Wednesday, June 17, 2009

Pertembungan Dua Tuan Guru : Liciknya Puak Berakal Kemetot!!


Salam Saya hampir nak log off tadi coz rasanya xde apa nak tulis, tapi hati pedih bila buka blog MSO tentang apa yang berlaku. Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) meminta Ust Nasa letak jawatan Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok. Satu kenataan yang amat menyedihkan saya.

Saya berdoa tu cuma mainan media. Saya baca lagi di Malaysiakini akan laporan tersebut, saya baca hingga habis dan beristigfar saya apabila dapat jumpa kuncinya dan kesal kerana apa yang berlaku adalah salah faham!!

Baca laporan Malaysiakini :

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.


Saya kesal jika itu yang berlaku. Saya hormati TGNA dan juga Ust Nasa. Saya tidak suka diperpanjangkan perkara ni. Saya nak bawa sahabat semua untuk meneliti kenyataan paling bawah tu. Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri."Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

Ini bermakna TNGA bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan cuma dengan syarat semua parti komponen Pakatan Rakyat juga diberi kuasa dalam kerajaan tersebut. Kenyataan ni sebijik seperti yang dilontarkan oleh Ust Nik Mohd Abduh tentang katanya TGNA pernah bersetuju dengan idea ini cuma kene semua parti Pakatan bersetuju dan kiat diberi jawatan yang boleh mengaplikasikan Islam dalam negara seperti Kementerian Mewangan dan Pendidikan.

Saya sedih, saya kecewa, bukan dengan kenyataan TGNA, tapi dengan kaki bodek dan penasihat yang berakal kemetot kepada TGNA. Saya yakin bahawa ada pihak yang memberi gambaran yang salah tentang idea Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) tu kepada TGNA menyebabkan TGNA melakukan smach kencang ala-lala Lin Dan kpd Ust Nasa.

Dalam DUN Kelantan, TGNA berpuluh kali seru kat UMNO agar tidak perlu nak rampas Kelantan kerana PAS xbuat aniaya kat rakyat. Kalau nak Kelantan, tukar otak dari kebangsaan kepada Islam. PAS akan beri terus Kelantan kepada UMNO.

Malah ada lagi kenyataan TGNA yang lebih 'teruk' tentang idea yang mirip dengan idea Kerajaan Perpaduan. TGNA pernah kata, kalau UMNO amal Islam sepenuhnya, kita BUBAR PAS!! Tahun lepas, TGNA kata jika nak betul Melayu bersatu, PAS dan UMNO bubar dan TUBUH SATU PARTI BARU BERTERASKAN ISLAM!!

Nampaknya idea TGNA 'lebih dahsyat' dari TGHH. Tapi kenapa semua orang PAS tidak pandang pelik idea TGNA tu? Kerana semua orang faham. Namun, kenapa pula ramai yang melenting bila TGHH utarakan idea Kerajaan Perpaduan yang sama je konsepnya dengan idea TGNA tu? Kerana ada puak berakal kemetot yang usahakan agar orang yang faham jadi tak faham!!

Saya sedih sangat dengan puak penghasut ni. Memang layak la Ust Nik Abduh gelarkan kerja mereka sebagai kerja sesat yang akan digagalkan Allah. Puak ini memang wujud!!

Saya yakin, TGHH dan Ust Nasa bermaksudkan perkara yang sama iaitu Kerajaan Perpaduan ini disertai juga oleh PKR dan DAP. Pakatan juga diberikan kuasa menteri dan lebih penting, Islam sebagai dasar. Ini yang dimaksudkan TGHH dan Ust Nasa, inilah juga yang TGNA maksudkan!!

Jadi ada percanggahan ke? TAK ADA PERCANGGAHAN!! Yang ada adalah puak yang menjadikan ianya bercanggah. Mereka memberi tafsiran kepada TGNA bahawa TGHH dan Ust Nasa inginkan PAS bergabung dengan UMNO dan tubuh kerajaan.

Jika ini yang dimaksudkan, memang TGNA akan marah kerana kita mungkir janji pada Pakatan. Tapi, samakah makna Kerajaan Perpaduan dengan PAS bergabung dengan UMNO? Tak sama!! TGNA, TGHH dan Ust Nasa sependapat dalam hal ni, namun puak ni yang mahu ianya disamarkan. Saya yakin, puak ni amat takut jika idea ini diterima, maknanya 'ada seseorang' tidak akan berpeluang untuk jadi Perdana Menteri!!

PAS tiada masalah dengan idea ini kerana PAS berpegang pada konsep berbaik dengan semua orang. Namun, puak ni begitu takut ia menjadi kenyataan kerana mereka akan kehilangan kepentingan yang mereka inginkan jika tertubuhnya Kerajaan Perpaduan!

Puak ini yang saya namakan sebelum ni sebagai puak yang berpolitik ikut kepada lutut dan kuasa sebagai matlamat! Saya doakan Allah beri balasan padanya kerana cuba untuk melagakan dua ulama yang kita sayang dan memecahbelahkan jemaah PAS demi kepentingan sendiri dan cita-cita politik orang yang bernafsu rakus pada jawatan dan kuasa!!

Perlu diingatkan, kita sama sekali tidak akan dapat tubuh kerajaan sendiri di Malaysia kerana kita di Malaysia pelbagai kaum dan pembahagian kawasan pilihan raya pun berbeza. PAS hampir mustahil akan memenangi 112 kerusi Parlimen untuk menubuhkan kerajaan. Maka, pilihan yang ada adalah bergabung dengan parti lain yang boleh bantu kita tegakkan Islam.

Maka, ada dua pilihan. BN (UMNO) atau Pakatan. Secara teorinya, jika dinilai sekarang, bergabung dengan mana-mana pun PAS tidak dapat tegakkan Islam. Namun, bila melihat masa depan dan situasi politik sekarang, PAS memilih bersama Pakatan kerana nampak ruang untuk melaksanakan Islam bersama mereka.

Kenapa saya katakan begitu, berdasarkan pertimbangan bahwa UMNO masih lagi berkeras tidak mahu laksanakan Islam sepenuhnya. Adapun PKR dan DAP, walaupun mereka pun sama sekular juga, namun mereka masih 'bisa diajar' untuk menerima Islam walupun dalam masa yang sama mereka melawan juga beberapa perkara tentang Islam. PAS berharap dengan bersama mereka, PAS dan berdakwah dan mereka dapat menerima Islam akan datang apabila mendapat kerajaan. Ini yang dinamakan Takhaluf Siyasi.

Adapaun, bergabung dengan UMNO bukan pilihan kerana 'ketegaqnya' UMNO nak laksanakan Islam sepenuhnya. Maka PAS putuskan untuk bersama Pakatan sekarang. Namun persoalannya, akan datang bagaimana? Ada kemungkinan bergabung dengan UMNO dan tinggalkan Pakatan?

Ada kemungkinan! Ini yang saya katakan PAS akan bersama sesiapa sahaja asalkan mereka setuju laksanakan Islam. Sekarang PAS bersama Pakatan kerana mereka macam beri ruang pada PAS unutk laksana Islam. PAS berharap jika Pakatan tubuh kerajaan, maka Islam boleh dilaksanakan sepenuhnya. Maka saya sokong dengan keputusan ni dan akan setia dengan Pakatan.

Akan datang, bila Pakatan berkuasa, UMNO jatuh dan lemah, tapi Pakatan tidak laksana Islam, maka apa gunanya kita duduk dengan Pakatan. Maka PAS akan keluar Pakatan dan akan bergabung dengan UMNO untuk lawan kerajaan pusat Pakatan yang tolak perlaksanaan Islam. Ketika itu UMNO sudah lemah dan PAS akan lead UMNO, berkerjasama dengan UMNO untuk lawan kerajaan Pakatan demi tubuhkan negara yang melaksanakan Islam sepenuhnya.

Jika ini berlaku pun saya sokong. Maknanya di sini, kita berpolitik ikut kepentingan Islam. Kita akan sokong dan bergabung dengan sesiapa sahaja yang inginkan perjuanagn Islam. Tidak kira UMNO atau Pakatan. Jadi buat apa perlu taksub pada Pakatan, pada Muqabalah, pada PKR, pada DAP n pada ANwar Ibrahim??

Kita taksub pada Islam dan duduk di tengah-tengah. Sapa nak lamar PAS, terima dasar Islam. Sapa tak nak, boleh blah!! Maka, jangan taksub dan terlalu berpolitik. Realistik dan rasional. Sekarang kita setia dengan Pakatan dan tidak tolak kemungkinan untuk bergabung dengan UMNO.

Paling kurang, ni jadi amaran pada Anuar Ibrahim, kalau hang nak jd Piem, jadikan Islam sebagai dasar! Kalau x jangan mimpilah... Juga akan jadi dakwah pada UMNO, kalau hang nak kekal berkuasa, laksanakn Islam sepenuhnya, aku akan sokong hang. Maka, jika Anwar laksana Islam, kita say good bye pada UMNO, kalau UMNO pula laksana Islam, kita pakai ajak Anwar, PKR n DAP sokong UMNO. Tak gitu?

Idea ni saya yakin TGNA, TGHH, Ust Nasa dan semua ahli PAS akan setuju. Yang tidak setuju hanya orang yang berpolitik ikut kepala lutut! Maka, saya seru pada insan yang sayangkan gerakan Islam PAS agar kita berdoa moga Allah balas perbuatan orang berakal kemetot ni, dan beri kekuatan dan pertolongan pada pimpinana kita. Doakan Allah satukan hati para pemimpin kita terutama TGNA, TGHH dan Ust Nasa. Saya masih wala pada mereka dan sayangkan PAS kerana PAS menjunjung Islam. DEMI ISLAM DITEGAKKAN!

6 comments:

Asrof Gulam said...

Yg menghairankan kenapa ada puak yg masih berpendapat TGNA ni nyayok dan sudah tidak boleh mempunyai fikiran sendiri...saudara kena ingat slogan saudara "Berdakwah demi Islam ditegakkan"...adakah dengan penipuan dan pembohongan yg dilakukan oleh beberapa kerat manusia yg bertarafkan ustaz itu akan membantu merealisasikan impian setiap umat islam seperti slogan tersebut?...contoh pembohongan bulan march april tahun lepas yg menyebabkan mahfuz omar terpaksa meminta maaf...masih ingatkah saudara?....jgn kita jadi melayu mudah lupa cukuplah...

Mohd Azrul Azuan said...

Ada sesiapa faham komen oleh Vagabond? tolong perjelaskan lagi pada saya. Saya akan layan komen yang bertepatan dengan tajuk yang dibincangkan sahaja. yang dilau perbincangan, saya kekurangan masa untuk mengulas kerana akan meleret2. T kasih.

HaHs said...

Tuan!

Masih x faham lagikah?

Pemimpin dan ahli PAS bkn x setuju dgn cadangan tu tp sejarah dah buktikan. Tuan hentikanlah baca MSO tu dan dengar pandangan blogger dan suara ramai pemimpin dan penyokong Pas kalu tuan ikhlas seperti yg dikata. Kenyataan TGNA jelas, UMNO kalo dah jd sama mcm PAS baru kita bersatu. Tuan pun dah jelaskan yg diorg xnak islam! Bila perwakilan tolak isu UG ni dan TGHH pun kata stop, kenapa sebut lagi? Jgn fitnah pemimpin PAS kelantan serta ahli pasKelantan lain kerana TGNA dah berpuluh tahun jadi pemimpin Pas. Dia dah diberi penjelasan dari TGHH, sama seperti pimpinan dan ahli lain. Tapi diorg tolak UG ni sbb takde persepakatan dari dlm PAS sendiri, apatah lagi PKR dan DAP. Xkan nak biarkan mereka bertiga je buat perbincangan dgn Umno? tambahan Najib yg jadi PM sedangkan Pak Lah x berani bersuara isu UG ni. X percaya tanya TGHH. Mudharat ni lebih besar bila diutarakan bila kerjasama PR semakin kukuh dan rakyat tolak Umno BN. Anda kenal dulu MSO, sbb fitnah wakil rakyat BN terhadap Exco Kelantan dan kerajaan Kelantan hasil dari blog MSO. MSO jugak terlibat isu kambing jamnapari. Takkan x baca isu ni atau buat2 tak nampak. Kenapa dibangkitkan smula isu UG hasil cetusan idea TGHH ni sdgkan sebelum muktamar menolak kerjasama, lps tu ckp lain. Bkn wazir TGNA yg salah, wazir TGHH yg ada kepentingan. Pelik betul pandangan anda ni. MA dan MSO berperanan di belakang Harakah. Dah ada kenyataan bersumpah gak melibatkan M** terima wang dari Z.... H.... utk tutup kes dia dan keluarga pukul pemuda sampai ICU. Kalo nak tau lanjut, tunggu kisah pemuda tu dibawa ke mahkamah oleh peguamnya. MSO ada konflik besar dgn Husam beb. Kalo betul2 ikhlas, skrg pergi tanya semula Nik Abduh atau pemimpin Kelantan tentang apa yg saya khabarkan. Ikhlsakan diri, buka mata, ringan mulut bertanya, terbukalah hijab yg ada.

syamilnazmi said...

saye pelik2 komenvogabond saye x pahamape yg diutarakannye.komen hahspunlagi xpaham. saye x nampak ape yg korang komenni . secara kasar nampak macam x setju ngan post ni n mempertikaikan.pada pandangan aku keseluruhan postni aku setuju cume pasalkewujudan puak yg melaga2kan atau puak yg dikatakan wujud oleh us.nik abduh tu betulke wujud .haritu datuknikaziz cam nafikan . x de bukti .ok tuje

Anonymous said...

Salam,al-akh,hurai je lah kalau meleret pun,biar semua org faham betul-betul,orang luar sana yang tak faham,saya pun nak dgr juga,takkan nak settle yg ni pun tak boleh,caiyok bro!

Mubarak Mokhtar said...

terlebih dahulu saya ingin menjelaskan bahawa saya bukan penyokong mana2 parti politik. saya ingin bertanya, sejauh manakah kebenaran mengenai umno itu sekular dan tidak mahu melaksanakan islam? apakah tidak ada langsung atau tidak mencukupi? berapakah peratusan yg tuan akan letakkan berkenaan islam dalam umno? dan akhir sekali adakah ruang untuk umno dibaiki atau menumbangkannya adalah penyelesaian? diharap tuan dpt meluangkan masa untuk menjawab. terima kasih