Monday, February 2, 2009

Gaza Diserang : Hamas Mencapai Kemenangan Besar!


Serangan Syaitan Yahudi selama 22 hari yang membunuh kira-kira 1300 rakyat Palestin yang kebanyakannya adalah rakyat biasa menzahirkan seolah-olah Islam telah ditekan sehabis-habisnya dan berada di ambang kekalahan. Jika dilihat secara kasar, dunia melihat akan kekalahan Palestin dengan menilai dari sudut bangunan yang runtuh, rumah yang musnah dan rakyat yang terbunuh.

Memang diakui, rakyat Palestin terkorban lebih 1300 orang dan hanya 13 rakyat Israel yang mati. Bumi Gaza berlubang dan dipenuhi kesan bom manakala bumi yang dijajah Israel aman dan tiada tanda kemusnahan. Namun, saya menilai dari sudut berbeza sehingga apa yang kelihatan adalah keperkasaan Hamas dan kebodohan serta kekalahan Israel dalam serangan 22 hari itu.

Pertama, Hamas mencapai kemenangan moral. Ini disebabkan Israel gagal mencapai walaupun satu daripada matlamat mereka menyerang Gaza. Dunia tahu bahawa antara matlamat Israel menyerang Gaza adalah untuk menghapuskan Hamas dan memusnahkan terowong bawah tanah Hamas yang digunakan untuk menyeludup senjata.

Namun apa yang berlaku, Hamas tidak terjejas walaupun sedikit malah menjadi semakin kuat dengan bertambah semangat dan sokongan moral dunia terhadap mereka. Hamas berjaya mengubah pandangan dunia hinggakan seluruh dunia kini memandang Israel sebagai pengganas dan pembunuh rakyat Palestin. Selain itu, daripada 750 terowong bawah tanah Hamas, Israel hanya berjaya menjumpai 1 terowang sahaja! Begitu bodoh dan lemahnya syaitan ini.

Kedua, Hamas mencapai kemenangan politik. Aspek yang terpenting dalam politik adalah meraih sokongan masyarakat. Dalam konteks isu Palestin, sokongan dunia kini sepenuhnya beralih kepada Palestin dan Hamas malah keadaan menjadi terbalik berbanding sebelum ini iaitu dunia memandang Israel dari sudut kaca mata memandang seorang pengganas.

Kesannya kita dapat saksikan pelbagai peristiwa dan reaksi daripada masyarakat dunia. Tunjuk perasaan membantah serangan Israel dibuat di serata dunia malah menjangkau batasan agama, umur dan bangsa. Kita dapat lihat bagaimana seorang penganut Kristian mengibarkan bendera Hamas dan sudah pastinya ini dilakukan atas semangat sokongan yang kuat kepada Hamas.

Di beberapa negara yang dipimpin oleh pemimpin yang berani, mereka melakukan sesuatu yang benar-benar menunjukkan tentangan mereka terhadap tindakan Israel menyerang Gaza dengan menghalau keluar duta Israel dari negara mereka. Baru-baru ini pula, Perdana Menteri Turki memalukan Presiden Israel dengan mengecam syaitan itu dalam debat sempena Forum Ekonomi Dunia yang mana ianya disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Banyak lagi reaksi masyarakt dunia yang tidak dapat saya nyatakan di sini yang menunjukkan bahawa Hamas berjaya mencapai kemenangan politik kesan daripada serangan Israel itu.

Ketiga, Hamas mencapai kemengan psikologi. Secara tabieinya, rakyat yang menghadapi peperangan akan mengalami trauma yang teruk malah akan menggulingkan kerajaan mereka kerana tidak sanggup lagi berhadapan dengan peperangan. Tetapi ini tidak berlaku di Gaza.

Rakyat Gaza menjalani kehidupan seperti biasa, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Mereka pulang ke rumah masing-masing dan mengemas rumah mereka. Kanak-kanak pergi ke sekolah. Bagi yang kematian keluarga, mereka tidfak meraung dan menyesal malah berbangga kerana ahli keluarga mereka yang syahid itu kini selamat dan bahagia di syurga!

Malah Hamas mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat Gaza yang mana Hamas dijulang sebagai wira kerana berani menentang Israel. Rakyat Gaza semakin berani dan yakin dengan kemenangan yang semakin hampir. Mereka menawarkan diri untuk berbakti dalam jihad ini dan sanggup melakukan apa sahaja demi perjuangan suci ini.

Antaranya ialah, wanita remaja mereka berlumba-lumba untuk berkahwin demi untuk melahirkan anak yang ramai agar anak mereka menjadi pejuang dan menjadi saham terbesar mereka di syurga sekiranya anak mereka syahid kelak. Agak lucu kita mendengarnya, namun ini realitinya.

Namun, sebaliknya berlaku pada Israel. Mereka tidak berjaya mencapai matlamat malah Hamas kelihatan semakin kukuh. Tidur malam mereka tidak akan aman kerana sering takutkan roket Al Qasssam akan singgah dan mendarat untuk menghancurkan mereka. Rakyat mereka marah dan hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka atas kegagalan menghapuskan Hamas. Gagal menghapuskan Hamas bermakna hujan roket Al Qassam akan kembali tidak lama lagi!

Keempat, Hamas mencapai kemenangan ekonomi. Walaupun dari sudut zahir, kita melihat akan kehancuran Gaza, namun di sebaliknya Hamas berkaya mencuri simpati dunia hinggakan kini pelbagai bantuan kemanusiaan tiba dan membantu mereka memulihkan Gaza. Bermula dengan bantuan perubatan, makanan, pengangkutan hinggalah kepada bantuan kewangan, semua ini berjaya membantu meringankan beban rakyat Gaza yang menderita kesan serangan 22 hari itu.

Memang diakui bahawa pintu sempadan Rafah-Gaza masih ditutup dan bantuan kewangan yang tiba kebanyakannya sampai kepada pembelot PLO. Namun kita tidak nafikan kelicikan Hamas dalam membawa bantuan masuk ke Gaza. Mereka mempunyai 750 terowong yang menyeberangi sempadan Mesir dan pastinya terowong itu digunakan sebaiknya utnuk mendapatkan bantuan.

Hamas sememangnya menerima pelbagai bantuan melalui terowong itu. Samada bantuan makanan, perubatan, kewangan dan juga bantuan senjata. Semuanya diperolehi daripada rakan seperjuangan di negara lain yang sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan Hamas. Jika tidak masakan Hamas boleh membayar pampasan atas setiap kemusnahan, kematian dan kecederaan kepada penduduk Gaza. Sudah semestinya Hamas mendapat bantuan kewangan yang lumayan kesan daripada serangan Israel itu.

Hamas kini berada dalam keadaan moral yang tinggi manakala Israel berada dalam tekanan. Mereka semakin takut dan buntu kerana tidak menemui jalan terbaik untuk menghapuskan Hamas. Semua jalan sudah dibuat, namun usahkan Hamas, terowong Hamas pun tidak berjaya dihapuskan.

Adakah Israel akan meneroka segenap inci bumi Gaza untuk memburu Hamas. Saya tidak percaya Israel seberani itu. Mereka amat takutkan mati malah mereka tahu akan keajaiban kekuatan Hamas. Ada sahaja keajaiban yang berlaku ketika mereka bertempur dengan Hamas samada batu bertukar jadi bom, nampak seperti menembak Hamas rupanya tertembak rakan sendiri dan pelbagai lagi.

Gaza itu ibarat kubu dan penuh dengan perangkap dan jerat samar Hamas. Hamas sememangnya menanti kedatangan Israel ke dalam perangkap mereka. Jika Israel memasuki Gaza, sama seperti meltakkan nyawa di hujung tanduk. Hamas kini pastinya dalam perancangan untuk menyerang balas dan meneruskan misi untuk menakluk semula tanah suci Al Quds.

Perlu diingatkan pada sesiapa yang masih tidak meyakini kemenangan Islam di Palestin, kemenangan kita adalah dijamin oleh Allah. Seorang pemimpin Hamas berkata ketika menjawab soalan mengapa mereka masih lagi berjuang sedangkan mereka kelihatan tidak berupaya untuk mengalahkan Israel. Jawabnya, perbezaan perjuangan mujahidin di Palestin dan mujahidin lain di serata dunia ialah kemenangan jihad di Palestin adalah dijamin oleh Allah! Jika tidak percaya, kita tunggu dan lihat.

Tahniah kepada Hamas dan kepada semua yang membantu mencapai kemenangan ini baik yang menbantu secara langsung atau tidak langsung. Bagi yang tidak membantu walau sedikit pun, mereka ini berada di kalangan orang yang rugi kerana meninggalkan perjuangan yang pasti akan menang.

1 comment:

joegrimjow said...

boikot baranagn yahudi!!