Friday, May 15, 2009

Khas Untuk 'Junior Anta : Hal Ehwal Lompat Parti

Salam. Selepas tamat exam paper pertama hari ni, sempat saya meninjau blog. Saya tertarik dengan ulasan 'Junior Anta' dlm artikel 'Rampasan Kuasa Perak Ikut Undang2 : Bukti Najib Tak Ikut Tahu Undang2', maka bersemangat plak nak balas komen beliau. Walaupun yg beliau sanggah adlah cuma kata2 sampingan, bukan pd idea usul (idea pokok), namun perlu diperjelas juga apa yg dikatakan beliau. Walaubagaimana pun, bila Junior Anta ni tidak menyanggah main point yang saya nak sampaikan dalam artikel tu, nampaknya Junior Anta ni setuju la bahawa Rampasan Kuasa di Perak adalah tidak mengikut undang-undang! Tak gitu? :-)

Apa pun, saya kemukakan di sini komen beliau untuk penilaian semua :

junior anta May 15, 2009 3:28 PM
salam ,sorry la nak tegur sikit sape punye angkara bab lompat sikatak lompat ni kalau x pembangkang(PKR)jadi jgn nak main serang je .lepastu kalau nak dapat berite yg adil bacelah semua.utusan akhbar melayu sape lagi nak bace kalau x orang melayu jgn lah memijak sendiri org melayu

Saya akan membalas komen ini dengan membahaskan isu yang dibangkitkan satu persatu. Pertamanya adalah isu lompat parti. Adus, payah nak bahaskan ni, panjang sangat! Tapi xpe, saya cuba mana yang mampu. Saya huraikan hukum lompat parti dari tiga sudut pandangan. Pertamanya :

Lompat Parti Di Sisi Perlembagaan

Dalam perlembagaan sekular Malaysia, lompat parti adalah dibenarkan berdasarkan salah satu peruntukan yang memberi kebebasan berpersatuan kepada semua rakyat Malaysia. Setiap rakyat Malaysia berhak untuk menyertai mana-mana persatuan, parti politik, NGO dan mana-mana pertubuhan berkanun. Adapun kata-kata yang mengatakan bahawa jika sudah sertai UMNO tidak boleh sertai PAS, itu hanyalah larangan dalam perlembagaan pari tersebut, bukannya tertakluk bawah akta persatuan dan pertubuhan.

Maka, disebabkan itulah seruan ahli politik yang ingin menguatkuasakan undang-undang anti lompat parti sukar ingin dilaksanakan kerana ia memerlukan pindaan akta pertubuhan itu sendiri. Lagi merumitkan usaha tersebut apabila BN tidak dapat menguasai majoriti 2/3 dalam Parlimen yang menyebabkan mereka tidak boleh meminda perlembagaan sesuka hati. Menggubal perlembagaan memerlukan sokongan 2/3, bukan seperti usul biasa yang hanya memerlukan sokongan majoriti sahaja.

Contoh yang saya ingin berikan untuk kita menyakini akta ini adalah macam mana kuat seorang guru memberi sokongan terhadap parti pembangkang, selagi tidak melanggar Aku Janji yang wajib ditandatangani oleh kakitangan awam, maka kerajaan tidak berhak membuang guru tersebut dari jawatannya. Paling koman pun, mereka akan turunkan pangkat atau pindahkan tempat kerja. Ini disebabkan akta di atas menjamin kebebasan berpolitik dan berpersatuan.

Begitu juga apa yang berlaku di Perak, mengikut perlembagaan tidak salah 3 Adun Lompat Katak tu melompat kepada Bebas dan menyokong Be End. Disebabkan itulah, apa yang diperbahaskan di mahkamah bukanlah pada isu lompat parti, tapi samada Nizar bernar-benar terlucut jawatan atau tidak. Dalam sebutan kes, tidak ada sidebutkan langsung tentang lompat parti.

Adapun kes mahkamah yang melibatkan isu perletakan jawatan secara paksa 3 Adun Lompat Katak tu, itu adalah kes yang memfokuskan adakah surat perletakkan jawatan yang mereka tandatangani sebelum Pakatan menubuhkan kerajaan pada Mac tahun lepas sah atau tidak, bukan membicarakan adakah boleh atau tidak mereka lompat parti. Maka, berdasarkan perlembagaan lompat parti adalah dibenarkan.

Lompat Parti Di Sisi Moral Masyarakat

Yang menjadi kecoh dan haru-biru adalah lompat parti pada pandangan masyarakat. Masyarakat melihat lompat parti sebagai satu perkara jijik yang mengkhianati amanah rakyat. Baik Be End atau Pakatan, mereka telah memenangi kerusi Dun atau Parlimen berdasarkan parti yang mereka wakili, maka sentimen rakyat yang memilih adalah berdasarkan parti.

Adapun di sisi undand-undang, kerusi Adun dan Parlimen diwakili oleh 'orang' bukannya 'parti'. Disebabkan itu apabila berlaku kekosongan parti samada kerana kematian atau meletak jawatan, maka perlu diadakan pilihan raya semula bagi memilih 'orang' yang akan menggantikan kerusi yang kosong itu. Parti tidak boleh menggantikan terus kerusi yang kosong itu dengan orang lain daripada parti mereka melainkan mereka perlu memenangi pilihanraya kecil yang akan dijalankan.

Maka, disebabkan ketidakfahaman ini, berlaku konflik apabila 'orang' yang memduduki kerusi Adun atau Parlimen yang mereka menangi atas tiket parti tertentu, bertukar kepada parti lain. Masyarakat rasa tertipu kerana mereka menyokong wakil rakyat itu berdasarkan parti mereka. Tambahan lagi 'kelompatkatakan' itu menyebabkan tumbang sebuah kerajaan.

Itu yang berlaku di Perak. Walaupun Be End puas dok sembang bahawa rakyat Perak gembira dan ketawa bergolek-golek kegembiraan kerana depa dapat tumbangkan kerajaan Pakatan, namun sentimen rakyat adalah sebaliknya. Rakyat marah dan akan terus menerus rasa dikhianati oleh pihak yang melompat katak. Maka kesimpulannya lompat parti adalah salah dan dipandang hina oleh masyarakat.

Lompat Parti Di Sisi Islam

Adapun di sisi Islam, tidak ada nas qat'ii tentang lompat parti. Amalan demokrasi berparlimen di Malaysia diperkenalkan oleh penjajah. Namun, infak ulama membenarkan sistem ini dilaksanakan kerana menghampiri konsep syuro walaupun tidak sepenuhnya iaitu keputusan berdasdarkan suara majoriti.

Maka, perkara ini tiada petunjuk tetap adakah lompat pari haram atau tidak. Tiada ulama di Malaysia yang telah menggariskan fatwa berkenaan ini. Mungkin ada dan saya tidak tahu, maka jika ada hukum yang telah digariskan, mohon sahabat-sahabat memaklumkan pada saya yang jahil ini.

Apapun, pada pandangan saya, hukumnya kembali seperti hukum aktiviti harian kita iaitu berdasarkan sesuatu yang disandarkan kepadanya. Seperti contoh, makan. Makan jadi wajib jika memberi mudharat jika tidak makan. Tapi boleh juga jadi haram jika terlebih makan sampat kene kencing manis dan darah tinggi!

Begitu juga lompat parti, ia kembali kepada tujuan dan kesan lompat parti. Kita sedia maklum bahwa UMNO-BN adalah parti sekular yang berjuang berdasarkan bangsa dan menjunjung perlembagaan sekular! Kita juga sedia maklum bahawa PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam tertegak di bumi Malaysia ni. Jika masih tak jelas tentang ni dan tidak berpuas hati dengan kenyataan saya ni, rujuk pada artikel ni dan fahami betul-betul!

Maka, saya berani katakan bahawa lompat parti dari PAS ke UMNO adalah HARAM akan tetapi lompat parti dari UMNO ke PAS adalah terpuji dan dibenarkan! Saya bicarakan dari sudut dua parti ini sahaja, adapun berkenaan fenomena lompat parti di kalangan parti lain adalah amat rumit dan panjang untuk dibahaskan. Saya xsanggup untuk menulis kerana ketiadaan masa, sesiapa yang berminat boleh kita bertemu dan bertukar pandangan secara lisan.

Berhijrah daripada sesuatu tempat yang kurang baik kepada tempat lebih baik adalah dituntut. Ibarat orang demam menukarkan minumannya daripada air biasa kepada air Cap Badak. Maka, adalah lebih dituntut untuk berhijrah daripada kepompong sekular kebangsaan kepada perjuangan Islam! Malah haram pula berhijrah daripada perjuangan Islam kepada perjuangan sekular yang rosak lagi mem'virus'kan!

Ini adalah fakta. Siapa yang bertanggungjawab melaksanakan Islam secara total dalam kerajaan? Pastinya parti yang memerintah iaitu UMNO-BN. Maka apa yang kita lihat, adakah puak-puak ni melaksanakan Islam sepenuhnya? TIDAK. Mereka meninggalkan hukum Islam yang tidak selari dengan nafsunya tetapi melaksanakan Islam yang sepadan dengan nafsunya. Apa yang saya maksudkan dengan melaksanakan Islam mengikut nafsu? Mereka melaksanakan hukum Islam yang boleh beri keuntungan kepada mereka seperti zakat tetapi menolak hukum Islam yang tidak selari dengan nafsu mereka seperti hukum Hudud. Perlaksanaan Islamkah begini??!!

Ini yang menjadi perbezaan terbesar antara kedua pihak ini iaitu perbezaan ketaatan kepada Allah. Maka melompat parti daripada parti yang derhaka pada Allah kepada parti Islam adalah dituntut dan berhijrah daripada parti Islam kepada parti sekular adalah berdosa! Maka kesimpulannya, lompat parti menurut Islam adalah berdasarkan tujuan dan kesannya, tiada hukum putus yang mengatakan haram atau halal. Apapun, ini adalah pandangan saya sahaja, sila tunjuk ajar jika saya tersilap dengan memberikan pendapat yang ilmiah.

Lompat Parti Pada Pandangan Saya

Pada pandangan saya pula, sudah pastinya saya menerima pakai konsep yang Islam gariskan, ada apa dengan perlembagaan yang sekular dan pendapat masayrakat yang tidak berpandangan mengikut Islam. Apapun, saya memilih untuk menyusunkan antara pendapat masyarakat dan Islam supaya lebih meraikan semua pihak. Ini sekadar pandangan saya, sahabat-sahabat boleh menyanggah jika pada sahabat-sahabat ada pendapat yang lebih tepat.

Saya bersetuju bagi sesiapa wakil rakyat yang insaf dan ingin kembali kepada perjuangan Islam, adalah lebih baik mereka meletak jawatan dan memberi laluan kepada pilihan raya kecil untuk memberi semula mandat kepada rakyat. Pada pendapat saya, ini lebih meraikan masyarakat dan dapat memberi peluang kepada wakil rakyat tersebut untuk kembali kepada perjuangan Islam. Rakyat tidak akan rasa tertipu dan wakil rakyat itu juga boleh memilih wadah perjuangannya yang baru.

Iai seperti yang dilakukan oleh bekas wakil rakyat Bukit Selambau, V Arumugam. Beliau sanggup untuk meletak jawatan Adun dan Exco negeri Kedah kerana tidak mahu mengkhianati kerajaan PAS Kedah. Walaupun diugut, diancam dan ditawarkan wang ringgit, beliau lebih memilih cara terhormat itu demi meraikan rakyat dan tidak mengkhianati kerajaan PAS Kedah.

Maka, kesimpulannya, pada pandangan saya, saya tidak setuju lompat parti terutama daripada PAS kepada UMNO kerana sesiapa yang berbuat demikian mereka telah mengkhianati perjuangan Islam. Adapun bagi yang ingin melompat kepada PAS, adalah lebih elok meletak jawatan dan memberi laluan kepada rakyat untuk memilih wakil mereka. Jika benar niat kita, IsnyaAllah, parti yang mendaulatkan Islam akan menang.

Tentang DSAI yang memulakan lompat parti ni, saya akan mengulas lagi akan datang. Termasuk juga dengan isu PAS juga menyokong lompat parti terutama plan 16 Sept dan isu lompat parti di Perak. Letih plak nak menaip panjang-panjang. Lagipun ada kawan dok komen, artikel saya panjang-panjang. Hui, pendek salah, panjang pun salah.

Tapi nak ulas skit kata Junior Anta ni yang dok kata nak dapat berita yang adil maka hendaklah baca semua. Eiss enta ni, salah tu. Saya anologikan, nak dapatkan berita adil sama macam memilih makanan. Nak dapatkan makanan yang baik, kene pilih makanan seimbang. Mesti cukup semua jenis zat makanan seperti sayur, karbohidrat, air, zat besi dan jangan lupakan pisang untuk elak sembelit!

Begitu juga macam nak dapatkan berita, kene dapatkan dari sumber yang ada keseimbangan 'zat' dalam berita tu. Jika nak dapatkan makanan seimbang tapi memilih untuk campurkan racun dengan Nestle Honey Star, maka itu akan membunuh diri! Nak dapatkan berita adil tapi memilih untuk mendapatkannya dari sumber yang memang jelas-jelas pembohoong, itu meracun fikiran namanya!

Semua sedia maklum betapa berat sebelah dan pembohongnya 2 akhbar utama UMNO tu dalam melaporkan berita politik. 2 akhbar tu secara terang-terang menipu rakyat dengan menyampaikan berita-berita yang bohong dalam isu politik. Mengapi2kan isu perkauman untuk kepentingan UMNO! Semua sedia maklum hinggakan 2 akhbar itu tidak lagi efektif dalam menyampaikan berita politik. Kebenarannya diragui. Akibat dok selalu dan biasa berbohong, maka rakyat kita sudah tidak percaya.

Saya akui Harakah juga berat sebelah dan condong melaporkan berita yang menguntungkan PAS. Disebabkan itulah saya lebih sukakan berita politik daripada Malaysiakini yang lebih neutral dan adil. Jika nak dapatkan berita tentang parti dan perkembangan politik PAS, saya kan baca Harakahdaily, jika nak tahu sukan bacalah 2 ahkbar tu.

Adapun kata Junior Anta bahawa Utusan adalah akhbar orang melayu, eisy..nak betulkan sedikit. Utusan adalah akhbar milik UMNO dan melaksanakan kerja dan pengkhabaran politik UMNO!

Minta maaf saya katakan pada Junior Anta, saya benci dengan perkataan yang yang bersifat kebangsaan. Malah saya tidak kisah jika kepala melayu dipijak jika melayu yang dipijak itu adalah melayu yang tolak Islam! Namun saya amat cintakan melayu yang mendaulatkan Islam. Melayu mulia kerana Islam dan akan dipijak jika tinggalkan Islam! Jangan apikan perkauman bila melayu tidak dapat sokongan, jangan salahkan bangsa lain bila melayu kalah, tapi salahkan kenapa melayu tolak Islam di saat orang cina dan India terima Islam.

Cintaku berlapik dengan Islam, jika tiada lapik itu, maka busuklah semua makhluk yang tidak dilapikkan dengan Islam. Melayu yang diwangikan oleh pelapik Islam, akan ku sanjung dan sayangi, malah begitu juga dengan cina dan india yang dilapikkan Islam termasuk Eskimo yang mendaulatkan Islam! Adapun bagi melayu yang tidak faham Islam, akan cuba ku dakwahkan meraka. Tetapi bagi Melayu yang tolak Islam setelah diperingat, aku akan tentang habis habisan!

1 comment:

junior anta said...

terima kasih la sanggup bagi penerangan panjang2 ni cume nak tambah sikit la pasallompat parti .
kalau umno lompat pas terpuji kalau pas lompat umno keji tu.dari segi hujah anta memeng la x boleh nak disanggah lagi tapi namapak sangat macam x adil bagi orang melayu yg x paham islam. diorang akan pikir pas ni yg macam2....senag cite kenelah adil pastu pasal akhbar tadi tupun x bape setuju jugak sebab utusan banyak jugak ilmu yg boleh diperolehi terutamanye utusan hari ahad banyak info yg bergune dan ia tidaklah racun seperti yg ditulis dalam blog ni.lepastu pasl tulis panjang2 sebenarnye bagus x pe tulis panjng2 supaya orang paham kalau penedek xpaham buat ape2