Thursday, June 4, 2009

Lawatan Obama Ke Mesir : Perlukah Obama Diberi Penghormatan?


Salam. Sudah lama tak menulis blog, terlalu banyak isu yang nak ditulis. Tentang politik berkenaan salah tanggapan cadangan Muqabalah dengan UMNO, tentang Usul Dakwah berkaitan kes Ust Aqil Hay, tentang macam-macam lagi yang dah terlupa.. Tapi saya dahulukan post berkenaan lawatan Presiden Amerika, Barack Obama ke Mesir hari ini..

Sambil tengah dok memerah otak membaca subjek Ulum Hadith pada malam Rabu lepas, Abg Lokman datang ke bilik n sempat gak berborak sekejap. Isu yang menarik perhatian saya apabila dia berkata exam dia hari ni (Khamis) ditunda ke tarikh lain. Saya tanyalah awat kene tunda? Katanya kerana semua universiti di Mesir cuti kerana Barack Obama nak datang melawat si celaka Husni Mubarak..

Dalam hati jadi nak tergelak, nak marah, tensen pun ada.. Serta merta tindak balas otak ni terdetik, apa keistimewaan Obama selaku Presiden negara yang banyak membunuh umat Islam hingga dimuliakan begitu sekali? Perlukah kita selaku pelajar Al Azhar bercuti untuk memuliakan dia?

Memang Islam mengajar untuk memuliakan tetamu, tapi Islam juga melarang tertalu memuliakan tetamu berstatus musuh kepada Islam hingga menampakkan seolah-olah kita yang terhegeh-hegeh padanya.

Amerika negara yang banyak menyeksa orang Islam sekian lama. Setiap Presidennya melakukan jenayah pada umat Islam samada secara jelas atau tidak. Jangan kita lupakan bahawa Presiden Amerika antara pelindung pendatang Yahudi ke Bumi Palestin pada 1930an dulu. Presdien Amerika juga yang merestui dan membantu Israel membunuh dan menzalimi umat Islam Palestin dan seluruh dunia sekian lama. Jangan kita lupa tangan mereka yang dipenuhi darah umat Islam Palestin, Afghanistan, Kashmir, Bosnia, Iraq dan banyak lagi negara Islam.

Sepanjang saya bernyawa di dunia, Obama adalah Presiden Amerika yang kelima selepas yang pertama (lupa namanya), kedua Goerge Worker Bush (bapak setan Bush), ketiga Bill Clinton dan keempat Syaitan Agung George Bush. Keempat-empat mereka ada sejarah berdarah pada umat Islam.

Saya tidak ingat akan jenayah presiden pertama itu. Namun yang kedua yang merupakan bapa kepada Mahasyaitan Bush, darah umat Islam Iraq berlumuran di tangannya. Perang Teluk Pertama antara Amerika dan Iraq sengaja direka untuk melumpuhkan kerajaan pimpinan Allahyarham Saddam Hussien. Pada mulanya tiada sebab dan saranan GW bUsh untuk memerangi Iraq tidak direstui rakyatnya. Maka dia mencipta alasan dan bukti sendiri untuk menghalalkan tindakannya.

Setelah tamat perang, para penyelidik menemui bukti bahasa saksi yang dikemukan Bush yang dikatakan sebagai bukti kekejaman tentera Iraq yang ingin melaksanakan penghapusan rakyat Kuwait ini adalah bohong. Dia adalah rakyat Amerika berketurunan Arab yang diupah dan diajar utk berlakon sebagai saksi yang melihat peristiwa Bayi Inkubator bagi mendapatkan sokongan rakyat Amerika untuk memerangi Iraq.

Presiden selepas itu iaitu Bill Clinton, saya belum membaca berkenaan peristiwa berdarahnya terhadap umat Islam. Tetapi jenayah lain yang dilakukannya bersama dengan perompak ekonomi dunia, George Soros pada tahun 1998 amat diingati dan memberi kesan kepada ekonomi negara Islam.

Tindakan Amerika yang memperdagangkan matawang dengan harga rendah menyebabkan beberapa negara Islam jadi lumpuh ekonominya. Negara Islam yang tiada pakar ekonomi seterusnya menerima tawaran Amerika untuk meminjam modal daripada Bank Dunia untuk mememulihkan ekonomi mereka. Tindakan mereka seterusnya memberi kesan kemiskinan dan tekanan ekonomi yang lebih teruk. Akibat bunga yang dikenakan Bank Dunia terlalu tingi, menyebabkan banyak negara Islam terpaksa tunduk dan berada dalam genggaman mereka.

Peristiwa ini juga menjadi permulaan negara Islam terpaksa tunduk dan mengikut telunjuk Amerika. Alhamdulillah ketika itu Malaysia terselamat daripada ancaman Bank Dunia dimana mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir melaksanakan kaedah tambatan Ringgit yang tidak pernah dilaksanakan sama sekali sebelum ni. Strategi ekonomi itu mendapat bantahan dunia terutama Amerika namun akhirnya berhasil menyelamatkan Malaysia ketika itu (xde niat nak menyokong Tun. Puji tidak bermakna sokong ye..)

Presiden seterusnya, yang amat dikenali sebagai pengganas dan mahasyaitan, George Bush. Di awal pemerintahannya, dia sudah berjaya asbab dan bukti terbesar dan paling berkesan untuk dijadikan alasan membunuh umat Islam. Bush memegang jawatan Presiden pada penghujung tahun 2000. Dia hanya memerlukan kira-kira 8 bulan sahaja untuk melaksanakannya.

Peristiwa serangan 11 September yang meragut hampir 3000 nyawa rakyat Amerika pada awalnya kelihatan seperti seranagn pengganas. Masyarakat dunia memandang simpati pada Amerika. Saya ketika itu baru tingkatan 1 masih mengingati peristiwa itu. Hanya sehari sahaja, Jabatan Negara Amerika telah mengeluarkan lebih sepuluh gambar suspek yang semuanya adalah berketurunan Arab dan beragama Islam! Suspek nombor 1 tiada lain, Osama bin Laden.

Dengan menggunakan bukti yang direka itu, Bush melancarkan peperangan yang dahsyat kepada negara Islam. Bermula dengan Afghanistan dan seterusnya Iraq. Bush memberi kata dua kepada dunia samada kita bersama dia atau bersama pengganas. Peristiwa itu memberikan kesan dan pengalaman hitam kepada umat Islam seleruh dunia. Masyarakat dunia mula memandang umat Islam sebagai ganas dan Islamphobia merebar dengan pantas. Umat Islam dimusuhi dan dipinggirkan kerana digelar segabai pengganas.

Namun, kajian yang dilakukan oleh pengkaji Amerika sendiri selepas itu membuktikan yang sebaliknya. Peristiwa 11 September adalah rekaan Bush sendiri. Terlalu banyak persoalan yang timbul disebalik peristiwa itu. Bukti demi bukti disembunyikan demi menutup pembohngan mereka. Kini, dunia mengetahui siapa Syaitan Bush ini yang sebenarnya..

Ahad lepas, ketika sedang menunggu kehadiran syeikh, kami pelajar Malaysia didatangi oleh wartawan NBC untuk ditemu bual. Udah, dah lama tinggal cakap Omputih, berterabur nak speaking...hahaha..Dia tanya pendapat kita tentang Presiden Obama. Kami cakap harap dia lebih baik daripada Bush..."Hopefuluuy la..." kata Fateh.. Saya tambah gak, kami nak tengok ushaha Obama terhadap rakyat Palestin...

Pastu, dia cuba minta pandangan kami tentang peendekatan Obama dalam ekonomi..Udah, dah la kami tak concern sangat pasal ekonomi ni... Kami jawab, kami tidak kisah dengan pendekatan ekonomi Obama, kami cuma nak lihat pada pendekatan Obama terhadap Palestin. Bagi kami dunia Islam, perkara yang kami tunggu setiap Presiden baru Amerika adalah apa yang dia akan buat pada isu Palestin. Isu ini adalah isu terbesar umat Islam terhadap Amerika...

Benar, Obama dilihat sebagai bakal penyelamat dunia Islam dengan dia sendiri berlatar belakang Islam. Pendekatannya yang lebih kepada ingin berbaik kepada dunia Islam dilihat sebagai usahanya untuk memperbaikan pandangan masyarakat dunia Islam terhadap Amerika. Baru-baru ni pun, tindakannya yang meminta Israel menghentikan aktiviti pendudukan di Baitulmuqaddis sedikit sebanyak memberi sinar kepada umat Islam.

Namun, mengikut sejarah semua Presiden Amerika, mereka memang akan berlunak dengan dunia Islam di awal pemerintahannya. Sejarah dan juga realiti membuktikan Yahudi menguasai ekonomi dan politik Amerika hinggakan setiap Presiden Amerika tidak akan layak menjadi Presiden jika tidak mendapat restu Yahudi dalam Pilihan Raya Presiden.

Ini termasuk Obama. Dia sudah melakarkan janji untuk memastikan Amerika menjadi sahabat Israel. Terdapat banyak gambar membuktikan bahawa Obama telah melaksanakan semua ritual agama Yahudi di Baitul Muqaddis sebelum dia menjadi presiden. Tambahan pula dengan isu Gaza baru-baru ni, Obama bertindak menyalahkan Hamas dan menyokong Israel.

Ketika mahu ke Cyber Cafe tadi, saya sempat menyaksikan ucapan Obama sempena lawatan ke Mesir yang disiarkan secara langsung. Katanya, Amerika ingin berhubungan dengan Islam di atas wajah sebenar agama itu, bukan berdasarkan persepsi buruk terhadap Islam. Dia mengatakan bahawa Islam adalah sebahagian daripada Amerika. Kata-katanya memberikan buah harapan dalam fikiran saya. Tetapi hati saya tetap tidak mahu mempercayai kata-kata manis itu.

Saya fobia dengan semua Presiden Amerika. Terlalu banyak kejahatan yang mereka lakukan kepada Islam hinggakan sesiapa sahaja yang menduduki jawatan itu akan dianggap sama sahaja. Kerusi presiden itu sudah tetrlalu busuk, kotor dan berulat hingga dihurung lalat akibat simbahan terlalu banyak darah umat Islam ke atasnya.

Saya inginkan bukti, bukti praktikal daripada kata-kata dan janjinya. Amat sukar bagi Obama untuk membersihkan kerusi itu. Semua pencuci dan jenama peluntur tidak mampu untuk memcucinya melainkan Obama mesti mengkaji dan mencari formula 'pencuci' baru untuk mencuci kerusi itu. Buktikan dengan bertindak adil kepada Palestin. Di situlah titik permulaan kebencian dunia Islam terhadap Amerika.

Setiap Presiden Amerika akan dinilai pendekatannya dengan dunia Islam berdasarkan pendekatanya terhadap Palestin. Walaupun seribu kebaikan disemai oleh Amerika, namun jika jika masih berpihak kepada Yahudi dalam isu Palestin, semua kebaikan itu akan ditelan dengan kejahatan. Yang akan kelihatan adalah kejahatan Amerika, bukan kebaikannya.

Apapun, peluang harus diberikan kepadanya untuk membuktikan janjinya untuk berbaik dengan dunia Islam kerana terdapat juga sejarah Presiden Amerika tidak mengikut telunjuk Yahudi dan akhirnya mati dibunuh iaitu Abraham Lincon. Maka, pendirian saya padanya masih seperti pendirian kepada semua Presiden Amerika hinggalah dia membuktikan akan keadilannya kepada dunia Islam khususnya Palestin.

Tidak perlulah kita bergantung harapan tinggi padanya kerana bimbang kita akan kecewa akan datang. Tidak perlulah nak menghormati atau mengagungkan Obama sehinggakan dia membuktikan bahawa dia adil terhadap Islam. Jika tidak, dia samalah seperti syaitan lain (presiden lain yang sebelumnya), tidak perlu dihormat, malah perlu ditentang!

3 comments:

Anonymous said...

Salam,saya amat menyokong kata-kata kamu bahawa barack obama tidak perlu untuk diagungkan kerana berkemungkinan ada udang disebalik batu.Lihat sahaja obama berpeluk tubuh ketika berada dalam masjid sultan hasan.nampak mcm tak hormat tapi tak tahulah sbb dia tanggalkan kasut sblm masuk.Setiap org ada pendpt sendiri.Ada yg kata cuti tu bukan nak mulia dan agungkan obama,tapi nak elak kejadian tak diingini seperti rusuhan dan demonstrasi,pokoknya untk kawal kslmtan.maklumlah yg dtg tu presiden negara yang dibenci rata-rata umat islam.Mengenai Al-azhar pula,ada seorang rakan mesir saya berkata al-azhar dah tak mcm dulu lg.Lihat sahaja pelajar-pelajarnya bagaimanakah mereka,dan kawan saya juga beritahu tak semua yg bergelar azharian baik pensyarah@pelajar semuanya baik.Kalau di mesir sahaja yg menjadi lubuk lahirnya ulama dibanjiri dgn maksiat,apatah lg malaysia,tak gitu?disini kita dpt lihat dimana peranan institusi ulama?mungkin mereka disekat@tak boleh nak buat tindakan lebih lebih,abraham clinton prsdn pertama us ke?kamu ckp ada 5 prsdn?oklah,saya menyokong kamu dan tak bermakna saya tak boleh menegur kamu.mcm tu juga parti,kita sokong sesuatu parti tak semestinya kita tak boleh menegur dan menyokong membuta tuli apa sahaja pendapat.wassalam.

a_z_ayief said...

Salam

Xtau la,tapi kenapa cuti seluruh mesir?obama melawat seluruh mesir ke?

Tentang kerosakan Azhar,kene imbau kembali sejarah Azhar.yang saya maksudkan kemuliaan Azhar adalah institusi ilmunya dan kesungguhan ulamanya.kebanyakan pejuang,tokoh dan ulama Islam dunia adalah kelahiran Azhar.ini adalah berkat kesungguhan ulama Azhar mendidik manusia tanpa mengira bangsa dan negara.

berkenaan pelajarnya dan kerosakan akhlak mesir,itu adalah kerana pemimpin yang tidak bertindak menjaga agama tetapi memmencilkan agama kepada urusan ibadah sahaja.kerosakan akhlak adalah pilihan sendiri yang dibantu oleh faktor sekeliling. kita tidak boleh menghukum bahawa ramai ulama tetapi maksiat berleluasa. bimbang timbul pula kefahaman ulama tidak buat kerja dan membiarkan maksiat.

ulama mesir disekat dari bersuara,semua tahu.berapa ramai yang dibunuh dan dibuang negara,contoh paling nyata adalah Yusuf Al Qardhawi.maka,jika mereka disekat,tidak mampu menegur pemimpin kerana kezaliman pemimpin,maka mereka menumpukan usaha kepada mentarbiyah generasi muda agar akan datang walupun mereka tidak berjaya mengubah,anak didik mereka yang akan mengubah.

Presiden Amerika pertama George Washington. Bukan Abraham Clinton, tapi Abraham Lincoln.

Faddhal kepada sesapa yang nak menegur.kalau nak berbincang ilmiah,add je YM ana.memang pu dalam politik,kita berhak mengkritik dan menegur sesapa sahaja, tetapi dengan adab yang betul.

hamizi shaharudin said...

barack obama hanya pandai berkata2 manis hakikatntya amerikaka masih dikuasai dan dibayangi doktrin negroponte AIPAC(american israel public affairs commitee) yang mengawal setiap tingkah laku dan tindakan presiden as..romah putih cuma bertukar warna