Thursday, October 1, 2009

Melaka Ku Indah, Tapi.....


Setelah pulang ke Malaysia, saya berkesempatan berjalan dan bersiar sekitar Bandar Melaka yang telah setahun ditinggalkan. Walaupun tidak lama, namun Bandar Melaka ini telah bertukar wajah dengan drastik sekali, menepati identitinya sekarang yang bergelar Bandar Warisan Dunia.

Seminggu selepas tiba di Malaysia, sahabat baik saya Mohd Amin yang juga pulang ke Malaysia dari Texas telah datang ke Melaka. Niatnya untuk melawat saya dan yang paling penting nak makan ikan bakar Melaka. Hehe.. Kawan punya pasal, xde hal punye..Saya ambil kesempatan ini untuk turut sama jalan-jalan di sekitar Bandar Melaka.

Siapa sahaja yang melawat Melaka kini, pastinya akan terbit rasa kagum dengan pembangunannya terutama dari sudut kecantikan perancangan pembangunan pelancongannya. Melaka kini mempunyai pelbagai mercu tanda baru, saya akan ceritakan selepas ini.

Tempat pertama yang kami pergi adalah Menara Taming Sari yang bernilai RM 10 juta yang siap awal tahun 2009. Menara yang tingginya 100 meter ini adalah menara tinjau berputar yang membolehkan sesiapa yang menaikinya boleh melihat panorama seluruh Bandar Melaka yang kelihatan cantik terutamanya sebelah malam.

Dalam hatiku terdetik, "Indahnya bandar ni, tapi...." Kawan saya tidak henti2 memuji kecantikan Bandar Melaka ini. Saya hanya mampu tersenyum. Adik saya pula tidak kelip mata melihat pemandangan dari atas menara ini. Maklumlah, dia pun baru pertama kali naik.

Dari atas menara ini, kelihatan jelas kawasan Kompleks Dataran Pahlawan yang sudah setahun siap bagi menggantikan Padang Pahlawan yang menjadi tempat Tunku Abd Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu setelah pulang dari England pada tahun 1956. "Cantiknya Dataran Pahlawan, tapi...."


Juga kelihatan buaian yang terbesar di Malaysia, Eye On Malaysia yang tersergam di Muara Sungai Melaka, berdekatan dengan Pulau Melaka, pulau buatan yang menempatkan Masjid Selat, masjid terapung. Jika dulu Kerajaan Malaysia menyewa buaian ini untuk diletakkan di Tasik Titiwangsa sempena sambutan 50 tahun merdeka, Kerajaan Melaka membelinya terus untuk dijadiakn tarikan baru pelancongan di Melaka. "Hebatnya pemikiran pimpinan Kerajaan Melaka, tapi...."

Setelah itu, kelihatan juga Sungai Melaka yang dulunya kotor, penuh sampah dan bangkai haiwan, tapi kini berubah wajah, cantik dan menawan hati. Terdapat pelbagai pemandangan dan juga ada pertunjukan air pancut berima disepanjang sungai itu yang boleh dilihat dan disusuri dengan menaiki Malacca River Cruise. "Cantiknya sungai ni, tapi...."

Dari kejauhan, kelihatan juga kawasan Peringgit yang menempatkan Hypermarket Tesco, Melaka Sentral, dan juga Masjid Negeri. Nampak tersusun dan cantik pembangunan di sekitar kawasan Peringgit, tapi....


Setelah turun dari menara itu, saya bersama kawan dan adik berjalan kaki di sekitar Muzium Samudera iaitu muzium berbentuk kapal ala-ala kapal Belanda yang mempamerkan di dalamnya artifak lama berkaitan kegiatan maritim di zamana kesultanan Melayu Melaka dahulu. Cantik kelihatan muzium ini dengan limpahan cahaya lampu yang berwarna-warni, tapi....

Saya berjalan lagi ke kawasan replika binaan kota A Famosa yang dibina di sebelah Sungai Melaka. Disebelahnya terdapat tapak gali arkeologi kota asal A Famosa lama yang ditemui tahun lepas. Begitu hebat sejarah lama Melaka, tapi....


Kami teruskan berjalan di tepi Sungai Melaka. Dari situ, kelihatan cruise yang membawa pelancong menyusuri sepanjang Sungai Melaka hingga ke Pengakalan Rama. Kami tidak sempat menaikinya kerana kesuntukan masa. Tentu seronok jika dapat menaiki cruise itu, tapi....


Perjalanan diteruskan ke kawasan Kota A Famosa dan Muzium Melaka. Dari jauh, kedengaran kuat lagu nyanyian Zainal Abidin. Rupanya, memang Zainal sedang menyanyikan lagu 'Hijau' sempena perasmian Feista Pelancongan yang kebetulan diadakan pada malam itu juga di hadapan Memorial Kemerdekaan. Ramai juga yang datang walaupun tidak luas penghebahan majlis ini.

Sambil mendengarnya dari jauh, saya memandang sekeliling kawasan itu. Sangat meriah dengan kehadiran ramai orang tidak kira bangsa dan lapisan masyarakat. Tiba-tiba bunyi dentuman kedengaran. Rupanya ada pertunjukan bunga api juga malam ni. Saya berbisik pada kawan saya "macam menyambut kau datang je malam ni..hehe" Indah dan permai malam ini, tapi....

Dalam perjalanan balik, saya berbual dengan kawan saya berkenaan keadaan negeri Melaka sekarang. Dia memuji kecantikan bandar Melaka dan kebijaksanaan pemimpin kerajaan negeri dalam membangunkan negeri Melaka. Sedikit sebanyak saya merasa bangga, tapi...

Ya, Melaka kini sudah berubah. Cantik dan menawan hati sesiapa sahaja untuk melawat Melaka. Tidak hairanlah jika Melaka mendapat hasil sebanyak 80% dari KDNKnya hasil daripada pelancongan. Tapi...

Adakah saya tidak bersyukur? Saya bersyukur berada di Negeri Melaka yang cantik ini. Adakah pemimpin negeri ini tidak bijak dalam membawa pembangunan ekonomi negeri? Bagi saya, mereka sangat bijak dan cerdik dalam usaha membangunkan negeri.

Adakah saya tidak berterima kasih kepada mereka? Islam pastinya mengajar kita untuk berterima kasih kepada orang seperti mereka. Adakah mereka tidak berjasa kepada Melaka? Pastinya mereka banyak berjasa kepada negeri Melaka ini sehinggakan kawan saya memuji apa yang telah dialkukan mereka. Bukan kawan saya sahaja, semua yang pernah dan akan melihat wajah Bandar Melaka sekarang.

TAPI....semua ini bagi saya tidak bermakna selagi pemimpin yang diamanahkan oleh Allah dan rakyat Melaka ini tidak menjadikan Islam sebagai asas dan rujukan dalam pembangunan negara. UMNO tidak pernah memandang agama sebagai penyelesaian masalah manusia. UMNO juga tidak menjadikan Islam sebagai matlamat utama ayang perlu ditegakkan.

Walau berjuta jasa yang dibuat mereka, semuanya tidak bernilai disisi Allah selagi sekular menjadi anutan mereka. Walaupun berjuta pelancong yang dibawa mereka ke Melaka, semuanya itu hanya mengundang kemurkaan Allah selagi asas Islam dan Tauhid tidak menjadi tunjang dalam pentadbiran.

Walaupun berbilion wang masuk setiap tahun, semuanya itu tidak mendapat keberkatan selagi maksiat juga disuburkan hanya dengan beralasan bahwa pelancong memerlukan semua itu. Walaupun saya berterima kasih kepada pimpinan kerajaan negeri kerana memajukan infrastruktur negeri, namun saya tetap akan menentang mereka selagi mereka tidak menukarkan panduan sekular kepada Islam, agama semesta alam!!

Adakah disebabkan mereka membuat jasa yang sedikit (jasa pembangunan), maka pengkhianatan besar (meninggalkan Islam, mengambil sekular sebagai penyelesaian) perlu dilupakan? Adakah kerana mereka memajukan negeri dengan pelbagai kemajuan, maka kita perlu sujud syukur kepada mereka dan melupakan kekufuran besar mereka meninggalkan Islam sebagai panduan pentadbiran negeri?

Seperti kisah Nabi Ibrahim dengan ayahnya. Walaupun ayahnya membesarkan baginda, namun baginda tetap melawan dengan ayahnya kerana ayahnya tidak mahu meninggalkan penyembahan berhala. Begitu juga berlaku kepada Nabi Nuh dan anaknya, Nabi Luth dan isterinya dan juga Nabi Muhammad SAW dengan bapa saudaranya, Abu Jahal.

Tanda berterima kasih kita kepada mereka bukan dalam bentuk menyokong segala perbuatan mereka, bukan juga membodek dan mengampu setiap masa, juga bukan diam seribu bahasa.

Tapi kita berterima kasih dengan berdakwah, menentang tindakan mereka yang mengurung agama di dalam masjid sahaja dan melawan segala tindakannya yang mengasingkan agama dari kehidupan. Tanda terima kasih kita adalah menegur dan melawan mereka agar mereka menghentikan segala kefasiqan mereka dan kembali kepada jaran Islam sebenar!

Adalah bodoh bagi orang yang mengatakan sayang kepada pemimpin sekular ini, tapi terus menerus menyokong tindakannya. Cinta kepada mereka, tapi tidak habis membodek dan mengampu setiap masa. Sayang pada mereka, adalah menghentikan mereka dari terus melakukan kekufuran mereka yang menggantikan agama dengan sekular sebagai panduan pentadbiran negeri.

Saya menentang mereka, bukan kerana mereka UMNO. Tetapi kerana mereka mengkhianati amanah Allah dengan mentadbir negeri menggunakan kitab sekular. Saya melawan mereka bukan kerana mereka Barisan Nasional, tetapi kerana mereka mengasingkan agama dari kehidupan.

Sampai bila nak melawan mereka? Jawapannya ada dua. Pertama, mereka terima Islam sebagai dasar, gunakan Islam sebagai panduan mentadbir negeri, menggunakan Islam sebagai penyelesaian semua masalah manusia. Jika ini berlaku, saya akan jadi penyokong kuat kepada mereka.

Kedua, jika mereka masih berdegil dan terus dengan dasar sekular yang menzalimi sekalian manusia ini, maka penentangan akan berterusan dan bertambah hebat, walaupun terpaksa mengambil masa yang lama, mengorbankan banyak nyawa, mengorbankan masa dan harta, walaupun hingga matahari terbit dari barat sekalipun, penentangan tetap akan diteruskan selamanya, hingga Islam menang bergaya!

7 comments:

Anonymous said...

Malaysia negara Islam...Dr Yusof Qardhawi mendefinisikan sesebuah negara sebagai negara Islam apabila majoriti penduduknya beragama Islam.Sesiapa(muslim) yang berkata bahawa negaranya bukan negara Islam,maka dia juga dikatakan mengiakan pemerintah dan patut keluar dari negara itu. Jadi,Malaysia sebuah daulah islamiyyah!

Mohd Azrul Azuan said...

Kepada pengomen di atas, tunjukkan identiti anda jika ikhlas mahu bercakap benar. Memetik kata2 ulama yang pendek tanpa meneliti keseluruhan pendapat ulama itu berkenaan sesuatu isu adalah tindakan paling tidak beradab dan boleh mencetuskan fitnah kepada ulama. Jangan selindungkan pembohongan di belakang ulama. Zahirkan diri anda dan berdebat dengan penuh ilmiah dan hujah yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Jika anda benar2 ikhlas mencari kebenaran, add YM ana dan kita berdebat untuk mencari kebenaran. Jika tidak, anda tidak lebih daripada seorang yang hanya pandai bercakap demi untuk pertahankan seuatu perkara yang goyah.

tokasid said...

Salam,
memang Melaka semakin maju dan canggih. tapi......keadi nombor ekor dan judi masih banyak walau di pekan2 kecil seperti Durian Tunggal ,Merlimau dan Masjid Tanah serta Kuala Sg Baru yg ramai 'pelabur'nya adalah org Melayu Muslim. Banyak kedai2 7-Eleven menjual arak di kawasan yg ramai penduduk Muslim sepertyi Durian Tunggal dan Bukit Katil. Semakin ramai golongan gay cari makan di melaka Sentral dan Dataran Pahlawan.

Anonymous said...

saya tidak pandai berdebat...mungkin anda boleh baca buku fiqh daulah fil islam penulisnya dr yusof qardhawi dan huraikan untuk saya.mungkin saya salah tafsir...harap penjelasan lanjut

Puteri said...

i love this entry.

ups.. trtrik pula pd komen anonymous,,

iya.. sy juga blajar dlm kitab tasyri' jinaiy al-Islami (krgan abd. qadir 'audah) ckp ngara mjoriti muslim adalah ngara umat Islam.

dan ustazh sy ckp (yg sy fhm la).. ngara kita bknlh ngara Islam, ttpi ngara "Umat" Islam.

sm jga mlalui legal system yg kta gna pkai. kite xble xclaim mlysia as islamic country or secular sbb dua2 ciri ni ada pd kita.

wlau bgaimnpun... kita most ke arh sklr. tgkla pd administration of lw yg kita ada.. stakt mn je power of syriah court.

klo dlm bku ramly bulan dan rkan2nya lg best.. state yg mlaysia ni sbg gbungan islamic n sekular (integrated). hu...

skian sdkit prkgsian.

Puteri said...

mgkin Malaysia ngara Islam.. tp bkn mcm yg bese2.. mklumlh.. Ngara Islam Hadhari gtu...

Fariqh said...

Allahu Akhbar....x sangka bertemu dgn abg Azrul kat cni... my senior SMDF + org kg sendiri hehehe..... hope dpt jumpa 1 hari t...amin n may Allah bless you...amin...