Sunday, June 14, 2009

Sister In Islam : Perlukah Tarik Balik?

Salam. Dikesempatan masa terluang setelah exam pagi ni, saya ambil kesempatan untuk mengulas sedikit tentang isu Sister In Islam (SIS) yang hangat diperkatakan sekarang.

Ia bermula dengan usul yang diluluskan tanpa bahas ketika Muktamar PAS awal bulan lalu oleh PAS Kawasan Shah Alam. Usul itu berbunyi "(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."

SIS, satu pertubuhan sekular yang nyata-nyata melawan syariat Allah yang telah ditetapkanNya sejak azali. Pelbagai isu yang ditimbulkan oleh pertubuhan sekular ini yang secara bebas dan terbuka mengkritik hukum Allah dan sunnah Rasulullah. Isu poligami, wasiat dalam Islam, undang-undang keluarga Islam, undang-undang menutup aurat dan pelbagai lagi yang secara jelas menolak ketetapan yang telah Allah tentukan.

Kebebasan Bersuara

Hujah mudah yang digunakan oleh puak ni adalah kebebasan bersuara. Sejak akhir-akhir ni banyak pihak yang melampau-lampau dalam tindakannya telah menggunakan alasan bodoh ini untuk bersuara atas perkara yang sepatutnya tidak boleh dipersoalkan.

Apakah kebebasan bersuara? Adakah terlalu bebas sehingga tahap Allah boleh dibantah? Dalam Islam mengajar kebebsan bersuara yang wasatiah. Nabi Muhammad SAW sendiri mengamalkan kebebasan bersuara dengan pasa sahabat dan memberi peluang para sahabat untuk bersetuju atau tidak dengan pandangannya.

Namun, dalam Islam juuga mengajar kita agar mengehadkan maksud kebebsan bersuara pada perkara yang patut sahaja. Mengehadkan kebebebsan bersuara bukanlah satu langkah yang mundur malah bertepatan dengan fitrah.

Dalam fitrah kehidupan manusia, contoh paling mudah adalah dalam institusi keluarga, jika kebebasan bersuara versi orang bodoh ini menjadi ukuran, boleh dibayangkan bagaimana susahnya si ayah ingin mendidik anaknya. Apa sahaja yang dibuat si ayah boleh dibantah dan disanggah oleh anaknya yang setahun jagung!

Dalam sebuah syarikat, jika kebebasan bodoh ini dilaksanakan, alamatnya pekerja akan pijak kepala majikan. Pekerja boleh sahaj menganggah semua idea dan arahan majikan yang tidak disukainya. Lama kelamaan syarikat pun bangkrap!

Dalam masyarakat, jika kebebasan bebal ini diamalkan, maka hal ehwal rumah tangga kita boleh menjadi perbualan di kedai kopi. Jika si Dolah bergaduh dengan isterinya, satu kampung boleh pergi ke rumahnya untuk menemubual mereka dan canang satu kampung akan apa yang berlaku. Inilah kebebasan bersuara!

Dalam institusi negara, jika kebebasan ala haiwan ini diamalkan, rakyat boleh bercakap apa sahaja. Boleh memaki hamun kaum lain, boleh mendedahkan segala rahsia keselamatan negara, buatlah apa sahaja semuanya dibolehkan oleh kebebasan bersuara!

Bantah Ketetapan Allah?

Dalam kehidupan manusia pun kita sudah tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku jika kebebasan bersuara versi si bodoh ni diamalkan, inikan pula dalam sistem fitrah yang paling tinggi dalam kehidupan manusia iaitu sistem agama yang diaturkan oleh Allah! Dunia akan kiamat, masyarakat punah ranah, perang sana sini, jenayah berleluasa kerana agama suci yang diaturkan oleh Pemilik Alam dipertikaikan oleh binatang bercakap ini atas dasar kebebasan bersuara!

Kita perlu melihat semula, kebebasan bersuara apa yang dituntut oleh mereka. Jika sekadar percanggahan dari sudut perlaksanaan syariah dan perkara furu' dalam Islam, kita boleh menerima dan menyelesaikannya dengan jalan baik. Islam pun menyarankan kita berbincang sesama muslim jika ada persengketaan.

Namun, apa yang puak sekular ini pertikaikan? Usul Islam apa yang mereka pertikaikan? Mereka mempertikaikan lelaki boleh berpoligami, menyokong wanita boleh mentalakkan, menyokong Dr Sekular Aminah Wadud jadi imam untuk solat Jumaat, pertikaikan pembahagian faraidh dalam Islam. Semua yang mereka pertikaikan adalah usul syariah yang qat'ii

Menentang Usul Aqidah

Dalam syariah, mana-mana hukum yang terbina atas nas yang qat'ii iaitu disebut dengan jelas dan terperinci dalam Al Quran atau Hadith yang shahih, maka mempertikainya ibarat mempertikaikan wahyu Allah ltu sendiri. Ini bermaksud, menentang hukum ini bersamaan menolak usul aqidah yang menjadi tunjang agama Islam.

Sekian lama umat Islam berbeza pendapat dalam syarak, tetapi kenapa masih boleh bersatu? Ini kerana usul utama kita iaitu Usul Aqidah masih satu, didasari dengan iman dan taqwa yang mana membenarkan dan meyakini segala yang Allah turunkan.

Maka, jika usul aqidah ini yang ingin dipatahkan oleh puak jahanam ini, apa kata kita? Saya tegaskan sekali lagi, apa yang SIS pertahankan iaitu tindakannya yang mempertikaikan hukum syariat yang qat'ii adalah bersamaan mempertikaikan usul aqidah Islam, menafikan sifat kesempurnaan Allah yang Maha Tahu akan segala yang ditetapkanNya!

Perlu Kompromi?

Jika SIS membangkitkan perkara furu dalam Islam, saya yakin penentangan terhadapnya tidak akan sampai tahap mengharamkan. Namun, jika Ususl Aqidah yang dipertikaikan, adalah wajib bagi kita untuk melawan mereka habis-habisan.

Kita marah bila Ayah Pin mengaku dia Tuhan. Kita marah bila Tok Kahar mengaku dia Nabi. Berderu orang marah, PAS marah, UMNO marah, PKR marah, Mahathir marah, Khairy marah, smua marah. Namun, bila SIS mempertikaikan nas Al Quran, sapa yang bising?

Apa beza Ayah Pin melawan Surah Al Ikhlas yang mengatakan Allah itu esa dengan SIS yang melawan Surah An Nisa tentang kewajipan bertudung? Apa beza Tok Kahar yang melawan hadith Nabi tentang Muhammad satu-satunya Rasul akhir zaman dengan SIS yang melawan hadith Nabi bahawa imam solat Jumaat wajib lelaki?

Terzahir Jin Yang Bertopeng Manusia!

Selama ni, kita dok terfikir dan menilai, siapa yang sebenar membawa ajaran Islam sebenar dalam siapa yang berpura-pura dalam membawa Islam. Maha Suci Allah, Allah timbulkan isu ini untuk kita sama-sama melihat siapakah jin di sebalik topeng manusia. Saya memilih perkataan JIN, saya harap lebih elok berbanding saya gunakan perkataan SY....N!

Saya kecewa, amat kecewa dengan umat Islam yang semberono melihat isu ini dan terus memberi pendapat dangkal dan jahil dengan beralasan kebebasan bersuara. Jika Lim Kt Siang berkata tidak setuju, kita tahu dia kafir dan memang jahil dengan perkara ini. Tapi bila, umat Islam yang mengaku memperjuangkan bangsa dan agama bertindak menikam belakang, saya tak tahu nak kata apa.

Mahathir, Khairy, Anwar, pertubuhan hak asasi manusia yang dipelopori oleh Melayu Islam antara pemimpin Islam yang vokal menentang saranan mengharamkan SIS. Saya akui, tindakan mengharamkan bukan tindakan yang terbaik, namun dalam keadaan Islam diserang, datang pulak tokoh berlagak alim ini menambahkan peluru ke dalam senapang musuh Islam untuk menembak golongan yang ingin menyelamatkan aqidah umat Islam.

Inilah tindakan orang berpolitik bermatlamat kuasa, tidak kisah dengan impak pada agamanya asalkan dalam sokongan musuh Islam dalam pilhanraya. Saya benar-benar kecewa dengan pemimpin ini dan dalam masa yang sama bersyukur bahawa Allah telah menunjukkan bahawa indikator penilaian saya terhadap mereka selama ini adalah tepat dan betul!

Tegur Bukan Turut Sama Menembak!

Sepatutnya mereka lebih bijak bercakap untuk kebaikan agama kita. Nampaknya memang dasar ahli politik yang memandang kuasa, bila berdepan dengan isu yang boleh meraih sokongan terhadapnya, maka lupa dan jadi bodoh sektika mereka dalam menyampaikan ulasan walaupun sebelum ini mereka hebat berpidato!

Adalah lebih bijak jika mereka bersetuju dengan perkara pokok dalam usul tersebut tetapi mencadangkan untuk dipinda beberapa berkataaan dan tindakan agar lebih murni dan berkesan. Nampaknya, Dr Khir Tojo lebih bijak mengulas isu ini berbanding pemimpin lain yang kelihatan sahaja hebat, tetapi penakut, pengecut dan hilang kejantanan bila berdepan dengan pilihan samada agama atau sokongan!

Saya berpendapat bahawa tiada beza SIS dengan kumpulan ajaran sesat lain, bezanya cuma pemimpin SIS berkot, berambut karat dan berwajahkan gerakan profesional. Disebabkan ketrampilan mereka dalam masyarakat yang menyerlah menyebabkan mereka tidak dianggap sebagai ancaman namun merekalah ancaman terbesar!

Ini kerana, gerakan mereka didokongi oleh orang berpengaruh di kalangan pemimpin, anak pemimpin, mendapat sokongan puak berfikiran sekular dan bergerak atas dasar hak asasi manusia. Tindakan mereka bukan sekadar menyalak di jalanan, malah bakal mengubah dasar negara jika tidak dibendung dari sekarang.

Hapuskan Hingga Ke Akar Umbi

Ulama dan ilmuan Islam perlu mengorak langkah dengan lebih proaktif untuk meyekat mereka dengan berani berdepan dengan mereka di atas pentas debat dan ilmiah. Patahkan segala hujah dan pandangan sesat mereka di hadapan penyokong mereka dan di hadapan rakyat Malaysia.

Jika benar pemimpin kita yang mengaku Islam ingin perjuangkan Islam, maka ketepikan sebentar perbezaan politik dan beri laluan dan ruang kepada ilmuan kita untuk memalukan puak ini dihadapan penyokong mereka. Serang pemikirang mereka dengan hujah ilmiah yang bernas agar pemikiran sesat ini mati terus, mati ke akar umbi!

Lawan segera segala kenyataan mereka yang bercanggah dengan syariat Islam dengan menggunakan segala kemudahan media yang ada. Pasti mereka tidak sempat nak berlagak hero selagi mana kita yang cintakan agama Allah ini hidup di bumi Malaysia.

Relevankah PAS Bersama PKR Dan DAP?

Akhirnya, saya nak lontarkan satu persoalan, relevankah dan dapat bertahankan PAS dalam Pakatan bersama DAP dan PKR? Saya lihat sejak akhir-akhir ni semacam ada tangan yang panjang dari dua parti ini masuk ke dalam kereta PAS dan memandu stereng PAS ke arah yang mereka suka!

Secara ikhlasnya, saya tidak yakin dengan pakatan ini. Jika berkenaan pengharam arak di Selangor, kita boleh bertolak ansur. Tapi jika dalam hal berkaitan aqidah pun kita kene tolak ansur dan tunduk dengan mereka, bagi saya mereka sudah biadap terhadap kawan!

Bagi sesiapa yang pada mulanya bersemangat tetapi kemudian jadi lemah catok dengan sergahan Anwar dan Lim Kit Siang ni, saya sarankan agar muhasabah semula asas perjuangan anda.

Ingatlah para pejuang,
kita berpolitik bukan untuk mendapat kuasa,
bukan untuk ke Putrajaya,
tapi untuk Islam menang bergaya!

Apalah gunanya mendapat kerusi hempuk,
tapi Islam kene hempuk,
bercakap sikit dah kene tepuk,
perlembagaan Islam dibiar berabuk,
Perjuangan Islam ditinggal berlapuk!

Bila menang kita dijulang,
Nak pertahan aqidah pula dihalang,
Semangat si garuda dimamah helang,
Bimbang perjuangan Islam kan hilang!

Biar kita hilang kawan,
Asalkan ada sifat pahlawan,
Musuh Islam hendaklah dilawan,
Agar sekular dapat ditawan!

Saya tidak taksub pada Pakatan ataupun muqabalah, saya taksub pada Islam! Saya tidak kisah Pakatan ataupun bergabung dengan UMNO, asalkan Islam terjulang. Disebabkan pimpinan tetapkan kita bersama Pakatan, maka saya patuh.

Adapun jika Pakatan akan datang menjadi duri dalam daging, nak buang duri itu saya seribu kali xkisah. Buat apa dapat cium mawar, tapi tangan berdarah terkene durinya. Buat apa bersama Pakatan jika Islam dikurung dalam masjid sahaja.

Jika akan datang, PAS kene keluar dari Pakatan, saya menyokong! Jika akan datang juga pimpinan memutuskan kene bersepakat dengan UMNO pun, saya sokong. Asalkan asasnya tidak dibuang, DEMI ISLAM DITEGAKKAN!!

2 comments:

Anonymous said...

Salam al-akh,saya sokong kata-kata anda kita tidak perlu taksub pada mana-mana parti asalkan islam dapat ditegakkan kerana islam itu bukan terletak pada parti tetapi org yg mendukungnya.

junior anta said...

saya sangat bersetuju dgn artikel ini 100 peratus berbanding post2 sebelum ni.ape2 pun yg penting islam ditegakkan dan pegang kpd islam itu yg penting.pastu kite kene gak berhati2 dgn musuh dlm selimut sbb sejak zaman nabi lagi sudah ade musuh dlm selimut iaitu kaum munafik.Jadi X MUSTAHIL ADE MUSUH DLM PARTI YG PERJUANGKAN ISLAM.