Sunday, February 1, 2009

Antara Keberanian Erdogan Dan Kejelikan PBB!



Saya melahirkan rasa penghargaan yang tertinggi buat Perdana Menteri Turki, Reccep (disebut Rejab) Toyyib Erdogan kerana tindakannya mengecam Syaitan Peres dan memalukannya di hadapan semua pemimpin dunia di Davos dalam debat yang dilangsungkan sempena Forum Ekonomi Dunia.

Saya berpuas hati dan bagi saya penghinaan terhadap Syaitan Peres yang mana kehadirannya di forum tersebut sebagai mewakili semua penggnas Israel sepatutnya lebih keras lagi. Syaitan ini amat kita kenali sebagai drakula yang amat meminati darah umat Islam. Tangan, mulut dan selruh anggota badannya dipenuhi darah umat Isalm Palestin dari dahulu hingga kini.

Saya ingin menjelaskan persoalan dan alasan yang syaitan ini kemukakan sebagai sebab yang menghalalkan mereka menyerang Gaza. Katanya kepada Erdogan "apa yang akan anda lakukan jika 1000 roket dilancarkan kepada rakyat anda setiap hari? Kenapa mereka menyerang kami? Tiada satu sekatan pun di Gaza. Mengapa mereka ingin menyerang kami? Apa yang mereka inginkan?"

Kata-kata ini ingin menunjukkan bahawa Israel adalah negara yang sama sekali bersih dan semua kejahatan datang daripada Hamas. Saya ingin memberi pendapat dari dua sudut pendangan. Dari dua-dua sudut ini jika diperhatikan, Israel adalah penjenayah yang amat kejam tanpa saya ragu sedikit pun.

Pandangan pertama, kita mengandaikan jika Hamas ini memang bersalah, memcari pasal dengan melancarkan roket setiap hari ke Israel. Namun begitu, alasan ini tidak berbalai dengan kematian 1300 rakyat Palestin yang kebanyakannya rakyat biasa yang tiada kaitan dengan serangan roket Hamas. Tidak sampai 20 pun rakyat Israel yang mati, adilkah dibalas dengan 1300 kematian?

Pandangan kedua, adalah lebih tidak adil dan zalim berdasarkan dengan apa yang sebenarnya berlaku kerana Hamas langsung tidak bersalah! Mereka menyerang untuk mendapatkan semula tanah mereka yang dirampas, membalas dendam akan pembunuhan dan pencabulan terhadap Palestin sejak 1948 hingga kini. Dalam Islam, serangan mereka itu dinamakan jihad dan menepati ajaran Islam.

Saya kecewa jika ada di kalangan umat Islam sendiri mengatakan Hamas melakukan keganasan dengan menyerang Israel. Orang-orang ini sebenarnya jahil, bodoh akan sejarah malah tidak layak menjadi menjadi umat Muhammad SAW.

Tentera Israel sememangnya mensasarkan kanak-kanak dan wanita untuk mereka bunuh! Ini kenyataan. Bagi mereka, kanak-kanak perlu dihapuskan kerana mereka ini akan jadi penyambung perjuangan Hamas manakala wanita juga perlu dibunuh kerana mereka yang akan melahirkan para pejuang yang akan menyerang mereka.

Mereka menyerang dengan tekat untuk membunuh seberapa ramai rakyat Palestin. Ini dibenarkan oleh ulama dan kitab ajaran mereka. Bagi mereka, membunuh semua rakyat Palestin tidak menjadi kesalahan seperti membunuh binatang kerana manusia bukan Yahudi semuanya adalah binatang (Goyim).

Mereka membunuh dengan menggunakan senjata merbahaya dan senjata kimia. Kimia fosforus akan meresap ke dalam badan yang mana jika dibedah pada luka tersebut, ia akan meresap dengan lebih jauh sambil membakar luka tersebut hasil tindak balas dengan udara. Mereka mengumpulkan wanita dan kanak-kanak dalam sebuah rumah dan kemudiannya membedil rumah itu. Mereka menyerang sekolah yang aman padat dengan kanak-kanak.

Tapi, syaitan ini tidak akan berjaya kerana selagi Islam ditekan, selagi itulah ia akan melonjak semula. Semangat rakyat Palestin tidak akan padam malah akan terus membara walaupun rumah mereka hancur, keluarga mereka terbunuh, kaki mereka putus dan nyawa mereka melayang! Seperti yang diceritakan Dr Jamnul Azhar kepada kami pelajar di Mesir minggu lepas, dia bertanya kepada seorang budak 5 tahun yang putus kedua kakinya "Di mana kaki kamu?" Jawab kanak-kanak itu "Di syurga!"

Subhanallah, kanak-kanak 5 tahun Palestin sudah faham dengan jelas akan jihad dan tidak takut sama sekali dengan mati syahid sedangkan remaja di Malaysia masih lagi hanyut dengan maksiat dan hiburan yang amat-amat menggila dan membodohkan lebih-lebih lagi disemaikan sendiri oleh Kerajaan Sekular UMNO-BN!

Saya doakan kanak-kanak ini akan menjadi syuhada yang sebenar akan datang, menggantikan Syeikh Ahmad Yassin yang mana lumpuh kedua kaki namun untuk membunuhnya, Syaitan Israel terpaksa menggunakan 3 peluru berpandu! Membunuh seorang tua dengan menggunakan peluru berpandu, siapa yang lebih penakut? Rakyat Palestin atau Syaitan Yahudi?

Saya ulangi sekali lagi, tiada sedikit ruang pun boleh kita katakan bahawa Israel ada hak di tanah Palestin. Mereka perlu diusir sepenuhnya jika masih berkeras untuk menduduki tanah suci ini. Juga tiada alasan sedikitpun membolehkan kita mengatakan Hamas perlu menghentikan perjuangan dan berdamai dengan Syaitan Israel ini.

Kita sama sekali tidak boleh mengharapkan PBB dan Barat untuk membela rakyat Palestin. Lihat sahaja dalam debat tersebut, mereka menyekat suara Erdogan dan seolah-olah debat ini dirancang untuk memalukan Islam. PBB juga tunduk kepada Israel dan jadi bodoh serta dungu dengan berdiam diri akan apa yang Israel lakukan terhadap rakyat Palestin.

Ada harapankah lagi boleh kita sandarkan kepada badan dunia sebodoh ini? TIDAK! Umat Islam bersendirian dan perlu bersatu untuk membebaskan Palestin semula. Ada yang bertanya kepada saya akan harapan kepada Presiden Amerika yang baru, Barack Obama. Saya ulangi, pertukaran kuasa dari Bush kepada Obama tidak lebih daripada pertukaran kuasa dari Syaitan Putih kepada Syaitan Hitam!

Ikutilah sejarah, ekonomi dan politik Amerika, Yahudi yang berkuasa sebenarnya. Satu dunia tahu akan hal ini. Saya boleh bersetuju dengan pendapat bekas PM kita, Tun Dr Mahathir bahawa Yahudi memerintah dunia dengan menggunakan proksi. Ini benar! Amerika adalah proksi Yahudi paling utama! Setiap Presiden Amerika pasti akan mengikut telunjuk Yahudi! PASTI!

Bilakah Islam akan bersatu dan Palestin akan dibebaskan? Kita memerlukan lebih ramai Erdogan di kalangan umat Islam terutama generasi muda kerana kita ada tugas besar di masa depan. Bukan sekadar menumbangkan sekular di Malaysia, malah menumbangkan kezaliman Israel dan membebaskan Palestin sepenuhnya. Ini tugas kita dan tanggungjawab kita semua!

1 comment:

Anonymous said...

assalamu'alaikum
tadi semasa bsembang dgn kwn2 saya ttg isu2 semasa di Gaza, tetiba kwn saya mngeluarkan pndpt bahawa dia rase israel x dapat dikalahkan.
saya pun menyanggah pndapat die ngan menegaskan kita blh kalahkan israel sekiranya semua umat islam kembali sepenuhnya kpd islam.
hilangkan penyakit wahan dari diri umat islam..
pastu die semacam kurang yakin, kemudian cerita yg die sgt respect ngan tok guru nik aziz (dia org kelantan). tapi die cakap, tok guru nik aziz yg sebegitu alim n tawadhuk pun x baik jugak. die merujuk kpd isu balak di kelantan x lama dulu, mengatakan bahawa tok guru menyeleweng dl isu tsebut.
dia mndapat mklumat tsebut melalui bapa saudaranya, seorang peguam di kelantan.
saya ingin bhujah utk membidas kenyataan die tp malangnya saya xde mklmt pasal isu balak tsebut n die terus diam. saya yakin die tsilap mpercayai sumber n ingin tau kebenaran.
saya yakin ustaz tau cerita n fakta yg betul. jadi, blh x ustaz bg sedikit pndpat n hujah utk saya yakinkan dia ttg tindakan tok guru yg sebenarnya n dgn kembali kpd islam, segala kezaliman dpt dihentikan.