ingin menjamu selera di Food Court setelah baru tiba dari Melaka. Dalam fikiran dok fikir lauk apa yang nak makan tengahhari ni. Melangkah je ke pintu masuk Food Court, saya nampak ramai juga orang yang makan di situ. Tapi yang menarik perhatian adalah berlaku aksi ala-ala James Bond oleh seorang Dara di meja sebelah kanan berdekatan pintu masuk itu. Si Dara yang ketika itu dengan di Uda (yang mungkin juga abangnye kot..kene husnuszon la...hehe..) memalingkan mukanya sambil menghalang mukanya dengan tangan macam aksi SB untuk mengelak daripada dikenali. Saya pelik, kenapa die ni? Lalu serta merta teringat pada kata-kata seloroh senior kat KISAS dulu, ”kalau mu terserempak ngan mana-mana muslimat dan muslimat tersebut terus wat aksi berpecah komando atau aksi elak James Bond untuk elak dari dikenali, itulah dia muslimat KI” Semasa keluar dari Food Court, saya sempat melihat pada si Dara untuk mengenali siapa die ni. Setelah melihatnya, saya tidak kenal pun. Tapi mengapa die buat aksi itu tanpa diminta ye?

Ada lagi satu kisah oleh Fauzan juga yang pernah terserempak si Dara wat aksi ala-ala James Bond gak di Pusat Terjemahan Negara. Ketika itu kawan saya ni baru masuk ke dalam dan menuju ke kaunter pertanyaan. Kot-kot muslimat kat sebelah die yang sedang wat urusan terus tutup mukanya dengan fail. Hui, dah macam aksi TV plak. Kenapa ye die wat begitu. Cuma malang sikit kat muslimat tu, kawan saya ni mengenalinya dan agak pecah juga tembelangnya apabila ketika dia mahu pulang, kelihatan dia membonceng motosikal bersama seorang lelaki. Tak pe, mungkin lelaki itu abangnya kot..Husnuzan la skit..:-)

Saya nak bertanya, kenapa perlu sembunyi? Kenapa perlu lari? Kenapa perlu wat aksi komando dan James Bond tanpa diminta? Kenapa perlu tutup muka dengan fail? Kenapa dengan orang lain dia buat biasa je, tapi bila bertemu ngan KP dan exco BADAR, bertempiaran lari? Dengan orang lain tidak malu ke? Kenapa perlu takut ngan KU dan Presiden BADAR yang mana dia ni bukannya malaikat, sama je macam manusia lain? Kenapa takut malu ngan manusia? KENAPA TIDAK MALU DENGAN ALLAH?

Bagi yang muslimin, mereka biasanya tidak membuat aksi-aksi pelik ini, mereka lebih kepada ego dan buat tidak endah sahaja jika terkantoi dengan mana-mana orang pun. Mereka menganggap tidak perlu hipokrit, jika dah kita jahat begini, tidak perlu berlagak baik. Pandangan begini memang SOMBONG, BODOH dan BODOH SOMBONG. Kita berkata begitu. Masalahnya sekarang, mereka tidak memahami apa yang dimaksudkan hipokrit. (rujuk pada artikel HIPOKRIT Disember 2008) Mereka sebenarnya sombong dan bodoh kerena mereka ego pada Allah SWT.

Bagi memudahkan kefahaman, saya analogikan si miskin yang menolak bantuan RM 1000 dari si kaya dengan mengatakan ”sudah aku miskin, tidak perlulah jadi kaya” Bodoh tak si miskin tu? Samalah dengan puak-puak ni..Jika sudah sedar diri kita tidak baik, maka apa yang perlu dibuat adalah menghentikan perbuatan maksiat tersebut dan bertaubat. Usaha untuk ubah diri kepada yang lebih baik. Bertaubat dan usaha untuk jadi hambaNya yang bertaqwa. Jika tidak, samalah seolah-olah kita berkata ”sudah aku ni ahli neraka, biarlah aku masuk neraka!!”

Kita solat dalam masjid dan buat dengan khusyuk. Ini kerana kita berhadapan dengan Allah dan sedang menyembahNya. Begitu juga dengan keadaan masjid, kita jaga seeloknya kerana itu Rumah Allah. Kita puasa kerana bulan Ramdhan diwajibkan berpuasa dan bulan yang dijanjikan pelbagai ganjaran ibadah. Punyalah nak hormat bulan puasa hingga ada sorang artis buat kenyataan ”saya tidak akan melakukan lakonan aksi bercumbu pada bulan Ramadhan ini kerana menghormati bulan yang penuh rahmat ini..” Begitulah kita dalam beribadah...

Maka, saya nak bertanya kepada diri sendiri dan semua, kita jaga adab dalam solat, kenapa tidak beradab ketika di luar solat? Dalam solat, kita berhadapan dengan Allah, apakah di luar solat kita terlepas daripada pemerhatian Allah? Jika solat di dalam masjid, Rumah Allah, di luar bukankah ianya Bumi Allah? Jika kita yakin dengan kewujudan Allah ketika solat, adakah Allah tidak wujud di luar solat? Sama saja kan? Jika dalam solat kita tertakluk dalam rukun solat, di luar pun kita tertakluk pada peraturanNya!

Jika kita puasa dan menjauhkan diri daripada maksiat di bulan Ramadhan, kenapa tidak di bulan lain? Kita dijanjikan ganjaran berganda dalam bulan puasa, adakah ia bermakna kita tidak perlu taat dan beribadah dengan bersungguh-sungguh di bulan lain. Jika kita malu buat maksiat di bulan Ramadhan, adakah kita tidak malu buat maksiat di bulan lain? Adakah Allah hanya wujud dalam bulan Ramadhan sahaja, tidak wujud di bulan lain?

Kita pandai menjawab semua soalan di atas tetapi kita tidak menghayati langsung! Buktinya, kita masih lagi menjalani kehidupan seperti orang Kristian yang beragama hanya dalam gereja, di luar gereja bebas buat apa sahaja. Tuhan mereka hanya dalam gereja dan di luar, mereka bebas daripada pemerhatian Tuhan. Perjumpaan mereka dengan Tuhan mereka hanya hari Ahad dan hari-hari lain mereka tidak terikat dengan Tuhan mereka.

Ada perbezaan tak apa yang mereka lakukan dengan apa yang kita lakukan? Kita beradab hanya dalam solat, luar solat jalan beriringan dengan bukan muhrim seolah-olah kita taat pada agama hanya dalam masjid. Kita melakukan ikhtilat tanpa segan silu di luar solat seolah-olah Allah hanya berada dalam masjid. Kita bermaksiat sesuka hati di bulan-bulan lain seolah-olah pertemuan kita dengan Allah hanya dalam masjid dan ketika bulan puasa. Kalau kita perhatikan, tiada perbezaan langsung antara cara hidup kita dan mereka. Kita hanya mengaku orang Islam dengan melafazkan syahadah, tetapi kehidupan kita semuanya sudah mengikut cara kehidupan mereka. Kita beragama hanya di tempat dan waktu tertentu dan seolah-olah tidak beragama di tgempat dan waktu yang lain! Maka, benarlah sebuah hadith Rasulullah SAW yang mafhumnya akan datang fitnah akhir zaman yang mana umat Islam beriman di waktu pagi dan kafir di waktu petang!

Saya nak ingatkan bahawa, tidak perlu takut kepada KU, Presiden BADAR, KP, exco BADAR, warden, ustaz dan ustazah, tetapi malulah dengan Allah. Apa yang ada pada makhluk-makhluk ni, mereka tidak berkuasa dan tidak nampak apa yang kita lakukan. Tetapi Allah Maha Melihat dan tidak akan terlepas walau sebutir pasir pun dari pemerhatiaNya. Kalau kita lari pun ketika terserempak dengan makhluk-makhluk tersebut, ingatlah kita tidak boleh lari dari pengetahuanNya. Kita berada dalam genggamanNya dan Allah boleh menghapuskan kita bila-bila masa jika kita sudah terlalu biadap denganNya. Janganlah bila sudah tiba masa kita nak berpisah dengan dunia, baru kita sedar akan kewujudan Allah dan betapa Allah tidak pernah melupakan kita barang sesaat pun. Doakan semoga kita sama-sama dapat istiqamah dan terhindar daripada perbuatan yang munafiq pada Allah. Ameen.

1 comment:

Alia Ramley said...

err.. good post..

x tau nak ckp ape sbbnye bende tue mmg berlaku..kat mane2 pun..

klo jmpe mane2 exco badar (atau sewaktu dgnnye).. mmg akan mengelak..w/p x buat slh sekalipun..

knape yerk??..