Monday, May 11, 2009

Membetulkan Kesilapan : Moga Allah Ampunkan!

Salam. Saya pernah menerbitkan post dalam blog ini tentang komen terhadap ucapan wakil Kelab UMNO Luar Negara dalam Perhimpunan Agong Umno pada Mac lepas. Saya forwardkan post tersebut melalui email kepada orang yang memeberi ucapan itu iaitu seorang pelajar PhD di salah sebuah universiti di UK. Alamat emailnya saya temui dalam website Kelab UMNO Luar Negara Southampton. Kemudian pada petang ini saya berkesempatan melihat inbox email saya dan mendapati ada balasan dari pelajar tersebut. Saya forwardkan dalam blog ini untuk bacaan semua....


Assalamulaikum wbt.

Terima kasih di atas segala penjelasan saudara. sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu datang dari kesilapan saya sebagai hamba Allah yang kerdil ini. Adalah kesilapan saya kerana tidak meyelidik dengan terperinci akan isu ini memandangkan saya hanya menjalankan tugas sebagai WAKIL dari 70 buah kelab seluruh dunia dan menyediakan teks ucapan dalam mase 3 hari berhadapan pula dengan pelbagai isu dan masalah yang di bawa oleh wakil-wakli kelab dari seluruh dunia. terlepas pandang akan isu yang sangat kritikal ini jadi sekali lagi saya memohon maaf sekiranya kata-kata saya sedikit menyentap perasaan saya. ramai orang yang mempunyai pendapat yang sama dengan saudara. Pada hemat saya, sekiranya isu yang saya bawakan itu bukan satu kenyataan maka tidak ada masalah bagi PMRAM untuk berbakti kepada mahasiswa di sana.

Kami di Kelab UMNO juga menjalankan tanggungjawab yang sama sebagai satu badan NGO membantu pelajar di luar negara dan adalah baiknya jika kita sama-sama bergerak sebagai satu kumpulan dengan tujuan membuat kebajikan. sekiranya kebanyakan ahli PMRAM belajar menggunakan wang zakat, maka seharusnya kita sama-sama menggunakan kemudahan ini sebaik-baiknya. Sekali lagi saya memohon maaf kerana tidak sedar akan perkara ini. Kewujudan kami di dalam UMNO hanyalah sekadar membantu dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar di luar negara sekali gus menjadi mata dan telinga untuk segala permasalahan di laur negara. Maka segala kesilapan kami harapnya dapatlah di maaf kan. mungkin ade yang terlepas pandang atau tersalah anggap.

Kepada yang terasa hati atau tersentap diharapkan dapatlah memaafkan saya kerana sekiranya mereka ini berada di dalam kumpulan yang benar sesungguhnya tidak ape yang perlu dirisaukan kerana segala tindakan dari kerajaan akan berdasarkan siasatan dan bukannya secara membuta tuli.oleh itu tidak perlu takut atau menghamburkan kata-kata yang kurang enak di dengar. saudara seorang yang matang dan berfikiran terbuka dan saya percaya sudah tentu punya perilaku yang baik dan berkarisma tinggi. jangan biarkan amarah menguasai diri sehingga lupa bahawa saya ini manusia yang serba kekurangan.

Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan
Transport Research Group (TRG)~(http://www.trg.soton.ac.uk/)
Faculty of Civil Engineering and Envirn'mental Sciences
University of Southampton
University Road
Southampton
SO17 1BJ United Kingdom
England


Saya kemudiannya membalas email beliau dan saya forwardkan juga untuk penilaian semua...


Assalamualaikum
Terima kasih akan respon yang diberikan. Saya akui saya memang marah dengan apa yang saudara ucapkan di dalam perhimpunan agong UMNO. Apapun dalam Islam, marah juga akan jadi ibadah jika kene pada tempatnya. Apa yang saudara ucapkan dalam perhimpunan agong UMNO sangat memberi kesan kepada sahabat PMRAM yang berjuang ikhlas membantu pelajar di sini. Saya sudah cukup bertapis akan kata-kata saya itu dan saya lafazkan semuanya atas dasar menentang kezaliman yang berlaku.

Dalam Islam, kezaliman ditakrifkan sebagai meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Maka apa yang saudara ucapkan itu, memang tidak meletakkan pada tempat yang betul. Terdapat beberapa tindakan mengejut yang berlaku terhadap mereka yang bergerak aktif dalam PMRAM di sini kesan daripada ucapan saudara. Baru-baru ini, sahabat baik saya ditendang keluar daripada asrama melayu milik kementerian pengajian tinggi di Kaherah. Tiada bukti kukuh yang dinyatakan tetapi umum mengetahui ia adalah kerana beliau pernah menjemput presiden PMRAM untuk berucap dalam satu majlis yang diadakan di asrama itu. Namun menjadi persoalan, majlis yang dilaksanakan Disember 2008 itu hanya dikenakan tindakan pada awal Mei, 3 minggu sebelum kami exam? Saya bimbang ucapan saudara itu menjadi pemangkin akan tindakan yang pegawai Jabatan Penuntut laksanakan itu.

Ini baru satu kejadian yang berlaku yang di dalam pengetahuan saya, sedangkan banyak lagi kejadian yang berlaku yang saya tidak tahu kesan daripada ucapan saudara. Saya hormati perbezaan pendapat politik remaja kini, dan saya juga menghormati sahabat saya dalam UMNO yang ikhlas berjuang seperti saudara. Namun jika berlaku sesuatu yang zalim, saya wajib untuk mengatakan yang benar dan membela yang dizalimi walaupun terpaksa menggunakan perkataan yang keras.

Memang ada terdetik juga rasa kesal di hati bila baca coretan saudara, kesal kerana menggunakan perkataan yang agak kasar. Tapi saudara juga perlu faham akan persaan saya dan sahabat di sini yang amat terluka dengan kenyatan saudara itu. Maka saya pohon maaf pada saudara dengan perkataan yang digunakan dan minta halal kerana apa yang saya coretkan pada saudara sebelum ini saya fowardkan juga dalam blog saya. Tapi saya berniat lakukan semua ni untuk menjelaskan kebenaran dan memadamkan kekeliruan, sama sekali tidak berniat untuk menghina saudara. Saya akui kesilapan ini dan bimbang amarah saya bercampur dengan nafsu dan ghairah menghina oranglain. Saya amat kesal jika ini berlaku dan amat memohon maaf kepada saudara. Maafkan saya. Saya juga adalah apa yang Allah berikan, tiada kemuliaan malah hina kerana sering bertopengkan kebaikan tetapi masih melakukan kejahatan.

Saya hormati saudara, jika saudara mengaku salah maka saya berharap saudara terima coretan saya sebagai peringatan dan teguran agar saudara lebih berhati-hati kelak. Saya amat menyarankan jika saudara benar-benar mengaku silap, maka hubungilah pimpinan PMRAM di sini dan jelaskan apa yang berlaku serta memohon maaf dari mereka. Mereka yang lebih terkesan dengan ucapan saudara, saya hanyalah terusik sebagai seorang ahli PMRAM. Jika saudara bersetuju, tuliskan satu coretan dan saya akan sampaikan kepada mereka secara peribadi. Mungkin jika saudara lakukan secara terbuka akan memberi kesan kepada pengajian saudara, maka saya tawarkan untuk menjadi orang tengah dalam hal ini demi menjernihkan semula apa yang berlaku agar antara kita tidak 'berhutang' di Padang Mahsyar nanti.

Saya harap apa yang saya katakan yang mengguris perasaan saudara tidak menjadi permusuhan malah bertukar menjadi pengajaran berguna sesama kita. Saya berharap kita terus bersahabat dalam menjayakan impian masing-masing dan berjuang membangunkan Islam dan negara kita walaupun berlainan jalan dan wasilah. Politik bukan pergeseran tetapi penyatuan demi kebaikan rakyat dan Islam. Saya amat memohon maaf dan saya memaafkan apa yang terguris dalam hati saya. Terima kasih, jazakallah.


Maka, saya dengan rasa insaf menyesali akan apa yang telah saya ungkapkan kepada beliau dan menyedari saya agak emosi semasa menulis artikel tersebut. Disebabkan artikel itu telah dibaca oleh ramai orang, saya bimbang segala kata-kata keras yang berkemungkinan menghina beliau dan mengguris hati beliau akan terbawa-bawa dan menjadi ikutan orang lain. Maka saya bimbang ini akan menjadi satu umpatan jika saya segala yang saya tulis itu tidak didasari dengan keihklasan malah bercampur dengan geram dan nafsu. Saya dengan rasmi menarik segala kata-kata saya itu dan telah memohon maaf kepada beliau. Maka jika ada sesiapa yang berterusan memburukkan beliau kesan daripada membaca artikel saya, maka saya pohon agar dihentikan dan nilailah sendiri jawapan yang beliau berikan diatas.

Saya menganggap beliau tidak mengetahui keadaan sebenar dan hanya menjalankan tugas untuk membacakan teks ucapan tersebut. Maka hendaklah kita husnuzon terhadap beliau akan tetapi dalam masa yang sama turut tidak bersetuju dengan kezaliman yang terjadi kesan daripada ucapan beliau dan memohon beliau untuk meminta maaf.

Saya pohon pada Allah agar mengingatkan saya agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memberi apa jua pendapat agar ianya didasari dengan keimanan dan bertepatan dengan syarak. Segala kesilapan yang berlaku bukti lemahnya saya dan agungnya kuasaNya. Syukur padaMu Ya Allah kerana mengingatkan hamba ini. Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri agar lebih berakhlak dengan akhlak seorang pejuang Islam sebenar!

No comments: