Sunday, May 10, 2009

Al Azhar, Universiti 'Terburuk' dan TERHEBAT Dunia!

Sebelum datang ke Bumi Anbia ni, aku selalu terfikir macam mana sebenarnya rupa Universiti Al Azhar, universiti terkemuka dunia Islam dan tertua di dunia ni. Adakah macam UIA tu, atau macam UMS ke, mesti unik bangunannya, cantik lanskap dan bersih menyejukkan mata.

Bila tanya kat uztaz-uztaz di Malaysia yang merupakan bekas pelajar Al Azhar, depa selalu bagi perumpamaan standard pejabat Ketua Kuliah Azhar sama macam asrama Sek Men A Darul Falah (sekolah masa aku menengah rendah dulu. Loh, betul ke gitu...Aku melopong xdapat nak bayangkan..Ish, teruknya Al Azhar..

Sejak tu, aku dah melupakan hasrat nak masuk Azhar. Setelah disapa angin kemajuan, aku mengubah arah tuju hidup aku untuk ambil bidang sains. Dari Al Falah, aku 'transit' jap kat SMK Tun Perak selama 5 minggu yang banyak memberikan aku persediaan sebelum melangkah ke sekolah idaman aku, Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Bila masuk ke KISAS, maka bermulalah aku dalam era mengejar impain yang kononnya macam dah jelas. Aku pulun habis-habis belajar sains dan menumpukan lebih perhatian kepada Fizik. Aku memang 'giler' Fizik. Masa tu rasa xnak dok asrama, nak pindah dok ngan cikgu Wong yang banyak bagi tunjuk ajar berguna pada aku dalam Fizik.

Bila naik Form5, dunia aku makin sibuk. Aku pulun apa yang ada untuk mencari pengalaman baru sebagai persediaan untuk mendalami ilmu sains. Namun, dipertengahan tahun, aku merasa kosong... "Apa yang aku kejar ni??" Aku mula melihat dunia yang aku nampak ketika itu. Aku sedang mengejar apa yang aku katakan 'impian', tapi jiwa aku kosong.. Hinggakan aku pernah menyuarakan pada kawan baik aku, Pian bahawa aku macam minat nak sambung STAM.

Aku xendah apa yang aku rasa. Aku pulun sampai tamat SPM. Sepanjang Form4 dan Form5, aku tukar bermacam-macam cita-cita. Dari doktor kepada Aeroneotik. Selepas disapa angin 'Think Positive' oleh Pak Anjang, rasa macam nak ambil psyco plak. Tapi yang terakhirnya aku kembali nak ambil aeroneotik.

Namun, rancangan Allah lebih menarik untuk aku. Selepas istikarah, aku diberi petunjuk paling jelas, paling menenangkan aku dan paling membuatkan hidup aku jadi penuh dan terarah.. Bila aku terkenang ni, aku jadi sedar bahawa betapa bodohnya aku akan hala tuju aku sendiri.

Aku ambil kelas STAM di KISAS. Walaupun ada gak kawan-kawan yang kenal aku pelik ngan pilihan aku, aku lebih memilih jalan yang Dia tunjukkan. Tapi, saat itu aku sedar, dengan mengambil STAM maka secara rasminya sebelah kaki aku dah berada di Universiti Azhar, universiti paling 'teruk' di dunia!!

Aku xkisah dengan semua tu, biarlah orang lain berbangga dengan universiti diorang yang bertaraf dunia. Aku dipandu oleh ustazku agar mengikhlaskan diri dalam pengajian agama. Yang lebih dilihat adalah lubuk ilmu yang ada di Azhar tu. Bila lihat friendster kawan-kawan lain yang depa letak gambar universiti depa, aku jadi cemburu gak. Yela, depa berada di universiti yang hebat dan bertaburan di serata dunia. Ah, biarkan depa, aku nakkan ilmu, bukan title universiti..

Tapi, pagi ni setelah aku tamat ujian syafawi, aku berhadapan dengan satu keistimewaan Al Azhar yang aku sering dengar sebelum ni. Selepas berkejar naik bas 945 palang, aku ternampak sorang doktor/pensyarah aku naik bas yang sama..Bila pandang dia, aku teringat akan pengalaman belajar dengan doktor yang mesra 'wafidin' ni (pelajar asing)..

Dr ni terkenal dengan mesra wafidin, aku xkenal namanya tapi aku panggil die Dr Wafid je..haha..Bila dia ngajar, dia sangat alu-alukan budak wafid. Budak-budak Malaysia suka masuk kuliah die.

"Fahimtum?" "Aiyua!!" balas budak Arab. "Fahimtum wafidin??" "Aiyua!!" balas kitorang. "Wallahi??" "Wallahi!!"...Ni la dialog popular bagi sapa2 yang masuk kuliah die. Keprihatinan die pada budak wafid buatkan bebudak Arab jadi jeles.

Pernah sekali die kata, pelajar paling mulia adalah wafidin ghairu arab (pelajar asing bukan Arab) sebab datang dari jauh dan belajar Bahasa Arab, kedua adalah wafidin arab (pelajar asing Arab) coz datang dari jauh je dan yang ketiga barulah bebudak Mesir coz dah la dekat, bahasa pun bahasa sendiri (bahasa Arab)..Kitorang gelak je..Bebudak Arab jadi tensen la..

Kembali kepada cerita tadi, doktor ni naik bas yang sama ngan aku. Hangpa jangan fikir bas di Mesir macam bas Intrakota kat KL tu. Tapi lebih teruk dari bas mini kat Klang! Die sebagai seorang doktor universiti, pergi dan balik kerja naik bas, xde pengiring, bersesak2 dengan penumpang lain, keadaan tadi plak die berdiri sebelah aku, sama macam penumpang lain. Tiada penghormatan dan tidak minta dihormat!

Aku cuba nak tangkap gambar die dalam bas tadi, tapi ada Arab kat belakang ni plak wat hal..Die nampak aku buka lens camera HP aku, die nak tengok gambar apa yang aku tangkap. Mungkin die fikir aku nak tangkap gambar awek Arab la tu. Hmm, xsempat nak tangkap gambar doktor, die pulak menyibuk. Aku simpan je HP aku, malas nak gaduh ngan budak Arab ni..

Aku perhatikan muka doktor. Muka tenang, xde mengeluh walaupun berpeluh! Wajah ikhlas dalam menyampaikan ilmu dan tidak memandang pada kemuliaan dunia. Tidak berharap kepada gaji yang besar dan penghormatan yang tinggi.

Dari sini aku dapat kenal pasti keistimewaan Azhar berbanding dengan mana-mana universiti di dalam dunia. IKHLAS. Keikhlasan pengajarnya jadi tulang belakang kehebatan Azhar dan membuatkan Al Azhar terus utuh setelah lebih 1000 tahun penubuhannya. Tidak lekang dek panas keberkatannya walaupun berhabuk bangunannya. Tidak tercemar kesucian ilmunya walaupun dikotori dengan sikap sesetengah Arab Mesir yang tidak berakhlak.

Syeikh dan doktor Azhar memang hidup susah tidak seperti pensyarah di Malaysia. Mereka dihimpit dengan kemiskinan dan tekanan pemerintah si celaka Husni Mubarak. Gaji rendah, kenderaan pun tidak hebat. Ramai syeikh Azhar yang berkerja seperti pegawai bank dan pakar bedah, namun mereka sanggup datang dari jauh, dengan menaiki bas dan berjalan kaki untuk mengajar di universiti dan MAsjid Azhar tanpa rasa jemu dan tanpa meminta bayaran sesen pun..

Ikhlas, yang kita ketahui sebagai faktor utama kejayaan umat Islam sekian lama. Jika tiada ikhlas, tiadalah yang berani mati sayhid di jalan Allah. Jika tiada ikhlas, tiadalah pemimpin sehebat sahabat Rasulullah. Jika tiada ikhlas Islam tidak akan tersebar ke seluruh alam!

Inilah kehebatan Azhar. Kehebatan ini barangkali tidak dapat ditandingi oleh mana-mana universiti di dunia. Keihlasan para ulamanya dalam menjaga agama amat disanjungi walaupun di negara kita peranan ulama dalam gerakan Islam sendiri dipertikaikan! Ulama ikhlas penyuluh akhirat, siapa yang merendahkan ulama ibarat memadamkan lampu suluh untuk memandu mereka ke akhirat. Orang bodoh dan kerja bodoh bagi orang yang menyamakan ulama seperti orang lain yang bertuhankan nafsu!

Aku kini merasa insaf dan bangga. Insaf kerana Allah telah membuktikan bahawa aku bodoh dalam menentukan hala tuju hidup aku sendiri sedangkan Dia maha bijak mengatur sesuatu yang dulunya aku anggap buruk bagiku tetapi ianya terbaik bagiku disisi Allah. Bangga kerana kini aku berada di Universiti Al Azhar, unversiti TERHEBAT DI DUNIA!

3 comments:

aliF_miM said...

Subhanallah...
citer ini membuatkan hati ini mlonjak2 tuk mnjejakkan kaki di universiti 'terburuk' ini...
syukran ya akh..

L.H said...

saya suka entry ini :)

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya bakal ke sana, kerana mendapat tawaran belajar dalam jurusan dentistry.

Bagaimanakah kualiti pelajar medic disana?