Thursday, January 15, 2009

Gaza Berjihad Di Medan Perang, Aku Berjihad Di Dewan Peperiksaan

Saban hari saya membaca rentetan serangan Syaitan Buta ke atas mujahidin Palestin, saban hari juga saya ikuti perkembangan jihad politik di Kuala Terengganu. Meronta-ronta hati ingin berjuang melalui penulisan blog ini, namun apakan daya. Al Azhar kini sedang musim peperiksaan dan mahu tidak mahu saya terpaksa mengikut arus peperiksaan ini. Pada awalnya saya cuba untuk istiqamah dalam menulis blog walaupun peperiksaan, namun disebabkan keadaan yang tidak membenarkan, terpaksa jua akur dan memberikan penumpuan kepada subjek peperiksaan. Kami masuk ke kuliah pada pertengahan bulan November iaitu setelah pelajar lain sudah belajar separuh kitab! Bayangkanlah betapa kami kene belajar semula tanpa panduan pensyarah. Tambahan pula, subjek Nuzum Islamiyyah yang amat berlainan dan terlalu baru buat pelajar Malaysia. Saya akan mengulas panjang berkenaan subjek pengajian saya di Azhar di masa lain. Cuma kini, saya menyeru agar kita teruskan berdoa, boikot barangan Amerika dan apa sahaja yang berkaitan dengan Israel. Buatlah apa jua walaupun sedikit demi membantu saudara kita yang sedang berjihad di Tanah Suci AL Quds. Moga umat Islam akan bersatu dan menjadi umat yang dihormati, insyaAllah. Doakan juga untuk kami yang sedang berjihad di medan ilmu. Wassalam.

1 comment:

mhmdzlzm said...

bittaufiq wannajah :)