Monday, January 5, 2009

Gaza Diserang : OIC Patung, Pemimpin Islam Bacul.

Saya membaca Berita Harian Online bagi mengikuti perkembangan serangan tentera Syaitan di Semenanjung Gaza. Angkan korban menjadi semakin meningkat kepada hampir 500 orang. Rakyat Palestin sudah mula meninggalkan rumah mereka untuk berlindung di tempat yang selamat ketika tentera darat syaitan mula memasuki Gaza untuk memulakan serangan darat. Tentera mujahidin HAMAS pula tidak jemu untuk membalas serangan dan tidak sabar menanti syahid. Di mata mereka jelas terbayang akan syurga yang sedangt menanti dan mereka menganggap keadaan sekarang adalah waktu keemasan untuk bergelar syahid.

Saya juga membaca berita mengenai protes berterusan seluruh warga dunia tidak kira umat Islam dan bukan Islam. Mereka membantah atas dasar kemanusiaan yang mana semua orang tahu bahawa si Yahudi Syaitan Laknatullah yang bersalah dan sepatutnya mereka yang keluar dari bumi Gaza. Saya kagum dengan semangat ini walaupun hati kecil saya tidak menyimpan harapan bahawa tindakan ini akan membuka mata syaitan yang sudah buta ditutupi darah umat Islam.

Saya juga membaca laporan berita mengenai Amerika Si Syaitan Besar yang menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang Majlis Keselamatan PBB (Pekak Badak Bodoh) bagi meluluskan resolusi mengutuk serangan Israel di Gaza. Seperti mana Amerika melakukannya ketika pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin dan Dr Abd Aziz Rantisi, Amerika akan terus menggunakan kuasa vetonya itu untuk menghalalkan segala tindakan Israel terhadap Palestin.

Usah mengharap Syaitan Besar yang diketuai Syaitan Putih dan akan digantikan dengan Syaitan Hitam ini akan menyebelahi umat Islam. Perlulah kita sedar bahawa ekonomi dan politik mereka dikuasai sepenuhnya oleh Yahudi malah di PBB sendiri lebih 80% individu yang berkuasa membuat dasar adalah terdiri daripada orang Yahudi. Adakah kita akan terus menjerit pada Syaitan Pekak ini untuk menghentikan serangan dan keganasan kepada umat Islam? Dia pekak dan akan terus pekak selama mana umat Islam wujud di dunia ini.

Sudah dinamakan Syaitan, maka mereka akan terus berdendam kepada umat Islam sampai bila-bila. Mereka bodoh akan makna pendamaian dan bagi umat Islam yang masih lagi mengharapkan pendamaian dengan mereka pun akan turut bodoh sekali. Ibarat menunggu ayam jantan bertelur. Mustahil dan imposibble!!

Umat Islam juga hampa dengan OIC, si Patung dan pemimpin Islam yang bacul. Kita sedia maklum bahawa OIC yang ditubuhkan kesan daripada peristiwa pembakaran Masjidil Aqsa pada tahun 1979 pada asalnya bermatlamat untuk menjaga bumi Palestin daripada pengkhianatan. OIC berfungsi sebagai suara dunia Islam dalam menjaga kedaulatan bumi Palestin dan kesejahteraan rakyat Palestin. Namin kini, tiada apa yang ada pada OIC melainkan sekadar ’Oh, I See’ sahaja. Fungsinya sudah diubah kepada menjaga dan mewujudkan kerjasama ekonomi, teknologi dan sebagainya. Malah dalam persidangan mereka, jarang sekali disebut akan pembelaan terhadap Palestin. Jika ada pun, ia hanya ibarat anjing menyalak bukit. Bunyi sahaja kuat tetapi tiada tindakan.

Pemimpin umat Islam di negara umat Islam juga bersikap berhati-hati bila menyentuh isu ini di hadapan kuasa besar. Bukannya berhati-hati untuk berstrategi, tetapi berhati-hati nak jaga periuk nasi mereka. Masing-masing dengan kepentingan mereka dan menjaga negara masing-masing. Pemimpin mereka hanya berani menyalak di hadapan rakyat dengan mengatakan pembelaan terhadap Palestin namun di hadapan Syaitan Putih, mereka melutut, menyembah dan bersalaman sambil mencium tangan. Mereka jadi penakut dan bacul sama sekali! Hilang segala ingatan kepada Palestin dan bertukar kepada kerjasama ekonomi dan keselamatan.

Jika kita bertanya, kepada siapa harus dipersalah dan dipertanggungjawabkan, saya menjawab pemimpin-pemimpin umat Islam yang bacul ini! Kenapa? Rakyat tidak mampu berbuat apa. Walaupun mereka berdemo hingga mengumpulkan 1 juta orang pun, si Syaitan Pekak akan terus pekak. Mahu tidaknya, mereka disokong dan ditaja oleh Syaitan Besar. Syaitan Besar memperuntukkan berbillion US Dollar kepada Israel untuk melakukan dasar kejam kepada umat Islam Palestin. Mereka tidak terusik sedikit pun dengan demo yang dilakukan seluruh dunia disebabkan mereka ada kuasa dan negara umat Islam bergantung kepada mereka. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah mengalihkan pergantungan kepada pergantungan sesama negara Islam.

Siapa yang memberi mereka kuasa ekonomi dan politik ini? Kita iaitu negara Islam sendiri! Baik kuasa ekonomi dan diplomatik, kita yang memberi kuasa itu kepada Amerika. OIC ada lebih 50 negara anggota yang mana hampir semua daripada mereka menganggotai PBB. Suara mereka melebihi separuh daripada suara majoriti dalam PBB. Tetapi adakah di kalangan mereka yang bersuara tegas menghalang dan mengutuk serangan ini di PBB? Ketika sekarang, ketika keadaan memuncak, memang ramai! Namun, adakah suara ini berterusan kedengaran? Tidak, mereka hanya bersuara ketika Palestin hampir hancur diganyang. Di waktu lain, mereka goyang kaki dan hanya segelintir sahaja yang berterusan memperjuangkan Palestin. Mereka tidak berterusan bersuara dan berbuat sesuatu untuk mengurangkan kuasa Amerika dalam PBB. Malaysia melalui Dr Mahathir pernah menyuarakan agar PBB menjadi badan dunia yang demokrasi dengan memansuhkan sistem kuasa veto, tetapi tiada negara Islam yang menyahut dan meneruskan perjuangan ini. Saya ingin bertanya semula, siapa yang memberi mereka kuasa polotik? Kita, negara Islam!

Jika ada yang mengatakan mereka tidak mampu berbuat apa kerana Amerika memiliki kuasa veto, jika dalam PBB tidak berkesan, di luar pejabat PBB pemimpin umat Islam ini mampu untuk melakukan sesuatu untuk mengurangkan kuasa mereka. Negara Islam memegang kuasa beli yang terbesar di dunia melebihi berbanding penganut agama lain. Kebanyakan negara umat Islam memegang dagangan terbesar di negara-negara Dunia Pertama. Jika negara umat Islam ini bersatu untuk beralih dagangan kepada kuasa besar yang lain seperti China, Rusia dan Jepun, Amerika akan jatuh muflis. Ini disebabkan Amerika bersaing rapat dengan kuasa besar ini. Amerika mempunyai kelebihan di mana kebanyakan negara Islam memilih Amerika sebagai rakan dagangan terbesar mereka. Inilah salah kita! Jika kita sama-sama beralih kepada China contohnya, yang mana China merupakan satu kuasa ekonomi baru dunia, ini akan menumbangkan kuasa dagangan Amerika. Ini kenyataan dan boleh dilaksanakan. Tetapi mengapa tidak dapat laksana? Kerana pemimpin umat Islam lebih suka menjaga periuk nasi mereka dan tidak berapa berminat untuk membela Palestin. Siapa yang memberi Amerika kuasa ekonomi? Kita, negara Islam!

Negara umat Islam juga memegang komoditi minyak yang terbesar di dunia. Ini merupakan rahmat Allah yang terbesar terhadap sumber ekonomi umat Islam. Sepatutnya mereka menggunakan sumber ini sebagai senjata. Benarkah berkesan? Langkah ini pernah dilaksanakan dan berjaya menakutkan Amerika. Jika kita mengimbas kembali ketika perang pada tahun 1974 di mana negara Arab berperang dengan Israel, mereka bersatu membekukan penjualan minyak kepada negara kuasa besar yang menyokong Israel. Langkah ini berjaya menjatuhkan kuasa ekonomi mereka. Namun, apabila berlaku sekali lagi keadaan yang sama, mereka sudah tidak berani melakukannya. Seperti yang disahkan oleh seorang menteri daripada Arab Saudi yang secara jelas mengatakan, mereka tidak akan mengulangi lagi tindakan tersebut kerana mereka perlu menjaga kebajikan rakyat mereka! Mengapa ini berlaku? Tidak lain adalah kerana mementingkan diri sendiri dan terlalu menjaga hati musuh daripada membela saudara sendiri.

Negara umat Islam juga hampir kesemuanya menggunakan matawang Dollar Amerika sebagai matawang perantaraan dalam proses dagangan mereka. Tindakan ini sebenarnya akan menguntungkan Amerika dan menguatkan lagi kebergantungan kita kepada mereka. Mengapa tidak beralih kepada yang lain? Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menyuarakan agar semua negara anggota OIC beralih kepada matawang sendiri bernama Dinar Emas. Dengan ini, mereka akan terlepas keterikatan dengan kuasa besar lain dan akan saling bantu membantu antara negara Islam. Ini boleh dilaksanakan seperti yang dilaksanakan Kesatuan Eropah dalam semua negara anggotanya. Mereka bersatu dan menggunakan Euro sebagai matawang dagangan. Tindakan mereka ini memberi tamparan hebat kepada Amerika dan kini matawang mereka telah mengatasi Dollar Amerika. Perlu juga diketahui bahawa selepas EU beralih kepada Euro, penggunaan Dollar Amerika sebahagian besarnya bergantung kepada umat Islam!

Kita mampu laksanakan kerana bilangan negara umat Islam yang banyak dan mereka memegang beberapa komoditi utama dunia terutama minyak dan gas. Tidak mustahil negara umat Islam akan menjadi antara kuasa ekonomi dan matawang terbesar dunia serta mampu bersaing dengan kuasa besar dunia yang lain. Cadangan Dinar Emas ini adalah cadangan yang realistik untuk dilaksanakan. Jika mereka tidak bersetuju pun, negara Islam boleh beralih kepada matawang Euro atau matawang lain yang stabil. Perlu diketahui bahawa sekiranya negara Islam melakukan demikian, Amerika akan muflis sama sekali. MUFLIS SAMA SEKALI! Duit mereka akan jatuh dan kuasa ekonomi mereka akan melayang. Disebabkan ketakutan itulah, Amerika adalah negara pertama yang menentang ketika idea Dinar Emas ini disuarakan. Tetapi, mengapa ini tidak dilaksanakan? Ini kerana kita lebih mementingkan negara dan bangsa sendiri tanpa mengambil peduli penderitaan saudara kita di Palestin. Negara Islam sendiri menentang idea ini kera takutkan Amerika. Ukhuwwah sesama negara Islam telah mati dan akan terus mati di bawah sembahan mereka terhadap Amerika, Si Syaitan Besar! Siapa yang memberi kuasa matawang? Kita, negara Islam!

Saya tahu, apa yang saya katakan 99% berkemungkinan sia-sia kerana tiada yang akan ambil peduli! Tiada yang berminat untuk mengetahui dan mengkaji secara lanjut akan idea ini. Ini bukan idea saya, tetapi idea yang telah lama dikemukan, tetapi tiada tindak balas. Palestin akan terus hancur, OIC akan terus jadi Patung Bodoh dan pemimpin umat Islam akan terus bacul. Tiada siapa yang berani!

Ada yang akan memperlekehkan artikel ini. Bagi mereka, jika saya menyalak begini pun, tiada yang akan berubah. Saya ingin menjawab, saya bukan muslim yang baik tapi akan buat yang terbaik untuk Islam. Paling kurang, saya buat sesuatu berbanding mereka yang hanya tahu komen dan mengejek sedangkan mereka sendiri diam, bisu, bacul, dan jadi patung bodoh yang butakan mata, pekakkan telinga terhadap isu umat Islam ini. Jadilah seperti burung yang cuba untuk selamatkan Nabi Ibrahim ketika baginda dihumban ke dalam api. Burung itu berkata ketika ditegur oleh burung lain akan tindakannya yang dianggap tidak membuahkan hasil, ”paling kurang pun aku boleh menjawab di hadapan Allah jika Allah bertanya apa yang aku lakukan ketika kekasihNya dihumban ke dalam api!”

No comments: